Wednesday, March 27, 2013

Join KEEK-ing World! :)

Assalam people.

Hi! 
Rest kejap hehe tengah closing account for last financial year ni.

Update blog pasal Keek.
HAHA bimbo betul lepas tengok Dr Halina, wife Dr SMS update blog about it, terus aku pun nak juga.
Eh bukan nak ajak followers ala berapa kerat saje orang yang kenal aku pun. Cuma nak bagitahu satu dunia yang aku pun dah main Keek muahahahaha.

Benda ni baru tak baru jugalah.
Entah. Aku tahu pun dari Twitter Dr Halina.
Eh seems she is my kind of an inspiration, kan?
Hehehe i do say yes! Suka tengok dia yang humble gila, suka share everything she knows or discovered, rajin tak rajin jugalah reply my tweets HAHA. Then pernah je satu ketika dulu masa anaknya, Bella at age 6 months, ada few her followers tegur dalam blog that dia tak patut bagi anak bawah setahun makan instant foods, its unhealthy bla.. bla.. bla.. even she is a doctor and alhamdulillah she accepted without questioning back even agreed with them.

She is very down-to-earth, isn't she? :)

***
Ok aku nak bagitahu ni, aku dah sangatlah malasnyyyaaa nak menaip blog panjang-panjang sebab satu kesuntukan masa tapi nak share aktiviti aku dan anak, things yang aku jumpa with everyone. 

Hah macam mana kalau dah malas tapi mahu?

Haaa kalau korang nak ambil tahu pasal aku atau anak aku, just follow my Instagram, Twitter & new Apps for me is Keek! Hahaha Keek lagi. 

Keek keek keek.

Dah follow? Cayyyyaaannnngggg korrraaannnggg! Meh kisssss sikit! Kikikikiki.
Kalau belum follow, cari SHA SYALIZZ / SHA SKYLINEZ. Ecewah pakai nama glamour gitu dalam cyber world.

Bukan apa, Apps yang ada follow/unfollow inilah kita kenal rupanya ada orang kisah pasal kita. Lebih mesra, i guess. Suka follow, tak suka unfollow. 

Facebook aku dah jarang updates cuma layan semata-mata nak read and mostly to collect general informations saje. Furthermore, kat situ ramai kawan yang kita nak berkawan dan 'terpaksa' berkawan ye lah aku approved friend request tak bermaksud aku nak kawan dengan kau lah! -__-"

Eleh ada la tu terfikir kan???
If jenis terpaksa tu faham-faham je lah sampai nak post benda annoying pun fikir banyak kali. Lalalala.


There are 7 people cares about me yang sanggup hadap the most annoying Keek vids around the world.
Thank you Keek-ers! Ngeh ngeh.

I am not somebody sebab itulah followers tak ramai. Hehehe. If you guys buat, entah lagi ramai. Artis, Bloggers, Models. Ramai fans tu.

Cubalah! Its fun tak tipu.


Ok Keek actually like Instagram/Twitter instead of only pictures/words, why not we try putting up a short video of us? HAHAHA boleh mencapab, gediks dalam laman sosial ala basicly macam Youtube kalau nak ikutkan tapi dah trend sekarang guna Keek, so enjoy je lah! :)

Oh ya maximum length kita boleh rakam is 36 saat je. Cukuplah tu R&D Keek tak payah nak upgrade untuk panjangkan lagi sebab kalau lama tengok video Keek-ers lain boleh muntah. Kebanyakkannya entah apa-apa nak pergi toilet, nak makan, nak tidur, nak pergi office, tempuh jammed semua pun buat Keek termasuk aku. Kah kah kah.

Oh ya to join here you must get your mind free. Or else, you guys saje buat dosa. Ye lah dengan mengata tak ingat.

Ok kalau dah join tu, meh la cari kita. Follow pun boleh, tak nak pun tak apa. Kita tak 'kunci' pun profile sendiri. LOL!



P/S: Sampaikan colleague aku dah boleh agak aku senyap je kat office bawah sorang-sorang mesti dok buat Keek. Showing betapa i love Keek nowadays! Kuikuikui. Heh aku suka GILA tengok Keek from Kak Iti. Comel sangat! :D

Monday, March 18, 2013

Doa Selamat & Sambutan HariJadi Syamil Rizqin 1

Assalamualaikum.

