Friday, March 23, 2012

My son baby in the house!

Salam. Today is my son baby 1 month old birthday! Dah sebulan baru nak update blog. Sibuk dengan baby, pantang, sakit sana sini. Nak korek hidung pun tak sempat tau! Euwww.

Lama tak mengarang. Skill pun dah hilang. Asyik taip, delete, taip, delete. Ayat tak best. Adoi you guys baca saje lah eh. Tak faham tanya lah!

So, ini cerita pengalaman bersalinku. Lain orang lain ceritanya. Lain pulak pengalamannya. Kuasa Allah. Dugaan atau ujian yang Dia turunkan untuk setiap hambaNya, Dia tahu yang hambaNya mampu menanggung. Bukan simply bagi kat siapa-siapa.

Ok ingat tak aku disahkan ada diabetic? So, oleh kerana tak ada langsung tanda kelahiran bila hampir my EDD iaitu 23 February 2012, aku dinasihatkan ke hospital Serdang pada tarikh sehari sebelum EDD. Aku di masukkan dalam wad kelas 3. Share 6 org. Itu saje available. Plus lama juga tunggu nak masuk wad. Aku tak kisah pun letak kat mana-mana. Selesa je pun. Ramai macam tu lagi best sebab boleh cerita-cerita hilangkan rasa bosan.

Sepanjang hari menunggu masuk ke wad dan hari esok, doktor buat test on me. Termasuklah urine, BP, bukaan cm, fetal heartbeat. Ulang-ulang sampai bersalin. Dalam banyak test, aku paling tak suka fetal heartbeat! Fetal heartbeat tu nak check catit pergerakan jantung baby. Aku bukan jenis boleh duduk diam, asyiklah tergerak sana sini. Rimas. So, ada gambaran bacaan tak berapa cantik. Dah kena buat semula. Lama pulak tu! Setiap sesi adalah 45 mins kita kena statik baring je. Sabar je lah.

Semasa menunggu untuk dapatkan wad, bukaan cm aku 2cm. But, tak rasa sakit apa pun. Oh ya doktor pelatih lelaki yang seluk. Ah aku tak kira dah time tu. Aku percaya siapa pun malas nak ambil pot. Dalam kepala otak, asalkan doktor buat kerja dengan betul. Tapi, bukan nak cakap lah. Doktor lelaki punya kerja lagi lembut tau compare than doktor perempuan. Serious.

Petang tu Akak datang visit aku. Heh. Thank you!

Malam tu, doktor pesan suruh aku berjalan banyak sebab bila cek lagi sekali bukaan still tak berubah. Haiii baby tak nak keluar lagi ke sayang? So, malam tu memang keliling wad hospital tu aku berjalan sampai jumpa port TV. Stop kejap tengok bola. Malam tu Malaysia lawan apa entah. Lupa. Syria kot. Doktor kata kalau menjelang pagi esok bukaan still tak ada, diorang akan induce.

Induce memang sakit. Kelahiran secara paksaan. Aku inesen je time tu tak tahu apa kata OK je lah. Bagi aku, doktor tahu apa tugas dia. Menjelang pukul 5 pagi, aku dikejutkan untuk cek lagi bukaan cm. Yes, still no change. So, doktor masukkan ubat induce dalam kemaluan kita untuk timbulkan rasa contraction. Sebab ada contraction baru baby boleh dikeluarkan.

Nak cerita pasal sakit kena paksa ni? Ya Allah. Start pukul 8 pagi mcm tu, baru rasa contraction setiap setengah jam. Sakitnya? Macam sakit senggugut. Lebih dari tu kot. Kau akan rasa mcm nak mati bila contraction datang setiap 5 minit! Time tu aku nak makan lunch. Kebetulan Hubby, Mama & Makcik Ton ada. Berpeluh gila tahan sakit. Allah! Allah! Allah! Mama sakit Ma! Itu je words yang mampu ku sebut. Makcik aku doktor, setiap kali perut aku mengeras, dia pegang dan dia tahu setakat mana level contraction tu. Aku tak lalu nak makan pun. Rata-rata orang suruh makan takut nanti tak ada energy nak push the baby. Tak boleh! Aku tak boleh makan. Sakit gila nak mati sangat rasanya. Siap minta ampun kat Mama, Makcik dan Hubby. Then, aku dimasukkan ubat berak. Sekejap je lepas tu rasa nak membuang. Senang betei nak berak kalau ada ubat tu sempat aku berseloroh dengan Mama. Hehe. Mama temankan aku berak tau!

