Monday, November 28, 2011

Tegur Dulu Buat Kemudian

Makan oat setiap pagi excluding Ahad.

Last check up kena marah by Nurse. Naik berkilo-kilo during pregnant. Should less than 1.5kg. Aku balun makan segala benda sampai naik 3.7kg. Sejak dari tu, benci betul ada perasaan ini tak boleh makan, itu tak boleh makan. Nurse suggest makan oats setiap pagi. Nasi kurangkan. Kalau lapar makan buah and sayur. Susu jangan tinggal.

OK. Kesian.

Sebelum kahwin pun berpantang makan takut gemuk. Selepas kahwin nak beranak pun kena pantang juga takut penyakit datang. Effect baby. Effect diri. Mana kau nak?

OK. Tarik balik kesian.

Ada member kata kalau pergi private, diorang tak concern sangat about weight. Janji body & baby sihat. Ada test lain kot selain dari MGTT (minum air gula). Entah. Tapi, dia tanya bila lagi aku nak merasa makan SUKA-SUKI TAK KIRA APA kalau bukan time mengandung kan? Nanti masa berpantang, langsung tak boleh makan apa yang sedap.

Eh lepas pantang boleh balun jugakkan?

I gain my appetite lately! Gosh.

Thats why aku reject oats on Sunday. Kasi chance la makan Nasi Lemak & Roti Canai pulak.

P/S: Lagi 2 days pergi checkup at 28w. Tengok scale, rasa stress.

Thursday, November 24, 2011

Sebelum & Selepas Kahwin.

Kalau dulu sebelum kahwin aku betul cemburu dengan perempuan yang sudah ada karier, suami dan anak. Aku rasa hidup mereka sangat lengkap. Aku lagi still terumbang-ambing fikirkan masa depan yang aku sendiri blur. Masih seronok dengan kawan-kawan tanpa batas. Maksud aku keluar rumah balik lewat malam. Berkawan dengan lelaki itu lelaki ini tanpa siapa nak merajuk. Buat aktiviti mencabar selagi rasa fizikal terdaya sebab nak jaga body. Perut pun tak buncit dan bontot pun tak besar sangat. *thumbs up both*

Aku bersyukur yang aku tak liar sampai jengah disko yang bagi aku tak ada faedah langsung. Buat sakit hidung bau arak, buat telinga jadi tuli dengan bunyi yang kuat, layan menari yang penuh ghairah, dengar suara sumbang yang sangat menjengkelkan dan layan segala ubat dadah yang boleh rosakkan maruah. Buat segala keseronokan tanpa guna akal. Bukan aku.

Dan kehidupan selepas kahwin pulak aku tak nafikan memang best ada orang jaga kita. Pagi-pagi celik mata ada Suami sebelah. Berkasih sayang bersama. Buat aktiviti bersama. Decide barang rumah apa nak beli bersama. Keluar duit bersama ehem. Buat anak bersama ehem. Apa sahaja berkongsi. Katil, tilam, bantal, tuala, pinggan semualah! Dalam pada tu, ada orang tak kurangnya cemburu pada aku katanya hidup aku kini bakal lengkap dengan kehadiran si Comel dalam perut aku. Alhamdulillah rezeki. Dan dengan itu pun, alignment body figure pun dah lari banyak. Hewhewhew.

Aku tahu sedikit sebanyak kita sentiasa rasa janggal dengan kehadiran dia sebagai Suami sebab sama-sama tak kenal true colors waktu berkawan dulu. Baik zahir baik batin. Aku tak tipu, kadang-kadang tu kami jenuh bergaduh untuk cuba adaptkan diri berdua. For me, thats natural way of being partner in our life. Kalau kita sayang partner kita, kita akan cuba mengenali dia biarpun sampai akhir hayat. Sebab manusia ni hati lain-lain. Jangan harap kau akan dapat pasangan yang kau aim time bujang. Siap list bagai. Tak semua perfect, kawan. Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang Dia kehendaki.