Nak dekat sebulan baru post this entry homaigod.

First, i would like to give a credit to myself and hubby for self-managed-arrangement our Majlis Doa Selamat & Sambutan HariJadi anak pada 23 February 2013.

Big clapped!

Nak kata bukan senang tak juga, nak kata bukan susah pun tak juga. Cuma kami bernasib baik boleh separate tugas dan both of us sangatlah supportive to each other. Alhamdulillah.
Penting saling make a partner to be calm hehehehe.

Keluarga pun sangat membantu tanpa dipinta syukur sangat.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.
Susah senang bersama kata mereka =D

Sebulan sebelum majlis.
Kami just plan this event. Niat teringin nak jadi tuan rumah lama dah cuma tak tahu nak buat occasion apa. Terima kasih Tuhan akhirnya diberi peluang.

Catering
Guests list
Menu makanan
Tema
Time event
Venue
Tent
Backup plan if anyting..

Untuk Syamil Rizqin, aku dah perdengarkan kat dia lagu "happy birthdayyyy to youuu, happy birthdayyy to youuuu" 1 week awal sebelum majlis. Biar dia biasa dengar nanti tak lah terkejut sangat apahal pula orang ramai-ramai nyanyi lagu untuk dia kalau kena ada budak yang volume nyaring mau tak terkujat ngeh ngeh gurau.

Dalam sebulan dok sibuk buat preparation, major part problem was our catering tak boleh nak proceed. Duhh. Mulanya tempah dengan makcik Ruby, catering Mak ambil untuk abang Hubby kahwin hari tu sebab lauk sedap plus murah juga. Plan asal nak buat makan tengahari tapi, terpaksa enjak ke high-tea due to saudara Hubby kahwin on the same date! Thats why makcik Ruby terpaksa cancel. Ada tempahan malamnya takut tak terkejar ok i was fine with that. In two weeks kami geledah Mudah.com cari catering yang still available. It was surprised us punya la banyak rupanya dah satu hal nak buat pilihan.

Sampai la satu malam tu, aku teringat WhatsApp Ibu pasal makcik Seha, catering aku & Hubby bertunang dulu. Hah Hubby kata sedap juga yang tu eh aku tak rasa pun sebab ngam-ngam habis plus hehehe malulah nak makan rasa kenyang selalu HAHA maklumlah orang tengah menyunting diri kan time tu ecewah! Terus aku capai fon and sent sms to her. Leganya makcik Seha boleh masakkan! Harga quite cost from makcik Ruby tapi, tak kisah la janji sedap semuanya. Rata-rata jemputan bagi pujian.

Senyum lebar. Rasa penat terbalas.

Biarpun.
Huhuhu ramai tak datang tau!
Geram je rasa sebab banyak lebihan makanan dan paling best aku lupa nak sediakan beg plastik untuk tapau! Eeeee.
Nasib baik ada balance tupperware dulu-dulu entah siapa geledah kat dapur tu.
After this tahulah aku nak jemput siapa dan siapa. Merajuk.

Dah la tua-tua pun nak kecil hati. Ramai ada hal time tu kan. Kebetulan ada hal last minit.
Ye lah.

For those who was came over, THANKS A LOT! Jangan serik datang bebila masa ke rumah sebab dah tahu jalankan? HAHA itu pun ada yang sesat barat. Ada yang bertanya macam mana aku, hubby pergi kerja ke KL dari rumah yang jauh ke dalam berpusing nak cari. Mana ada. Senang je lah. Cuma you guys baru first time datang itu yang tak nampak jalan ;p

Ok nak balik. Jom layan gambar.

Cake cantik sponsored by Mama. The rests dessert prepared by my sister, Siti. 
Overall is yummeh! =)

Recite doa selamat by Cik Dollah (pakcik Hubby)



                                                    Makcik Seha catering! Best.
Bihun Goreng Singapore, Mee Kari, Kuih Seri Muka, Cucur Badak, fruits.

Terima kasih kak Ana, abg Radzi balik ke Shah Alam jua akhirnya.



Kami bersama birthday boy! Syamil Rizqin.

 Ciommmm sikit!

