Thursday, December 20, 2012

Wajib berurut lepas jatuh.

"Mama, kaklong jatuh kat dapur tadi.."

"Ya Allah kau ni apa selalu sangat jatuh. Banyak kali dengar dok jatuh dapur. Licin lagi? Pi mop buat apa pagi-pagi.."

"Mana ada mop, baru keluar toilet tengah pegang Rizqin.."

"Hah? Jatuh sekali dengan Rizqin? Dia macam mana?"

"Dia tak ada apa. Sebab nak selamatkan dia la kaklong jatuh straight bontot terhentak. Kalau tak, biasa menyenget tak ada la kena tulang bontot."

"Isk kau ni. Ada patah, retak ke apa tak? Kau boleh jalan tak tu?"

"Boleh. Dah pergi office pun."

"Kenapa tak pi klinik? Doc boleh scan tapi, kalau patah ke retak ke kau tak boleh jalan."

"Takutnya Mama. Banyak kali dah ni..."

"Itulah tak hati-hati. Pergi urut la malam ni. Kat tempat Mama dia urut bagus. Kak Jo nama dia. Cerita kat dia jatuh kat mana apa semua. Hari tu Mama kebas tangan nak dekat seminggu, lepas urut dengan dia terus OK.. bla.. bla.. bla.."

Aku buat keputusan nak berurut esok malamnya. Tak nak la on the spot pergi. Woooo sakit kang siapa nak tanggung? Mak mertua pun offer nak minta Makcik Milah jiran Mak urutkan. Alamak makcik Milah tak sihat setahu aku. Malam sebelum urut tu memang seksa la aku tambah lagi aku menyusukan Rizqin sambil baring. Kalau tak, lagi sakit kalau duduk. Cukup la kat office aku dah duduk lama. Itu pun memang gagahkan diri pergi lunch dekat UTC aka Pudu Sentral. Mak pesan banyakkan berjalan dan exercise takut urat bengkak masuk angin.

Aduh. Seksa. Sampai office, makcik cleaner tengok aku pucat semacam jalan terbongkok da kenapa dia tanya. Aku cerita la apa yang jadi pagi tadi. Heeee terus dia offer nak urutkan. Dia bukan urut pakai tangan tapi kaki. Duhh lagi sakit but atleast macam lega sikit. Tak apa la. Cukup. -__-

***

Esok malamnya aku pergi juga tapi sebelum tu Mama dah tolong booking siap-siap pukul 9. Mulanya aku tak tahu langsung kedai urut apa tu dah sakit malas la nak tanya banyak. Aku nampak kesedapan lepas mengurut je sebab seriously i was having back pain after jatuh tu. Maklum la slipped down with babyangel yang beratnya ehemmmmm berkilo-kilo :/

Thanks to my sister sudi ambil dan hantar aku ke sana. Oh ya kedai tu terletak kat Bukit Tinggi, Klang. Eh lupa nak bagi upah laaa. Nanti claim je la kat Mama hewhew =p

Oooo reflexology kata aku kat Siti. Mak aiii sakitnyaaa! Entah apa-apa tetiba bayangkan kaki kita lalu kat batu tajam-tajam tu. Tahu tak? Errr ala kat taman rekreasi selalu ada. 

Anak aku tinggalkan sekejap minta tolong Mak jaga. Aku balik rumah dulu nak tukar baju, mandi apa semua. Heee biasanya aku balik dengan anak aku kan. Tapi, malam tadi masuk rumah macam rasa kosong sangat. Terngiang-ngiang gelak ketawa dia, jeritan dia dok panggil aku. Seriously air mata mengalir T__T. Ya Allah macam mana kalau boss hantar pergi outstation ke apa? Nasib baik kerja aku memang stay kat office yang tak perlu travel ke sana ke mari. Hebat betul kuasa Allah dalam ciptakan jiwa anak dan ibu. Huh..

Then masuk saje kedai reflexology tu, aku tergamam. Apa hal ramai lelaki?! Lari dari apa yang aku bayangkan. Aku imagine spa. -___-. Rupanya untuk urutan satu badan mereka tempatkan dalam bilik. Luar tu cuma rawatan kaki. Ada je perempuan tapi tak ramai. Aku pasrah dah masa tu. Fikir asalkan badan aku elok je. Siti kata OK tempat ni. Mama selalu urut kat sini. Eh? Ok laaaaa.

Tak sempat snap how the room is look like. Next time ya.

Gambaran dari depan kedai.

Aku ceritakan serba sikit macam mana aku jatuh kat kak Jo, tukang urut serasal dari indonesia. OK dia faham. Wooo memang sakit GILAAAAAA dia urut walaupun tangan dia lembut dan sedap. Ada la terlintas rasa nak sepak terajang kak Jo duhh. Atau dalam bahasa lembut nak minta stop. Tapi, tahan je la jebat. Kak Jo kata urat aku dah bengkak sangat dia tanya kenapa tak datang pada hari yang sama aku jatuh at least urat still lembut lagi. Errr. Dia pandai cari urat masuk angin, siap betulkan rahim aku yang jatuh mahu taknya dah berapa kali aku terhentak. Habis semua body dia urut. Mana part of you body kalau diurut terasa sakit memang ada problem la. 

Lepas urat dah ok apa semua, baru la terasa ringannya badan aku kalau tiup pun nak melayang. Buekkk. Aku ambil 1 jam setengah untuk urutan and it cost me RM88. Murahkan? Kalau bawa dan guna minyak sendiri lagi murah rasanya. Ok kak Jo minta aku datang sekali lagi untuk follow up on my butt. After that, ikut suka hati aku nak urut bebila. But, she was suggested elok berurut badan sebulan sekali atleast. Sayang badan masa muda ni elok kena jaga kata nak guna lamakan? Hehehehe insyaAllah.

Heee budak comel ni ikut daddy dia alone ambil kita from Shah Alam to Klang. Daddy dia kata baik saje duduk diam dalam kereta of course dalam baby seat. Hehe. Nampak aku je terus babyangel peluk cium rindu lettew! :p


Ok selamat berurut! =D

P/S: Mulut aku gatal pergi tanya kak Jo, eh kakak boleh urut lelaki? Iya saya urut lelaki dan perempuan. Gulp. Tapi, adik jangan risau, tempat ni bersih. Kami tak ada buat urut untuk tenaga batin atau yang bukan-bukan. Jadi jangan risau. Mama & Baba adik pun selalu urut sini. Phew!

Tuesday, December 18, 2012

6# Wordless Wednesday - Si Botak

Assalamualaikum.


Gambar 1: Ecewah mulanya steady nak botakkan kepala.


Gambar 2: Start barber trim rambut he is fine lagi.


Gambar 3: Dah nampak lainnya anak Mummy compared than with a long hair.


