Monday, October 25, 2010

Tak stress kat Ofis dah.

Bunyi macam beban kerje kalahkan PM. Stress PM lagi hebat dari kau tahu. Eh aku tak suruh compare.

Semua orang hidup kat dunia ni ada stress. Orang yang berkerja stress lain. Orang tengah study stress pelbagai. Orang tanpa kerja macam-macam stressnya. Orang sakit sure ada stress. Orang gila lagi la banyak stress. Dah kenapa masuk bab orang gila. Selagi kita bernafas dan hidup, kita hampir dengan pelbagai masalah dan dengan problem tu lah kita berkenalan dengan stress atau tekanan hidup.

Korang pandai-pandai lah nak hidup dan try elak atau kurangkan stress hidup. Agama dah ajar kita macam mana kita nak hadapi sebarang tekanan hidup dengan lebih tenang. Ingat Tuhan tu penting. Kita wajib ingat Tuhan setiap masa. Bukan lepas ada masalah je baru kita tergadah cari Tuhan. Tapi, Tuhan kita Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tak pernah membezakan layanan setiap kita. Kita semua sama disisiNya. Sujud syukur selalu kepadaNya. InsyaAllah Tuhan sentiasa bersama kita. Jangan sesekali berpaling daripadaNya sesungguhnya tiada keberkatan dalam hidup.

Bukan nak memandai mencecer macam ustazah kat sini (hurm tak layak pun). Niat hanyalah untuk share.

Selain pinta daripadaNya dikurniakan ketenangan, aku juga ada dengar lagu-lagu unsur agama dan juga lagu-lagu more ajak buat kebaikan :)

Aku ada style baru untuk releasekan tensi. Benda ni boleh diangkut ke sana ke mari ikut kesesuaian tempat. Ditenangi oleh bunyi kecil air terjun dan desiran air di celahan batu kecil. Okay tengok gambar bawah ni. Cakap banyak pun tak guna. Stress lagi nak atur ayat.




Comel gila bekas ni sekiut ownernya. Alololo :D Salesman dari company apa entah (dah buang brochure lak) datang ofis we all bawak demo set. Harga offered time tu RM25 only. Harga sebenar kat luar RM98 katanya lah. So far, tak pernah jumpa bendalah ni.




Hilang stress saya sekejap. PERCAYALAH :)




Wednesday, October 20, 2010

Ada juga sepupu aku kahwin 20102010

Happy jumpa families malam tadi di De Palma Inn Sek 19, Shah Alam. Boleh kira wedding of the year among us. Nice job. Oh ya for pengantin baru all the best diucapkan. Selamat melayari bahtera merdeka eh rumahtangga :)

Penuh protokol boleh aku klasifikasi. VVIP ada, VIP ada dan orang tak berapa nak important pun ada. Yang penting family ada even bukan semua dapat hadir. Kena cherish mereka okay. Jauh datang. Kedah, Kelantan dan Perak.

"Pengantin busy gila sampai penat dan lupa terus abadikan kenangan bersama family di hari bersejarah mereka. Pengantin hargai tapi tak tunjuk kot. Maybe kenangan with family boleh dicapture on next time. Mereka terlupa untuk list family fotografi dalam wishlist. Again lupa. Mungkin.."

Dah aku tak ada idea nak senaraikan possibilities yang ada. Nanti lagi jadi unreasonable. Tahu la aku.

Aku nak jadikan ini sebagai benchmark on my wedding day kelak. InsyaAllah. Takut juga aku pun sama dua kali lima. Sebab tengah dalam majlis besar, tension datang bertubi. Mana tahu kan? Pandai cover diri sendiri. Thats why somebody kena ingatkan aku kalau macam tu. Nak appoint siapa hah?

Semalam 20.10.2010 memang cipta sejarah untuk kami semua berkumpul :) Satu memoir yang tak dapat dilupakan. Kenapa? Glemer habis mereka ini with cara dan colour pakaian yang ditetapkan. All in black. No baju kurung, no baju melayu. Weird? Hah this is real. Semua followed pulak tu. Sporting :)

Aturcara wedding malam tadi.