Semua tanya, "birthday siapa hari ni?" 
Tengoklah dia angkat tangan -___-"

Kelam kabut Daddy sebab Rizqin tetiba tunduk nak potong cake!

Mamarazzi =)

 He was from newborn until one year. How adorable is he. HAHA start dah obsessive mother ;p

Kids! =)

Cukuplah majlis sangat ringkas tak havoc tak mewah mana tapi cukup bermakna buat kami sekeluarga.



Thanks for reading peeps! <3 nbsp="">

Tuesday, February 19, 2013

Rashes on baby's body.

Assalam people.

Benda ni dah lepas.
Saja nak share dengan korang kalau korang facing masalah macam ni.
Cuma jangan jadi panik atau slumberland macam aku dah la.

Setiap kali aku mandikan atau salin baju tidur anak sure aku belek badan, tangan, kepala, kaki, anu dia. Bak kata Abah aku, si Along ni habis dia belek badan anak dia sampaikan uban 3 helai pun dia nampak. Yes anak aku dah ada uban oii. Tak tahu apa punca. Aku tak cabut biar saje lah. Nak snap picture pun tak nampak lah. HEHE.

Seingat aku masa anak umur 9 bulan dia aktif meniarap lagi start siku dia naik ruam. Ada rasa gatal ke entah tak tahu la sebab tak nampak pun dia tergaru-garu or maybe dia tak pandai garu lagi ke apa. Memang masa tu aduhai hati tertanya-tanya kenapa naik rashes teruk sangat sampai merah-merah berbiji kat siku. 

Aku ada tangkap gambar tapi cari balik tak jumpalah. Tak apa lah korang boleh imagine kot.

Aku sms gambar rashes tu kat makcik Ton. Makcik kata itu normal for a baby. Skin diorangkan sensitif kena habuk kotor pun boleh jadi penyakit. Makcik suruh pergi kedai Farmasi beli cream apa entah nama but make sure sesuai untuk baby tau. Aku beli dan try pakai seminggu. Tak OK pun. The rashes still there.

Emmm seminggu sekali aku bersihkan rumah lepas tu. Mop sekali.

Aku tukar cream lain. Kali ni minta pandangan Mama. Seminggu aku tunggu, apa pun tak jadi lagi. Maybe belum react lagi ke apa. OK aku tunggu lagi. Selang seli pakaikan dia minyak gamat juga, emmm still tak jadi apa. Lama-lama aku tunggu sampai sebulan. Rashes menjalar sampai depan, belakang badan babyangel. Siku dah surut sikit sebab dia dah start merangkak. Duhhh. 

Mak mertua suruh hentikan makan ayam takut itu punca dia. Rizqin only eat veges and fruits.

***
Tak boleh jadi aku kata. Takkan nak berdiam diri?
Aku post problem kat Twitter.
Heee dapat feedback banyak dari kawan-kawan yang concerned.

Ramai suruh tukarkan sabun mandi pakai based organik punya. Ada yang suruh beli lotion, cream itu ini. Ada minta try Sebamed percayakan testi diorang OK sangat on their kids. Ok fine. At last i chose to try Sebamed & Calamine Lotion on his body. Percaya tak aku sampai tak pergi ke klinik. Itu la slumberland aku. Korang jangan la ikut tau. If anything nampak peliks or your babies, just go and refer to doc/specialist.

Jangan buat lewa.

Then, after 2 weeks aku mandikan dia dengan Sebamed, sebelum berbaju pakaikan dia Calamine Lotion, it was amazing! Alhamdulillah hilang terus rashes dia. Clear habis. Terus post kat Twitter saying thank you to them! Hati senyum lebar.

Semua benda tu boleh jumpa kat farmasi. Pergi lah.

And until now, aku tak tahu apa punca rashes tu GONE. Is either the reason by stop eating chicken or the Sebamed or that lotion?

Tak apa lah asalkan pengarang jantung dah OK.
=))

Tuesday, February 12, 2013

What a good reminder!


EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Assalamualaikum.

Round-round Facebook tetiba terjumpa artikel ni. Basically semua dah tahu pun akan hal ni tapi, aku paste kat sini as my reminder.

Jadikan pedoman hidup =)

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda di bawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Na’uzubillah..