Gambar 4: Rizqin dah start ngek-ngek mungkin rimas bunyi trimmer berdesing kat telinga dia ke apa. Kakak ipar (Kak Ana) minta suami aku duduk pangku anak sekali. Aku pun cepat minta tolong abang ipar (abang Dan) agah-agah dia. Phew.


Gambar 5: Buat la apa style pun ane asalkan you tak stop separuh jalan. Hehehe. Daddy dok tahan bau ke apa? ;p


Gambar 6: Comel heee lagi nampak bulat!

Rambut Chikibam dah panjang sangat naik rimas Mummy and Daddy tengok. Dah habis potong baru tahu barber tu rupanya first time potong rambut baby at age 9 months. Suami cakap sebab dia tengok tak berapa kemas. But for me, OK saje asal nampak handsome =D



Terserlah Chikibam bam bam. 
Tak payah la buat muka macho sangat anak oii.

*
*
*
*
*

Eh kata Wordless -__-

Sunday, December 16, 2012

Jangan Marahkan Anak.



Anak berusia setahun ke tiga tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan tunjuk tanda protes. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar, Baby tak akan  jadi kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspress diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu, jalan untuk membantu dia menjadi tenang adalah:-


1) Pegang dia seperti dalam gambar ini.

2) Bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.

3) Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.

4) Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5) JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

***

Aku ada juga terbaca satu artikel mengatakan anak berusia setahun ke bawah kalau dia mengamuk sakan mesti ada keperluan dia yang tak mencukupi. Contohnya kita selalu membaca buku untuk dia setiap hari tak kisah masa bila but one day kita terlupa nak buat, itu pun boleh jadikan dia meragam tak tentu pasal. 

Artikel tu tekankan bukan sahaja keperluan fizikal iaitu minum susu, makan, salin lampin, mandi atau tidur yang baby perlukan, sebenarnya mereka sangat perlukan belaian kasih sayang boleh juga selitkan keperluan ilmu.

So last words, kalau ada anak kita yang merajuk, meragam dan mengamuk sakan walaupun dilayan dipeluk dengan sabar, cuba la cari apa puncanya. Try solve bukan dengan menjerit, marahkan atau pukul anak. Didiklah dia ke arah yang baik insyaAllah =)

Kredit: Prof Dr Rozieta Shaary.

P/S: Aku pernah termarahkan anak sebab dia mengamuk tak tahu apa sebab ye la baby tak boleh bagitahu kita secara lisan apa yang dia nak. Menyesal tak sudah lepas kita tahu sebenarnya dia nak keluar rumah ambil angin. Nenek dia dah jadikan rutin setiap petang T__T

Friday, December 14, 2012

Lelaki dan bolasepak.

Aku pun minat bolasepak. Fanatik tu taklah sangat tapi tengah pregnantkan anak 3 bulan dok muntah-muntah alahan pun pergi juga stadium. Team Chelsea datang visit Malaysia. Teringat lagi masa tu memang cari seat yang dekat dengan tandas asal boleh berlari langkah palang. Bukan degil sebabkan dah minat kena turutkanlah nanti mengidam meleleh air liur bukan anak tapi mummy dia =D

Aku beruntung sebab memang dari awalnya ciri-ciri suami idaman aku ecewah pandai main bolasepak. Kalau dah pandai semestinyalah dia minat bolehlah layan World Cup atau EPL sama-sama pukul 3-4 pagi. Tapi itu sebelum aku ada anak laaaa~ 

Sekarang a bit tak kuasa kot sebab ish penatlah mana nak layan budakici manja tu sebelum tidur kena main dulu, gelak-gelak dok geletek dia, bacakan buku nanti dah besar jadi ulat buku bukan ulat game tauuu! Lalalala. Then, aku pun kadang-kadang eh rasanya selalu kot terlepas favourite TV programme ye la kan dah upgrade diri jadi co-sleeping partner dia. Anak tidur, aku pun lelap dah jangan sibuk nak berWhatsApp segala after 11pm. =D

Aiseyman malam tadi missed JOZAN kat MaharajaLawak Mega! 

Kalau nak ceritakan Suami, Lelaki dan Bolasepak uih aku bukan orang layak rasanya. Cuma apa aku boleh bagitahu yang he is football supporter tak kira dalam negeri atau international. Juga amateur footballer tak kisahlah janji bukan kaki bangku HAHA. Aku kaki bangku tak apa. Ngeh sepak bola pun tak reti. =p 

Mungkin apa yang aku tulis ni boleh jadi rujukan para isteri atau girlfriend out there tapi jangan marah kalau tak betul. Ini based on my experienced.

1) Aktiviti bolasepak sebagai bersukan.
Suami aku jadikan rutin hari minggu dia untuk bersukan boleh la dia keep turunkan perut buncit fit his body. HAHA ramai dah tegur katanya. Oh ya he is joining team bolasepak member dia. Biasanya latihan atau perlawanan dia akan turun padang on weekend. Bagi aku, it will be fine asalkan dia respek jika ada both side family gathering. If other than family, he is trying much to consider to fulfill the invitations. InsyaAllah. Lama sikit tak dia tak beraktiviti, kau akan dengar Suami cakap " Emmm dah lama tak main bola, rasa dah kurang stamina." Heh.

2) Seni corak permainan.
Kenapa eh? Entah aku tengok ada di antara orang lelaki yang main bolasepak ni pandai berhujah dengan subjek Fizik. Mereka pandai bermain dengan pemikiran kritikal untuk membentuk strategi lawan. Bagi aku kalau berlatih lebih kerap lagi bagus kot atau kaji banyakkan tengok video macam mana player luar main dan cuba praktikkan dalam match korang semua. Sure lagi umpphh!

3) Kawan bersatu.
HAHA setengah lelaki suka lepak tengok game kat kedai mamak sebabnya dah tentu mereka boleh berkongsi idea, keterujaan dan kegembiraan bila menonton bolasepak. Perasan tak bila saat gol dijaringkan, diorang akan bersorak, bertepuk tangan, ada juga mengutuk pihak lawan HAHA. Aku pernah rasa syok wooo. Lain kali try ikut pergi layan boleh release tension tau! Kah kah kah. Itu semua kepuasan dan keseronokan orang lelaki.  Memang boleh layan dengan anak & wife kat rumah tapi sure terasa sunyi ye lah kalau sorak atau kutuk, layanlah diri sorang-sorang kena pula si isteri tak minat. Kesian.