Bermula pukul 8.10pm ketibaan para tamu. Bride & groom tiba tepat 8.45pm. Bagus! Tepati masa. Sanding sekejap dengan renjisan bunga rampai oleh parents and VVIP. Then, after 20mins, pengantin diarak ke meja makan diikuti acara silat oleh De Palma staffs. Dalam 9.30pm baru para guests boleh jamah meals. Punya la lapar masing². Dengar jelas ketak-ketuk bunyik sudu, garfu against pinggan kaca. Aku tergelak bahak. Semua orang noticed bunyi tu. :D

Lepas makan, kitorang ramai² naik atas stage untuk bergambar dengan pengantin eh mereka tiada! pelamin pun jadilah. Banyak aksi dirakam. Oh semua gambar dalam camera kazens & pakcik. Tak boleh sedut! (kata lain bagi bluetooth) Aku just bawak talifon tangan je. Hasil tak cantik sure punya kalau snap pun. Hai.. hantaran nak beli camera ke handphone? Ke 2,2? Ermmm.

Okay kira-kira 11.15pm, aku and my cousins chow. Family lain lama dah balik.


Nice pelamin, cake :)


mama, aunties, kazens & siblings :)


Cousins.




Relatives.







Sayang sekali semua gambar di atas without bride & groom yang mana merupakan family aku sendiri. Mereka busy sangat.

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله




Lirik lagu :)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


PS: Kalau Chinta dapat dengar lagu ni..

Tuesday, October 19, 2010

Kalau Berpacaran - Ana Raffali & Sohaimi Mior Hassan & Altimet







[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

**ulang chorus 2x



PS: Aku paling suka part Altimet :)

Friday, October 15, 2010

Lepas budget diannounced, merayu nak handphone jugak.

Suatu petang dalam kereta.

"Baby, b ingat nak bagi baby handphone buat hantaran. Baby okay tak?" dia bersuara.

"Hah? betul? Bestnya!" rasa nak lompat. Nasib baik dalam kereta.

"Tapi, budget RM1k je tau," dia gelak.

"Emmm okay! sure-sure Blackberry, Iphone tak boleh," aku ngomel.

"Kan baby tak minat BB & iphone. Lupa?" dia remind me

"Err memang la sebab camera tak cantik tapi, baby nak cari jugak macam BB. Keypad senang tekan." aku jawab balik.

"Okay, kalau ada rezeki nanti ya baby. InsyaAllah.." dia tutur kata nada pujuk.

"Takpe. Kalau ada rezeki.." aku macam insaf pulak.





Sony Ericsson Vivaz








Handphone idaman aku. Cantik. Market price sekarang dalam RM1200. Lebih Rm200 pulak. Tak tahu lah ramai dah pakai ke sekarang. Dah annouced since January 2010. Released on March 2010. Ini link untuk get to know full spec of this mobile. Aku suka handphone ini buat masa sekarang. Plus budget 2011 dah tak ada cukai untuk handphone.

Noticed tak aku nak handphone yang ada keypad macam BB, tapi, lain lak hasil survey. Erk. Sebenarnya aku lebih kepada minat touch screen seperti handphone aku pakai sekarang. Alasan nak tukar. Got me.

Thursday, October 14, 2010

Cerita cinta Sha & Saleh :)

Nama pasangan:
Salehuddin Sabtu

Detik mula berkenalan:
We were officemates before but in different line and different subs co. We were totally unknown to each other. Aku dalam accounts department dan dia dalam customer service department. Serious tak pernah jumpa dan tak pernah tahu akan kewujudan diri masing². Until satu masa orang keliling bebankan aku dengan soalan "kenapa sha tak ada bofriend lagi?" "kenapa lama sangat single?" "kenapa tak berkawan dengan guys?" "guy macam mana yang sha cari?" "kalau ada lelaki nak kenal dan kawan dengan Sha, Sha nak tak?" Ah lebih kurang la ayat-ayat tu. Time tu aku rasa rimas gila. Apahal korang ni. Aku memang tak suka orang tanya macam tu. Pantang. Bajet bagus sangat kau. Dan nasiblah dengan orang yang mereka rekomen tu. At that time, he was very annoyed me. Yes, kami direkomen oleh orang lain untuk berkawan. Rasa pathetic sangat sebab masing² macam tak laku je.

At first, story about him. Dia memang tak percaya pada love. "ada apa dengan cinta?"Macam filem indonesia tu. Gila ego tinggi. Ada antara kawan-kawan sedepartment siap cabar dia untuk kenal dengan aku. Mereka kata they will cut themselves kalau Saleh tak terpikat dengan Sha. wth. Bagus sangatkah Sha? And for all time, mereka, mereka dan mereka asyik bercakap tentang dia. Aku memang rimas.