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :-

1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup saje. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang entah apa-apa. Leka main Facebook/Twitter/Instagram, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Al-Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Atleast 1 muka surat sehari selepas Subuh or paling-paling pun 1 ayat Al-Quran pun tak ada masa. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Sekian. Thanks for reading peeps! =)

Tuesday, January 22, 2013

Recap of the development Syamil Rizqin.

Assalam people.

Hehe nak cerita pasal anak hewhewhew apa yang aku ingat padan muka siapa suruh tak jadikan menulis di blog as a commitment ;p

Video Rizqin kena buli. Oppppss!

7 months.

Aku ingat lagi Rizqin demam masa nak tinggalkan fasa 1 (1 bulan-6 bulan) untuk bayi HAHA suka hati aku je nak called as phase 1, phase 2. Orang tua kata dia nak belajar banyak benda lagi la tu oh okkaayyy betul agaknya. Aku biasakan dia berdiri berjalan gunakan walker but setengah young parents tak kasi ye la dah banyak parenting guideline researched out there yang membabitkan bayi tak boleh buat itu dan ini. 

For me, as long as they have reasons to explain this and that then its no doubt eventho aku ada suarakan pendapat aku tapi, its 'hard' to consider ala tak apa la anak OK saje sampai sekarang. Alhamdulillah.

Bukan tak tegas.

Aku rasa korang faham. Atau buat-buat faham saje lah.

Syamil Rizqin dah start makan solid food cuma sekali sehari saje time ni sebab bayi still perlukan susu ibu as their main nutrisi. Heee mengikut apa yang aku baca, baby 7 bulan tak perlukan makanan tambahan lagi pun tak apa.

Tapi, kau berani nak cakap macam tu kat orang tua yang jaga anak kau? :'D

Clap! Clap! 

Rizqin has recognized his name since 5 months young.

Oh masa ni Rizqin dah kenal orang meaning dia dah pandai pilih orang kalau pandai melayan dia. Anak aku suka berkawan wei. Boleh lupalah sekejap mummy & daddy dia kalau jumpa geng -__- Tapi, kalau tiba waktu dia nak kita 'melepet' saja dengan dia haaa masa ni siap la. Apa yang aku buat is aku selalu bawa bakul mainan dia letak bersama aku, biar dia main dan dalam masa yang sama kita boleh buat kerja.

Orang tua kata jangan terlalu angkat sangat kalau dia nangis sikit nanti terlebih manja. Ini daddy dia punya kes. Aku rilex biar dia nangis tapi suami la tak sanggup dengar. Sobsss.

Budakici dan pandai duduk sendiri tanpa sokongan =)

8 months.

Dia dah pandai pegang dan jatuhkan barang dengan sengaja untuk tarik perhatian kita. Lepas tu cepat dia main cekak cekup tangan dia sambil gelak-gelak suruh nyanyi lagu "Cak cekup udang gamit, minta kapuq bagi kunyit". Hehe suka sangat lagu tu awat hang. Tok-tok dia (sebelah Mama) la ajar ni. 

Comel dah ada gigi.

Yes umur dia 8 bulan baru tumbuh gigi bermua dari bawah, atas, bawah, atas hehehe semuanya ada 4 batang gigi! Alhamdulillah dia tak demam. Risau juga dulu ramai kata nanti tumbuh gigi anak akan demam teruk la siap kena beli cream apa entah. Hohoho kalau ikut cerita Twilight dah berapa kali agaknya aku jadi vampire forever dek kena bite by this cute baby! Roarrr.

Haha tak boleh tengok gambar ni der. Yo-yo-o diskas isu semasa dengan nenek ;p

 "Nak muscle? Come & join me! Jyeah! 96, 97, 98, 99, 100, 101, 102..."

 Pandai minum guna straw selama ni just minum pakai cawan. Botol tak nak langsung kalau isi air.

"Mummy ni terhegeh-hegeh pilih gambar kahwin, tak cuci lagi sampai sekarang. Meh la kita buat!"
-___-"

Dia masih belum merangkak lagi still mengesot meniarap tapi rajin berdiri heh terlebih advanced pula dia. Korang tak perlu risau. Baby ada jadual perkembangan dia sendiri. But, with skills yang dia ada insyaAllah potensi untuk further step itu ada cuma lambat atau cepat sahaja =)

9 months.