4) Tengok kat stadium lagi best.
Haaa kalau suami atau pakwe ajak pergi sajelah. Try. Atleast you ada experienced on it. But, its up to you kalau lepas tu dah tak nak pergi sebab tak selesa, bising dengan asap rokok lagi. Kalau aku, memang tak kisahlah sebab minat tengok ramai-ramai berkumpul untuk memberi semangat kepada pasukan yang bermain. Aura dalam stadium lain macam tau hehehe. Senario sama lepak di kedai mamak cuma tak dapat makan roti canai dan minum teh tarik sajelah. =p

Itu cerita suami isteri dan bolasepak. Apapun, terpulang kepada masing-masing punya minat la kan asalkan keharmonian rumahtangga sentiasa ada. HAHAHAHA.

***
Aku punyalah excited tunggu malam Jumaat dia balik dari Singapore atas urusan training sebab rindu sangat. Heee dia rindu ai lebih tau! Sampai je teksi depan rumah terus dia terus meluru ke televisyen masa tu ada game Harimau Malaya vs Thailand for semifinal Piala AFF Suzuki 2012 sibuk tanya abang ipar apa jadi apa semua. Nasib baik sempat salam peluk aku dan anak dulu. Dimaafkan.

Tapi, makanlah aku sorang kat dapur dengan harapan Suami datang temankan kejap atau jenguk pun jadi. Emmm tak ada pun.

Merajuklah aku lepas tu haa padan muka aku tengok game live tu pun jadi tak syok. Dah la kalah pulak tu. Lagi sakit hati nasib baik dekat rumah Mak Mertua. Kalau takkk.. 

Balik dari rumah Mak on the way dalam kereta aku diam, dia pula terpinga nampak riak muka lain macam sebab selalunya aku lah dok potpetpotpet kalah minah propa. 

"Kenapa ni Sayang?"

Aku diam.

"Bagitahulah B kenapa. Apa B dah buat..?"

"Tadi B tak jenguk pun Baby kat dapur tengah makan. Kata rindu sangat tapi macam tak pun. Frustlah Baby. Balik terus mengadap TV." Muka aku masam jeruk habis.

"Laaa sorrylah B tak perasan kan ada game tadi. Sorry ya. B rindu Baby sangat tau. Rindu Rizqin.."

Sampai rumah aku buat hal sendiri settlekan pampers anak, tukar baju tidur then nak baring susukan anak. Tiba-tiba Suami panggil suruh naik atas, aku pun dengan masam muka dukung Chikibam yang berat 10kg tu naiklah lambat-lambat saje je nak biar dia tertunggu. Buka je pintu, heee surprise set perfume siap berbalut dan beberapa souvenir lain untuk aku dan anak.

Wangi!! Thank you B!!

Untuk Chikibam dan anak-anak buah pun ada. Eh tshirt diorang tak sempat snap.

Souvenir masa Suami pergi Singapore juga in day trip for the first time.

HAHAHA terus lebar senyum tak jadi merajuk sampai pagi. Senang je nak pujuk perempuan bagi je hadiah yang dia suka. Buek! =p

P/S: Apa yang penting adalah bolasepak tak mungkin melebihi perasaan cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita. So, no worries ladies! =D

Thursday, December 6, 2012

Anak demam.

Assalamualaikum.

Lama tak membaca blog. Seriously baru jenguk blog sendiri apatah lagi baca blog orang. Nak kata masa tak ada untuk menaip tipulah. Kita je yang tak pandai nak manage masa. Atau mungkin aku suka lepak kat Twitter berbanding here entah la. Kadang tu ada je idea nak share tapi, komited to kerja lebih dari segalanya HAHA komitedlah sangat. Kata dalam #ShaWishList nak jadi pekerja dedikasi. Ngee. Facebook selalu buka tapi tak scroll habis pun banyak sangatlah posts tak larat nak baca maklumlah ramai kawan hewhewhew. Ramai kawan tapi tak bertegur pun tak guna. =p

***

Nak cerita anak demam. Sepanjang my baby berusia 9 bulan WHATTTT dah 9 bulan? La mana cerita pasal baby development? Story pasal breastfeeding? Erk ecewah ada orang tanya. Bukan tak nak share atau tak nak bagitahu hehehe serious bukan. InsyaAllah ada masa terpaksa bold tahulah korang mana aku ada masa HAHA nanti aku cerita k? Promise. Eh tak naklah promise kang tak terbuat. Hee ok, ok aku cerita nanti-nantilah.

Ok seingat aku dah 2 kali dia demam. First masa dia nak menjengah ke 7 bulan dan yang secondnya hah sekaranglah nak jengah ke 10 bulan. Orang tua kata mungkin baby demam sebab nak build antibodi dia untuk ke fasa bulan yang advance. Heh orang tua kata tu Mak Mertua dan Mama aku lah. Maklumlah diorang banyak makan garam dari kita. Heee kenapa garam? Bukan gula? Nasi? Bawang ke? *tumbuk karang* =D

Dulu still boleh lagi letak cool fever, sekarang jangan haraplah. Letak kain basah pun dia baling.

Bila anak aku demam aku memang dah standby takkan tidur malam ok tipu. Mana boleh tak tidur, geng dengan panda nanti. Heee cutenyaaa!! I mean tidur-tidur ayam pantang dengar dia merengek memang aku akan bangun capai kain basah lap-lap kepala dia. Mak dan Mama pesan jangan biarkan kepala anak panas sangat. TAKUT AKAN AKIBATNYA T__T. So, badan dia habis semua aku lap dengan kipas tak on biar dia berpeluh. Tapi aku takkan selimutkan dia. In fact pakaikan dia baju nipis kalau boleh yang ada lubang tu. Stokin pun aku tak pakaikan. Kalau dia sihat, kena pakaikan stokin waktu malam. WAJIB. Insaf.


Then, banyakkan bagi dia minum air masak lagi bagus air Zamzam yakin dengan Allah SWT insyaAllah kita akan lihat keberkesanannya biar dia kencing so that suhu badan akan kurang. Alhamdulillah anak aku kalau demam, makan tetap makan. Heh anak Mummy. Mmuaahh baby's food lover! Itu korang tak perlu risau, kalau baby tak nak makan, cuba buatkan sup sayur atau sup ayam atleast he or she has something to eat selain dari minum susu ibu. Then, make sure dia tak muntah balik apa yang dia makan. If muntah teruk anak lembik semacam CEPAT pergi hospital ok. So far Rizqin masih aktif macam biasa cuma nampaklah mata kuyu nampaklah dia lemah sikit, asyik merengek dan heee bertambah manja kalau dia sakit. Comel.

Dah sama besar lengan awak dengan mummy. Sama besar bukan sama gemuk. -__-

Ala kesiannya Chikibam.

Sesekali try check suhu badan haa wajib beli alat body temperature for baby untuk monitor. Baby demam mana dia nak menjerit bagitahu. =p


Ubat. Setiap kali anak demam kalau nampak tak kebah 1-2days, aku bawa jumpa doktor. Biasanya diorang akan bagi ubat demam sahaja even anak tengah selsema atau batuk tak teruk. Kalau boleh jangan biasakan baby dengan ubat kot. Ada certain parents memang takkan bagi langsung baby-baby mereka ubat. Ada drugs katanya. OK itu aku tak nak komen. Terpulang mana yang dirasakan baik. No offense.