Oh ya, kami bukan lah sama dengan certain couple yang pandang tepat ke mata then turun ke hati. Bukan, bukan. Love at first sight pun bukan. Beronak jugak lah nak start bercinta pada mulanya. Dan Saleh adalah seorang yang bukan terima orang macam tu je. Dia akan selidik about that girl. Sesuai ke tak, anak siapa, attitude macam mana, boleh handle ke tak. Kami masing-masing dah single lama about 3-4 years. Dia kata nak pikat girls bukan main tangkap muat. "to tackle someone especially women, we need a strategy. It just like football. In football, you need strategy to win. Not just kick the ball". His trademark. Aku ingat sampai sekarang.

Teman sekerja aku pun tak habis-habis nak satukan kami. Asyik la bercerita tentang aku dan aktiviti aku pada tunang aku tu. And again he said nothing at all. Dia diam tak tunjuk response. Sebab time tu dia manalah minat aku lagi. Dia tak layan. Sampai suatu ketika aku demam, sakit, kawan-kawan ofis aku yang mintak dia belikan buah tangan ala-ala dia beli choc dan air kelapa. Konon nak tackle. Dia pulak jenis tak membantah. Ikut je sebab nak jaga hati. Bukan kehendak dia. Err. Sebab itu aku, kakak aku dan member aku yang lain assume dia sukakan aku. Sebab dalam masa yang sama, satu office perkatakan tentang kami. Dah macam zaman sekolah lak aku rasa. Padahal dia just diam tak kata apa-apa. Aku jenis outspoken. Tak suka, aku cakap. Dan keadaan itu memang rimaskan aku. Aku start annoying with people arround him. Seryes. Plus dia pulak selalu keluar masuk bilik accounts dengan alasan nak jumpa kakak-kakak dia. Eleh. Ke nak jenguk aku?

Bila semua dah jadi tak terkawal one time tu, dia panggil aku kira talk one-by-one to get all nonsense things over. Gentleman behaviour ada dalam diri dia. Dia pernah cakap "if i want you, i should tell you directly. tell you doesn't mean i directly say but it shows with determination and effort. that how the real love is all about" dia tak nak aku assume dia syok sendiri dengan aku. Jujur aku cakap aku tak pernah anggap dia macam tu. Aku rasa aku mula kenal dia sikit-sikit time tu. Dia memang bukan orang yang gelojoh nak bercinta. Dia guna akal. Orang keliling yang lebih-lebih. Bukan apa, dia nak no hp aku pun mintak sendiri dari aku. Boleh je dia curi-curi ambil dari kakak angkat dia iaitu collic aku sendiri, right? Tapi, dia tak buat macam tu.

When time goes by. Hati masing² mula terdetik. Dan aku tak tahu siapa yang start dulu. Mungkin aku? Mungkin dia? Seingat aku, aku mula terima dia as my friend lepas aku mimpi dia untuk 3 malam berturut. Aku tak pernah bercakap secara terbuka. Dalam masa yang sama, dia pun ada tulis notes pasal diri dan life dia in FB. Mintak indirectly suruh aku baca.Saya noticed. Aku jadi bebal gila time hati perasaan terdetik sukakan dia, tak tahu nak cakap kat siapa. Kakak? Dia very anti with this mamat. Ada kes mereka pernah argued pasal Yuna. Adalah cerita tu. Yuna pun jadi middlelady in our r/ship tau. haha. Aku selitkan lagu Aku Rindu Sayang Kamu dalam blog. Dengan harapan tiada yang perasan. Itu dalah luahan rasa hati. Tapi, dia baca. Dia berjinak dengan FB semata to-get-to-know-what-am-i-doing-that-time. Yang best juga dia pun buat benda yang sama. Gabungkan lirik lagu Mahakarya Cinta, Coba, Datanglah and Sampai Syurga dalam FB notes dia. Kreatif.

Aku cair..

Dalam his notes in FB, dia ada cakap yang dia nak achieve something before leave office. Tak pasti mulanya apa maksud dia. Lepas dia berterus-terang bahawa something itu adalah aku, aku gila terharu. Kira SnT ni as our platform untuk bertemu la. Heh. Okay then, dia start untuk cari new job, establish job, suits job with his qualification. Sebab dia ada insticnt that aku bakal jadi his last love forever. He got his own plan. Dia sedar dia mesti lebih segalanya dari aku. Bukan senang nak jaga anak dara En Md Hasnan & Pn Faridah Hanin sorang ni. Even, kakak aku dah banyak kali woke me up kata mintak Saleh cari job lain, gaji tinggi supaya boleh sara aku kelak. Kak Anje memang jaga aku betul-betul. Susah dia nak lepaskan aku utk sebarang orang yang dia rasa tak boleh. Bila dia tegar tak bagi kawan dengan Saleh atas sebab semua serba kekurangan. Aku hanya turut kata dia. Hati dalam memberontak tak payah nak cerita lah.

