Friday, December 30, 2011

Goodbye 2011. Hai 2012.

Quick update.

Ramai yang kenangkan balik what they done in 2011. Ada suka ada duka. Semua ada jalan Takdir Qada' Qadar masing-masing. Life must go on. Ala semua dah matangkan. Boleh fikir cara penerimaan takdir masing-masing.

Mana nak nangis, nangis lah.

Mana nak loncat tinggi macam KLCC, please do.

Aku sendiri banyak benda jadi dalam hidup. Banyak peristiwa. Semua aku abadikan dan disimpan baik. Air mata mengalir tak perlu cakap lah. Ketawa terbahak tak payah cerita. Pahit gila nak mati, aku buang jauh. Sorrylah kalau nak ingatkan balik.

Apa pun aku harap untuk tahun akan datang ni aku berazam nak biar diri jadi baik. Azam baru. Kalau nak ikutkan yang mana negative dalam diri aku, aku nak betulkan. Try tanya orang lain, semua nak buat benda yang sama. Just nak buat nak ubah tu yang bercinta sikit kalau dari segi attitude. Sebab dah biasa dengan perangai lama. But, try la k? :')

"Jadi seorang Mama yang baik, sporting and supportive to my kid!" Berangan dah anak dah keluar dari perut. Semalam mimpi dia. Mimpi rupa dia. Mimpi apa dia buat time tu. Nak tahu apa? Dia tengah merajuk. Baby lagi tau. Merajuk mendelah dia ni. Baru nak pujuk, alarm BB kacau. Ah!

"Nak jadi isteri yang baik" Baru pagi tadi cebik dengan Hubby. Dia bangun lambat! Dah la susah nak kejutkan dia. Terpaksa percik air tapi, kena marah pulak sebab dia bengang. Sedih betul. Oklah next time kita kejutkan dengan cara lain. Baca Yassin ok?

"Nak jadi staff baik. Main FB/Twitter lunch hour saje. Boleh?" Sudah lah. Kau boring sebab tepu kepala otak, mesti nak cari leisure things. Mesti kau buka entertainment tab la la tu jugak. Konon kasi release mind. Nasib baik boss TAK OFF INTERNET ACCESS during office hour.

Azam lain ikut flowlah. Kalau teragak nak ubah jadi baik, buat saje. Jangan tangguh. Senang cara. Kau listkan segala dermaga perangai buruk kau, then trylah do good things with them.

Untung-untung kau boleh berubah jadi seseorang!

Malam ni tak pergi mana pun. Entah tidur awal. Atau tengok TV with Hubby. Agaklah perut dah besar nak merewang macam time anak dara dulu. Oh ya! 32 weeks dah sekarang! Ngee can't wait!

So, welcome to 2012! Hopefully tahun depan akan beri 1001 lagi memories! InsyaAllah =)

P/S: Ramai orang Cina suka new baby born in 2012. Dragon year. They said baby akan pandai jaga diri, kuat dan bertuah. Ye ke? Kenapa aku rasa macam GARANG je tahun tu :'(

Thursday, December 15, 2011

Serabut Kelapa Otak. Tukar Kepala.

Taip entry ni lepas menangis. Menangis kenangkan nasib diri dan baby dalam kandungan. Aku disahkan kemungkinan ada diabetes sebab last bacaan glukose dalam badan ialah 8.6 (lepas aku buat MGTT untuk kali kedua tau). Antara problem yang paling kita takut. Plus kalau kita dengar just scary words.

"Awak ni ada diabetes. Bahaya tau! Nak tahu apa effects to baby kalau ibunya ada penyakit kencing manis? 1) Baby besar 2) Baby cacat/down 3) Baby awak boleh mati tiba-tiba. Diri awak pun bahaya!"

Kalau kau, boleh terima ayat-ayat seorang Nurse ni?

Aku just diam tak terkata. Hati tak usah cakaplah debarnya. Tapi, muka aku very positive. Tenang. Habis takkan nak meraung kat kaki Nurse tu kot?

"So, apa prosedur lepas ni? Saya kena buat any test tak?"

"Mesti. Tak ada siapa dari klinik call awak kata nak buat test BSP (Blood Sugar Profile)?"

"Tak ada pun"

"Haiii mesti diorang tak dapat call awak hari tu. Takpelah. After 1 week, awak kena buat BSP test. Pergi ke makmal dapatkan borang and prosedur untuk test nanti."

Aku pun ikut je lah kata Nurse. Dalam kepala otak terngiang-ngiang pasal kandungan aku. Rasa nak nangis time tu juga. Lepas dapatkan appointment test, prosedur kena puasa before checkup, prepare food list, control pemakanan and tetapkan appointment with dietician bagai, aku terus call Mama. Tanya betul ke effects yang Nurse cakapkan tadi. Mama jawab tak de lah. Yang Mama tahu baby besar saje. Aku lega sekejap.

Hari yang sama aku tak tenang sebab banyak sangat hal accounts dealing dengan bank yang banyak songeh. Bosses and colleagues ramai turun padang sama-sama settlekan. Kalau tak, lupakan bonus. Aku bukan berkira sangat nak dapat bonus lambat atau cepat, tapi, aku nak cepat-cepat siapkan hal ni. Celaru kepala otak. Mana task accounts lain yang pending hampir seminggu gara-gara hal 'bodoh' bank ni. Bagi instructions at first place pun salah, tak nak cooperate, buat sombong gila and sengaja lambatkan our facilities applications! Bila boss aku masuk campur marahkan officer-officer tu, baru semua mencenanak. Itu tak masuk lagi our HQ Accountant called hambur bosses bank tu sendiri. Kelakarnya lepas tu, semua officers punya perangai tukar 360 darjah. Siap offer to help!

Semua dapat disettlekan akhirnya. Alhamdulillah. But, standby jugak ni kot apa-apa hal. Aku respect GILA to my bosses, En Ruslan, Abg Zack, Ms Lum dan semua colleagues. Diorang betul-betul sabar dan tekun selesaikan semua masalah. Kelam-kabut here and there adatlah. Siapa tak biasa dengan keadaan CEMAS RIA di mana satu keadaan bila BOSS NAIK ANGIN SEBAB TASK UNDONE OR UNSATISFIED. Heh :D

Malam tadi baca Yasin pun gigil suara. Mind asyik fikir kata-kata Nurse tu. Ramai kawan-kawan beri nasihat yang positive. Ada yang Call, BBM, Twitter, Whatsapp. Thank you guys! Cherish the most! Aku hanya mampu berserah dengan segala kemungkinan kepada Allah. Allah tahu berikan yang terbaik untuk hambaNYA.

Nanti aku ceritakan hal BSP test seminggu lagi. Kalau rajin.

P/S: Laparnya lah. Suami tidur awal. Boring betul!

Tuesday, December 6, 2011

Roman By ROMAN Feat KILAFAIRY



[Kilafairy]
Bila terasa deras jantungku
Terisi dengan nada-nada yang resah
Menyakinkanku adanya cinta
Tapi tak pernah terang

Sedangkan diriku semakin menjauh
Dan mula melupakanmu

[Roman]
Tersedar aku dalam pelukan
Kekasih tak pernah ku impikan
Cerita kita menghilang jauh
Hanya menjadi sirnaku

Masihkah dirimu mendiamkan cinta
Percaya kepadaku

Cinta
Usah kau ragu
Ia kan selalu menemanimu
Biar kan ia bertamu

Cinta
Ku tiada ganti hilang
Tanpa kau sedari
Cinta
Ku hanya untuk kamu

[Roman]
Maafkan aku tak seperti yang kamu inginkan
Melepaskan mu saat kau memerlukan
Hapuskan hiba dihadapanku
Ku masih menanti kehadiranmu

[Kilafairy]
Dapatkah melawan getarannya
Cinta

[Kilafairy & Roman]
Cinta
Usah kau ragu
Ia kan selalu menemanimu
Biar kan ia bertamu

Cinta
Ku tiada ganti hilang
Tanpa kau sedari
Cinta
Ku hanya untuk kamu

Sakit Perut.

Tiba-tiba pagi tadi sakit bahagian atas perut. Tak tahu kenapa. Pedih sangat. Terasa macam kena hiris pisau. Softly touched pun terasa pedih GILA. Sakitnya jadi lepas my babyangel tendang-tendang, godek-godek. But, dalam 10 mins rasa tu hilang. Lepas sejam, datang balik. Then, go away about 10 mins.

Now tak rasa lagi. Dah lepas tengahari pun.

Hubby risau sangat sampai nak hantar pergi klinik. Ala. Tak perlu rasanya. Mungkin ni normal pain during pregnancy.

Sekarang saya dah dapat New Tasks. Tick Carta Pergerakan Baby dalam Buku Pink. Dah 28weeks kan. Bila buat benda ni rasa peka towards my babyangel lebih sangat. Setiap kali dia moving start at 9 am, saya tick. Nurse pesan supaya langkaukan about 15-20mins untuk setiap pergerakan. End time for 10 moves, tak semestinya sama. Adakala sampai petang dia dah lebih 10 moves. Sometimes sampai malam but make sure jangan biarkan kalau baby tak bergerak 10 moves lebih pukul 9 pm.