Manja. Suka kita layan dia. Kalau buat sesuatu dia akan jadi terlebih suka nak buat lagi kalau kita give him a big hand! Pandai lambai tangan, pandai salam people, pandai cium kita bila diminta hee dah faham kita cakap rupanya! "Oooo kalau mummy panggil tapi awak buat-buat tak pandang boleh pulak senyum tu maknanya awak sengajakan?! Eeee cubit kang!" Aduhai dah besar anak mummy.


"Heheh tengok gambar sendiri kew?" Mungkin aku nampak konservatif tapi itu la memori dia nanti bila dah besar kalau kertas album tu lapuk dek zaman lagi la HAHA.

Sometimes i look as a joker to him :')

Wee tertunai hajat nak bawa my babyangel jumpa kak CT! Aku pun lebih setahun tak jumpa beliau. Rindu membuak. She is still humble and very down-to-earth apa yang penting she is remembering me! Ouchhh touched :')
Credit pic: Rylnn Ahmad.

Ok enough said that my behavior pose in front of camera is running in his blood. Ngeh ngeh ngeh.

Peduli apa toys siapa pun. Phew. Dia memang jenis suka berkawan.

10 months.

OK paling best masuk 10 bulan ni adalah Rizqin dah start merangkak. Mulanya aku kisah jugak la bila kala anak aku ni nak merangkak macam baby lain sebab ada kawan cerita mana-mana bayi tak boleh skip even one step in his/her development progress ada risiko bakal kita facing kalau tertinggal what more dia ada story to prove. Then tipulah kalau kau dah dengar macam tu dan kau tak risau.

But, aku slowly berlagak cool maybe faktor berat badan anak aku susahkan dia crawling dan mungkin akan skip the step.

Hee alhamdulillah he managed to crawl finally! Sekejap pun tak apa la asalkan ada. HAHA itu la sikap young parents gabra tak bertempat. ;p

Kalau korang nak tahu aduhai macam-macam Rizqin boleh buat lepas menjangkau 10 bulan ni. Antaranya dia dah expert turun katil atau sofa dengan betul cuma naik je lah belum lagi hehe
tapi tak boleh lepas tangan juga mana tahu tersilap langkah boleh tergolek kang. Dia dah boleh berjalan sambil pegang sofa dan kadang tu eksyen lepas sekejap dua belah tangan then berdiri tanpa sokongan. Amboi anak. Mummy yang seghiau..!


Imbangkan body. Nampak anak mummy dah kuyusss laaa! Heee dari tepi ;p

 Tempat mainan dia hehe terhantuk, nangis berapa kali tapi now dah pandai berhati-hati jarang dengar dia terhantuk comelnya awak :')

 Bersembang sambil gigit telinga rabby :/

Oh ya Rizqin sangatlah attractive with animals pantang turn on Animal Planet channel sure dia beralih dan hayati sampai boring. Huh lama juga sempat masak 2-3 lauk. Same goes to if dia belek buku ada lukisan binatang. Emm mummy teringat masa mengandungkan awak, banyak baby binatang datang rumah tau. Mummy pernah terserempak baby ular, baby lipan masa tengah solat, baby anjing yang taknak keluar dari rumah sampai jiran india cedok angkat dia dengan cangkul, baby kucing yang setiap pagi dok mengiau-ngiau gesel kaki mummy. Kenapa ya?

Dalam dok best-best kita tengok cerita tetiba keluar la signal entah apa-apa kekadang tu mummy & daddy terpaksa layan cerita 'skrin biru'. Awak marah kalau mummy ambil remote dari awak -__-

Heee dah pandai suap makanan sendiri. Tapi, semua benda awak kutip, Nak. Mummy pernah keluarkan serpihan kayu, bekas penutup plastik kecil, lego kecil dari mulut awak. Tolong la Sayang jangan telan!!! T__T

Mulanya Rizqin takut sangat dengan tangga HAHA sampai mummy cop awak as staircase phobia ingatkan dah lega tak perlu fikir pasal keselamatan bayi dan tangga huuu rupanya awak berani. First time mummy nampak awak baling benda kat next case then aim panjat untuk ambil bendalah tu. Pandainya :')

What are you trying to do, my dear? -_____-

Pantang daddy stop kereta kat traffic light or reach any place, Rizqin cepat lungsurkan diri dari pelukan mummy untuk grab the stereng then berlagak dengan gaya sengetnya kadang tu macam F1 driver pun ada. Penat mummy time ni ye lah asyik dok angkat pi balik budak 11 kgs! Ringan sekampit beras saje ;p

Panjangnya entri dah nama pun recap gasaklah korang baca.