Emm nak cerita kenapa aku, kakak dan dia bergaduh? Sebab apa? Sebab aku tak told my sis about us. Aku kerap denied. Aku confused. Aku down gila. Aku takut nak bagitahu. Kakak aku anggap aku tipu dia. Tak cerita keadaan sebenar. Keadaan sebenar di mana aku jatuh cinta dalam diam. Dari itu, keadaan jadikan aku dan Saleh hampir tak berkawan. Kami muted for almost one week. Dalam scene ni, memang aku dalam blues. Haru biru. Tak senang duduk. Semua serba tak kena.

After a week, we met up to settle and clear off everything, aku sambut kembali keikhlasan dia untuk berkawan. Kami berbaik dan terus berkawan. Aku terus terang dengan akak dan nampak she was getting okay with my desire.

Ending.

We both happy with this r/ship until we engaged on 29/05/2010. Alhamdulillah. InsyaAllah we are getting married in next year! Please pray for us.

Detik melamar:
Dia proposed aku untuk jadi GF dia bila dia dah dapat new job in KL with an establish income. Dia memang plan untuk itu. Pada date 20/08/2009 kami luahkan perasaan masing-masing. Kat ofis juga kitorang janji untuk hidup bersama menyulam cinta. Ala says "ai luv yu, yu luv me" lah! Segalanya bermula di ofis.

Dan dia suarakan untuk bertunang dulu. Dia nak tunjukkan betapa seriusnya dia nak aku jadi life partner dia. InsyaAllah. Dan aku setuju. Ikat selama setahun. Sempat kumpul duit sikit. Kalau nak cakap pasal kumpul duit untuk kahwin ni, lama mana kau kumpul pun takkan cukup. Ingat kata-kata kawan aku, kita terus berdoa dan berhajat sambil berusaha untuk dirikan rumahtangga, insyaAllah Tuhan akan permudahkan jalan untuk kita.

5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada:
1. Dia ada sense of humor yang tinggi. Peka lain, sense lain. Dia ibarat tahu apa yang aku nak. Mungkin movement aku tak boleh cover apa yang aku tak puas hati, but, atleast dia tahu nak adaptkan diri. Tahu cara nak pujuk aku. Dia seorang yang kelakar gila nak mampos. Loyar buruk sampai kadang² aku sendiri annoying dgn cara dia. Tapi, lama-lama aku boleh sesuaikan diri.

2. Dia sangat² positive, supportive and supporting. Dia selalu advice aku supaya jangan ada buruk prasangka with people arround. Dia banyak bagi galakkan untuk aku buat sesuatu atau suarakan sesuatu. Of course for a good things. Dia beri aku kebebasan untuk berkawan asalkan tak over limit.

3. English dia power gila dowh. Power dari aku semestinya. Apalah sangat dengan english aku compare dengan dia. Teringat time nak tackle aku dulu, semua in english okay. Sampai aku pernah ngumpat dgn kakak aku "kak, mamat ni tak reti cakap melayu ke?" "kak, mamat ni tak pandai type msg in BM ke? "kak, berbuih la mulut nak cakap dgn dia kak nanti" "kak, overseas graduate ke mamat ni, kak?" heh. Banyak tau assumption saya pasal awak! Owh ya dia pernah cerita dengan ai yang dia ada cita-cita nak further studies kat UK. InsyaAllah.

4. Dia main bola sepak, futsal. Yes. Aku memang suka lelaki pandai main bola sepak. Sebab aku sendiri minat tengok bola sepak match. Aku nak anak-anak pandai main bola macam papa dia. Emm dia tahu aku minat Chelsea. Dia pun gagahkan juga diri nak minat team BPL eventhough dia seorang yang anti-BPL. Thank you! Dia kata bila minat sama, diri kita akan jadi lebih rapat. Lagi-lagi boleh berborak about same issue. Tapi, aku tak pernah minat team AS Roma. Aku tak minat Serie A :(

5. He is very serious person kalau cerita bab future, marriage, family and work. Responsible, tolerate, respectful, mankind and thinker guy. Dia suka analysis dulu before dia buat something. sebab tu nak aku dulu, dia riki habis. Aku nak bagitahu dia ni jenis matured. Dulu, masa mula-mula jumpa dia, aku ingat dia ni tua 4 atau 5 tahun dari aku. Sebab aku memang jenis suka orang matured sesuai jadikan as BF/husband. Rupanya ala tua setahun je.