Mama tak tahan tengok aku macam tu, terus panggil Nurse untuk cek bukaan cm. Dah 5cm rupanya! Mahu tak sakit. Tapi, untuk first baby mcm aku, biasanya bukaan 6-8cm baru diorang tolak ke Labor Room (LR). Sebab dengar cerita berejam lamanya baru nak buka 1cm. Maybe Nurse tu tengok aku dah macam orang tak tertanggung sakitnya, dia tolak jugak ke LR naik wheelchair. Aku dah asingkan siap-siap baju baby, pampers, bedung dalam beg kecil untuk dibawa ke LR. Suami bawa turun. Dia sahaja dibenarkan masuk.

Dalam pukul 1pm, aku dalam LR bertemankan Hubby. Doktor masuk pecahkan air ketuban. Cek bukaan cm still 5cm. Dalam bilik tu, nak sembang pun tak boleh sangat sebab sakit datang bertubi-tubi tak henti. Nurse datang pasangkan Fetal Heartbeat tu. Eee benci betul! Time macam ni nak test bendalah tu. Dah la sakit gila then tak boleh nak bergerak pulak tu. Ada jugak kadang tu mengiring. Memang larilah bacaan. Nurse datang tegur. Suruh baring diam-diam sebab nak monitor jantung baby katanya. Aku sempat lagi tanya sampai bila nak stop buat test ni. Dia kata sampai kita nak deliver! Damn! Bila datang contraction tu, aku mengerang sakit pegang baju, tangan Hubby sampai dia sakit. Hubby memang segalanya. Tenangkan. Dia suruh pandang mata dia. Lupakan sakit tu kejap. Istigfar. Baca surah sepatutnya. Suruh selawat apa semua. Ketika tu, aku nampak mata dia macam sedih sangat tengok aku sakit macam ni. Seolah dia dapat rasa kesakitan aku even bukan dia atas katil ni. Sempat aku mohon ampun atas kesalahan aku selama menjadi isteri dia. Drama sikit lah petang tu :">

Oh ya! Aku memang tak ambil oksigen. Sebab aku dengar cerita, kalau kita ambil selalu pernafasan tiub tu, kita akan hilang energy time nak meneran nanti. So, aku reject.

Nurse pulak setiap 2-3 jam datang cek bukaan cm. Aku ingat bolehlah bangun berjalan berdiri apa semua time perut keras tu. Bagilah alasan nak kencing. Rupanya tak boleh! Aku dipasangkan tiub kencing. Jolok lagi. Uwaaa! While contraction tu, aku rasa banyak air keluar. Tak surelah air kencing ke air ketuban tak habis ke air apa lagi ke. Tau-tau lencun gilalah bed!

Dalam pukul 6 ptg, Aku dah mula rasa nak berak! Kira final contraction! Doktor cek bukaan. Dah 9cm. Pada mulanya doktor bagitahu lagi 3jam aku akan bersalin. Aku jerit kata 3 jam? Lamanya! Aku cakap aku dah tak tahan rasa nak berak sangat! Pada masa yang sama, diorang berjaga juga even mulanya diorang suruh aku rilex. Aku jerit lagi tak tahan. Nurse cek bukaan aku dan 10cm! Ok dah sampai masa. Nurse tu cakap.

"Kalau ada contraction, push sekuat yang boleh tanpa angkat punggung, sekali nafas tapi, boleh curi nafas. Tangan pegang buku lali kaki."

Aku tried memang susah gila nak teran. Aku banyak angkat bontot. Hubby banyak kali tolong push kaki aku supaya tak naikkan bontot.

Lepas 45 mins aku still tak boleh keluarkan baby. Sampai aku nangis minta vacuum, forcep apa semua kecuali c-zer. Nurse yang nak sambut baby tu kata tak nak. Dia suruh push normal. Doktor perempuan bersama kitorang mula dah putus asa. Siap guntingkan bagi luas lagi. Doktor lelaki pulak habis tangan dia aku kejap. Last-last aku dipaksa pegang besi, kaki digantung. Nurse yang jadi bidan memang cukup sabar dengan aku. Baca ayat Lailahaillah anta subhanaka inni kuntum minazzalimin kuat-kuat suruh aku ikut. Nurse semua kata tak sayang baby ke, dia nak lemas dah ni, kesian baby apa semua. Aku sayang cuma aku tak terdaya sangat! Hubby pulak paksa doktor suruh panggilkan Makcik Ton naik tenangkan atau buat apa yang patut. Hehe mana boleh orang lain masuklah, Sayang!

Tepat 7.19pm. Sekali teran aku berjaya keluarkan my son baby! Semua orang lega! Hampir sejam aku push the baby. After they wished Congratulations, diorang terus letakkan baby atas perut aku. Kata mereka baby boy. Aku tak nangis sikit pun. Apa yang mampu aku ucapkan Alhamdulillah. Aku letih. Aku rasa dah hilang separuh nyawa. Aku nampak Hubby nak nangis gembira. Air mata bergenang. Dia cium kepala aku bertubi-tubi. Aku mampu tersenyum.

Berat baby 3.56kg. Hampir nak berak kat dalam perut. Tulang kuat gila. Kepala keras. Nurse & doktor cakap. Patut susah betul nak keluar.

Dalam proses keluarkan plasenta, tiba-tiba darah membuak keluar. Tak sure kenapa. Bila aku tanya diorang tak jawab. Diorang just kata tak ada apa. Tapi, aku nampak muka semua panik. Dah la aku tak nak ambil tahu. Letih.

Selesai proses keluarkan uri and jahit menjahit. Tak ada bius tau. Memang terasa gilalah jarum benang masuk kulit. Tapi, aku biarkan sakit tu. Malas nak layan. Penat. Tapi, aku boleh lagi layan gosip artis. Doktor yang jahit tu lah bercerita. Maklumlah doktor jarang ambil tahu hal artis. Apa yang dia ceritakan tu hal lama actually. Keh keh.

Aku diberi minum dan sedikit biskut. Itu pun lepas aku minta banyak kali. Haus sangat. Muka aku pucat lesi. Setiap kali aku terpejam mata, mesti nurse atau doktor bercakap-cakap dgn aku. Takut apa-apa hal kot. Entah. Baby dah ada kat sebelah. Diam je. Aku perhatikan muka dia. Sangat comel. Ini rupanya anak aku yang suka sangat duduk dalam perut Mummy. Yang suka tendang-tendang bila aku main torchlight dgn dia time malam. Yang buatkan aku rasa resah gelisah kalau dia tak bergerak. Yang sentiasa move around tatkala kami pasang ayat-ayat suci Al-Quran atau azan. Yang buatkan kami rasa bahagia sepanjang tak sampai setahun perkahwinan kami. Syukur Alhamdulillah.

Kira-kira pukul 12mlm, baru aku ditolak ke wad. Hubby tunggu rupanya. Mama, Makcik, MIL, BIL semua dah balik.

Esok paginya dalam pukul 6.30am, aku tak mampu berdiri lama nak ke toilet. Rasa nak pitam. Tiba-tiba darah mengalir ke kaki. Panggil nurse, terus naik katil balik. Anak diorang bawak pergi. And aku dimasukkan 1 pine darah and 2 water drips. Sebab BP low. Pucat lesi. Maybe kesan dari darah yang membuak keluar malam tu. Sampai sekarang aku tak tahu apa punca.



Muhammad Syamil Rizqin Bin Salehuddin. 1 day old.