Rizqin dah pandai makan ubat sekarang even memang sometimes dia akan luak balik tapi atleast tak menjerit adoi dah macam kena dera dulu. Geram je nak suap ubat!

Last but not least, kita jangan panik dengan segala macam dan kerenah baby. Heee aku tengah nasihatkan diri aku jugak. Itu tak bermaksud kita jangan pandang enteng pula tau! Ala batuk sikit, esok, esoklah pergi klinik. No. Demam tak panas sangat ni lap-lap je dengan kain basah hoiii padahal dah 39 degrees. No. Pernafasan anak turun naik laju, eh biasalah kalau demam tak sihat memang susah sikit nak bernafas esok, esok normal la balik tu. Meh aku nak tenyeh kepala parents jenis macam ni. Tak panik pun agak-agaklah. Grrr. Antibodi anak baru nak build up ok, belum cukup kuat untuk tangkis penyakit!

Sejak jadi mak-mak ni, aku memang sensitive banyak in everything about kids.

=D

So, PLEASE take the best care of your precious babies!

Memang tilam tu dia sorang yang tidur terpaksalah mummy tidur berhimpit dengan daddy =p

Tuesday, November 6, 2012

Sunday, October 28, 2012

Introducing chicken kokkk kokkk!

Assalamualaikum.

Tak pernah cerita pasal anak dah makan kan? Eh ada kot.

My babyangel dah 8 bulan lebih. I just introducing him a chicken. Macam lambat tak? Tak kot. Kata orang lagi lambat lagi bagus tapi tak apalah. Sebab macam boring saje anak asyik makan puree fruits and veges. Kekeke aku tak yang sabar sebenarnya. So, semalam juga kami suami isteri ke Pasar Seksyen 6 beli bahan mentah stok seminggu untuk masakan anak sahaja. Kitorang selalu dinner kat rumah Mak. Ye lah sampai rumah pun pukul 11-12mlm. Asalnya boleh sajekan masak untuk bawa bekal. Tapi, tak rajin sangatlah. Mostly ikut mood. Tetiba dibuatnya rajin nak masak, masak jugak. Nasib baik dapat suami jenis tak kisah walaupun sekali sekala aku masak tu pujian mesti melambung tinggi. Ngeh ngeh.

Balik pasar aku masakkan porridge+chicken+potato+achovies for him. Berselera saje. Tak intro buat puree pun. Terus minced chicken sebab anak aku memang jenis suka mengunyah even tak ada gigi pun lagi tapi gelak besar eee lopong tak malu! :D Gusi kuat kot sebab seingat aku masa dia 7 months lebih, dia reject blended foods. Not all lah. Kalau sediakan oatsmeal still kena blend with any fruits. Cuma kalau masak nasi saje, memang kena sampai lembik tak perlu dikisar dah. Tapi for puree veges macam kacang buncis, sawi, seangkatan dengannya still blend lagi. Cuma carrot, kentang, keledek, pumpkin no need. Makanan pelik bagi aku macam avokado, aprikot aku tak pernah kasi. Nampak macam tak lalu kot. Memang la tapi baby kira apa kan? Heee. Mommies jangan ikut kita. Rajinkan diri cari sebab avakado tu memang bagus for first introduction baby solid food. Penuh dengan Omega 3 baik untuk aliran darah dan buang plak kat otak.

Meh aku tunjukkan cara nak masak bubur untuk bayi. Kahkahkah macamlah korang tak tahu. Booo.

Chicken Porridge
Bahan-bahan:-
Beras
Chicken fillet
Potato

Cara masak:-
Segenggam beras basuh sebersihnya tiga kali selawat. Isi ayam kita cincangkan ketul-ketul kecil. Kentang pun kita potong dadu. Then sukat air ikut nisbah 1:3. Nak buat bubur kena letak banyak air biar sampai semua bahan betul-betul lembut maklumlah anak tak ada gigi untuk kunyah. Tapi masa nak bagi makan tu, mommies kena lenyek-lenyek dulu tau! Takutnya anak tercekik nanti. Huuuu minta jauh.

Stok bilis tabur saja atas bubur masa nak hidang. Ingat ya tak perlu letak garam atau gula. Buah pinggang si kecil belum cukup matang untuk memproses ingredients in larutan garam itself. Researched dah dibuat by doctors. Aku ikut saja apa yang ditulis atau diajar. The rests terpulang. Aku pun tak nak sangkal apa orang tua dulu buat dan bercakap. Nanti boleh gaduh wooo. Mommies ada choice untuk pilih mana terbaik untuk anak. Cegah lebih baik dari merawatkan? Good!

Oh ya stok bilis tu saya buat macam ni. Ambil segenggam juga ikan bilis. Rendam kejap agak-agak kurang masin tu basuh bersih tak perlu buang tulang. Kalau buang tak adalah kalsium hehe. Sangai atas kuali. Goreng tanpa minyak. Then, blend hancur.

Ada juga para mommies buat stok ayam, stok sayur. Heh terlebih rajin namanya. Kalau aku, aku suka served yang fresh untuk anak. Malas belakang kira ecewah demi anak tetiba jadi rajin. Sanggup bangun seawal 5am untuk masak dan bersiap ke office. Ada setengah mommies memang suka lump sum kerja memasak untuk anak. Maybe tak laratlah nak buat hari-hari then kuantiti sikit sangat pulak tu. Ada yang busy. Tapi respect ah kalau your baby still dapat makan homemade. Tabik spring toing. Mereka biasanya buat sekali banyak untuk 2 minggu ke sebulan terus dan just tinggal minta tolong babysitter panaskan saja bila nak bagi anak makan. Kalau mommies lain nak buat macam tu, boleh. Cuma kena asingkan semua bahan ok! JANGAN CAMPUR.

Segala macam yang aku dok sibuk cerita pasal makanan anak dan menyusu dalam Twitter atau dalam Facebook aku tu hasil bacaan dalam FB Group Home Solid Food lah. Alhamdulillah aku diperkenalkan oleh member. Thanks! Sampai sekarang aku dok godek group tu untuk gain knowledge sebab kita tak ada special trainer dalam menjaga anakkan? Heh. Apa sahaja bentuk nasihat atau panduan dalam tu, boleh je nak ikut cuma terpulanglah mana yang sesuai. Kalau boleh jangan menyusahkan babysitter dan if ada yang tersilap atau terberi makanan luar atau tak masuk akal, tegurlah cara baik. Anggap saja itu rezeki anak asalkan tak berlebih. Tak perlu nak gelabah dan marah orang tak tentu pasal. Memanglah anak kita tapi, agak-agaklah kesian dia penat menjaga sepanjang you guys bekerja.

