Tuesday, June 19, 2012

Pengalaman Breastfeeding di Hospital.

Salam.

Dari sehari ke sehari azam nak update blog kuat gila dalam kepala otak. Nak cerita journey anak aku yang dah pun cecah 3 bulan lebih. Nak bercerita tentang perihal aktiviti beliau apa semua tapi, bila depan skrin tetiba suis otak trip jadi blank. Itu yang close balik window blog then focus on work lagi bagus. Free time sikit curi masa baca blogger lain story pasal perkembangan anak mereka, terbit lagi perasaan aku nak menaip blog. Tapi, terpandang kerja menimbun terpaksa aku batalkan niat.

**

Tengok tajuk. Macam nak cerita panjang saje about breastfeeding journey. Err kalau aku rajin dan ada masa lagi. Pengalaman orang lain-lain. Ada yang dipermudahkan. Ada yang lagi susah. Semua ketetapan dari Illahi. Dan pengalaman aku tak mungkin aku lupa. Macam baru semalam je jadi. Ececeh.

Aku akui masa pregnant dulu aku tak banyak baca atau dapatkan info mengenai susu badan ni. Aku tak ambil tahu pasal nipple crack, nipple bleeding, breast engorgement. Kalau tak ada susu apa nak buat. Nak perbanyakkan susu apa nak makan apa nak buat. Jangan stress nanti susu tak keluar semua aku tak tahu. No idea how to dukung baby dengan betul while breastfeed.  Cara nak simpan stok susu segala bagai memang tak tahu langsung. Apa yang aku tahu aku nampak kat susu tin formula ada tulis SUSU IBU ADALAH MAKANAN YANG TERBAIK BAGI BAYI ANDA. Aku tahu kerajaan tengah war-warkan kempen Susu Ibu. Susu Ibu ada antibodi kuat untuk baby. Susu Ibu itu. Susu Ibu ini. Doktor yang buat check up on me while pregnant pun suruh aku breastfeeding baby. Dannn apa aku tahu nak susukan anak ni senang je. Lepas delivered confirm ada susu then bolehlah breastfeed baby. Sua je nipple kat mulut baby, baby nganga pandailah dia hisap. Wawawa kalau sesimple tu, hidup kau memang bertuah sangat la as referred to a new Mom.

Amboi. Amboi.

Haaa lepas beranak baru aku tahu sangat sangatlah susahnya nak breastfeed baby nak nak this is my first time. Alhamdulillah my son baby memang pandai hisap. Cuma yang salahnya kat aku. Mak mertua pernah suruh aku cuci puting breast untuk clearkan blind dot. Aku tak pernah buat. Tak reti kot. Mama pulak pernah suruh cuci setiap kali mandi picit-picit breast bagi ada aliran susu keluar. Aku tak buat itu sebab aku ada baca sikit yang susu terawal warna kuning yang dipanggil Kolostrum. Kalau picit-picit habislah keluar semua cecair kuning yang ada antibodi kuat untuk anak nanti. Sampai macam tu sekali aku fikir. Ada orang suruh berurut pun. Semua aku tak buat sebab entah mungkin aku tak rajin atau tak kisah sangat kot. Tapi, korang kena bagi kredit kat aku tau sebab dalam kejahilan aku tu aku simpan niat nak breastfeeding baby aku until 6 months dan kalau ada rezeki lebih sampai dia cukup 2 tahun. Itu aku tak putus berdoa setiap kali lepas solat dan setiap kali aku usap perut pujuk baby aku dulu. Ngee.


First day aku try nak breastfeed anak aku, tetiba nipple aku luka. Susu tak keluar langsung. Aku jadi panik. Ye lah nak kasi anak makan apa?! Terpaksa pihak hospital suapkan susu formula untuk dia. Takkan nak biarkan dia nangis lapar sepanjang masa. Tapi, aku tak putus asa, aku pujuk lagi Kikin hisap breast sebab Nurse cakap susu akan keluar if ada ransangan hisapan dari bayi. Biarpun luka tapi aku buat. Kali ni aku ikut apa orang kata. Apa saje orang cakap pasal breastfeeding semua aku ikut. Aku dah jadi takut sebab aku ada target untuk breastfeeding Kikin.

Hari kedua petang tu Mama, Mak Ndak, Mak Cik datang visit lagi. Diorang nampak nipple aku luka sampai tegah jangan direct feed anak lagi. Teruk sangat luka kalau ikutkan. Makcik terus minta tolong Hubby aku belikan cream apa entah nama. Tapi tak praktikal sangat sebab setiap kali nak direct feed Kikin kena basuh dulu. Aku tak nak. Leceh. Takut basuh tak bersih nanti jadi kes lain pulak. Mama aku pulak minta Saleh balik rumah ambil pam apa semua sebab diorang ikutkan aku yang nak bagi anak minum susu badan. Kesian dah la jauh Shah Alam-Serdang. Mana nak sangka. Ingat kena tahan 1-2 hari je. Malang lagi aku try-try pam tak keluar langsung susu. Sampai sakit nipple aku kena suck kuat. Tak pandai nak adjust. Tak pandai guna. Tak pandai everything! Aku tension gila. Lagi tension bila waktu melawat dah habis. Uwaaa tinggal aku sorang dengan baby. Ya Allah waktu tu Tuhan je yang tahu betapa suffernya aku. Hubby sedih sangat tak sampai hati nak tinggalkan aku.