"Janganlah menetapkan suatu tempoh untuk mengenali pasanganmu, tapi belajar & kenalilah dirinya sehingga ke akhir hayat kalian berdua, kerana sepanjang tempoh itu kau akan sentiasa belajar suatu perkara baru tentang dirinya, menyesuaikan diri dengan keadaan itu, belajar menerima & terus menyayanginya sampai bila-bila.."
Namun, aku tak nafikan aku merindui zaman sebelum kahwin dulu. Tak banyak pun sikit maybe. Enjoy selagi anda boleh. But, do not judge other marriage if tak tahu hujung pangkal.

Ok bye.

Wednesday, November 23, 2011

Kalau Kau Kata Apa?

Aku tahu apa aku facing tak sehebat kau orang semua. Tapi, benda ni selalu main dalam benak aku. Sampai suatu ketika aku rasa nak request balik kat boss minta aku ditransfer back up there. Dulu workstation aku kat tingkat 4 sana. Disebabkan boss tengok aku selalu tak sihat sejak pregnant, dia transfer aku di tingkat 1 which is aku terpaksa berkorban untuk jadi heartless.

Ini adalah antara situasi-situasi yang memang buat aku bengang nak mati.

1. Boss tegur aku tanyakan kenapa aku charge En R mahal sangat untuk duit Refreshment Office Club Aku kata aku tak diskas dengan boss lagi berapa En R kena bayar. Bila masa aku mentioned amount? Boss terus sound En R kat situ juga katakan jangan buat cerita pasal staff dia kenakan duit kelab mahal. En R kata, memang aku tak cakap. Dia cuma guess sendiri saje. Kalau kau? Mind kau kata apa?

Aku kata apa jadahnya bangang sangat kau ni. Nak kenakan aku ke apa? Padan muka kau malu sendiri dengan boss.
2. Berkenaan En R jugak. Kes tak tutup rapat bekas bancuh air. Benda ni dah berpuluh kali colleagues lain bagi hint suruh buat. Yang jadi masalahnya semua orang tak nak sound direct. Siapa nak bercakap dengan dia? Kalau bancuh air milo, kopi, teh segala mak nenek punya air dan tak pernah tutup rapat bekas sampai masuk semut. Tiba pulak aku time tu nak bancuh milo dengan oats. Tapi, semut penuh. Kalau kau kata apa?
Aku hempas pintu dan jerit siapa punya bodoh bangang tak tutup cover kasi rapat ni? Nak kasi semua orang bodoh makan semut?

3. Pagi tu buat farewell party untuk colleague yang dapat offer tempat lain. Semua orang dah dijemput termasuk dia. Seorang saje yang jemput dia. Cukuplah. Asalkan dia dijemput. Boss call PA (Kak Ziela) dia tanyakan kenapa kami semua tak jemput En R makan? Dia nak pergi kedai Mamak Maulana tu. PA boss kata dia dah jemput. Kalau kau kata apa?

Aku kata takkan dia nak tunggu semua orang terhegeh jemput dia? Dia tu siapa? Macam budak-budak mengadu kat boss kata kita tak jemput dia makan
4. Boss tunjukkan kami semua gambar En R tengah pegang botol arak sambil tersenyum bangga. Ada lagi gambar dia cium dan berpeluk dengan GRO dalam pub. Kalau kau nak kata apa?

Aku kata Astagfirullahalazim. Rumah kata pergi, Kubur kata mari. Dia memang tak tahu malu ke boss? Kenapa tua-tua macam dia tak pernah nak insaf dan macam culture shock?
5. Setiap pagi dia masuk office, dia akan berborak dengan Abang Adi sampai terbahak-bahak macam semput. Ketawa untuk perkara yang sangat bodoh. Mengadu itu ini apa yang dia makan semalam dan pergi mana semalam. Berborak pasal keluarga dia. Bertanyakan Abang Adi apa bikin hari ni. Kerjalah bodoh! Sebab dalam ramai-ramai kat office ni hanya Abang Adi saje yang rajin layan dia. Kami semua buat bodoh. Kalau kau nak kata apa?

Aku kata apasal bising sangat ni??!! Masuk pantry hempas pintu.
6. Kadang-kadang aku sendiri pergi sampaikan message kat dia from orang lain yang nak pecahkan pintu kereta dia akibat blocked kereta orang! Bukan dia tak ada intercom. Tapi, selalu on button "Do Not Disturb". Kalau kau kata apa?

Aku kata En R, orang yang En R blocked kereta tu nak pecahkan kepala En R.

Kasar tak? Peduli apa aku.




P/S: Ya Allah aku mohon perlindungan dari Mu. Ampunkanlah aku yang hina ini.

Monday, November 21, 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda.

Aku seorang diri tengok bola semalam. Hubby pergi class. Dimintanya aku update setiap masa. Apa sahaja yang menarik. Dengan tekun aku pun update lah satu per satu. Sambil update dia, aku update status Twitter. Aku gemar bercakap dalam Twitter. Rasa orang lain tak kisah sangat sebarang status yang aku update. Beratus kali update pun orang tak peduli. Dan paling best, kita tak perlu berharap sebarang komen.

Dalam setengah jam game, Hubby called kata semua student resah nak tengok bola. Lecturer bagi pelepasan keluar awal. HAHA. Sporting habis. Memang timing lari sangat, Puan.

Memang hati mulut sumpah seranah habis player termasuk referee atas padang. Baik Malaysia. Baik Indonesia yang penuh sinetron drama. Macam tak waras kan? Kutuk player sendiri. HAHA. Cuba kasi aku bola try tendang, mampus menggagau. Komen pandai. Apa aku tahu aku tak hipokrit macam yang lain. Orang lain tengok bola, suppose player tu boleh shoot terus tapi, sasar ke laut. Tetap kata TERBAIK. Huh?! Ok. Lupakan.

Malam tadi memang baik sikit aksi game yang dipamerkan. Ikutkan memang letih gila main untuk 120 minit, tapi mereka tetap bertahan untuk kekalkan misi utama menang Piala Emas di Sukan Sea. Syabas! Haiii kalau boleh jantung gugur, dah lama kena kutip balik. Permainan yang sangat debarkan semua orang. Macam tengok World Cup pun ada. Area rumah aku memang bising habis dengan rumah bujang kiri, kanan. Termasuk kitorang berdua lagi. Masing² jerit puas raikan kemenangan Malaysia! Kalau tengok kat luar, mahu terbalik meja.

Apa pun, terima kasih untuk team Ong Kim Swee. Ada ONG nampaknya! Ikutkan hati, nak saje tunggu mereka kat LCCT. Tapi, apakan daya. PM kita tak kasi cuti. HAHAHA. Blah la. Menang sikit nak cuti. Serious aku bangga jadi anak Malaysia. Terpegun team Harimau kita boleh buat burung Garuda dah jadi Angry Bird! Aku puas sebab maruah Malaysia dapat dipertahankan even penuh cacian dan makian dari negara sebarang. Macam orang tak ada tamadun. Guna otaklah kawan! Mana semangat kesukanan?

Aku tak berganjak dari depan tv sampai habis. Tengok, tengok stadium dah kosong! =)



Thursday, November 17, 2011

Amalan Bacaan Surah Ketika Hamil

Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar & taat.

Surah Luqman – Untuk memperolehi anak yang cerdik akal & cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati.

Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.

Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.







P/S: Surah Google sendiri! =)

Sunday, November 13, 2011

Senaman Untuk Ibu Mengandung

1. Tailor Sitting




Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
Dapat memperbaiki postur badan.
Melembutkan sendi pelvic.
Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.

Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

2.Pelvic rock



Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedah

Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

3.Wall slide





Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.

Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
Naik ke atas semula.
Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding

Sumber: ratuhati.com

P/S: Suami bagi link. Saya paste. *Hugs*

Thursday, November 10, 2011

Suka-Suka Kongsi Info Tarikh Lahir.