P/S: b, apa yang baby cakap ni betul-betul something yang very sincere from my heart :)

Tuesday, October 12, 2010

Cintai aku sepenuh jiwa.

Macam lagu Anang. Aku baca majalah pengantin baru-baru ini keluaran October 2010. Tertarik with article tentang ciri-ciri wanita dan lelaki yang mereka kasih.

Aku ringkaskan.

Lelaki punyai nilai keistimewaan sendiri. kita as a wife kena rajin teroka setiap nilai itu dan hasilnya dia adalah bakal suami yang terbaik jika dia..



  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran

  • Lelaki yang memberi madu, setelah terima racun

  • Lelaki yang tenang dan lapang dada

  • Lelaki yang bersangka baik

  • Lelaki yang tidak pernah mengalah atau putus asa dan sentiasa berusaha


Wanita juga bukan setakat punyai pinggul yang melentik seperti de bomb. kaum adam harus selami hatinya dalam-dalam agar dapat lihat kegagahan si hawa sebagai pilihan isteri..



  • Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan

  • Wanita yang tidak takut pada kemiskinan

  • Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

  • Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

  • Wanita yang tidak berhias untuk lelaki lain

  • Wanita yang pandai simpan rahsia



Semua ada akal. Boleh fikir mana buruk mana bagus. Maka guna.



P/S: Sentiasa berdoa agar diriku ada ciri-ciri seperti itu. Dia akan selalu sayang aku :)

Monday, October 11, 2010

Pameran Pengantin at KLCC.

Nak cerita about semalam aku dan tunang aku pergi pameran pengantin kat KLCC pada 10/10/2010. Teruja tengok booth-booth yang menawarkan promotion on Photoshoot, Bridal Card, Wedding Planner, Catering, Make-up, Busana Pengantin. Banyak sangat promo. Rambang mata.

Dalam banyak-banyak tu, aku dah pun buat choice untuk certain preparations. Nak kata cepat decide pun ada jugak kot. Tapi, kitorang pilih untuk tak survey banyak sangat takut pening at the end. Dan tak nak last minit baru nak pilih itu, ini. Jauhkan juga perasaan kalau awal buat pilihan, mana tahu nanti ada lagi lebih murah dan cantik. Aku pilih untuk ignored. Aku percaya kepada rezeki masing-masing. Dan seperti biasa aku pilih berdasarkan instinct. Semua ikut katahati. Padan dan kena. Mungkin kadang-kadang over budget.


Kat KLCC :)






Sebelum masuk, kena register dulu dan tangan pun kena stamp.




Macam-macam ada on stage ni. Time ni promo Mary Kay product.




Baru sampai time ni, duduk kejap, telaah event untuk hari ni sebab setiap hari ada events yang berbeza.



Booked for photographer majlis. Kautim bahagian ni :)



Tunang aku yang banyak sabar dengan karenah aku.




Heh album ni bakal dapat nanti. Eksaited gila okay. Aku suka tengok hasil kerja diorang.


Card kahwin dah booked. Gila awal kan. Biasa orang lain 3 bulan nak kahwin baru tergadah cari kad kawen. Kitorang pulak dah siap booked. Bukan tempah ya. Lazimnya, kalau pergi pameran pengantin, kita akan dioffer dengan harga yang sangat murah. Dan diskaun itu hanya valid dalam tempoh sepanjang exhibition dijalankan. Itu biasanya la. So, masa untuk membuat atau bagi sebarang decision jugak sangatlah suntuk. Tak sempat kau nak call family, sedara mara untuk dapatkan persetujuan. Sebab kalau mintak sana, sini setuju, end up mesti berbalik kat kita punya decision. Siapa yang nak kahwin sekarang? Heh.

Photographer pun dah booked. Aku ambil orang bukan melayu. Bukan tak survey booth lain. Hasil kerja orang melayu, semua aku survey. Tapi, instinct aku dah kata pilih mereka yang bukan melayu. Jangan anggap aku jenis orang melayu mudah lupa. Tak tahu nak terang macam mana. Sebab lepas aku belek hasil kerja diorang, terus aku terpikat. Nampak gelojoh kah? Tapi, hati kecil aku kata suka. Aku grab je. Cover event nikah & sanding serta studio photoshoot dengan potongan 50%. Berbaloikan?