=))
Apa muka sememeh macam tu Sayang?

He seems to be a food lover! Gimme five, son! Jyeah!

P/S: Aku tak galakkan anak makan processing or instant foods outside. Biarlah orang kata cerewet as long as he is fine. Cuma 2 tahun diperlukan untuk pantau apa anak makan. The rests dia ada seumur hidup untuk makan apa sahaja..

Wednesday, October 17, 2012

Monday, October 15, 2012

Meh release minda!

Soalan² sengal yang kadang² buat orang bengang. ROTFL juga la aku. Ngeh-ngeh.

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA:-
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah, aku tengah training macam mana nak mati nanti.

2) KAU BAWA TV ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR:-
S : Ya? Nak repair tv ke?
J : Tak lah, aku bosan! Saja laa aku bawa tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDUR:-
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa, aku tengah tidur sambil jalan laa bodoh.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU:-
S : Weh mana kau sekarang?
J : Sini, kat bus stop!

5) ORANG NAMPAK KAU KELUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL:-
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKA PINTU RUMAH, BARU BALIK DARI KERJA:-
S : Hai, baru balik keja ke?
J : Tak lahh, baru nak pergi nih!

7) KAU DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU:-
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mana ada orang. Tahi yang tengah bercakap ni!

Credit: Member FB

Thursday, October 11, 2012

TEKNIK TEPUK BANTU MASALAH BAYI BERKAHAK.

Buat blogwalking then terserempak dengan good artikel ni! Yes boleh praktik to my babies eh baby ngeee kalau-kalau its happen again. We don't know. Parents yang baik jom baca! =D

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, September 27, 2012

Amanah Saham Bumiputera

Baru tadi Maybank Sales Team datang briefing kat kitorang satu office about ASB. Asalnya one of the member approached Boss alihnya Boss suruh contact aku untuk arrangekan appointment suruh semua staffs dengar.

***

Terus terang aku bagitahu diorang yang aku pernah terlibat dalam jual beli pinjaman ASB ni. Masa tu umur aku 24 tahun. Baru nak belajar berdikari duduk jauh dari family. Kerja pun still terkontang-kanting heh gaji tak banyak mana la maksudnya. Rasanya setahun lebih aku main ASB ni dapatlah merasa dividen RM1.6k plus selama 1 year wah gila mewah time tu signed untuk RM20k. After a year aku start sakit sebab ada commitment beli kereta pulak. Haaaa memang tak larat nak bayar ah. Terus cancelled ASB loan but no refund ye la tak cukup pun nak cover interest BFR 6.6%-1.3% tu.

BFR tu Kadar Pinjaman Asas atau in english Base Financing Rate. Ala ada orang kisah nak tanya apa BFR tu? Semua orang tahu. Kalau tak tahu, En Google kan ada.

Hahaha sampai desk, aku terus cari pro dan kontra for ASB loan. At this age, memang aku minat nak tahu hal serius macam ni and sort of. Kau tak berminat, dah la. Sambil baca, sambil kira. Habis kerja aku entah ke mana. Aku tak adalah nak bentangkan calculation macam mana orang lain buat dalam artikel serius diorang. Apa yang aku tahu aku cerita. Kalau salah, cakap.

So far as i know, pinjaman ASB ni orang nak sangat as bekalan untuk hari tua. Manalah tahu kot-kot nak kahwinkan anak ke macam Mama aku buat. Hewhew nasib baik. Mama pun suruh sangat aku ambil balik ASB loan ni actually. Senang kemudian hari. Aku pulak baru terhegeh nak cari apa bagusnya ASB loan ni.

Biasanya untuk pelaburan ASB ada 2 cara.
1) Allocate amount from every month salary and dump into ASB account.
2) Pinjam loan (ASB)

Rasanya kalau nak nampak duit kita banyak, cara 2 sesuai digunakan. Heh aku nak main matematik kejap.

Example.
Aku pinjam RM30k. So, bayaran bulanan atas loan tersebut RM175 (ikut jadual Maybank tetapkan) selama 25 tahun. Orang kata paling lama tahun kita bayar balik paling affordable. Ye lah paling lama, banyaklah interest bank kaut. Kah kah kah. Katakan dividen + bonus (Maybank ASB offerred) 8.5%. Aku ambil purata. Kena maklum, dividen is fluctuate. BFR pun fluctuate ikut Bank Negara. Itu antara risiko. Ada tips yang aku nak share kat sini, selagi dividen lebih banyak dari interest on loan, kira kau still untung. If not, tak pasal kau kena topup.

Calculation ni aku buat kalau aku tak usik langsung dividen tahunan. Kira aku ingat nak buat dividen tu as amount pay back on loan.

      Jumlah dividen untuk 25 tahun = RM30,000 x 8.5% x 25 = RM63,750
 (-) Jumlah bayaran balik untuk 25 tahun = RM175 x 12 x 25 = RM52,500
      Jumlah balance dividen kita akan dapat                            = RM11,250
(+) Jumlah loan ASB                                                             = RM30,000
     Untung bersih after 25 tahun                                             = RM41,250

Tengok tu dari elok kita buat loan RM30k, kita dapat extra lagi. Cuma kita akan struggle at setahun pertama je sebab kita keluarkan modal sendiri. Tahun berikutnya, kita pakai dividen je lah bayar balik.

Heh. Faham tak? Kalau tak faham, call je lah Maybank tanya officer.

Aku just nak buat guideline pro dan kontra pasal ASB loan kat sini.

ASB Loan
Pro
1) Dividen cepat dan banyak based on amount kita pinjam
2) Disiplin bayar. Bank akan debit account / call setiap bulan.
3) Pinjaman cover insurance. Means kalau berlaku kematian, pewaris akan dapat semua future value even tak habis bayar pun.

Kontra
1) Interest kita bayar adalah income for bank.
2) Value kita dapat compare than simpan sendiri kurang sebenarnya.
3) Risiko on BLR. Kalau kurang, kita kena topup setiap bulan yang kita bayar tu.

Simpan Sendiri
Pro
1) Tak kena charge by bank means tak ada interest pun.
2) Even BLR tinggi dari dividen, you guys tetap untung.
3) Semua duit kita punya. Tak kongsi dengan bank.

Kontra
1) Tak disiplin maka tak adalah simpanan.

So, hehe aku pening dah nak balik ni. Pandai-pandailah fikir mana terbaik ok!

Tuesday, September 18, 2012

Suapan Pertama.

Assalamualaikum.