Actually ini adalah teori Dr Azizan Osman. Ramai dah ikut his classes. ramai juga yang dah pratikkan apa yang beliau sampaikan. apa yang saya nak sampaikan kat sini serba sikit info asas dalam calculate tarikh lahir dan tahu apa agaknya main character dalam diri. kalau ikutkan, banyak lagi classes untuk kita betul-betul belajar cara mengenali diri sendiri dan orang lain. cecah ratusan dan ribuan ringgit. tak ada masalah bagi yang berkemampuan dan really interested!

sorry kalau ada antara anda yang dah ikut class beliau tiba-tiba terbaca blog saya then jumpa some mistakes, sila betulkan ya. ok kalau bercakap dari aspek percaya atau tak, itu terpulang. Ini bukan ramalan. Ini adalah research yang beliau dan team beliau buat to billions of people out there. the core reason nak buat analisis ini adalah untuk kenali potensi, kelemahan dan kekuatan diri yang kita ada. Besides that, kita boleh recognized other people behaviour and attitude. Mana lah tahu boleh kita boleh get along with them. kalau jahat, kita boleh juga manipulate them! :)

jom calculate our date! for example saya share mine.


Klik for enlarge image.

nombor chasis saya adalah 3-3-9. so number yang paling akar dalam diri saya adalah 9.

SIAPA ADA?

Nombor 1
• Boleh jadi pemimpin (natural born leader)
• Tidak suka dengar arahan orang lain
• Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa dia lagi bagus.
• Suka memerhatikan orang
• Kreatif
• Banyak idea
• Pantang dicabar
• Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik
• Berdikari
• Positive thinking
• Sentiasa nak menang
• Keras kepala
• Sangat sensitif dan suka berdendam
• Selalu dipijak
• Perfectionist
• High expectation
• Terlalu berterus-terang

Nombor 2• Susah buat keputusan
• Confuse
• Easy to manipulate
• Ada kekuatan suara
• Tidak boleh tertekan dalam membuat keputusan
• Jujur
• Suka pada kebersihan
• Tenang
• Dengar tapi tidak semestinya dia buat
• Memahami
• Mudah bersabar
• Mudah simpati
• Mudah memaafkan
• Tidak tetap dalam membuat keputusan
• Sangat-sangat emosional
• High jealousy
• Boleh dipercayai
• Pengikut yang bagus
• Tahap kesabaran yang tinggi

Nombor 3• Aktif
• Mudah popular
• Menawan semasa muda
• Senang diberi tanggungjawab
• Mudah berkawan, kepoh
• Baran
• Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna
• Kurang sabar
• Peramah
• Nafsu tinggi
• Suka mengikut fesyen terkini
• Semangat tinggi
• Kreatif
• Artistic
• Egois
• Suka kritik secara terbuka
• Suka mengawal

Nombor 4
• Suka merancang
• Suka mencari ilmu dan belajar
• Membuat kajian sebelum buat keputusan
• Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession sebab mereka mahir dalam bidang technical)
• Bijak
• Tidak mudah putus asa
• Suka simpan wang
• Rajin kerja, etc
• Keras kepala, susah ubah fikiran
• Suka bersangka buruk kepada org lain
• Sangat kedekut dengan org yang tidak dikenali
• Suka logik
• Tidak berani ambil risiko
• Setia
• Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

Nombor 5• Suka mencari peluang, arah dan direction
• Workaholic
• Suka travel
• Mudah naik pangkat
• Their motto is "Life is a learning process"
• Ada genetic degil
• Adventurous
• Bertenaga
• Cita rasa tinggi
• Bernafsu tinggi
• Bijak
• Berani ambil risiko
• Minat berniaga
• Suka shopping dan boros
• Angin turun naik
• Suka bertangguh
• Daya tarikan tinggi (charming)
• Sexy (If perempuan)

Nombor 6• Mata duitan
• Suka mengawal wang
• High taste
• Kekeluargaan
• Pendamai dua pihak bertelagah
• Jujur
• Penyayang
• Mengambil berat
• Tidak pentingkan diri sendiri
• Menegakkan keadilan
• Tamak
• Bijak

Nombor 7• Love to argue
• Senang dapat pengikut atau penyokong
• Senang berkawan
• Cerewet
• Popular
• Suka benda mistik
• Suka berfalsafah
• Pendendam
• Analytical (suka kaji dalam2)
• Ada kekuatan kerohanian
• Good instinct
• Sensitive with surrounding
• Suka menyendiri
• Suka berfikir

Nombor 8• Bertanggungjawab
• Boleh dipercayai
• Pertahankan kawan
• Keras kepala
• Suka teratur
• Suka membantu dan baik hati
• Mudah simpati hingga tertipu
• Mudah tertekan, tak reti have fun
• Instinct hebat, boleh jadi bomoh
• Setia
• Materialistik
• Suka kuasa
• Ambitious

Nombor 9
• Good in public relation
• Senang dapat kawan
• Suka bergaya kemas
• Senang menarik hati org tua
• Bijak
• Global thinking
• Penyayang
• Suka kongsi dan suka memberi
• Sensitive
• Ikhlas
• Romantis
• Berbakat
• Understanding
• Gentleman (if lelaki)
• Emosional
• Jiwang
• Love yang over

OK next, semua ada 16 numbers kan? Combine semua. For example saya ada 1, 2, 3, 3, 3, 3, 4, 5, 6, 6, 9, 9, 9, 9, 9, 9. cara ni lagi tepat analisis mengenai diri kita.

And below are the meaning if you have the combination of:

1 2 3/1 2
• Boleh bercakap laju
• Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
• Kadang2 cakap tak serupa bikin/cakap kosong
• Suka cakap lepas/suka lawan cakap org
• Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat atau syair)

4 2 6/2 4• Suka share ilmu
• Pandai ceramah dan syarahan
• Boleh jadi motivator

8 4 3• Mudah bosan
• Banyak angan2
• Sukar berjaya if not focus
• Selalu cari peluang baru/kejayaan

5 7 3
• Senang bergaul dengan orang atasan/VIP
• Orang atasan senang percaya cakap dia
• Senang disabotaj, senang sabotaj orang

9 1 1• Suka berdikari
• Susah ada partner sendiri dalam syarikat
• Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
• Suka buat keputusan sendiri
• Boleh jadi org tengah
• Mudah berjaya atas usaha sendiri
• Keras kepala
• Senang dikhianati orang

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6Suka fikir dalam-dalam, tak suka share, mudah kecewa, tekanan emosi

4 5 6• Boleh jadi akauntan dan uruskan kewangan
• Mudah terlibat dengan rasuah atau penyelewengan wang

9 9 9Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tempat dikelilingi pokok
3 3 3/8 8 8• Mudah tertekan
• Panas baran
• Berpotensi jadi org berpengaruh dan berkuasa
• Pendendam
• Degil
• Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!

4 5 9Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat

6 7Senang belanja org

1 5 6Kerja outstation rezeki lebih baik

1 8 9Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

8 3Suka aktiviti luar rumah, tak suka stay in ofis atau rumah

3 3 6
Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

7 2 9/2 7/2 5 7• Ada pelaris semula jadi
• Daya tarikan yang tinggi secara semula jadi
• Menawan
• Senang dapat penyokong/pengikut
• Mudah yakinkan orang tetapi mudah confident
• Mudah disabotaj
• Kawan tidak setia sebab jealous!
• Hati-hati dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us
• Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!

Ada lagi!

Nombor Cermin. Nombor itu adalah combination of nombor S and T. Mereka sama both left and right. Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular JIKA anda fully used dari segi potential and direction which suits you. Kira BONUS la! =)

once dah kenali potensi diri masing-masing, kita sama-sama kick-off the negativity dalam diri, perbaiki setiap kelemahan diri, improve ability diri, appreciate the positivity yang kita ada dan take advantage atas potential yang kita sememangnya ada. insyaallah kita berjaya.

"allah takkan mengubah sesuatu keadaan melainkan kita yang berusaha untuk mengubahnya"

OKlah. Selamat mencuba! Sorry sepah sebab tak pandai guna software Adobe whatsoever.