Air mata mengalir mengenangkan nasib anak aku yang terpaksa minum susu formula tak payah ceritalah. Mata aku pun bengkak gila macam panda. Hidung merah macam clown dok tahan air hidung mengalir. Dah macam orang putus harapan. Dengan penyakit kuning baby tetiba say hi. Memang la tak boleh keluar hospital selagi tak turun ke level yang boleh discharged. Tetiba semangat abnormal aku datang ask me to be a good Mummy yang kena cekal, kuat, tabah harungi segala dugaan. Dan dari saat itu aku berjanji akan jaga anak aku sebaik mungkin. Sebaik mungkin selagi diizinkanNYA. Aku akan buat apa saja yang terbaik untuk dia.

Mama minta aku ditukarkan ke second class ward yang membolehkan Hubby teman semalaman. Tapi, Allah hai complicatednya prosedur. Aku give up. Aku cuba pujuk Hubby katakan aku OK here. Dalam waktu sama, aku pujuk hati sendiri T__T.


Malam tu memang aku tak tidur langsung. Aku sanggup berjaga dah jemurkan Kikin bawah lampu foto untuk kurangkan kuning dia. Aku nak discharged. Tapi, Kikin bukan baby yang duduk diam senyap tangan tak gerak banyak. Bukan. Dia ni aduhai terlalu aktif sampai kadang tu tangan dia gosok muka habis plaster mata tertanggal (plaster tu digunakan untuk lindung cahaya lampu foto kena direct to eyes). Dengan keadaan aku tak ada susu, kejap-kejap dia bangun nangis lapar. Aku pulak terpaksa berjalan keluar minta tolong Nurse suapkan susu formula. Hospital sekarang nak kasi baby minum susu formula pun macam nak smuggle apa entah. Puting, botol susu pun diorang tak kasi bawa tau. Sampai macam tu sekali diorang galakkan kempen penyususan bayi. Aku okay je malah berterima kasih lagi. Atleast harapan untuk aku capai target aku nampak.


Hari ketiga nak cerita. Pagi tu ada Sister datang ajarkan aku bagaimana nak menyusukan anak. Dari A-Z dia ajar. Rupanya atas permintaan Mama & Makcik Ton sebab Sister tu kawan Mama. Alhamdulillah susu aku keluar even sikit. Aku diajar cara Marmet (perah susu guna tangan) isi dalam cup kecik hospital kasi dan suapkan ke mulut Kikin. Aku tak boleh direct feeding dia sebab nipple aku crack sangat. Berdarah apa semua. Sakit wooo. Nak dijadikan cerita, petang tu time aku cuba nak susukan anak aku tiba-tiba tangan Kikin dok usap-usap breast aku dari atas ke bawah. Kebetulan Mak mertua ada dengan aku. Mak kata "eh anak kau ni macam suruh kau pergi berurut kot biar boleh keluarkan banyak susu. Takut ada liang susu tersumbat ke apa ke". Aku terkejut gila. Serious aku tak tahu macam mana anak aku boleh buat macam tu. Aku anggap itu kuasa Allah SWT.



Alhamdulillah lepas doctor check bacaan paras kuning Kikin, kitorang boleh discharged petang tu jugak. Aku rasa nak lompat atas katil. Heh malam tu aku terus pergi berurut dengan Makcik Milah ie jiran Mak mertua. Lepas urut, serius susu aku banyak gila. Keluar pun lancar. Ya Allah.. Dan malam tu jugak aku ke rumah Mak Ndak sebab Mama, Makndak dan semua suruh aku berpantang kat sana bertemankan seorang tukang urut yang tak boleh pakai. Itu nantilah aku cerita. Cuma aku bertahan berpantang kat sana selama seminggu je.

Dah la. Tak sedih mana pun cerita aku. Heh. Oh ya nama panggilan anak aku tu diberikan oleh Hubby & kakak angkat aku. Lama-lama aku pun terpanggil Kikin instead of Rizqin. Kan dah terlekat :D



Makcik Ton, Mama & Rizqin


Daddy Rizqin. Time ni tengah tunggu aku nak bersalin.


Kakak Angkat aku aka Mama Rizqin.

Dah la. Nanti aku cerita masa dalam berpantang pulak ok. Stay tune.

Thanks for reading!

P/S: Terima kasih Abah, Ibu, Adik-adik, Kak Ila, Pakngah, Makngah & Jijin yang sudi datang melawat Sha di hospital :)

No comments:

Post a Comment