Ok sambung sikit je lagi.

Bila mummy tanya "Rizqin nak susu tak?" awak respon cepat toleh kat mummy standby buka mulut macam mulut burung kalau awak lapar. HEHEHE.

Dia faham bila kita tanya "Rizqin, jam dah pukul berapa?" atau "Rizqin, what is the time now?" Mata dia melilau cari wall clock. Emmm siapa ajar entah. Daddy kot? Sebab daddy selalu make sure that you should get sleep by 10pm senang mummy & daddy nak buat apa-apa  kerja. Kahkahkah.

Rizqin dah mula react to bunyi yang menakutkan macam bunyi anjing, mercun, pintu terhempas, guruh kuat mostly big sound la, dia mudah terkejut then nak nangis hehe selalunya kena tenangkan dia dengan cakap "Mummy ada, tak ada apa lah itu just guruh, anjing bla.. bla.. tak payah takut ya"



Alhamdulillah. Lepas ni mummy nak ajar Allahuakbar letak tangan kat dada and how to perform doa. InsyaAllah :')

P/S: Seronok tengok perkembangan anak. Antara yang aku ingat aku paparkan di sini. Lepas ni nak buat entri satu per satu. Letih la selambak nak cerita -__-"

Thursday, January 17, 2013

Teringat interview dahulu kala.

Gempak betul tajuk entry kali ni. Guess what? Mesti korang nak cakap aku nak berhenti kerja baru lepas interview at new company kan? HAHA salah! Aku still working in present company. Tak ada niat langsung pun nak quit ke apa even dah banyak kali cakap to do so. Mungkin belum masa lagi kot? Rilex dulu ah. Plus tak dengar pun ura-ura management kata tak perlukan aku. Kah kah kah. Ok shut up takut jadi betul. Err.

Teringat lagi masa aku datang kerja kat company Wazlina ni. Time tu aku bekerja di Shah Alam which was near to my stay. Berniat nak cari kerja kat KL asalnya konon nak ikut boyfriend aku sekarang dah jadi Suami tercinta HEHE. Suddenly one day dapat panggilan interview dari Mr Foong (HR Manager) untuk position Account Executive apalagi bagai pucuk dicita ulam mendatang aku terus said YES. Tanpa application tau! Kelakarnya aku pun tak tahu company Wazlina ni buat apa. Tapi aku sempat tanya Mr Foong, mana dia jumpa resume aku. Dia kata dia google search via Jobstreet. Oh yes i was updated mine =D

Susah juga sebenarnya nak cari pejabat Waz Lian Group of Companies seperti diberitahu oleh Mr Foong. Called up receptionist hee kak Farah Julie yang answered. Walawei garang seh tukang angkat phone ni yup that was my first impression on her. Minta direction je pun tapi balasnya macam aku minta nak beli bangunan :/ But, itu dulu. HAHA sekarang kami jadi colleague yang baik ecewah jek sikit. =))

Aku diinterviewed oleh Mr Foong (HR Manager), Boss Safian (Director KL office) dan Boss Latif (Director Sabah office) kebetulan he was here. Besar sungguh pangkat-pangkat yang interviewed aku berpeluh juga nak menjawab time tu but they were nice at that time. Kira dalam hati aku terdetik la, "Best juga kalau dapat kerja kat sini! Bosses baik!" Ngeee mentang baru dapat bonus ;p Ok dalam masa 3 days they had promised to call if aku terpilih. Alhamdulillah Ms Eve called me and minta aku datang on 2 Jan 2010. So, pada 4 Jan 2010 aku lapor diri di Wazlina Sdn Bhd dan bekerja dengan penuh keikhlasan sampai hari ini dah masuk 3 tahun. I'm blessed. Pecah rekod aku kerja paling lama HAHA sebelum ni setakat 2 tahun aku cabut. Hah bukan sesuka hati tapi ada la masalah yang tak dapat dielakkan eventhough lepas sebulan aku di Wazlina, my ex-boss still calling to counter offer. Ask me to come back. Sorry Ms Carlis :/