Still banyak lagi benda aku nak buat lepas ni. Pelamin, catering, baju nikah & sanding, make up, PA system, kursus kahwin, pengapit, barang-barang hantaran dan lain-lain. Shut. Banyaknya!





Wednesday, October 6, 2010

Takkan rasa keberkatan.

Seharian aku scroll down, scroll up, click here and there. Banyak gila bloggers dengan cerita mereka. Rajin pulak aku mencari. Ada yang terlalu berselindung. Ada pulak yang terlalu terbuka. Bukan buka pekung di dada. Macam lebih kurang. Pedoman dan tauladan. Ah! kau dah besar untuk menilai.

Eh.

Apakah maknanya aku di office? Shit.



PS: Mana tunang aku? Dia tak rindu kat aku? Aish lempang aku 40 kali lah.

Menyesal - Sixth Sense


Monday, October 4, 2010

Pameran Pengantin di Plaza Alam Sentral

Semalam aku ambil angin jalan-jalan kat PAS lepas attend open house kat rumah abg Zack. Tunang aku ada training bola. Tak tahu ada Wedding Exhibition dalam PAS tu. Cuci mata la sekejap.

Pamplets semua aku ambil. Senang nanti nak refer balik nanti. Ada yang bertanya kenapa berjalan seorang. Malasnya nak jawab. Then, they ask me together with fiance go to next exhibition at KLCC. Prihatin pulak.

Antara pakej aku survey. Fotografer. Aku suka fotografer tak kaku. Pandai suruh kami posing. Banyak idea. Lagi murah pakej lagi bagus tapi, hasil kualiti. Ada? HAHA.

Wedding planner. Suka juga idea Mama yang nak dump lum sum amount then suruh mereka fikir konsep segala bagai. Aku tak kreatif. Even tak tahu pun nak buat konsep apa. Asalkan cantik kat mata orang saje. Aku nak pelamin. Awal-awal lagi dah cakap kat Mama. Kahwin sekali je, apa salahnya. Sebab banyak on Mama's side means my cousins, mereka tak amalkan persandingan semua ni. Jalankan yang mana wajib. Tapi, aku tolak.

Catering package pun not bad. Kiranya macam-macam ada kat situ. Just nak kau pandai pilih.

Sekarang ni sama-sama tengah calculate on wedding budget. Banyaknya pakai duit.

Saturday, October 2, 2010

Benci bila diri ini diperkotak-katik.

Rasa nak benci, tak sampai hati. Rasa marah, memang meluap-luap. Aku tak suka kalau tulis entry yang emo memanjang. Tapi, tak tahu nak luahkan macam mana. Kejadian pagi tadi memang tak pernah aku termimpi atau terfikir dek kepala otak yang bengong ni.

Hati aku sakit, jiwa aku sakit tak apa lagi. Ni peha aku sakit. Jalan tempang. Tapi, tak tunjuk masa open house rumah mama aku tadi. Nanti banyak soalan. Aku tak reti nak jawab sebab tak pandai menipu. Apatah lagi putar belit untuk elak fakta dicium.

Betul kata pepatah lama, sebab mulut memang badan binasa. Tapi aku terbalik. Mulut dia, badan aku binasa. Suka hati nak buat macam tu. Mama aku pun tak pernah jentik aku apa lagi pukul. T_T.

Maaf? Senang lah untuk mintak.

Aku memang cepat jenis maafkan orang. Tak kira kesalahan besar mana pun. Aku memang soft-hearted person. Ala-ala Asmara dalam citer Asmara. Heh. Sempat lagi. Aku dah maafkan dia. Tapi, untuk bercakap dan memulakan bualan semestinya bukan aku. Kenangkan apa dia dah buat, bagi aku, tiada dia pun tak pe.

Sakit lagi.

Dah la rasa sakit makin tebal, malang lagi aku terseliuh ankle sebab jatuh tangga pulak kat rumah bujang ni. Khayal fikir apa entah. Kaki yang sama. Great. Terus sms tunang kata tak boleh jogs esok pagi. Sorry saya tak mampu nak jalan buat masa ni apa lagi berlari :(

Aku benci gila.

Yes, benci!

PS: Asyik tidur dalam tangisan, mana tak kena tegur bawah mata ada dark circle. Aish.

Friday, October 1, 2010

Owh my jiwa!

Saya nak...





Jiwa saya tenang.



Jiwa saya okay.



Jiwa saya tak serabut.



Jiwa saya waras.



Jiwa saya happy :)








Itu sahaja yang saya mintak for now.