Monday, June 27, 2011

Aku mengandung.

Lepas kahwin, period langsung tak datang. My instinct saying that I am pregnant. Banyak friends ask me to buy Urine Test Kit. They wondered how could me keep waiting for 10 days tak period. Takut ada bad effection to the baby. Sebab kalau awal kita tahu kita pregnant, kita kena start control diri. Kena jaga diri. Kena ikut pantang sana sini. Ada kawan aku, period lewat sehari terus beli test kit nak check dia mengandung atau tidak. Aku siap panjat Broga, makan Nenas, lompat sana sini bagai. Sebenarnya takut nak check. Aku takut semua aktiviti aku akan terbatas. Hello! Kau nak baby kau selamat tak? :/

Pagi Ahad lepas, aku gagahkan diri buat test sendiri. Beli Test Kit kat Guardian malam sebelum tu. Tak sampai seminit, results keluar. Aku tergamam. Serious I am pregnant! Rasa nak loncat dalam toilet. Kang jatuh pulak. Sia-sia. Hati nak berlari kejutkan Hubby nak tunjukkan results. Tapi, rasa terkejut aku mengatasi semuanya. Timbul rasa takut. Takut tak bersedia nak jadi Mama. Ya Allah apa aku rasa ni? Bukankah semua parents gembira gila kalau dapat khabar macam ini. Aku sebaliknya. Bukan tak suka tapi, really speechless. But, bukan bermaksud aku tak happy. It just ya like i said, i was shocked.

Aku naik atas slowly masuk bilik. Kejutkan Hubby. Bagitahu aku dah checked and i am pregnant. Dia terkejut plus happy, aku nampak. Aku tahu dia nak sangat jadi Papa. Aku senyum lepas dia peluk aku dan ucapkan terima kasih. Aku still stunned. Called Mama. Tak dapat. Called Ibu. She adviced us to go to the nearest clinic to confirm the baby. Kebetulan aku dan Hubby plan nak jumpa Chong jurukamera Wedding sebab nak collect raw photos. Aku just dropped by at Klinik Ajwa, Sek 7. Yes! Doc confirmed i dah carry baby for 6 weeks. Alhamdulillah!

Aku still terdiam dalam kereta.

Kandungan aku sama tempoh perkahwinan aku. Bunting pelamin. Yes. Tuhan nak kasi rezeki cepat. Kita jangan tolak. Tapi, aku tak tipu perasaan aku. Aku cemas sebab tak sangka secepat ini. Happy tapi, dalam keadaan takut. Again rasa takut sangat aku tak bersedia. Bila aku dapat bercakap dengan Mama and others, diorang semua speechless. Macam tak percaya. Semua macam aku, tak sangka secepat ini. Tapi, mereka cepat-cepat keep my feeling to be cool. Thanks to God atas rezeki yang tak terduga.

Tiba-tiba teringat SMS my colleague pagi Ahad tu, "Sha, jangan rasa tak happy, jangan rasa tak bersedia or apa. Keadaan cepat macam ni, ibu muda akan rasa freak out. Be positive. Takut apa Sha rasa will effect to baby. Kalau tak, kesian baby rasa unwelcomed je." Aku rasa bersalah. Cepat-cepat aku usap perutku sambil kata, "Oh! Baby Mama, you are such beautiful 'gift' that Allah giving. You are very welcome to this world, Sayang."

I need to change.

After see the doctor, badan aku rasa sangat-sangat weak. Makan muntah makan muntah. Kawan aku ada cakap, biasa ibu-ibu akan start rasa muntah lepas jumpa doctor. Kenapa eh? Sebelum check, tak ada pulak rasa apa-apa. Haih. Aku tak boleh rasa lemah. Aku kena kuat. Orang kata, kalau kita muntah teruk, baby dalam perut jadi lebih kuat. Tak tahu how it works. But, apa yang mereka dan mereka kata semua aku percaya sekarang. Lagi-lagi kalau bagi petua jaga kandungan. Kebetulan my collegue pun pregnant. She is in 8 months now. Dia laa kaunter pertanyaan aku and good advisor yang terdekat. Heheh.