So far dah 6 hari catitkan, my babyangel was OK. Alhamdulillah. Cuma rasanya dia gerak aktif waktu malam compared than siang. Alahai baby Mama ni.. *garu kepala*

=)

Monday, December 5, 2011

My Newborn Check List.

Hi. Salam.

Sekarang sibuk tickkan mana yang dah beli for my babyangel & myself. From 6months lagi dah started survey reasonable stuffs price and place to get things easily. Banyak kali jadi mangsa pertanyaan is Mummy Ammar Yusuf lah! My colleague. HEHE orang paling dekat. Sama jugak kalau ada some baby's brand buat clearance stock, sales or discount whatsoever. Kami share info. Jadi, takdelah ralat sangat kalau terbeli mahal or terbeli yang kurang kualiti. Maklumlah first baby. Hewhewhew.

So, below are the checklist of mine. Kalau ada apa-apa terkurang or rasanya tak perlu ada dalam list, tolong bagitahu ya. Terima kasih! =)

For Baby
Feeding
Feeding Bottle (4oz & 9oz)
Teats (S-New Born)
Berus botol
Bib
Bottle Rack
Bottle Warmer
Bottle Sterilizer
Storage Milk
Soother
Cooler Bag
Ice Pack

Mandian
2 Tuala baby
1 set peralatan mandian bayi (baby bath, syampoo, losyen, bedak)
Besen Mandi
Baby Oil
Nappy Cream
Cotton ball & bud
Tuala Muka
Minyak Yuyi
Nail Clipper
Changing Matt
Napkin & Pin
Newborn Diapers
Baby Wipes
Detergent
Diapers Liner
Hair Bursh
Thermometer
Bath Sponge
Nasal Aspirator Kit

Tidur
Bantal
Kelambu
Tilam baby
Baby cot
Bouncer
1 pcs selimut
2 pcs cadar, pillow case

Pakaian
Baju lengan panjang & Seluar - 3pcs
Baju lengan pendek & Seluar - 3pcs
Baju berlubang - 3pcs
Baju Tidur - 3pcs
Romper - 3pcs
Bedung - 2pcs
5 pasang stoking
5 pasang sarung tangan
5 helai barut baby
1 pcs sweater baby
3 pcs kasut baby (kain/bulu)
2 pcs topi
Cabinet Baju Baby
Beg Baby
Cloth Hangers
Bakul Baju Baby

Others
Stroller
Car Seat
Baby Sling
Thermos - Travel
Bekas Susu Baby - Travel

Toys
Black & White Toys
Flash Card
Play Gym
Mirror
Musical Toys

For Mummy

Bengkong
3 pcs stokin
Maternity pad
Set Bersalin / Jamu
Tungku
Pati Ikan Haruan / Jeli Gamat
Disposable Panties
Set Pam Susu
Nursing Bra - 5pcs
Disposable Breast Pad
Beg Ibu
Nipple Cream
Nursing Cover
Nursing Blouse

Mak aih!

Thats all? Thats all?

Terkejut tengok long list ni. Masa buat list ni, muka dah terkulat-kulat. Mana nak cekau duit beli semua barang-barang ni? Suami pulak selalu kata ada rezeki untuk kita nanti insyaAllah. Saya angguk sambil T_T

P/S: Rasanya ada tak Aunty & Uncle out there nak kasi hadiah untuk my babyangel? Part OTHERS & TOYS tu saya tak beli lagi. Heh :D

Saturday, December 3, 2011

28

As at 28.

Aku dah miliki keluarga yang bahagia bersama Suami tersayang. I am carrying a little babyangel inside my tummy.

Saya percaya dia sangat comel.
Sangat manja.
Sangat active.
Sangat adorable.

Alhamdulillah.

Betul. No words can describe how wonderful this moment for those who had felt it.

=)

Perlu buat wishlist? Tak ada apa sangat rasanya. Saya cuma berharap agar dibukakan pintu kebahagiaan, pintu rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan anak-anak yang soleh, diberikan iman yang teguh oleh Allah SWT dan disenangi semua orang. Doa yang baik-baik sahaja.

Once the clock strikes to 12 o'clock, my handphone has started beep in signal of i am getting wishes!

TEXT MSG
CALLS
FACEBOOK
TWITTER
WHATSAPP
BBM

Tak putus² ucapan dan doa from my Hubby, family tercinta dan rakan-rakan tersayang. You know guys, i am touched. Appreciate it all! Semoga kata-kata anda semua menjadi satu doa untuk saya. Amin :')



Cupcakes Chelsea! Special from my Colleagues! Thank you so much! Beria-ria lompat time ni tak sedar diri dah 'berat'! :D



Jamuan Pulut Kuning with Cheezy Tart. Nyum! :D


Me 28 now!

Celebrate with my Hubby at Kenny Rogers. Favourite place. Pregnant 28weeks already.



Sempat lagi pergi Warehouse Pureen Sales. Mulanya macam nak patah balik tengok banyak orang. Last-last kita yang tak nak balik. Baju-baju, barang baby semua comel sangat!

Heh. Ini wish antara yang BEST! Thank you kak Iti! :D

P/S: Oh ya. Hubby bagi hadiah handbag yang sangat cute gila kalau aku yang pakai. Pink lagi. Thank you Dear! :D

Monday, November 28, 2011

Tegur Dulu Buat Kemudian

Makan oat setiap pagi excluding Ahad.

Last check up kena marah by Nurse. Naik berkilo-kilo during pregnant. Should less than 1.5kg. Aku balun makan segala benda sampai naik 3.7kg. Sejak dari tu, benci betul ada perasaan ini tak boleh makan, itu tak boleh makan. Nurse suggest makan oats setiap pagi. Nasi kurangkan. Kalau lapar makan buah and sayur. Susu jangan tinggal.

OK. Kesian.

Sebelum kahwin pun berpantang makan takut gemuk. Selepas kahwin nak beranak pun kena pantang juga takut penyakit datang. Effect baby. Effect diri. Mana kau nak?

OK. Tarik balik kesian.

Ada member kata kalau pergi private, diorang tak concern sangat about weight. Janji body & baby sihat. Ada test lain kot selain dari MGTT (minum air gula). Entah. Tapi, dia tanya bila lagi aku nak merasa makan SUKA-SUKI TAK KIRA APA kalau bukan time mengandung kan? Nanti masa berpantang, langsung tak boleh makan apa yang sedap.

Eh lepas pantang boleh balun jugakkan?

I gain my appetite lately! Gosh.

Thats why aku reject oats on Sunday. Kasi chance la makan Nasi Lemak & Roti Canai pulak.

P/S: Lagi 2 days pergi checkup at 28w. Tengok scale, rasa stress.

Thursday, November 24, 2011

Sebelum & Selepas Kahwin.

Kalau dulu sebelum kahwin aku betul cemburu dengan perempuan yang sudah ada karier, suami dan anak. Aku rasa hidup mereka sangat lengkap. Aku lagi still terumbang-ambing fikirkan masa depan yang aku sendiri blur. Masih seronok dengan kawan-kawan tanpa batas. Maksud aku keluar rumah balik lewat malam. Berkawan dengan lelaki itu lelaki ini tanpa siapa nak merajuk. Buat aktiviti mencabar selagi rasa fizikal terdaya sebab nak jaga body. Perut pun tak buncit dan bontot pun tak besar sangat. *thumbs up both*

Aku bersyukur yang aku tak liar sampai jengah disko yang bagi aku tak ada faedah langsung. Buat sakit hidung bau arak, buat telinga jadi tuli dengan bunyi yang kuat, layan menari yang penuh ghairah, dengar suara sumbang yang sangat menjengkelkan dan layan segala ubat dadah yang boleh rosakkan maruah. Buat segala keseronokan tanpa guna akal. Bukan aku.

Dan kehidupan selepas kahwin pulak aku tak nafikan memang best ada orang jaga kita. Pagi-pagi celik mata ada Suami sebelah. Berkasih sayang bersama. Buat aktiviti bersama. Decide barang rumah apa nak beli bersama. Keluar duit bersama ehem. Buat anak bersama ehem. Apa sahaja berkongsi. Katil, tilam, bantal, tuala, pinggan semualah! Dalam pada tu, ada orang tak kurangnya cemburu pada aku katanya hidup aku kini bakal lengkap dengan kehadiran si Comel dalam perut aku. Alhamdulillah rezeki. Dan dengan itu pun, alignment body figure pun dah lari banyak. Hewhewhew.

Aku tahu sedikit sebanyak kita sentiasa rasa janggal dengan kehadiran dia sebagai Suami sebab sama-sama tak kenal true colors waktu berkawan dulu. Baik zahir baik batin. Aku tak tipu, kadang-kadang tu kami jenuh bergaduh untuk cuba adaptkan diri berdua. For me, thats natural way of being partner in our life. Kalau kita sayang partner kita, kita akan cuba mengenali dia biarpun sampai akhir hayat. Sebab manusia ni hati lain-lain. Jangan harap kau akan dapat pasangan yang kau aim time bujang. Siap list bagai. Tak semua perfect, kawan. Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang Dia kehendaki.