Penat orang keliling aku bising suruh bagi anak makan. Mulanya aku pekakkan telinga je maklumlah umur anak aku baru cecah 6 bulan. Aku pulak selamba je biar masa tu berlalu mungkin tak excited lagi kot. Hari tu beria tweet sana tweet sini "lagi sebulan anak aku boleh makan bla.. bla.. bla.." Kesianmu Anak dapat Mummy yang selalu berubah angin. -__-"

Bukan apa makin banyak aku membaca rata-rata pendapat kaum Ibu, lagi aku jadi takut nak buat something yang baru. Ada yang kata proses penghadaman bayi tak sama. Ada yang cepat matang boleh mula makan seawal 4 bulan. Dan tak kurang juga ada yang lambat matang itu yang sampai operate bagai sebab usus tersumbat itulah tak sabar sangat bagi baby makan. No offense please. But, itu yang terjadi pada aku. Bab anak memang aku sangat cerewet. Jauh di sudut hati aku nak jadi kaum Ibu yang selamba try and error dalam menjaga anak-anak mereka. Senang tak perlu runsingkan kepala susah payah fikir. Tapi.. Ah masing-masinglah kan?

For suapan pertama to my baby, aku bukanlah orang yang pertama. Haaa tak sempat pun tengok his first reaction on foods. Mesti muka terkelat-kelat dok rasa apa bendasing masuk mulut HEHE selalu susu Mummy saje yang rasa macam santan kelapa muda tu. Takpelah siapa pun jadi orang pertama, kedua, ketiga tak kisahlah janji aku akan bentuk dan ajar anak supaya tak jadi seorang cerewet makan macam aku. Wohoooo.
Kanji tepung beras. Mulanya aku tercengang terpacul jugaklah soalan "Apa tu Mak?''. Heee my MIL yang introduced solid food for my baby. I don't mind at all. Bagi aku, Mak banyak pengalaman. Ada setengah pendapat orang lama kita jangan berlagak sangat nak tolak mentah-mentah. Kalau dalam FB group pemakanan bayi, entah siapa-siapa boleh jadi pakar hai kau lebih tahu dari doktor. Kekadang tu sampai doktor pun dibahasakan amboi sedapnya mulut kau. Serius. Penat doktor tu belajar sampai peringkat Master, PHD dipandang enteng oleh kaum-kaum Ibu yang konon 'terer' gila dalam bab penjagaan anak.

Kasar sangat eh? Entah aku rasa ini realiti.

Dalam seminggu dua ni anak tercinta aku makan benda yang sama dan so far dia boleh buang air dengan normal means tak adalah sembelit ke apa. Perut pun tak kembung elok saje. Cuma aku tengah google sekarang apa khasiat yang anak aku dapat. Tepung beras boleh tingkatkan daya konsentrasi bayi. Oh really? Aku ada bertanyakan doktor pasal kanji tepung beras tu and she said it was OK. In fact, Mama sendiri suapkan kanji kitorang adik beradik untuk first solid food =)

Resipi Tepung Beras (Hahaha itu pun boleh)
Bahan-bahan:-
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air/susu ibu yummeh!

Cara masak:-
Larutkan tepung beras dgn air/susu ibu atas api sederhana. Kacau sampai rata. Agak-agak mendidih hehe you all akan nampak meletup-letup kecil boleh la tutup api. Kacau sampai sejuk dan boleh suap si Manja!

Senang saje buat ye la tu first time aku buat jadi berketul-ketul terus call Mak. Rupanya tak cukup air likat sangat takut baby tercekik. Adoi Mummy Rizqin ni :/

Beside that, aku nak sangat bagi anak aku puree buah dan sayur. Dah google everything. Tapi, tak prepare apa lagi. Hewhewhew. Tak nak rushing sangat sebab tengok elok saje anak aku tu makan kanji tepung beras. Haaaa kena ingat kalau kita orang besar ni asyik makan benda yang sama sure jemu macam tu lah baby pun. Lagi-lagi kalau baby suka makan hehehe comel je! Oh aku tak belikan dia nestum or processed food or biscuits out there. Biarlah anak makan dengan air tangan kita. Rajin sikit aku ke dapur nanti. HAHAHA.

Alhamdulillah anak Mummy pandai makan. Semoga sihat sentiasa insyaAllah.
Mummy loves you! =)

Thursday, August 23, 2012

Syamil Rizqin is 6 months.

Assalamualaikum.

Hari ini genap my son baby 6 bulan. Aku masih terbayang saat dia dilahirkan, saat dia celikkan mata, saat aku dengar suara dia terkekek dan dari saat dia menangis sebab lapar, tak selesa, kembung perut, mimpi yang bukan-bukan sampai keluar air mata dan sekarang saat dia sedang membesar dengan sihat. Ya Allah rupanya dah 6 bulan Kau pinjamkan anak ini untuk aku. 6 bulan yang terlalu berharga.

Awak suka berposing depan camera macam Mummy. Mummy loves mirror but you are not eh ikut siapa?

Awak dah tak boleh duduk diam sejak kuat kaki kanan untuk meniarap. Mummy nak salin pampers pun jenuh berkelahi.

Gaya awak duduk dalam stroller padahal belum boleh duduk dengan sendiri pun lagi.

Tengok ni punyalah sangat mencabar nak pegang awak dalam kereta lebih lagi mood awak baik. Nak berdirilah, nak lompatlah, nak terjun duduk on car carpetlah. Mummy sabar saje pegang awak tau.

Syamil Rizqin, awak sangatlah attractive to benda manik-manik, colorful. Godek-godek nak masuk mulut.

Syamil Rizqin, kadang tu awak selalu cari Mummy, kena cium bau Mummy dulu baru boleh tidur tau! HAHA.

Haaaaa Rizqin nak jadi abang? Kekeke. Tapi, Mummy nak puas manjakan awak dulu.

Anak Mummy is getting bigger! Semoga jadi baby boy Mummy forever :)

Alhamdulillah walau apa pun aku akan cuba yang terbaik dalam mendidik dia. Ya Allah Kau telah perkenankan doaku untuk susukan anak ini selama 6 bulan dan semoga Kau berikan rezeki untuk susukan dia selama 2 tahun sebagaimana Kau syariatkan. InsyaAllah. Ya Allah panjangkan usia si dia agar kami dapat hidup bersama dalam tempoh lama ataupun atleast sehingga nafasku yang terakhir..


"Wahai anakku Muhammad Syamil Rizqin jadilah anak yang soleh, disenangi dan disayangi"

Friday, July 27, 2012

Alhamdulillah!!

Hanya itu mampu terukir di bibir mungil aku bluek mungil la sangat heh. Tapi, seriously selama aku kerja kat sini rezeki tak pernah putus untuk aku anak beranak. Walaupun macam-macam benda terjadi ada suka ada duka ada gelak sampai tergolek ada menangis sampai menyorok dalam bilik air namun aku harus akui punca rezeki aku yang insyaAllah ada keberkatanNYA adalah dari sini.