Pagi tadi Hubby aku YM about this article. Thank you, B. Good tips! =)

Mengatasi masalah ketika trimester pertama mengandungTip-tip untuk mengatasi kepenatan- Tidur awal
- Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, pastikan makan makanan yang sihat.
- Minum banyak air untuk elak badan kekeringan
- Makan makanan yang boleh tingkatkan tenaga terutama waktu tengah hari. Ini termasuk protein dan karbohidrat seperti nasi, ayam panggang.
- Makan makanan ringan sepanjang hari seperti bijirin, biskut, buah-buahan

Tip-tip untuk mengurangkan simptom alahan- Jauhkan dari makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya
- Pastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik ketika memasak atau biarkan orang lain yang memasak
- Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan kandungan tinggi lemak.
- Kunyah makanan perlahan-lahan
- Sebelum bangun dari katil waktu pagi, makan makanan seperti biskut kering, roti bakar atau bijirin kering
- Bila bangun dari katil, bangun dengan perlahan-lahan. Bangun dengan tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya
- Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
- Cuba minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia, teh peppermint. Cuba panas dan sejuk. Ada wanita lebih sesuai minum ketika panas, ada yang sesuai minum sejuk.
- Ambil kesempatan makan ketika anda rasa sihat dan makan makanan berkhasiat.
- Pil tambahan seperti Zat Besi dan pil prenatal kadang-kadang boleh menyebabkan loya. Pastikan ambil dengan makanan. Jangan hentikan tanpa nasihat doktor.

P/S: Semalam Hubby mengadu dia pulak rasa loya. Aduh. Jangan laaa. Siapa nak jaga Wife dia nanti T__T


Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah. I see the lightness in my life.

He or She only 6 weeks! :)







Terima Kasih Allah!






P/S: Tak minta Doc scan dia pun, tertanya juga whether is he/she OK in there. Minta-minta semua sempurna.





Wednesday, June 22, 2011

Prasangka.

Kau pernah prasangka buruk? Mesti TAK. Prasangka baik? Kau kata YA. Kau memang bertuah sebab tiada masalah dengan orang lain. Syabas!

Tapi.

Kalau kau ada bad thoughts to other people. Kau buang. Kelak kau susah. Percayalah.

Aku bukan baik sangat. Aku bukan orang yang suka kasi motivasi. Cuma aku nak ingatkan sikit. Sikit sahaja.

Maksud prasangka adalah membuat decision dengan sesuka hati kau tanpa kau tahu apa yang kau cakap betul atau tidak. Kau main langgar fakta relevan. Kalau benda buruk, kau akan bersikap tak masuk akal dan tak rely on how rasional that they are.

Cukup meaning? Faham? Tak faham, kau Google. Aku bukan cikgu.

Ini pendapat aku. First, kalau nak berkata about something kau mesti bersikap COOL. Kau kena free your mind from anasir jahat atau bendasing. Baru relevan words keluar dari mulut kau. And kau juga kena bersikap ADIL. Kau tak boleh judge without knowing the true things had happened between both parties. Bukan nak minta kau jadi investigator or whatsoever but atleast some kind of good things you have done. Baru boleh kasi advices.

Ini tak, kau ambush side yang satu lagi sampai terpinga kawan. Padahal kau tak tahu apa benda pun. Kau tak kenal side satu lagi? Senang. Kau jangan masuk campur kalau macam itu. Bagi kata peransang yang baik-baik lah. Jangan terus tuduh pihak sana BURUK dan BAD. Eh? Samalah meaning. Kau jangan emosi dalam melayan perasaan mereka terus.

Baik dari sekarang kau BUANG terus. Buang prasangka buruk. Orang semua tak nak layan kau nanti. Ingat, people MALAS nak layan orang gila macam kau. Bukan gila mental. Tapi, gila emosi. Sebab mereka yang terkena tempias prasangka kau akan terus berdoa kepada Allah SWT supaya kau diturunkan musibah. Supaya kau diturunkan hukuman sewajarnya. Kau nak orang doakan yang buruk buat kau?

Aku takut. Aku memang takut untuk deal dengan orang yang doanya untuk burukkan kita dimakbulkan Tuhan. Oh tidak!