Ok nak dijadikan cerita aku rupanya adalah orang pertama menjawat jawatan as Account Exec di Wazlina. Selama ni boss minta tolong HQ staffs (Waz Lian Enterprise) buat segala financial report iaitu Ms Lum (HQ Account Executive). She is one of my best colleague here. Dia banyak guide aku to do this and that until i managed to do on my own. Plus aku tak pernah join mana-mana construction company before so memang zero knowledge. Setiap company berbeza cara captured expenses and income ikut industry and ada juga 100% by boss's decision. Terpulang. Cuma ada la aku tak berapa puas hati regards the way how they practice the things but what can i do? Just follow the flow as long as i can feed my family with HALAL sources. InsyaAllah.

Itu cerita aku.

Hari ni rakan sekerja aku, abang Zack dan abang Faisal sibuk dok interview people untuk post Admin Assistant. Dengar schedule full house today sambung lagi esok kot. Bukan main seronok lagi dok ambil gambar curi then hantar kat WhatsApp group untuk jadikan topik. Tak baik tau tapi aku pun sama dok bahan HAHA. Kriteria yang diorang tetapkan candidates mesti bawah 20 tahun, cantik, sexy, pakai skirt dan paling penting SINGLE. Alasan sedap mata memandang dan ada motivation hari-hari datang kerja include Sabtu Ahad pun. ;p Paling teruk alasan mereka kat company Wazlina, ladies dah TAK HOT mana dan boleh mengaku tersilap ambil kami yang awal-awal lagi pun tak cun.

"Dulu kami pun ada pilih juga calon untuk orang account semua kami pilih yang pakai skirt tapi, Sha yang datang emmm TERPAKSALAH kami terima."

Tak guna. -__- 

Tak sedar diri agaknya ingat calon-calon tu nak kerja ke tengok yang interview diorang orang-orang tua kalau senyum pun nampak muka gatal memasing. Grrrr!!!



LOL! *Gelakgulingguling*



Wednesday, January 9, 2013

13 Formula Pemakanan Genius Orang Islam.


Aku salin dan paste kat sini. =D

**
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai  "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah SAW bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah SAW menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah SAW.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang Nabi AS mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah SWT memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi SAW. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. 

Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8 ) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaik darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. Memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

10) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING
Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.

Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

11) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

12) ZA’FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

13) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Aku suka share apa yang aku tahu dan kalau boleh jom kita sama-sama praktikkan apa yang telah diguidekan oleh orang zaman dulu. Tak salah mencuba dan dijadikan amalan untuk ke arah tuju kehidupan yang lebih baik insyaAllah.

Credit: Hamil Mustafa

P/S: Anak aku kalau makan kismis sure muka dia dok terkulat-kulat tahan masam. Aku bagi kismis hitam. OK kan? -__-"

Thursday, January 3, 2013

Mummy, i need no a salt..!


Hahahaha kalau baby boleh bercakap seawal baby :')

Okay be serious as you can see how 'ketat' my face when i am talking about baby below than 1 year tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya. Read out. *facepalm*

Kenapa?

1) Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.

2) 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam-garam tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula. 

3) Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

4) Kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 3 tahun cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari) 

Fakta baru diperolehi:-
Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu. 

Jadi harus makanan bayi kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?
Bayi mana tahu rasa - tapi my chikibam tahu. Kalau tak sedap, dia sembur. Then how? Aku gantikan garam dengan perisa ikan bilis baru nampak dia berselera kah kah kah =D

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. Pastikan setiap makanan yang ditinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

So ibu-ibu sekalian, percayalah kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Seringkali dengar pepatah dari orang-orang lama, "Kau apa tau, kami dah MAKAN GARAM dulu sebelum kau dilahirkan.."

Ambil peduli untuk menjaga hati tapi jangan peduli ketika menyediakan makanan baby awak ya.

Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Kehebatan seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Akhir kata jadilah ibu bapa yg prihatin =)

Peace yo!

Credit: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung