Sunday, October 28, 2012

Introducing chicken kokkk kokkk!

Assalamualaikum.

Tak pernah cerita pasal anak dah makan kan? Eh ada kot.

My babyangel dah 8 bulan lebih. I just introducing him a chicken. Macam lambat tak? Tak kot. Kata orang lagi lambat lagi bagus tapi tak apalah. Sebab macam boring saje anak asyik makan puree fruits and veges. Kekeke aku tak yang sabar sebenarnya. So, semalam juga kami suami isteri ke Pasar Seksyen 6 beli bahan mentah stok seminggu untuk masakan anak sahaja. Kitorang selalu dinner kat rumah Mak. Ye lah sampai rumah pun pukul 11-12mlm. Asalnya boleh sajekan masak untuk bawa bekal. Tapi, tak rajin sangatlah. Mostly ikut mood. Tetiba dibuatnya rajin nak masak, masak jugak. Nasib baik dapat suami jenis tak kisah walaupun sekali sekala aku masak tu pujian mesti melambung tinggi. Ngeh ngeh.

Balik pasar aku masakkan porridge+chicken+potato+achovies for him. Berselera saje. Tak intro buat puree pun. Terus minced chicken sebab anak aku memang jenis suka mengunyah even tak ada gigi pun lagi tapi gelak besar eee lopong tak malu! :D Gusi kuat kot sebab seingat aku masa dia 7 months lebih, dia reject blended foods. Not all lah. Kalau sediakan oatsmeal still kena blend with any fruits. Cuma kalau masak nasi saje, memang kena sampai lembik tak perlu dikisar dah. Tapi for puree veges macam kacang buncis, sawi, seangkatan dengannya still blend lagi. Cuma carrot, kentang, keledek, pumpkin no need. Makanan pelik bagi aku macam avokado, aprikot aku tak pernah kasi. Nampak macam tak lalu kot. Memang la tapi baby kira apa kan? Heee. Mommies jangan ikut kita. Rajinkan diri cari sebab avakado tu memang bagus for first introduction baby solid food. Penuh dengan Omega 3 baik untuk aliran darah dan buang plak kat otak.

Meh aku tunjukkan cara nak masak bubur untuk bayi. Kahkahkah macamlah korang tak tahu. Booo.

Chicken Porridge
Bahan-bahan:-
Beras
Chicken fillet
Potato

Cara masak:-
Segenggam beras basuh sebersihnya tiga kali selawat. Isi ayam kita cincangkan ketul-ketul kecil. Kentang pun kita potong dadu. Then sukat air ikut nisbah 1:3. Nak buat bubur kena letak banyak air biar sampai semua bahan betul-betul lembut maklumlah anak tak ada gigi untuk kunyah. Tapi masa nak bagi makan tu, mommies kena lenyek-lenyek dulu tau! Takutnya anak tercekik nanti. Huuuu minta jauh.

Stok bilis tabur saja atas bubur masa nak hidang. Ingat ya tak perlu letak garam atau gula. Buah pinggang si kecil belum cukup matang untuk memproses ingredients in larutan garam itself. Researched dah dibuat by doctors. Aku ikut saja apa yang ditulis atau diajar. The rests terpulang. Aku pun tak nak sangkal apa orang tua dulu buat dan bercakap. Nanti boleh gaduh wooo. Mommies ada choice untuk pilih mana terbaik untuk anak. Cegah lebih baik dari merawatkan? Good!

Oh ya stok bilis tu saya buat macam ni. Ambil segenggam juga ikan bilis. Rendam kejap agak-agak kurang masin tu basuh bersih tak perlu buang tulang. Kalau buang tak adalah kalsium hehe. Sangai atas kuali. Goreng tanpa minyak. Then, blend hancur.

Ada juga para mommies buat stok ayam, stok sayur. Heh terlebih rajin namanya. Kalau aku, aku suka served yang fresh untuk anak. Malas belakang kira ecewah demi anak tetiba jadi rajin. Sanggup bangun seawal 5am untuk masak dan bersiap ke office. Ada setengah mommies memang suka lump sum kerja memasak untuk anak. Maybe tak laratlah nak buat hari-hari then kuantiti sikit sangat pulak tu. Ada yang busy. Tapi respect ah kalau your baby still dapat makan homemade. Tabik spring toing. Mereka biasanya buat sekali banyak untuk 2 minggu ke sebulan terus dan just tinggal minta tolong babysitter panaskan saja bila nak bagi anak makan. Kalau mommies lain nak buat macam tu, boleh. Cuma kena asingkan semua bahan ok! JANGAN CAMPUR.

Segala macam yang aku dok sibuk cerita pasal makanan anak dan menyusu dalam Twitter atau dalam Facebook aku tu hasil bacaan dalam FB Group Home Solid Food lah. Alhamdulillah aku diperkenalkan oleh member. Thanks! Sampai sekarang aku dok godek group tu untuk gain knowledge sebab kita tak ada special trainer dalam menjaga anakkan? Heh. Apa sahaja bentuk nasihat atau panduan dalam tu, boleh je nak ikut cuma terpulanglah mana yang sesuai. Kalau boleh jangan menyusahkan babysitter dan if ada yang tersilap atau terberi makanan luar atau tak masuk akal, tegurlah cara baik. Anggap saja itu rezeki anak asalkan tak berlebih. Tak perlu nak gelabah dan marah orang tak tentu pasal. Memanglah anak kita tapi, agak-agaklah kesian dia penat menjaga sepanjang you guys bekerja.

=))
Apa muka sememeh macam tu Sayang?

He seems to be a food lover! Gimme five, son! Jyeah!

P/S: Aku tak galakkan anak makan processing or instant foods outside. Biarlah orang kata cerewet as long as he is fine. Cuma 2 tahun diperlukan untuk pantau apa anak makan. The rests dia ada seumur hidup untuk makan apa sahaja..

Wednesday, October 17, 2012

Monday, October 15, 2012

Meh release minda!

Soalan² sengal yang kadang² buat orang bengang. ROTFL juga la aku. Ngeh-ngeh.

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA:-
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah, aku tengah training macam mana nak mati nanti.

2) KAU BAWA TV ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR:-
S : Ya? Nak repair tv ke?
J : Tak lah, aku bosan! Saja laa aku bawa tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDUR:-
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa, aku tengah tidur sambil jalan laa bodoh.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU:-
S : Weh mana kau sekarang?
J : Sini, kat bus stop!

5) ORANG NAMPAK KAU KELUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL:-
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ada, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKA PINTU RUMAH, BARU BALIK DARI KERJA:-
S : Hai, baru balik keja ke?
J : Tak lahh, baru nak pergi nih!

7) KAU DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU:-
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mana ada orang. Tahi yang tengah bercakap ni!

Credit: Member FB

Thursday, October 11, 2012

TEKNIK TEPUK BANTU MASALAH BAYI BERKAHAK.

Buat blogwalking then terserempak dengan good artikel ni! Yes boleh praktik to my babies eh baby ngeee kalau-kalau its happen again. We don't know. Parents yang baik jom baca! =D

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber: Utusan Malaysia