So, pendek cerita atau the moral of story, kau MESTI BERSIKAP POSITIVE. Layan orang keliling kau dengan seadilnya biarpun mereka pernah cerca pernah fitnah kau. Kau doakan yang baik-baik. Kalau orang itu delete kau dari account FB and Twitter even BBM pun, kau kena doakan yang terbaik untuk dia. Ingat kebaikan dia.

InsyaAllah. Hidup kau lebih bermakna.

Just my two cents.

P/S: Bila baca balik, banyak pulak perkataan "kau" refer kat mana pun tak tahu. Ah! Kau kan pandai. Agak-agaklah untuk segregate "kau" tu.

Monday, June 20, 2011

Broga Hills

Place: Broga Hill
Date: 19 Jun 2011 (Sunday)
Members: Aku, Hubby, Aji (adik Hubby), Jimmy (abang Hubby), Zamri (kawan), Anem (makwe Zamri) and Kak Atie (makwe Jimmy)

Tak tinggi mana kalau kita dah naik. Bukit setinggi 400meters and track about 1.7km. Cabar fizikal tapi mungkin tak secabar naik Gunung Tok Wan kot? Track 3.1km. Next to Broga. Aji kata lagi penat. Tak ada port rehat. Naik, turun, naik, turun. Nanti cuba. OK! For us as first timer climbing up Broga, pengalaman seronok tak terkata. You all should try.

Sepanjang pendakian we all, alhamdulillah tak ada apa yang buruk berlaku. Sememangnya kita dilindungiNYA. Baca doa yang kau tahu untuk hindarkan perkara tak baik sebab kita masuk hutan, daki bukit. Bawa air secukupnya dan makanan ringan kalau kau larat bawa boleh lepak-lepak kat puncak. Jangan lupa camera! Ada orang siap buat photoshoot bawa spare costumes and tripod bagai =)





Cantik sangat view.



Dah sampai atas? No, no. Ini baru bukit pertama.



Kejarkan nak tengok sunrise celah gunung-ganang.




Kan dah cakap, kena bawak camera.


Stop kejap. Setiap bukit ada port rehat.



Tengok orang takut gayat pun boleh turut serta ekspedisi. Syabas Hubby! =)



Dah sampai! Tak tinggi mana pun. HAHA.



Ini lepak sambil makan sebelum turun.



Oh! Jangan lupa bawa spray color or marker pen too buat vandalisme kenangan.



Kenangan lagi untuk mereka panjat sampai rosak kasut. Power, power.



Buaian sama dalam pre-wedding photos Dato Sheikh Muzaphar & Dr Halina



Track turun bukit.




Happy campur eksaited =)

P/S: Dua hari berlalu pun still kepala otak buat imbasan pasal aktiviti ni. Haih hati melonjak minta nak pergi lagi. Sesiapa yang belum pergi dan nak ke sana, please tell me! I want to follow =)

Sunday, June 19, 2011

Abah.

Aku percaya Qada' dan Qadar Allah SWT. I believe that all things happen in my life must be a GREAT reason behind that. Who knows? Be enjoy with your life, darling! =)



Happy Father's Day, Abah! =)



First time celebrate Father's Day with beliau -__-''

Ya Tuhan menguji hambaNYA dengan kemampuan yang hanya Dia tahu. Aku bersyukur dengan apa yang berlaku dalam fasa hidup aku. Aku masih tak terlewat untuk rasa sebenarnya kasih sayang dari seorang yang bergelar BAPA. I am so grateful, Tuhan! Kau memang maha Adil.
Kau berikan aku menikmati kasih Abah untuk jangka masa lama aku bergelar anak tapi, Kau cepat kurniakan aku seorang suami yang mungkin ada ciri-ciri seorang Papa yang baik. Alhamdulillah.




P/S: Thank you Ibu for cooked delicious dinner and bought to our home at that night. Aku goreng sayur and masak nasi jeww. HAHA.

Thursday, June 16, 2011

Jadi askar main lumpur.

Askar main lah!