"Janganlah menetapkan suatu tempoh untuk mengenali pasanganmu, tapi belajar & kenalilah dirinya sehingga ke akhir hayat kalian berdua, kerana sepanjang tempoh itu kau akan sentiasa belajar suatu perkara baru tentang dirinya, menyesuaikan diri dengan keadaan itu, belajar menerima & terus menyayanginya sampai bila-bila.."
Namun, aku tak nafikan aku merindui zaman sebelum kahwin dulu. Tak banyak pun sikit maybe. Enjoy selagi anda boleh. But, do not judge other marriage if tak tahu hujung pangkal.

Ok bye.

Wednesday, November 23, 2011

Kalau Kau Kata Apa?

Aku tahu apa aku facing tak sehebat kau orang semua. Tapi, benda ni selalu main dalam benak aku. Sampai suatu ketika aku rasa nak request balik kat boss minta aku ditransfer back up there. Dulu workstation aku kat tingkat 4 sana. Disebabkan boss tengok aku selalu tak sihat sejak pregnant, dia transfer aku di tingkat 1 which is aku terpaksa berkorban untuk jadi heartless.

Ini adalah antara situasi-situasi yang memang buat aku bengang nak mati.

1. Boss tegur aku tanyakan kenapa aku charge En R mahal sangat untuk duit Refreshment Office Club Aku kata aku tak diskas dengan boss lagi berapa En R kena bayar. Bila masa aku mentioned amount? Boss terus sound En R kat situ juga katakan jangan buat cerita pasal staff dia kenakan duit kelab mahal. En R kata, memang aku tak cakap. Dia cuma guess sendiri saje. Kalau kau? Mind kau kata apa?

Aku kata apa jadahnya bangang sangat kau ni. Nak kenakan aku ke apa? Padan muka kau malu sendiri dengan boss.
2. Berkenaan En R jugak. Kes tak tutup rapat bekas bancuh air. Benda ni dah berpuluh kali colleagues lain bagi hint suruh buat. Yang jadi masalahnya semua orang tak nak sound direct. Siapa nak bercakap dengan dia? Kalau bancuh air milo, kopi, teh segala mak nenek punya air dan tak pernah tutup rapat bekas sampai masuk semut. Tiba pulak aku time tu nak bancuh milo dengan oats. Tapi, semut penuh. Kalau kau kata apa?
Aku hempas pintu dan jerit siapa punya bodoh bangang tak tutup cover kasi rapat ni? Nak kasi semua orang bodoh makan semut?

3. Pagi tu buat farewell party untuk colleague yang dapat offer tempat lain. Semua orang dah dijemput termasuk dia. Seorang saje yang jemput dia. Cukuplah. Asalkan dia dijemput. Boss call PA (Kak Ziela) dia tanyakan kenapa kami semua tak jemput En R makan? Dia nak pergi kedai Mamak Maulana tu. PA boss kata dia dah jemput. Kalau kau kata apa?

Aku kata takkan dia nak tunggu semua orang terhegeh jemput dia? Dia tu siapa? Macam budak-budak mengadu kat boss kata kita tak jemput dia makan
4. Boss tunjukkan kami semua gambar En R tengah pegang botol arak sambil tersenyum bangga. Ada lagi gambar dia cium dan berpeluk dengan GRO dalam pub. Kalau kau nak kata apa?

Aku kata Astagfirullahalazim. Rumah kata pergi, Kubur kata mari. Dia memang tak tahu malu ke boss? Kenapa tua-tua macam dia tak pernah nak insaf dan macam culture shock?
5. Setiap pagi dia masuk office, dia akan berborak dengan Abang Adi sampai terbahak-bahak macam semput. Ketawa untuk perkara yang sangat bodoh. Mengadu itu ini apa yang dia makan semalam dan pergi mana semalam. Berborak pasal keluarga dia. Bertanyakan Abang Adi apa bikin hari ni. Kerjalah bodoh! Sebab dalam ramai-ramai kat office ni hanya Abang Adi saje yang rajin layan dia. Kami semua buat bodoh. Kalau kau nak kata apa?

Aku kata apasal bising sangat ni??!! Masuk pantry hempas pintu.
6. Kadang-kadang aku sendiri pergi sampaikan message kat dia from orang lain yang nak pecahkan pintu kereta dia akibat blocked kereta orang! Bukan dia tak ada intercom. Tapi, selalu on button "Do Not Disturb". Kalau kau kata apa?

Aku kata En R, orang yang En R blocked kereta tu nak pecahkan kepala En R.

Kasar tak? Peduli apa aku.




P/S: Ya Allah aku mohon perlindungan dari Mu. Ampunkanlah aku yang hina ini.

Monday, November 21, 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda.

Aku seorang diri tengok bola semalam. Hubby pergi class. Dimintanya aku update setiap masa. Apa sahaja yang menarik. Dengan tekun aku pun update lah satu per satu. Sambil update dia, aku update status Twitter. Aku gemar bercakap dalam Twitter. Rasa orang lain tak kisah sangat sebarang status yang aku update. Beratus kali update pun orang tak peduli. Dan paling best, kita tak perlu berharap sebarang komen.

Dalam setengah jam game, Hubby called kata semua student resah nak tengok bola. Lecturer bagi pelepasan keluar awal. HAHA. Sporting habis. Memang timing lari sangat, Puan.

Memang hati mulut sumpah seranah habis player termasuk referee atas padang. Baik Malaysia. Baik Indonesia yang penuh sinetron drama. Macam tak waras kan? Kutuk player sendiri. HAHA. Cuba kasi aku bola try tendang, mampus menggagau. Komen pandai. Apa aku tahu aku tak hipokrit macam yang lain. Orang lain tengok bola, suppose player tu boleh shoot terus tapi, sasar ke laut. Tetap kata TERBAIK. Huh?! Ok. Lupakan.

Malam tadi memang baik sikit aksi game yang dipamerkan. Ikutkan memang letih gila main untuk 120 minit, tapi mereka tetap bertahan untuk kekalkan misi utama menang Piala Emas di Sukan Sea. Syabas! Haiii kalau boleh jantung gugur, dah lama kena kutip balik. Permainan yang sangat debarkan semua orang. Macam tengok World Cup pun ada. Area rumah aku memang bising habis dengan rumah bujang kiri, kanan. Termasuk kitorang berdua lagi. Masing² jerit puas raikan kemenangan Malaysia! Kalau tengok kat luar, mahu terbalik meja.

Apa pun, terima kasih untuk team Ong Kim Swee. Ada ONG nampaknya! Ikutkan hati, nak saje tunggu mereka kat LCCT. Tapi, apakan daya. PM kita tak kasi cuti. HAHAHA. Blah la. Menang sikit nak cuti. Serious aku bangga jadi anak Malaysia. Terpegun team Harimau kita boleh buat burung Garuda dah jadi Angry Bird! Aku puas sebab maruah Malaysia dapat dipertahankan even penuh cacian dan makian dari negara sebarang. Macam orang tak ada tamadun. Guna otaklah kawan! Mana semangat kesukanan?

Aku tak berganjak dari depan tv sampai habis. Tengok, tengok stadium dah kosong! =)



Thursday, November 17, 2011

Amalan Bacaan Surah Ketika Hamil

Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar & taat.

Surah Luqman – Untuk memperolehi anak yang cerdik akal & cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati.

Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.

Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.







P/S: Surah Google sendiri! =)

Sunday, November 13, 2011

Senaman Untuk Ibu Mengandung

1. Tailor Sitting




Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
Dapat memperbaiki postur badan.
Melembutkan sendi pelvic.
Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

2.Pelvic rock



Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedah

Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

3.Wall slide





Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
Naik ke atas semula.
Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding

Sumber: ratuhati.com

P/S: Suami bagi link. Saya paste. *Hugs*

Thursday, November 10, 2011

Suka-Suka Kongsi Info Tarikh Lahir.

Actually ini adalah teori Dr Azizan Osman. Ramai dah ikut his classes. ramai juga yang dah pratikkan apa yang beliau sampaikan. apa yang saya nak sampaikan kat sini serba sikit info asas dalam calculate tarikh lahir dan tahu apa agaknya main character dalam diri. kalau ikutkan, banyak lagi classes untuk kita betul-betul belajar cara mengenali diri sendiri dan orang lain. cecah ratusan dan ribuan ringgit. tak ada masalah bagi yang berkemampuan dan really interested!

sorry kalau ada antara anda yang dah ikut class beliau tiba-tiba terbaca blog saya then jumpa some mistakes, sila betulkan ya. ok kalau bercakap dari aspek percaya atau tak, itu terpulang. Ini bukan ramalan. Ini adalah research yang beliau dan team beliau buat to billions of people out there. the core reason nak buat analisis ini adalah untuk kenali potensi, kelemahan dan kekuatan diri yang kita ada. Besides that, kita boleh recognized other people behaviour and attitude. Mana lah tahu boleh kita boleh get along with them. kalau jahat, kita boleh juga manipulate them! :)

jom calculate our date! for example saya share mine.


Klik for enlarge image.

nombor chasis saya adalah 3-3-9. so number yang paling akar dalam diri saya adalah 9.

SIAPA ADA?

Nombor 1
• Boleh jadi pemimpin (natural born leader)
• Tidak suka dengar arahan orang lain
• Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa dia lagi bagus.
• Suka memerhatikan orang
• Kreatif
• Banyak idea
• Pantang dicabar
• Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik
• Berdikari
• Positive thinking
• Sentiasa nak menang
• Keras kepala
• Sangat sensitif dan suka berdendam
• Selalu dipijak
• Perfectionist
• High expectation
• Terlalu berterus-terang

Nombor 2• Susah buat keputusan
• Confuse
• Easy to manipulate
• Ada kekuatan suara
• Tidak boleh tertekan dalam membuat keputusan
• Jujur
• Suka pada kebersihan
• Tenang
• Dengar tapi tidak semestinya dia buat
• Memahami
• Mudah bersabar
• Mudah simpati
• Mudah memaafkan
• Tidak tetap dalam membuat keputusan
• Sangat-sangat emosional
• High jealousy
• Boleh dipercayai
• Pengikut yang bagus
• Tahap kesabaran yang tinggi

Nombor 3• Aktif
• Mudah popular
• Menawan semasa muda
• Senang diberi tanggungjawab
• Mudah berkawan, kepoh
• Baran
• Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna
• Kurang sabar
• Peramah
• Nafsu tinggi
• Suka mengikut fesyen terkini
• Semangat tinggi
• Kreatif
• Artistic
• Egois
• Suka kritik secara terbuka
• Suka mengawal

Nombor 4
• Suka merancang
• Suka mencari ilmu dan belajar
• Membuat kajian sebelum buat keputusan
• Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession sebab mereka mahir dalam bidang technical)
• Bijak
• Tidak mudah putus asa
• Suka simpan wang
• Rajin kerja, etc
• Keras kepala, susah ubah fikiran
• Suka bersangka buruk kepada org lain
• Sangat kedekut dengan org yang tidak dikenali
• Suka logik
• Tidak berani ambil risiko
• Setia
• Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

Nombor 5• Suka mencari peluang, arah dan direction
• Workaholic
• Suka travel
• Mudah naik pangkat
• Their motto is "Life is a learning process"
• Ada genetic degil
• Adventurous
• Bertenaga
• Cita rasa tinggi
• Bernafsu tinggi
• Bijak
• Berani ambil risiko
• Minat berniaga
• Suka shopping dan boros
• Angin turun naik
• Suka bertangguh
• Daya tarikan tinggi (charming)
• Sexy (If perempuan)

Nombor 6• Mata duitan
• Suka mengawal wang
• High taste
• Kekeluargaan
• Pendamai dua pihak bertelagah
• Jujur
• Penyayang
• Mengambil berat
• Tidak pentingkan diri sendiri
• Menegakkan keadilan
• Tamak
• Bijak

Nombor 7• Love to argue
• Senang dapat pengikut atau penyokong
• Senang berkawan
• Cerewet
• Popular
• Suka benda mistik
• Suka berfalsafah
• Pendendam
• Analytical (suka kaji dalam2)
• Ada kekuatan kerohanian
• Good instinct
• Sensitive with surrounding
• Suka menyendiri
• Suka berfikir

Nombor 8• Bertanggungjawab
• Boleh dipercayai
• Pertahankan kawan
• Keras kepala
• Suka teratur
• Suka membantu dan baik hati
• Mudah simpati hingga tertipu
• Mudah tertekan, tak reti have fun
• Instinct hebat, boleh jadi bomoh
• Setia
• Materialistik
• Suka kuasa
• Ambitious

Nombor 9
• Good in public relation
• Senang dapat kawan
• Suka bergaya kemas
• Senang menarik hati org tua
• Bijak
• Global thinking
• Penyayang
• Suka kongsi dan suka memberi
• Sensitive
• Ikhlas
• Romantis
• Berbakat
• Understanding
• Gentleman (if lelaki)
• Emosional
• Jiwang
• Love yang over

OK next, semua ada 16 numbers kan? Combine semua. For example saya ada 1, 2, 3, 3, 3, 3, 4, 5, 6, 6, 9, 9, 9, 9, 9, 9. cara ni lagi tepat analisis mengenai diri kita.

And below are the meaning if you have the combination of:

1 2 3/1 2
• Boleh bercakap laju
• Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
• Kadang2 cakap tak serupa bikin/cakap kosong
• Suka cakap lepas/suka lawan cakap org
• Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat atau syair)

4 2 6/2 4• Suka share ilmu
• Pandai ceramah dan syarahan
• Boleh jadi motivator

8 4 3• Mudah bosan
• Banyak angan2
• Sukar berjaya if not focus
• Selalu cari peluang baru/kejayaan

5 7 3
• Senang bergaul dengan orang atasan/VIP
• Orang atasan senang percaya cakap dia
• Senang disabotaj, senang sabotaj orang

9 1 1• Suka berdikari
• Susah ada partner sendiri dalam syarikat
• Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
• Suka buat keputusan sendiri
• Boleh jadi org tengah
• Mudah berjaya atas usaha sendiri
• Keras kepala
• Senang dikhianati orang

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6Suka fikir dalam-dalam, tak suka share, mudah kecewa, tekanan emosi

4 5 6• Boleh jadi akauntan dan uruskan kewangan
• Mudah terlibat dengan rasuah atau penyelewengan wang

9 9 9Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tempat dikelilingi pokok
3 3 3/8 8 8• Mudah tertekan
• Panas baran
• Berpotensi jadi org berpengaruh dan berkuasa
• Pendendam
• Degil
• Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!

4 5 9Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat

6 7Senang belanja org

1 5 6Kerja outstation rezeki lebih baik

1 8 9Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

8 3Suka aktiviti luar rumah, tak suka stay in ofis atau rumah

3 3 6
Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

7 2 9/2 7/2 5 7• Ada pelaris semula jadi
• Daya tarikan yang tinggi secara semula jadi
• Menawan
• Senang dapat penyokong/pengikut
• Mudah yakinkan orang tetapi mudah confident
• Mudah disabotaj
• Kawan tidak setia sebab jealous!
• Hati-hati dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us
• Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!

Ada lagi!

Nombor Cermin. Nombor itu adalah combination of nombor S and T. Mereka sama both left and right. Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular JIKA anda fully used dari segi potential and direction which suits you. Kira BONUS la! =)

once dah kenali potensi diri masing-masing, kita sama-sama kick-off the negativity dalam diri, perbaiki setiap kelemahan diri, improve ability diri, appreciate the positivity yang kita ada dan take advantage atas potential yang kita sememangnya ada. insyaallah kita berjaya.

"allah takkan mengubah sesuatu keadaan melainkan kita yang berusaha untuk mengubahnya"

OKlah. Selamat mencuba! Sorry sepah sebab tak pandai guna software Adobe whatsoever.

Thursday, October 27, 2011

Air Wudhu' Air Serikan Muka.

Salam! Baru baca artikel mengenai cara serikan wajah! Credit to that blog! So, kita tak perlulah beli pencuci muka jenama yang mahal-mahal ya.

* Bangun awal pagi untuk solat Subuh. Air wudhu' yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat Zohor di tengah hari. Air wudhu' yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhu' yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah untuk solat Maghrib. Air wudhu' yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isyak di waktu malam. Air wudhu' yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.


Banyakkan rahsia dan kebaikan kalau kita selalu ikut semua perintah Allah SWT. Tapi sayang, ramai yang belum sedari. Kalau tahu pun, buta hati. Wallahualam.

Monday, October 10, 2011

Pesanan Buat Isteri

1. Jangan memperkecilkan suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer.. ok tak?"
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah sampai tidak dijumpa mana-mana section yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ... "
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak .. boleh singgah tak mana mana.. please "7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros... "
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber... . ie. " pot petpot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
17. Suka melengah-lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan MU tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ... then today.. then tadi..u tau tak... semalam u nak tau... .bla bla bla bla."
20. Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih... "
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. "..eee u tau tak hubby i tu... "
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. "...you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali..."
P/S: Artikel ini diambil dari blog orang juga. Credit with many thanks.

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


23. Jangan buat bodoh kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

P/S: Artikel ni diambil from blog orang. Credit with thanks.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Sunday, October 9, 2011

Pregnancy Medical Checkup.

Salam Isnin. Pakai baju colorful on Monday bagi naik semangat okay. Jangan pakai baju gelap-gelap nanti kita senang rasa diri nak berkabung. Hewhewhew. Oh kita pakai color hijau today. Awak nampak hijaulah! Baru rasa diri bersemangat nak kerja. Itu petua orang. Cuba amalkan.

Kita nak cerita about medical checkup. Saje nak share something with you guys.

1st Checkup.
Untuk first time in my life, saya pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 untuk checking on my pregnancy. Teruja. Suami ada temankan. Sama-sama ambil cuti. Kena buat checkup on weekdays saje. Just bring along the following documents untuk buka buku PINK. Saya tahu pun after tanya member-member yang berpengalaman. Bukan apa, tak nak ada kes patah balik keluar masuk klinik. Buang masa :/

Nah! Check the list!

1) Copy of I/C (Suami & Isteri)
2) Original and copy of Nikah certs
3) Bil air/elektrik petempatan sekarang
4) Gambar baby scan

Mula-mula kita tunggu turn nama dipanggil untuk timbang berat badan sekarang. Oh ya! Dinasihatkan ibu-ibu mengandung datang ke klinik buat pemeriksaan bulanan after ngam-ngam 3 months pregnant ya. Tak perlu datang awal. Untuk sahkan kehamilan kita boleh direct pergi klinik swasta je. Kalau boleh, scan teruslah untuk tengok kedudukan uri dan baby. Jangan lupa makan asid folic untuk tumbesaran janin yang cukup sifat.

Lepas timbang berat badan, check BP semua. Kita pergi ke makmal untuk test kandungan darah dan ujian air kencing. Ibu-ibu kena make sure segala pills yang doktor bagi MESTI MAKAN. Kalau boleh, jangan skip ya. Ingat baby dalam perut perlukan khasiat vitamin! Lepas tu, tunggu turn lagi untuk berjumpa dengan doktor nak check cm line kat perut kita, dia akan pegang perut kita untuk rasa kedudukan baby, payudara kita dan berikan sikit advices dalam jaga kandungan seawal 5 bulan ke bawah.

Kalau tak ada apa lagi, boleh lah balik. Ibu dan bapa yang mana bekerja boleh minta TIME SLIP from pihak klinik untuk pelepasan few hours. Lepas tu, nak sambung kerja balik boleh. Or nak ambil cuti pun boleh. HEHE. Macam saya tinggal kat Shah Alam memang berat sikit nak ke office di KL. Dah 3 kali checked up, saya ambil cuti je. Rest at home. Kadang-kadang terasa pening dan mual-mual sebab lama menunggu.

2nd Checkup
This time saya kena buat appointment untuk minum air gula. Bukan sebab berat badan berlebihan tapi, ada history from parents. Mama ada high BP. Abah ada diabetes. So, kemungkinan saya dapat penyakit macam tu time pregnant adalah tinggi. Sebelum datang ke klinik minum air gula, kita kena puasa atleast 12 hours. Means kita start puasa pukul 10malam sebelum tu until 10pagi keesokkan harinya. Ambil darah, test darah. Mulanya dengar orang cerita pasal air gula, rasa nak muntah juga. Tapi, bila minum rasa OK pulak. Tak ada lah rasa apa sangat cuma manis meleceh je. Boleh consider :)

Setiap kali datang ke klinik, kalau vitamin Obimin or Acid Folic dah habis, kena minta tau. Biasanya after 4 months kita diberi vitamin Obimin je sebab itu pun dah cukup. Obimin diperlukan untuk pertambahan darah. Sebab masa bersalin nanti, kita akan kehilangan banyak darah. Tapi, jangan takut tau. Ikut cakap doktor dan jangan skip makan vitamin tu. Makanan lain pun kena jaga. Fast food kalau boleh elakkan takut kita gemuk nanti. Huhu. Berat badan akan bertambah atleast 13 kg bila sampai due. So, kalau makan tak menentu, itu yang kadang-kadang ibu mengandung ada penyakit. Makan buahan dan kekacang banyak tau!

Susu untuk ibu kalau boleh amalkan. Baby dalam perut akan serap banyak kalsium kita. Minta Suami belikan okay! Kita minum susu Mamil Chocolate. Sedap sangat! :)

Kali ni saya just pergi alone. Kesian Suami. Ikut pun bukan boleh buat apa. Ganggu kerja saje. InsyaAllah selagi boleh drive sendiri, saya tak kisah. Plus ramai sangat ibu-ibu kat klinik tu, tak cukup seat sometimes.

Ok nak cerita about my pregnancy. After scan while baby in 3 months at klinik swasta, kedudukan uri saya kat bawah. Maknanya ada problem. Tapi, doktor kata bagi time perhaps taking a few months untuk uri naik ke atas. Harap no problem nanti. But, once bleeding even pun setitik, kena cepat pergi hospital untuk check on baby inside. Banyaklah nasihat doktor bagi antaranya tak boleh angkat benda berat, tak boleh buat kerja berat, kurangkan berjalan, jangan turun naik tangga dan jarakkan masa bersama Suami. Ehem kena puasalah. So far, tak pernah ada bleeding lagi. Just ada brownish kat panty liner in last week. Referred to Makcik saya (doktor) kalau berterusan keluar next day, kena pergi hospital. Alhamdulillah tak ada apa. Mungkin stress kot time tu.

Dah plan after 6 months nanti, saya scan sekali lagi. Doakan terbaik for my baby! :)


3rd Checkup
Setiap bulan doktor akan tetapkan date appointment kita dalam buku PINK. Yes. Kena bawak sentiasa! Dan jangan pulak lupa date dengan doktor! Kita pregnant tau. Kena jaga lebih keadaan ibu dan baby dalam perut :)

This time kita kena injection untuk avoid kancing gigi. Cucuk kat bahu. Rasa sengal jugaklah sebelah tangan 2-3 hari. Then, nurse buat ultrasound checking. Saya tak rasa lagi baby movement even dah 20weeks. Nampaklah muka lain macam nurse tu. Pelik kot. Kita just rasa susah nak bernafas dan cepat mengah kalau buat apa pun. Itu normal sebab kita dah share segala ruang dengan baby. So, untuk kita bernafas, space laluan pernafasan tu dah jadi sempit sikit. Untuk hal ini jangan gabra ya!

Seperti biasa setiap every month, berat badan, BP, air kencing, darah semua diambil dan ditest. Cucuk sana cucuk sini dah biasa. Kalau kena nurse yang kasar dan tak pandai sikit, boleh jadi lebam tangan lepas cucuk. HEHE. Itu normal.

Ok sekarang tunggu untuk next appointment. Harap semua will be fine! Ada something nak cakap, biasanya ibu mengandung cepat rasa sensitif dan moody. So, jangan terbawa-bawa sangat emo tu nanti makan diri. Ingatlah orang keliling sangat sayang dan ambil berat about us lebih-lebih lagi our Husband. Bersabar banyak dan berdoa. Mengaji Al-Quran sentiasa. InsyaAllah semua sadness akan berlalu pergi.

Jumpa lagi! Jaga diri tau! :)

P/S: Haihh tak sabar nak scan jantina baby. Nak beli barang baby. Tapi, Mama dah pesan boleh beli barang-barang baby after 6 months onwards. Pantang kot? Ikut saje :)

Monday, September 26, 2011

Jangan rapat at first place.

Kau dah berkawan lama dengan seseorang. Kau dah biasa tahu apa sahaja aktiviti dia. Kau dah biasa diberitahu apa sahaja mengenai dia. Ke mana pun hanya kau dan dia.

Suddenly.

Semua stop. Kau tak nak ambil tahu langsung hal dia. Kau buat apa yang dia dah buat pada kau. Life masing-masing. Biar dia happy with friends. Biar aku happy with mine.

Actually.

Kau dan dia bohong diri masing-masing. Still nak ambil tahu hal diri keduanya. Seorang akan terasa kalau seorang lagi tak cerita apa yang telah dan bakal berlaku. Kawan mereka yang tahu segalanya mengenai mereka.

Finally.

Buntu. Apa harus kau buat? Aku pilih untuk diam. Aku pilih untuk stay away. Tapi, diri aku GAGAL.

Kalau kau?

Monday, July 4, 2011

Aku patut bersyukur.

1) Aku patut bersyukur atas kurniaan Allah yang tak terhingga. Tak usah mengeluh dengan alahan mengandung. Anak aku sedang membesar dalam perutku. Bayangkan orang lain berubat sana sini nak dapatkan cahaya mata tapi, untuk aku? Allah senang² beri. Terima kasih ya Allah.

2) Aku kena bersyukur sebab sentiasa di kelilingi oleh orang yang masih menyayangi aku. Tak pernah sakiti hati aku. Tak pernah buat onar dalam life aku. Aku still ada sahabat-sahabat yang tak jemu bagi support ketika aku sakit.

3) Aku patut bersyukur sebab masih punyai family. Family besar yang tak pernah tolak jika aku datang mengadu masalah. Family yang sentiasa buka pintu untuk aku. Tak pernah putus nasihat dan dorangan ketika aku perlukan.

4) Aku patut bersyukur sebab adanya kudrat untuk aku bekerja yang boleh buat life aku dan Hubby stabil. Tak perlu meminta sedekah atau belas kasihan orang lain demi cari sesuap nasi.

5) Aku kena bersyukur sebab datangnya sesuatu penyakit mengingatkan aku kepada Dia. Dan aku masih boleh sujud syukur.

6) Aku patut bersyukur aku diberi-pinjam seorang suami yang betul ada sifat sabar GILA. Tak kisah bangun pagi tengok muka aku yang comot gila dengan air liur basi meleleh. Sanggup mengadap muka pucat lesi kalau sakit. Belikan dan buat apa yang aku nak. Bersyukur tak kahwin dengan orang yang salah.

7) Aku bersyukur sebab pernah merasai kebaikan berkawan di dunia. Kenal dengan mereka, mereka. Gelak ketawa menangis kerana mereka. Mereka yang keluar masuk dalam hidup aku. Aku hargai dan aku juga relakan mereka pergi.

8) Aku tetap bersyukur sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang serba ada semuanya. Cukup sederhana. Rasa susah sikit adatlah. Kau jangan mengeluh banyak. Setiap yang berlaku, Tuhan dah tetapkan ganjaran.

9) Aku bersyukur sebab Ramadhan bakal tiba dan semoga aku diberi peluang untuk melaksanakannya dan tiada sebab aku untuk menidakkannya dengan alasan mengandung.

10) Aku sepatutnya bersyukur mampu menaip blog even dalam keadaan serba tak kena.

Sunday, July 3, 2011

Alahan mengandung

Kandungan aku dah masuk hampir 7 weeks. Rasa mual, muntah makanan, muntah air bagai semua ada. Ramai orang pesan, suruh aku sabar sebab semua perempuan mengandung dalam fasa trimester ni pernah lalui benda yang sama. Tapi, aku tahu bukan semua. Syukur bagi sesiapa yang tak ada masalah macam ni berpanjangan. Aku patut bersyukur juga, alami alahan ni sebelum baby dalam perut besar. Bayangkan perut dah besar, kau muntah-muntah dalam sinki? Tak bahaya? Saje aku pujuk hati :/

Sekarang aku buat apa pun tak boleh. Bangun pagi rasa mual. Kunyah roti atau apa pun tak jalan. Asam pun sama. Tak boleh nak elak dari kunyah asam. Takut nanti efek darah tinggi. Tapi, ramai kata boleh hilang rasa mual dan loya. Ah! Sama je. Setiap kali minum susu, minum air or whatever sure muntah balik. Badan memang penat sangat. Lembik. MC 2 hari. Tak daya buat apa pun. Mabuk. Kepala pusing.

Sambil aku rest kat rumah, Mama, Ibu dan Mak Mertuaku ada datang ziarah. Comel je diorang. Pantang dengar aku tak sihat. Terima kasih semua! Aku pun ada baca komen-komen rakan mengenai jaga kandungan dalam FB. Ada suruh buat dan makan itu, ini. Aku baca cuma tak terbalas dengan perkataan TERIMA KASIH. Sungguh aku appreciate sangat. Terharu ada juga yang sudi lemparkan semangat. Dalam merasa dunia baru dalam hidup aku, aku perlukan segala supports, comments and recommendations from experienced ladies.

Para suami pun boleh. Welcome je! :)

Semalam Mama paksa aku pergi klinik. Dia dengar suara lembik sangat dah. Aku baru muntah sebelum Mama call untuk tanya khabar. Hubby suruh bangun untuk bersiap pergi klinik then terus nak hantar ke rumah Mama. Rest kat sana. Aku pergi klinik yang sama untuk check pregnancy hari tu. Klinik Ajwa. Doktor tak payah cakap banyak, dia tengok tangan aku and rasa body aku panas, terus kata kena waterdrips. Atleast 2 pines of water. Ambil ubat tahan muntah. Siap kasi Obimin pills lagi. Hari tu doktor lain kasi aku Acid Folic pills. Confuse nak makan Obimin sahaja or both.





Hubby teman paling setia sekarang :)



Dia memang paling banyak SABAR dalam jaga karenah aku. Aku bersyukur sebab dia boleh lagi LAYAN aku. Aku tengah sakit, dia layan. Alu tengah emo GILA nak mampus, dia layan. Aku tak boleh nak masak, dia layan. Aku tak boleh tengok muka dia pun, dia layan. Tak tahu hanya mind set atau whatever, kalau tengok muka dia, aku rasa nak muntah. Gosh. Maafkan baby.

Sebelum pergi kerja, aku muntah lagi. Sepanjang perjalanan ke office, aku tidur. Kena pejam mata kalau tak, pening. Kang tak pasal kena pull over nak muntah. Yes aku sediakan plastik but, siapa lalu nak muntah dalam beg plastik? Tak nak lah. Nanti silap haribulan, Hubby tengah drive pun boleh muntah!

Aku drive pun tak boleh. Kena air-cond kereta tak boleh. Dengar lagu dalam kereta pun naik pening. Tengok TV cerita nyanyi-nyanyi pun tak boleh. Layan FB, Twitter lama-lama pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Kadang-kadang menangis kenangkan kenapa teruk sangat alahan. Ke semua ni mind set? Pendek kata apa aku suka buat before pregnant, dah jadi terbalik.

Aku tak manja. Tapi, benda ni aku tak boleh lawan T__T

P/S: Dengar ayat suci Al-Quran sahaja lepas ni :)

Monday, June 27, 2011

Aku mengandung.

Lepas kahwin, period langsung tak datang. My instinct saying that I am pregnant. Banyak friends ask me to buy Urine Test Kit. They wondered how could me keep waiting for 10 days tak period. Takut ada bad effection to the baby. Sebab kalau awal kita tahu kita pregnant, kita kena start control diri. Kena jaga diri. Kena ikut pantang sana sini. Ada kawan aku, period lewat sehari terus beli test kit nak check dia mengandung atau tidak. Aku siap panjat Broga, makan Nenas, lompat sana sini bagai. Sebenarnya takut nak check. Aku takut semua aktiviti aku akan terbatas. Hello! Kau nak baby kau selamat tak? :/

Pagi Ahad lepas, aku gagahkan diri buat test sendiri. Beli Test Kit kat Guardian malam sebelum tu. Tak sampai seminit, results keluar. Aku tergamam. Serious I am pregnant! Rasa nak loncat dalam toilet. Kang jatuh pulak. Sia-sia. Hati nak berlari kejutkan Hubby nak tunjukkan results. Tapi, rasa terkejut aku mengatasi semuanya. Timbul rasa takut. Takut tak bersedia nak jadi Mama. Ya Allah apa aku rasa ni? Bukankah semua parents gembira gila kalau dapat khabar macam ini. Aku sebaliknya. Bukan tak suka tapi, really speechless. But, bukan bermaksud aku tak happy. It just ya like i said, i was shocked.

Aku naik atas slowly masuk bilik. Kejutkan Hubby. Bagitahu aku dah checked and i am pregnant. Dia terkejut plus happy, aku nampak. Aku tahu dia nak sangat jadi Papa. Aku senyum lepas dia peluk aku dan ucapkan terima kasih. Aku still stunned. Called Mama. Tak dapat. Called Ibu. She adviced us to go to the nearest clinic to confirm the baby. Kebetulan aku dan Hubby plan nak jumpa Chong jurukamera Wedding sebab nak collect raw photos. Aku just dropped by at Klinik Ajwa, Sek 7. Yes! Doc confirmed i dah carry baby for 6 weeks. Alhamdulillah!

Aku still terdiam dalam kereta.

Kandungan aku sama tempoh perkahwinan aku. Bunting pelamin. Yes. Tuhan nak kasi rezeki cepat. Kita jangan tolak. Tapi, aku tak tipu perasaan aku. Aku cemas sebab tak sangka secepat ini. Happy tapi, dalam keadaan takut. Again rasa takut sangat aku tak bersedia. Bila aku dapat bercakap dengan Mama and others, diorang semua speechless. Macam tak percaya. Semua macam aku, tak sangka secepat ini. Tapi, mereka cepat-cepat keep my feeling to be cool. Thanks to God atas rezeki yang tak terduga.

Tiba-tiba teringat SMS my colleague pagi Ahad tu, "Sha, jangan rasa tak happy, jangan rasa tak bersedia or apa. Keadaan cepat macam ni, ibu muda akan rasa freak out. Be positive. Takut apa Sha rasa will effect to baby. Kalau tak, kesian baby rasa unwelcomed je." Aku rasa bersalah. Cepat-cepat aku usap perutku sambil kata, "Oh! Baby Mama, you are such beautiful 'gift' that Allah giving. You are very welcome to this world, Sayang."

I need to change.

After see the doctor, badan aku rasa sangat-sangat weak. Makan muntah makan muntah. Kawan aku ada cakap, biasa ibu-ibu akan start rasa muntah lepas jumpa doctor. Kenapa eh? Sebelum check, tak ada pulak rasa apa-apa. Haih. Aku tak boleh rasa lemah. Aku kena kuat. Orang kata, kalau kita muntah teruk, baby dalam perut jadi lebih kuat. Tak tahu how it works. But, apa yang mereka dan mereka kata semua aku percaya sekarang. Lagi-lagi kalau bagi petua jaga kandungan. Kebetulan my collegue pun pregnant. She is in 8 months now. Dia laa kaunter pertanyaan aku and good advisor yang terdekat. Heheh.

Pagi tadi Hubby aku YM about this article. Thank you, B. Good tips! =)

Mengatasi masalah ketika trimester pertama mengandungTip-tip untuk mengatasi kepenatan- Tidur awal
- Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, pastikan makan makanan yang sihat.
- Minum banyak air untuk elak badan kekeringan
- Makan makanan yang boleh tingkatkan tenaga terutama waktu tengah hari. Ini termasuk protein dan karbohidrat seperti nasi, ayam panggang.
- Makan makanan ringan sepanjang hari seperti bijirin, biskut, buah-buahan

Tip-tip untuk mengurangkan simptom alahan- Jauhkan dari makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya
- Pastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik ketika memasak atau biarkan orang lain yang memasak
- Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan kandungan tinggi lemak.
- Kunyah makanan perlahan-lahan
- Sebelum bangun dari katil waktu pagi, makan makanan seperti biskut kering, roti bakar atau bijirin kering
- Bila bangun dari katil, bangun dengan perlahan-lahan. Bangun dengan tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya
- Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
- Cuba minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia, teh peppermint. Cuba panas dan sejuk. Ada wanita lebih sesuai minum ketika panas, ada yang sesuai minum sejuk.
- Ambil kesempatan makan ketika anda rasa sihat dan makan makanan berkhasiat.
- Pil tambahan seperti Zat Besi dan pil prenatal kadang-kadang boleh menyebabkan loya. Pastikan ambil dengan makanan. Jangan hentikan tanpa nasihat doktor.

P/S: Semalam Hubby mengadu dia pulak rasa loya. Aduh. Jangan laaa. Siapa nak jaga Wife dia nanti T__T


Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah. I see the lightness in my life.

He or She only 6 weeks! :)







Terima Kasih Allah!






P/S: Tak minta Doc scan dia pun, tertanya juga whether is he/she OK in there. Minta-minta semua sempurna.





Wednesday, June 22, 2011

Prasangka.

Kau pernah prasangka buruk? Mesti TAK. Prasangka baik? Kau kata YA. Kau memang bertuah sebab tiada masalah dengan orang lain. Syabas!

Tapi.

Kalau kau ada bad thoughts to other people. Kau buang. Kelak kau susah. Percayalah.

Aku bukan baik sangat. Aku bukan orang yang suka kasi motivasi. Cuma aku nak ingatkan sikit. Sikit sahaja.

Maksud prasangka adalah membuat decision dengan sesuka hati kau tanpa kau tahu apa yang kau cakap betul atau tidak. Kau main langgar fakta relevan. Kalau benda buruk, kau akan bersikap tak masuk akal dan tak rely on how rasional that they are.

Cukup meaning? Faham? Tak faham, kau Google. Aku bukan cikgu.

Ini pendapat aku. First, kalau nak berkata about something kau mesti bersikap COOL. Kau kena free your mind from anasir jahat atau bendasing. Baru relevan words keluar dari mulut kau. And kau juga kena bersikap ADIL. Kau tak boleh judge without knowing the true things had happened between both parties. Bukan nak minta kau jadi investigator or whatsoever but atleast some kind of good things you have done. Baru boleh kasi advices.

Ini tak, kau ambush side yang satu lagi sampai terpinga kawan. Padahal kau tak tahu apa benda pun. Kau tak kenal side satu lagi? Senang. Kau jangan masuk campur kalau macam itu. Bagi kata peransang yang baik-baik lah. Jangan terus tuduh pihak sana BURUK dan BAD. Eh? Samalah meaning. Kau jangan emosi dalam melayan perasaan mereka terus.

Baik dari sekarang kau BUANG terus. Buang prasangka buruk. Orang semua tak nak layan kau nanti. Ingat, people MALAS nak layan orang gila macam kau. Bukan gila mental. Tapi, gila emosi. Sebab mereka yang terkena tempias prasangka kau akan terus berdoa kepada Allah SWT supaya kau diturunkan musibah. Supaya kau diturunkan hukuman sewajarnya. Kau nak orang doakan yang buruk buat kau?

Aku takut. Aku memang takut untuk deal dengan orang yang doanya untuk burukkan kita dimakbulkan Tuhan. Oh tidak!

So, pendek cerita atau the moral of story, kau MESTI BERSIKAP POSITIVE. Layan orang keliling kau dengan seadilnya biarpun mereka pernah cerca pernah fitnah kau. Kau doakan yang baik-baik. Kalau orang itu delete kau dari account FB and Twitter even BBM pun, kau kena doakan yang terbaik untuk dia. Ingat kebaikan dia.

InsyaAllah. Hidup kau lebih bermakna.

Just my two cents.

P/S: Bila baca balik, banyak pulak perkataan "kau" refer kat mana pun tak tahu. Ah! Kau kan pandai. Agak-agaklah untuk segregate "kau" tu.

Monday, June 20, 2011

Broga Hills

Place: Broga Hill
Date: 19 Jun 2011 (Sunday)
Members: Aku, Hubby, Aji (adik Hubby), Jimmy (abang Hubby), Zamri (kawan), Anem (makwe Zamri) and Kak Atie (makwe Jimmy)

Tak tinggi mana kalau kita dah naik. Bukit setinggi 400meters and track about 1.7km. Cabar fizikal tapi mungkin tak secabar naik Gunung Tok Wan kot? Track 3.1km. Next to Broga. Aji kata lagi penat. Tak ada port rehat. Naik, turun, naik, turun. Nanti cuba. OK! For us as first timer climbing up Broga, pengalaman seronok tak terkata. You all should try.

Sepanjang pendakian we all, alhamdulillah tak ada apa yang buruk berlaku. Sememangnya kita dilindungiNYA. Baca doa yang kau tahu untuk hindarkan perkara tak baik sebab kita masuk hutan, daki bukit. Bawa air secukupnya dan makanan ringan kalau kau larat bawa boleh lepak-lepak kat puncak. Jangan lupa camera! Ada orang siap buat photoshoot bawa spare costumes and tripod bagai =)





Cantik sangat view.



Dah sampai atas? No, no. Ini baru bukit pertama.



Kejarkan nak tengok sunrise celah gunung-ganang.




Kan dah cakap, kena bawak camera.


Stop kejap. Setiap bukit ada port rehat.



Tengok orang takut gayat pun boleh turut serta ekspedisi. Syabas Hubby! =)



Dah sampai! Tak tinggi mana pun. HAHA.



Ini lepak sambil makan sebelum turun.



Oh! Jangan lupa bawa spray color or marker pen too buat vandalisme kenangan.



Kenangan lagi untuk mereka panjat sampai rosak kasut. Power, power.



Buaian sama dalam pre-wedding photos Dato Sheikh Muzaphar & Dr Halina



Track turun bukit.




Happy campur eksaited =)

P/S: Dua hari berlalu pun still kepala otak buat imbasan pasal aktiviti ni. Haih hati melonjak minta nak pergi lagi. Sesiapa yang belum pergi dan nak ke sana, please tell me! I want to follow =)

Sunday, June 19, 2011

Abah.

Aku percaya Qada' dan Qadar Allah SWT. I believe that all things happen in my life must be a GREAT reason behind that. Who knows? Be enjoy with your life, darling! =)



Happy Father's Day, Abah! =)



First time celebrate Father's Day with beliau -__-''

Ya Tuhan menguji hambaNYA dengan kemampuan yang hanya Dia tahu. Aku bersyukur dengan apa yang berlaku dalam fasa hidup aku. Aku masih tak terlewat untuk rasa sebenarnya kasih sayang dari seorang yang bergelar BAPA. I am so grateful, Tuhan! Kau memang maha Adil.
Kau berikan aku menikmati kasih Abah untuk jangka masa lama aku bergelar anak tapi, Kau cepat kurniakan aku seorang suami yang mungkin ada ciri-ciri seorang Papa yang baik. Alhamdulillah.




P/S: Thank you Ibu for cooked delicious dinner and bought to our home at that night. Aku goreng sayur and masak nasi jeww. HAHA.

Thursday, June 16, 2011

Jadi askar main lumpur.

Askar main lah!

Kak Siti boleh main lumpur? Ah! Rosaklah kulit muka yang mulus GILA tu! =D

Kak Siti dengan rela hati diterima masuk as Askar Wataniah. Aku sendiri tak tahu apa benda Wataniah tu. Aha malas nak google. Bukan setakat jadi ahli askar, kak Siti diangkat mengetuai kumpulan artis yang join Wataniah tu. Aku dengar ada 8 orang artis kesemuanya termasuk Shahiezy Sam, Ana Rafalli, Intan Ladyana, David Teo, Aizat and others.

Hurm? Itu je? Mana artis yang berbadan ketul, berani tunggang motor besar, tak takut mati join bungee jumping dan tali pinggang hitam? Bukan apa, just aku tak sure apa kriteria mereka dioffer masuk untuk jadi askar? Setahu aku mereka MESTI ada fizikal yang kuat. Mungkin just moral support? Eh buang masa la kalau macam tu. Kalau aku jadi mereka, aku nak main tali, main sungai, main gunung, main lumpur, main minyak hitam calit here and there. Baru syok.

Jangan salah faham. Aku tak kata mereka yang ada ni tak kuat. Mungkin kita tak didedahkan lagi aktiviti apa yang akan mereka sertai. So, tak boleh nak judge or agak-agak. Baik kau diam.





Terima Uniform semalam.




Kak Siti dimartabatkan as KETUA Askar Wataniah.





Kak Siti suka buat muka comel.

Credit pictures : DSSN, Berita Harian.




P/S: Kalau dibuka peluang untuk orang luar boleh turut serta. Aku nak! Bukan sebab adanya kak Siti whatsoever, tapi, aku memang minat =D

Sunday, June 12, 2011

Sebulan Kahwin.

13 May 2011.

Date yang sah jadikan aku naik taraf as wife's someone. Terima kasih Allah. Kau memang bijak rencanakan apa yang Kau mahu.

Dari awal perkenalan kami yang hanya direkomenkan by collegues until aku dan dia ikat tali pertunangan dan sehingganya kami diijabkabulkan. You guys boleh baca story Cinta Sha & Saleh. Semuanya teratur eventhough ada onak-onak ranting kayu sepanjang perjalanan kitorang. Alhamdulillah =)

Bermulanya episod aku menjadi isteri kepada En Salehuddin Sabtu. Tinggal di kediaman rumah teres dua tingkat. Alhamdulillah juga kitorang diberikan rezeki yang rata-ratanya berkata our life is OK! Slowly aku dan dia lengkapkan rumah dengan perabot basic like friedge, washing machine, cabinet, bedroom set, dining table and TV. Perbelanjaan dibahagi dua. Kadang-kadang aku terpengaruh dengan suara-suara jahat yang zahirkan sepatutnya perbelanjaan rumah seperti perabot, rumah dan makan adalah daripada suami. Bukan kau. Bukan separuh dari kau pun.

But, bagi aku. Aku terima kehadiran dia dalam hidupku. Aku bukan kahwin dengan anak Dato' yang semuanya tersedia. Tinggal cuci kaki masuk rumah. Macam Nora Elena. Bukan. Aku bukan macam tu. Aku berkahwin dengan insan biasa yang perlukan bantuan aku juga untuk menjaga hal rumah tangga. SAMA-SAMA. Aku bersyukur aku punyai family dan rakan taulan yang baik bagi 'sesuatu' untuk hadiah perkahwinan kami. Terima kasih. Hanya Allah dapat balas jasa baik kalian. Aku tak menyesal. Bersama dia susah payah bina keluarga dari awal, insyaAllah kitorang akan lebih kuat untuk pertahankan semua benda jahat.

Aku pernah minta advice dari family dan rakan terdekat. Mereka sependapat dengan aku. Malah galakkan perbelanjaan dirancang-rapi agar kitorang tak terduduk. Terima kasih lagi. Sabar dan bertolak-ansur. Kau boleh, Sha. Aku perlukan dia dan dia perlukan aku. Dia seorang suami yang baik. Sangat tolerate dan selalu consider setiap kataku. I'm so grateful. Orang kata lepas kita tinggal sebumbung baru kau tahu perangai dia sebenarnya. Yes. Aku terjumpa few weakness yang ada pada dia begitu juga aku. Aku tak kata aku perfect dan aku tak minta dia sangat perfect. Cukuplah kitorang saling mengingati.

Hari ni dah sebulan kami berkahwin. Cukup indah dan bahagia. Adatlah kalau tercakar sana, sini. Ala lidah pun kau boleh tergigit. Aku tak nak banyak. Cukup dengan perhatian dan kasih sayang dari dia. Aku manja. Semua orang tahu. Tak salah kalau dia layan manja itu. Aku pun kena agak-agak laaa. Takut nanti baby aku confuse kenapa Papa manjakan Mama lebih dari dia. HAHA. Eh! belum ada baby lagi. InsyaAllah we both berusaha ke arah itu. Doakan kami =)

Happy Monthiversary, Sayang! I'll be always be there for you. And please keep your GOOD attitudes as you are before.

P/s: Tak celebrate apa-apa pun. Just remember that sebulan sudaaa aku jadi isteri orang! Best! =D



Monday, June 6, 2011

Wedding Reception at Ipoh

Salam.

Satu-satu update about my wedding even dah lama berlalu. Hari tu update on Mama's side. Now, aku cerita about reception done by my Abah!

Date: 29 May 2011
Location: Taman Bercham Jaya, Ipoh (Rumah Abah)


Actually after had reception at Wisma MBSA tu, we straight away went for honeymoon at Cameron Highland! Best wooo! Pergi berdua with orang yang kita sayang. Manja-manja kat sana. Tak ada siapa kacau or busybody. Bagai dunia ini aku yang punya! Haaa tersentap tak? Kahwin la cepat! HAHA.

After we came back from honeymoon, kami sama-sama bertungkus lumus dan bergelumang dengan air. BASUH RUMAH. Pfft. Penat sangat kot. Atas bawah both of us yang cuci. Air sabun sebeban tak masuk air tanah untuk samak lagi. Berus, sapu, mop. One thing la, lucky Hubby tak kisah nak tolong aku cuci toilet. Selama 28 tahun aku hidup, aku tak pernah cuci toilet. Serius. Bukan aku geli or whatever cuma entah aku tak dibiasakan mungkin. Semua maid buat T__T. Before ada maid, Mama lah tolong basuhkan. Sebelum ni tinggal dengan Akak, dia laa yang cucikan. Bilik air share. Nasib baik!

Selesai cuci rumah, on the next day terus bertolak ke Ipoh. Naik Savvy berempat. Aku, Hubby, Akak and Ina (my sister). Diri terasa penat. Lucky tak demam. Sebelum ni aku mudah jatuh sakit. Orang lain demam, aku terkena jangkitan. Aku penat, terus dapat demam. Sekarang macam dah OK pulak. Amalkan Vitamin C insyaAllah. Sekarang ni nak pekena supplement Spirulina and Vitamin C. Kalau ada lebih duit poket, nak amalkan EPO sesuai untuk hormon. Sejak berkahwin ni, pelbagai hormon aku rasa. Belum pregnant lagi ni. Adoi.


Pasal Abah buat reception tu, aku mulanya minta sesimple-simplenya. Ibarat cukup dgn kenduri doa selamat. Hanya untuk bagitahu family Abah, jiran dan kawan-kawan Abah yang beliau sudah dapat menantu. Tapi, someone told me that biarlah Abah buat ikut kepuasan diri dan kemampuannya. Untuk anak sulung. Apa salahnya untuk beliau merasakan scene sambut menantu yang istimewa. Aku biarkan Abah dengan keputusannya. Sikit-sikit aku bertanya apa progress. Kesal sebab aku BUSY uruskan hal resepsi kat Shah Alam dan Abah pula di Ipoh. Jarak seminggu untuk kedua-dua majlis. Dah la Abah seorang diri kat sana. Ibu (my Stepmom) pulak kerja kat Shah Alam. Takkan nak ambil cuti lama pula.

Kesian Abah sampai demam uruskan semuanya. Tapi, aku bangga dengan Abah sebab beliau amat particular on what he is doing. Hasilnya majlis aku yang nampak simple itu sangat tersusun dan goes well! Pendek kata semua is FINE! Tak sangka sangat. Oh ya! Abah aku memang seorang pengemas, pembersih and organized person. Beliau boleh hidup seorang diri di Ipoh tanpa Ibu. Beliau seorang weken husband. Sebenarnya banyak lagi aku perlu belajar dari Mama, Abah dan Ibu tentang how to manage our marriage in smooth way. Adatlah sayang, setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kita belajar selagi boleh belajar dengan sesiapa pun asalkan mereka are knowledgeable! InsyaAllah =)

Banyak kenalan Abah yang aku jumpa. In fact, yang kenal aku since i was kids pun ada. Tak sangka dah kahwin! Cantiknya anak you, Nan. Samalah muka you dengan anak you! Sweetnya your dotter! Rata-rata aku dengar pujian. Bukan nak cerita bangga diri. Bukan. Aku sendiri terkejut ramai sangat kenalan Abah yang tak tahu Abah punyai anak gadis yang dah kahwin. FYI, we all 5 beradik perempuan. My second sister will turn up to be someone wife soon!


Abah forever =)

Talking about my reception, malam tu Abah buat majlis tahlil panggil orang surau untuk bacakan doa agar majlis esok harinya berjalan lancar. Great, right?





Orang baca Yasiin, kitorang masuk contest siapa paling ayu dalam gambar :)

Esok paginya aku bersiap untuk majlis Khatam Al-Quran. Ibu called her Marhaban members to fill the slot. Abah suggest kami bertiga iaitu me, Nellie (my forth sister) and Waina (youngest sister) together to recite Al-Quran. I saw Abah's tears dropped. He was touching perhaps. Thanks Abah for given us chances.


No pelamin. Simple reception. Food very good in taste! Cukup and tak berlebih. Ngam-ngam. Bonda Catering memang well-known kat area Bercham ni. Memang tip top and very care about their serviced. Thanks!

DJ also best. Cuma ralat sebab we both just wear normal wedding suits means just pakai baju kurung moden. So, with simple costume, DJ tak recognized pun mana satu pengantin. HAHA. Dia bebel a bit on mic cari-cari pengantin. Tau, tau je tengah makan. Tau, tau je tengah bergambar. Tau, tau je tak ada kat khemah. Sebab we all tak inform dia apa-apa pun. Siapa pengantin, siapa yang datang, aktiviti apa pun la. Kata Ibu, kita nak dengar lagu-lagu je. Tak nak dengar DJ bebel. Keh keh keh. Ibu cover silap kami. Then, cepat-cepat minta maaf kat orang PA system tu. Kesian diorang.

Doorgifts pula ada extra. Tapi, takla berlebih gila. Lega. Semua Abah yang uruskan. Ibu dan Adik-adik seminggu sekali ada balik Ipoh hulurkan bantuan. Thanks Ibu and Adik-adik. Tak lupa kepada family Ibu's side. Rehan, Makcik Shikin, Mak Yang and others. Thanks! =)





Siap ada Guestbook ;)

Thanks to all attendees! You guys so cool. Datang dari jauh semata nak lihatku eye-to-eye. Cherish you! =)



My sister, Ina, was make over me. Pandai dia buat teknik shading :)


Ibu with Ina & her fiance, Hafiz.


Rombongan lelaki makan beradap.


Cut cake event.



THANK YOU ABAH! MMUAAAHH! =)