Terima kasih ya Tuhan.

Thank you Boss.

Dan terima kasih juga kalian kerana sumbangkan keringat untuk hasilkan yang terbaik.
Jom shopping dengan Mummy, Sayang! Ajak Daddy sebab Daddy pun dah janji nak beli baju raya kita berdua! Kahkahkah!

Friday, June 29, 2012

Masa Berpantang.

Still fresh macam mana aku lalui proses confinement empat lima bulan lepas. Apa yang pasti kita kena kuat semangat, kuat fizikal dan paling penting kuat mental. Semua berjalan lancar even ada je mulanya tak kena here and there but alhamdulillah i able to manage them well. Aku senaraikan antara perkara  yang aku lalui sepanjang confinement period and actually untuk rujukan aku juga for next preparation ecewah macam ada chance lagi nak beranak :p

1) Ilmu Breastfeeding
For those who has intention to breastfeeding her baby, kena rajin cukupkan ilmu di dada. Google about dunia penyusuan. Like me, i am joining Kumpulan Ibu Menyusu  (KIM) page dalam Facebook then bergaul bertanya itu ini with people yang berjaya dalam breastfeeding anak. Pendek kata be well-prepared. Bukan mudah tau menyusukan si kecil! :')

2) Internet Access
Woohoo wajib ada. Thanks for the enhanced technology zaman sekarang. Dalam pantang atau tengah mengepam susu, aku suka buka FB dan baca komen-komen atau nasihat dalam KIM. Kalau aku ada problem, sometimes aku voice out je kat situ, biasanya para mommies cepat reply if they know the answer. Terfikir macam mana eh mak-mak kita berpantang dulu? I mean what they did in luxury time. Reading? Tgk tv? Tidur je kot? Ye lah ramai orang tua pesan kalau anak tidur, kita kena tidur sekali sebab takut kita tak cukup rest. Anak minta susu at anytime they want.

3) T-Shirt & Kain Batik & Stokin
Itulah uniform aku sepanjang berpantang. Senang. Pulak tu sekali je mandi sehari. Tak boleh selalu takut kembung. HAHA padahal kau malas kan nak mandi. Stokin wajib pakai elakkan angin masuk badan pijak simen semuakan but everytime nak ke bilik air alahai malasnyaaa nak buka sarung balik. Tapikan yang aku perasan kulit kaki jadi cantik licin errr nampak sangat kulit kaki sebelum tu kering mengelupas :/

4) Barut
Kalau tak nak perut buncit lepas beranak macam orang mengandung 5-6 bulan, sila pakai selama hari berpantang 44 hari tu. Suka tak suka kenalah pakai even rimas jalan macam orang Jepun sebab ketat gila ah. Mak mertua aku laaa rajin remind dan pakaikan untuk aku :D

5) Minyak Angin
Aku suka pakai minyak angin Herbanika NR. Semerbak bau bilik macam bau bilik orang berpantang eh dah memang kau tengah berpantang. Aku lumur satu badan from head to toe woohoo berangin je rasa badan. My son baby mulanya tak suka bau minyak tu sampai REJECT DF pandai pulak dia tak padan dengan kecik secotet tapi lama-lama dia terpaksa imunkan diri dia heh tau takpe Mummy dia takkan mengalah. HAKHAKHAK.

6) Disposable panties
For me, ini kena ada kot sebab aku tak rajin nak basuh panties sendiri. Kain baju aku pun orang lain yang basuhkan. Tapi, boleh saje pakai spender yang sedia ada then minta tolong Husband basuhkan kalau dia nak heh jangan paksa. But, if he willing to do apa salahnya :'D

7) Air
Sebulan aku berpantang kat rumah MIL, dia tak pernah larang aku minum air. Siap standbykan satu botol tepi tilam sebab kalau tak minum banyak, takut badan dehydrate. Menyusukan anak memang cepat haus lapar bagai. Kalau kat rumah Mama pulak, haha Tok aku pulak tak kasi minum banyak kena minum ala kadar takut perut buncit. Heh kalau situasi macam ni, kau minum setakat kau mampu je ok. Jangan sampai badan kering dok tahan minum. Aku tak pasti ada kaitan atau tidak kalau minum air banyak boleh banyakkan susu. Apa aku tahu kalau berkaitan susu selagi ada demand from baby, fikir positive, sentiasa berdoa berniat baik insyaAllah susu ada :)

8) Berurut.
Yup aku berurut 3 hari after delivered. Ini aku nak cerita pasal tukang urut yang Mama hired (berpantang kat rumah Mak Ndak) tu aduhai orang Indonesia. Tahulah kalau diorang urut mak ai kuat gilaaa. Aku rasa sampai nak tendang tepis bersilat dengan dia. 4 jam dia urut aku tahu tak? Stop 2 jam sebab time tu Nurse from Klinik Kesihatan (KK) datang visit check aku dan baby then terus minta aku bawa anak ke KK Sek 7 sebab still ada jaundice. Just utk monitor bacaan. Balik dari KK, sambung lagi urut 2 jam. Haaaa malam tu terus muka aku pucat gila. Darah nifas banyak gila bertukar pad 5-6 pad satu malam. Esok tu aku pergi KK lagi untuk check jaundice, nurse doktor tengok aku pucat. BP aku tinggi gila. Terus nak ambulance pergi HTAR. Adoi. Tapi, tak kena admit lah sebab aku memang betul rest kat wad kecemasan (sementara tunggu wad biasa tapi, lambat gara-gara file aku doktor pelatih misplaced adoi lagi). Petang tu dapat discharged. Doktor situ pun pelik why they did sent-off me here. Apapun alhamdulillah. Cuma kesiankan Hubby & Mama terpaksa ambil cuti sudahlah kerja banyak. Mak Mertua pun susah hati sangat aku tengok sampai minta nak jaga aku dalam pantang. Sudahnya memang balik rumah Mak Mertua itupun sebab breast bengkak sampai demam teruk. Nasib baik jiran Mak ada tukang urut (makcik Milah) heh legaaaa rasa badan 3 hari berturut-turut kau even sakit meraung jugaklah. Hehehe. .

9) Ikat Rambut
Aku pernah dengar orang cakap suruh ikat rambut buat sanggul tinggi takut angin masuk. Err aku tak pernah buat pun just ikat sanggul biasa saje.

10) Jamu
Aku beli jamu NR sebelum bersalin buat standby. Tapi, makan lepas sebulan pantang itu pun terpaksa stop sebab anak panas. Berak memanjang sampai bontot dia melecet aduhai. Mana tak nya segala akar kayu aku minum heh aku ni makan/minum apa je nak-nak untuk kesihatan boleh je aku bedal. Pati Ayam pun makan. Cuma yang aku tak stop makan pil Phytonatal, aku kurangkan dos sebiji sehari instead of dua biji. Mama tak bagi stop. Suruh aku jaga dalaman betul-betul nak pakai badan after giving birth bukan setakat 2-3 tahun lagi.

11) Vitamin
Semua vitamin hospital aku habiskan. Ini makcik Ton suruh. She is a doctor by the way.

12) Nipple Cream
Thanks to my colleague sudi bagi nipple gel Medela. I really need that sebab ya Allah crack habis nipple aku sampai terkopek. Luka berdarah tak payah cakap tinggal tak ada nanah je la. Ngeri fobia setiap kali Rizqin minta susu. Berpeluh jugaklah macam orang baru lepas maraton. Aku pernah jadi Exclusive Pumping (EP) Mother for 2 weeks gara-gara my son baby refused to DF maybe dia rasa lelangit dia sakit kot. Puting aku keras sebab luka atau dia geli ke apa tak tahulah. Pam susu selang 2-3 jam. Gagah betul dah la time tu dia minum susu banyaknya tak ingat. Asyik lapar saje sampaikan terpaksa topup with susu FM. Sekali pam adalah setakat 3 oz je. Dia TAK CUKUP haii bagi makan nasi baru tau! :/ Lepas heal, alhamdulillah DF balik as normal. Masa berpantang macam-macam dugaan kena tabah selalu itu aku nak pesan.

13) Breast Pump
Aku beli Breast Pump (BP) Spectra 3 kat Baby Expo Midvalley before delivered. Berguna di waktu kritikal dalam confinement period aku. Oh aku admit tak pernah buat stok Expressed Breast Milk (EBM) time pantang sebab aku suka bagi anak aku Fresh atau Chilled EBM lagi. HAHA sebenarnya tak sempat pun buat stok sebab anak asyik berkepit lagi-lagi kalau time baby alih bulan or Growth Spurt aduhai. Aku buat stok 2-3 hari sebelum start kerja. Until now alhamdulillah boleh bekalkan stok EBM lebih seminggu untuk anak tercinta :')

14) Maternity Pad
Aku beli brand Pureen. 2 minggu kot pakai jenis tu. Lepas tu aku pakai brand Kotex biasa punya je. Tak kisah jenis pad apa pun janji sesuai pakai.

15) Mandian Herba
Pagi-pagi Mak sediakan air mandi. Mak buat sendiri. Tak pasti daun-daun apa Mak letak tapi yang aku tahu mesti wangi  daun limau purut.

16) Makanan
Aku banyak makan lauk yang ada ikan bilis, black pepper, ikan dan sawi. Kalau nak cerita banyak juga tak boleh makan. Ikut sajelah apa orang tua katakan. Cuma kalau nak ikutkan dari segi sains, semua benda kena makan sebab bekalkan natural vitamin.

Macam banyak saje berleter pasal berpantang. Heh thanks for reading anyway! :)

Sunday, June 24, 2012

Meniarap

Assalamualaikum.

England kalah penalti 4-2 to Italy awal pagi tadi. Eleh apa barang menang penalti. Ayat tak puas hati. Tapi, bagus jugak dapatlah aku tidur nyenyak lepas ni. Ada orang tanya apa team kedua in Euro. Aku cakap tak ada. England forever in my heart acewah. Biarpun aku tahu England tak ke mana pun kalau main macam semalam tu. Adoi lembik. Bosan.

Hubby aku sokong Italy. Memang Kipas-Keras-Mati punya orang. Siap hafal Italy National Anthem song lagi. Malam sebelum game aku saja provoke dia via FB. Mati-mati aku kata England will be in Semi Final. Eventho aku tahu pun sebenarnya England takkan menang punyalah. Kalau menang pun nasib je. Serious. Diorang ni kat club je hebat pung pang sana sini (itupun sebab import player) tapi, in real country? Punggah. No offense. Hakikat.

**

"B, cepat b tengok Rizqin nak pusing!"
"Amik video amik gambar cepat!"

Tengah leka tengok Berita TV3 masing-masing kat ruang tamu tetiba je buah hati pengarang jantung Mummy & Daddy mengiring siap ada bunyi uh ah uh ah. Actually biasa je dia mengiring but this time berpusing nak meniarap. Untuk first time kan dia tak pandai adjust tangan dia. Tersepit bawah badan. Berkerut jugak la muka minta tolong alihkan. Daddy yang tolong betulkan. Haha kalau Mummy biarkan je. Belajarlah sendiri Sayang! Keh keh.

Oh kitorang memang berkampung bentang tilam depan tv kat ruang tamu. Ruang tamu jadi ruang tidur. Malas kot nak naik atas lepak kat bilik sebab barang-barang si kecik ni semua kat bawah. Plus, heheh kalau lepak dalam bilik tak dapat layan tv. Kalau orang datang memang cepat-cepat campakkan tilam ke atas tapi siapa je yang datang pun. Family je :D

Dia start meniarap at his age 2 1/2 mths. On myyy bulatnya anak Mummy!

Daddy dia memang sangatlah prihatin towards his son. Anak batuk sikit cepat ditepuk belakang. Anak nangis cikit cepat diangkat dipujuknya. Anak berak sikit cepat dia minta kita basuhkan. Eh Daddy belajar la basuh bontot anak pulak! Kuikuikui. Kalau Daddy dia balik from work, senyum lebar sampai ke telinga. Gigi tak ada pun nak sengih-sengih. Tapi kalau lapar nak susu, pandai cari Mummy ea. Tahu dah sekarang Mummy baring sebelah dia je dia dah standby dengan mulut kecik tu eee geramnyaaa! Nom nom nom.

Amboi dah get ready ea!

Sekarang Rizqin dah 4 bulan. Berat pun dah 8kg lebih. Jarang dah nampak dia aktif berpusing atau meniarap. Dia banyak terlentang kekadang tu merengek minta duduk. Kalau kita purposely letak dia dalam keadaan meniarap, after pick him up dengar nafas dia tercungap. Kesian dia T__T. Lately ni pun dia dah kurang minum susu. Sebelum ni aku bekalkan dia 4ox x 6 botol habis but this time he just took 4oz x 3 botol only. Itupun Mak kata kadang tak habis terpaksa buang. Ye lah Chilled EBM boleh tahan 1 jam saje after panaskan. Takpe lah Sayang, Mummy boleh pam lagi. Hmmm pandainya kecik-kecik dah belajar diet. Nanti Mummy join yeeee :')

Aku tak nak paksa anak aku meniarap what so ever. But slowly ajar dia ikut step. Tapi, kalau nak terlangkau nak buat macam manakan. 

"Honey, you may take your sweet time to develope yourself but please don't be shy to ask our hands."


Be strong baby boy!

HEHE layan video my baby meniarap meh! Amaran keras abaikan kaki sexy my Hubby ya kahkah :')