Kak Siti boleh main lumpur? Ah! Rosaklah kulit muka yang mulus GILA tu! =D

Kak Siti dengan rela hati diterima masuk as Askar Wataniah. Aku sendiri tak tahu apa benda Wataniah tu. Aha malas nak google. Bukan setakat jadi ahli askar, kak Siti diangkat mengetuai kumpulan artis yang join Wataniah tu. Aku dengar ada 8 orang artis kesemuanya termasuk Shahiezy Sam, Ana Rafalli, Intan Ladyana, David Teo, Aizat and others.

Hurm? Itu je? Mana artis yang berbadan ketul, berani tunggang motor besar, tak takut mati join bungee jumping dan tali pinggang hitam? Bukan apa, just aku tak sure apa kriteria mereka dioffer masuk untuk jadi askar? Setahu aku mereka MESTI ada fizikal yang kuat. Mungkin just moral support? Eh buang masa la kalau macam tu. Kalau aku jadi mereka, aku nak main tali, main sungai, main gunung, main lumpur, main minyak hitam calit here and there. Baru syok.

Jangan salah faham. Aku tak kata mereka yang ada ni tak kuat. Mungkin kita tak didedahkan lagi aktiviti apa yang akan mereka sertai. So, tak boleh nak judge or agak-agak. Baik kau diam.





Terima Uniform semalam.




Kak Siti dimartabatkan as KETUA Askar Wataniah.





Kak Siti suka buat muka comel.

Credit pictures : DSSN, Berita Harian.




P/S: Kalau dibuka peluang untuk orang luar boleh turut serta. Aku nak! Bukan sebab adanya kak Siti whatsoever, tapi, aku memang minat =D

Sunday, June 12, 2011

Sebulan Kahwin.

13 May 2011.

Date yang sah jadikan aku naik taraf as wife's someone. Terima kasih Allah. Kau memang bijak rencanakan apa yang Kau mahu.

Dari awal perkenalan kami yang hanya direkomenkan by collegues until aku dan dia ikat tali pertunangan dan sehingganya kami diijabkabulkan. You guys boleh baca story Cinta Sha & Saleh. Semuanya teratur eventhough ada onak-onak ranting kayu sepanjang perjalanan kitorang. Alhamdulillah =)

Bermulanya episod aku menjadi isteri kepada En Salehuddin Sabtu. Tinggal di kediaman rumah teres dua tingkat. Alhamdulillah juga kitorang diberikan rezeki yang rata-ratanya berkata our life is OK! Slowly aku dan dia lengkapkan rumah dengan perabot basic like friedge, washing machine, cabinet, bedroom set, dining table and TV. Perbelanjaan dibahagi dua. Kadang-kadang aku terpengaruh dengan suara-suara jahat yang zahirkan sepatutnya perbelanjaan rumah seperti perabot, rumah dan makan adalah daripada suami. Bukan kau. Bukan separuh dari kau pun.

But, bagi aku. Aku terima kehadiran dia dalam hidupku. Aku bukan kahwin dengan anak Dato' yang semuanya tersedia. Tinggal cuci kaki masuk rumah. Macam Nora Elena. Bukan. Aku bukan macam tu. Aku berkahwin dengan insan biasa yang perlukan bantuan aku juga untuk menjaga hal rumah tangga. SAMA-SAMA. Aku bersyukur aku punyai family dan rakan taulan yang baik bagi 'sesuatu' untuk hadiah perkahwinan kami. Terima kasih. Hanya Allah dapat balas jasa baik kalian. Aku tak menyesal. Bersama dia susah payah bina keluarga dari awal, insyaAllah kitorang akan lebih kuat untuk pertahankan semua benda jahat.

Aku pernah minta advice dari family dan rakan terdekat. Mereka sependapat dengan aku. Malah galakkan perbelanjaan dirancang-rapi agar kitorang tak terduduk. Terima kasih lagi. Sabar dan bertolak-ansur. Kau boleh, Sha. Aku perlukan dia dan dia perlukan aku. Dia seorang suami yang baik. Sangat tolerate dan selalu consider setiap kataku. I'm so grateful. Orang kata lepas kita tinggal sebumbung baru kau tahu perangai dia sebenarnya. Yes. Aku terjumpa few weakness yang ada pada dia begitu juga aku. Aku tak kata aku perfect dan aku tak minta dia sangat perfect. Cukuplah kitorang saling mengingati.

Hari ni dah sebulan kami berkahwin. Cukup indah dan bahagia. Adatlah kalau tercakar sana, sini. Ala lidah pun kau boleh tergigit. Aku tak nak banyak. Cukup dengan perhatian dan kasih sayang dari dia. Aku manja. Semua orang tahu. Tak salah kalau dia layan manja itu. Aku pun kena agak-agak laaa. Takut nanti baby aku confuse kenapa Papa manjakan Mama lebih dari dia. HAHA. Eh! belum ada baby lagi. InsyaAllah we both berusaha ke arah itu. Doakan kami =)

Happy Monthiversary, Sayang! I'll be always be there for you. And please keep your GOOD attitudes as you are before.

P/s: Tak celebrate apa-apa pun. Just remember that sebulan sudaaa aku jadi isteri orang! Best! =D



Monday, June 6, 2011

Wedding Reception at Ipoh

Salam.

Satu-satu update about my wedding even dah lama berlalu. Hari tu update on Mama's side. Now, aku cerita about reception done by my Abah!

Date: 29 May 2011
Location: Taman Bercham Jaya, Ipoh (Rumah Abah)


Actually after had reception at Wisma MBSA tu, we straight away went for honeymoon at Cameron Highland! Best wooo! Pergi berdua with orang yang kita sayang. Manja-manja kat sana. Tak ada siapa kacau or busybody. Bagai dunia ini aku yang punya! Haaa tersentap tak? Kahwin la cepat! HAHA.

After we came back from honeymoon, kami sama-sama bertungkus lumus dan bergelumang dengan air. BASUH RUMAH. Pfft. Penat sangat kot. Atas bawah both of us yang cuci. Air sabun sebeban tak masuk air tanah untuk samak lagi. Berus, sapu, mop. One thing la, lucky Hubby tak kisah nak tolong aku cuci toilet. Selama 28 tahun aku hidup, aku tak pernah cuci toilet. Serius. Bukan aku geli or whatever cuma entah aku tak dibiasakan mungkin. Semua maid buat T__T. Before ada maid, Mama lah tolong basuhkan. Sebelum ni tinggal dengan Akak, dia laa yang cucikan. Bilik air share. Nasib baik!

Selesai cuci rumah, on the next day terus bertolak ke Ipoh. Naik Savvy berempat. Aku, Hubby, Akak and Ina (my sister). Diri terasa penat. Lucky tak demam. Sebelum ni aku mudah jatuh sakit. Orang lain demam, aku terkena jangkitan. Aku penat, terus dapat demam. Sekarang macam dah OK pulak. Amalkan Vitamin C insyaAllah. Sekarang ni nak pekena supplement Spirulina and Vitamin C. Kalau ada lebih duit poket, nak amalkan EPO sesuai untuk hormon. Sejak berkahwin ni, pelbagai hormon aku rasa. Belum pregnant lagi ni. Adoi.


Pasal Abah buat reception tu, aku mulanya minta sesimple-simplenya. Ibarat cukup dgn kenduri doa selamat. Hanya untuk bagitahu family Abah, jiran dan kawan-kawan Abah yang beliau sudah dapat menantu. Tapi, someone told me that biarlah Abah buat ikut kepuasan diri dan kemampuannya. Untuk anak sulung. Apa salahnya untuk beliau merasakan scene sambut menantu yang istimewa. Aku biarkan Abah dengan keputusannya. Sikit-sikit aku bertanya apa progress. Kesal sebab aku BUSY uruskan hal resepsi kat Shah Alam dan Abah pula di Ipoh. Jarak seminggu untuk kedua-dua majlis. Dah la Abah seorang diri kat sana. Ibu (my Stepmom) pulak kerja kat Shah Alam. Takkan nak ambil cuti lama pula.

Kesian Abah sampai demam uruskan semuanya. Tapi, aku bangga dengan Abah sebab beliau amat particular on what he is doing. Hasilnya majlis aku yang nampak simple itu sangat tersusun dan goes well! Pendek kata semua is FINE! Tak sangka sangat. Oh ya! Abah aku memang seorang pengemas, pembersih and organized person. Beliau boleh hidup seorang diri di Ipoh tanpa Ibu. Beliau seorang weken husband. Sebenarnya banyak lagi aku perlu belajar dari Mama, Abah dan Ibu tentang how to manage our marriage in smooth way. Adatlah sayang, setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kita belajar selagi boleh belajar dengan sesiapa pun asalkan mereka are knowledgeable! InsyaAllah =)

Banyak kenalan Abah yang aku jumpa. In fact, yang kenal aku since i was kids pun ada. Tak sangka dah kahwin! Cantiknya anak you, Nan. Samalah muka you dengan anak you! Sweetnya your dotter! Rata-rata aku dengar pujian. Bukan nak cerita bangga diri. Bukan. Aku sendiri terkejut ramai sangat kenalan Abah yang tak tahu Abah punyai anak gadis yang dah kahwin. FYI, we all 5 beradik perempuan. My second sister will turn up to be someone wife soon!


Abah forever =)

Talking about my reception, malam tu Abah buat majlis tahlil panggil orang surau untuk bacakan doa agar majlis esok harinya berjalan lancar. Great, right?





Orang baca Yasiin, kitorang masuk contest siapa paling ayu dalam gambar :)

Esok paginya aku bersiap untuk majlis Khatam Al-Quran. Ibu called her Marhaban members to fill the slot. Abah suggest kami bertiga iaitu me, Nellie (my forth sister) and Waina (youngest sister) together to recite Al-Quran. I saw Abah's tears dropped. He was touching perhaps. Thanks Abah for given us chances.


No pelamin. Simple reception. Food very good in taste! Cukup and tak berlebih. Ngam-ngam. Bonda Catering memang well-known kat area Bercham ni. Memang tip top and very care about their serviced. Thanks!

DJ also best. Cuma ralat sebab we both just wear normal wedding suits means just pakai baju kurung moden. So, with simple costume, DJ tak recognized pun mana satu pengantin. HAHA. Dia bebel a bit on mic cari-cari pengantin. Tau, tau je tengah makan. Tau, tau je tengah bergambar. Tau, tau je tak ada kat khemah. Sebab we all tak inform dia apa-apa pun. Siapa pengantin, siapa yang datang, aktiviti apa pun la. Kata Ibu, kita nak dengar lagu-lagu je. Tak nak dengar DJ bebel. Keh keh keh. Ibu cover silap kami. Then, cepat-cepat minta maaf kat orang PA system tu. Kesian diorang.

Doorgifts pula ada extra. Tapi, takla berlebih gila. Lega. Semua Abah yang uruskan. Ibu dan Adik-adik seminggu sekali ada balik Ipoh hulurkan bantuan. Thanks Ibu and Adik-adik. Tak lupa kepada family Ibu's side. Rehan, Makcik Shikin, Mak Yang and others. Thanks! =)





Siap ada Guestbook ;)

Thanks to all attendees! You guys so cool. Datang dari jauh semata nak lihatku eye-to-eye. Cherish you! =)



My sister, Ina, was make over me. Pandai dia buat teknik shading :)


Ibu with Ina & her fiance, Hafiz.


Rombongan lelaki makan beradap.


Cut cake event.



THANK YOU ABAH! MMUAAAHH! =)

Thursday, June 2, 2011

Wedding Reception at Wisma MBSA.

Hi readers! Salam.

Not much to talk about as i am really super BUSY nowadays. Maklum baru masuk kerja after a week go for HOLIDAY =)

Holiday for WEDDING RECEPTION and HONEYMOON!

Date: 22 May 2011
Location: Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam

Tepat jam 9am pagi Ahad tu, aku bangun dan bersiap mandi. Make up, dress up bagai buat dalam dewan. Call Hubby that time, he pun just got up. Pagi tu tidur lambat cacakkan signage board. Alahai sayang! Tak ada orang boleh minta tolong? Kesian pengantin. Dah la malam tu, we all semua yang terlibat ada rehersal reception. Termasuk pengapit Akmal & Rehan. Thanks guys! We had practise on how to walk away go to pelamin. Sambil lambai people all around. OK CHOP! Itu Royal Wedding. Mana ada we did that. =)


First time and Full rehersal



Practise naik tangga takut on the day jatuh terjelepok.

** Credit pictures to Akmal. Our pengapit. Blurr la gambar.



Mak Ndak aku holding duty as MC untuk majlis. Mama memang orang KUAT majlis even kecil je orangnya. Mak Cik, Mak Njang, Mak Murni, Mak Long, adik-adik dan semua mainkan peranan masing-masing. All hopes for WELL DONE reception. Thanks all! Love you all, you all know! About 1am, kitorang semua balik rumah. Letih. Mana nak cari kualiti time untuk tidur? Dah esoknya majlis. But, make sure you guys betul-betul TIDUR. Tak kisah even 1-2 hours.

On my reception day, semua lancar. Ramai datang alhamdulillah. Dengar makanan kena topup. Sorry sangat tak tahu apa cerita. Ada yang bercakap salah catering sebab tak sediakan cukup, servis tak ok dan ada pihak yang salahkan tuan rumah sebab over invitationees. OK SUDAH. Rasa tak elok ungkit apa buruknya berlaku after majlis. Rumah siap pahat berbunyi. Itu memang lumrah. Bagi aku, benda macam ni memang diexpect akan jadi. Cuma kalau ianya tak ada bunyi, alhamdulillah doa kalian dimakbulkan Tuhan. Nasihat aku after experienced all this, you guys HARUS berjumpa sendiri dengan orang catering. Bincang betul². Kami silap tak jumpa langsung caterer sebab percaya 100% to our wedding planner sebab caterer itu abang kandung dia sendiri. Takpe, jadikan semua ini as pengalaman. Belajar.

Maafkan kami atas kesulitan anda semua.

Talking about my pelamin. For me, its really beautiful. Like my dream! Thanks so much kak Rien! Fresh flowers mix articial flowers put here and there. Ranting kayu terletak cantik. Lighting nice. Pilihan black & grey superb match. Semua gorgeous! Banyak pujian on that. Excellent. Ada orang kata biar pelamin tak seberapa asalkan catering OK. Sebab ianya akan jadi buah mulut orang. But, for me. Let it be. Benda dah lepas. Again we learn.

Ramai puji photographer aku. Mesra alam dan sabar melayan karenah mereka yang GILA camera. Syabas Chong! Can't wait for your results! Must be wonderful. Untuk outdoor, dia buat at small garden in dewan area dan dalam bilik Quality Hotel. Aku request for that. Sebab bila buat kat dewan, orang tak nampak bilik pengantin. So, Mama sediakan bilik untuk kami siap decorated by herself and aunts! Thanks a lot! =)

PA system pun ramai puji sebab DJ putarkan lagu-lagu best. FYI, aku ada buat pilihan untuk special songs and the rests dipilih by Akak. Thanks Akak! Good job! =) Oh ya ada selitkan pakej silat by teenages. Sorry tak check you all punya background. Thanks by the way!

Doorgifts banyak lebih sebab ada sikit confusion. Orang beratur ambil makanan hampir dengan main entrance door. A bit crowded there. Banyak jemputan keluar balik ikut pintu lain. Sedangkan dah diaturkan jemputan kena makan dulu then balik baru jumpa tuan rumah atau penanggah untuk dapatkan doorgifts. Its OK, yang mana extra tu, kitorang dah agih-agih to member rapat.

For all yang involved secara direct or indirect. Please accept my pleasure because you were be there on OUR GREAT MOMENT DAY! =)

Here few pictures for you readers!



Make Over :)




Standby nak berarak ke pelamin :)



Me & hubby with pengapit Akmal & Rehan and lil' cute sister Aina and cousin Hajar :)



Sedang menuju puncak. Time ni kena relax gila OK :)



Acara potong cake :)



Makan beradab :)



Memory with Hubby's side. Turquoise! :)



Memory with my side. Pinkish! :)


THANK YOU MAMA! MMUAAAHH =)