Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Aku just berkongsi apa yang ada. Harap sangat semua dapat hidayat, sejuta sinar keinsafan, keampunan dan keberkatan dalam hidup untuk Ramadan kali ini. InsyaAllah.

Ramadan Datang.

Teringat balik zaman kecil aku, antara jam 8.15-8.30mlm iaitu malam sebelum berpuasa tergedik-gedik tunggu depan tv nak dengar announcement tarikh berpuasa. Lepas dapat tahu, melompat-lompat suka. Perasaan itu aku terbawa-bawa sampai besar. Even tadi pun terjerit kecil, tepuk-tepuk tangan. Excited gila. Yang aku pasti, Atok yang sama buat pengumuman tu tadi. haha. Atok panjang umur lagi alhamdulillah.

Untuk Ramadan kali ni, aku dah berazam untuk tunaikan solat terawih semampu yang boleh. Tak kira kat mana pun. Mostly aku selesa di surau atau masjid. Dulu zaman kecil aku tak pernah pun tinggalkan satu malam solat terawih. Hari-hari rujuk buku panduan solat terawih cari apa kebaikan hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa sayang sangat nak tinggalkan setiap malam-malam tu. Masuk Tadarus. Form 3,4 and 5. Tiga tahun aku sertai tadarus Al-Quran setiap malam lepas buat 20 rakaat plus 3 rakaat witir.

Ingat lagi, setiap petang bulan puasa aku berpeluang berniaga kat Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang. Parents sediakan tapak dan kami buat bisnes Nata De Coco. Masa ramai cari dessert tu. Penat belakang kira lepas dapat duit raya yang berbaloi. HEHE. Semua ni dulu. Ketika aku di zaman remaja. Tapi, sejak aku keluar dari rumah Mama, aku tak pernah praktikkan semua ini lagi. Maksud aku Solat Terawih.

Sebab itu aku berazam untuk tunaikan balik apa yang aku dah missed sebelum ni. Bernasib baik umur panjang. Syukur kepadaNYA.

Dulu aku just bersahur dengan oat dan susu. Mama yang sediakan. Kadang-kadang maid. Waktu berbuka pula, just makan lauk pauk. Tolak nasi. Sebab nak kuruskan badan. Semua orang tahu, bulan puasa sahaja peluang untuk turun berat badan.

Sekarang, kakak aku sediakan. Sometimes aku. Nak kena tampar asyik dia je buat semua benda. Sedih sebab this year maybe last time aku bersahur dengan my Pet-Sis. Dia dah jaga aku more than 4 years. She knows me well. Very well.

Salam Mubarak buat semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Monday, August 9, 2010

Setahun Berkawan.

The clock strike to 12am.
I received a long sms from my Fiance.
Romance words. Touching words. Cherish words.

Tears dropping.

Started to know each other on 10 August 2009.

En Salehuddin,

Thks for being part of me. Your message last night was really show how sweet you are. Your kind attitude while we together is highly appreciated. I know that you really want us be happy forever. I know that you might ask me as well to change my negative attitude. I know you want us to be a great partner in our life. InsyaAllah. Lets pray for our own good, Sayang.




THANK YOU FOR EVERYTHING.

Sunday, August 8, 2010

Ruang Kedua - Marsha ft Julian Cely







Lirik Ruang Kedua – Marsha & Julian Cely
Kau ingin bebas
Kau ingin lupakan
Kerna ku tahu dirimu yang terbaik
Ku ingin dicintai
Dicintai lagi
Aku pelajari kisah dukaku ini
Mampukah kita mula
Kisah yang tidak sudah
Yang ada cuma kesal
Yang kau tinggalkan

Biarlah ini terjadi
Ku yakin mengalah
Ini salahku
Ku pinta dari mu cintai aku
Agar aku masih lagi bisa berdiri
Pertahankan kasih sayangku
Walau kini hanya tinggal sengsara
Masih ku rasai bahang cinta kita
Ku mahu ruang kedua

Aku hargai saat bahagia
Cinta antara ku dan dirimu
Namun ku biar ia berlalu
Tanpa alasan kau bunuh diriku
Kisah antara kita
Tidak mudah ku lupa
Ku harap kau kembali
Kembalilah kau di sisi

Lupakan semua
Bina semula cinta kita
Hanya kau dan aku
Sinari hidupku
Sinari hidupmu

Pengalaman Berharga Di Rumah Amal Kasih Bestari.

Petang Sabtu, bergegas balik dari office. Punch on time. Nak avoid traffic jamm kat highway. Bayangkan hari Sabtu pun still bekejar balik.

Decide tunggu kat Pak Li Sek 7. Sebab semua kawan kak Jamm tunggu situ. Oh ya. Aku dan kakak aku join diorang. Saje. Pengalaman berharga. Dalam pada tu, kami sempat naik kereta baru kak Jamm. Gempak. Toyota Camry Putih. Bangga dapat berkawan dengan orang seperti kak Jamm.

Masing-masing bawa barang terpakai, groceries, baju, barang mainan dan makanan. Baru-baru ni asrama rumah amal ni terbakar. Aku pernah update status about this before. Nyawa anak-anak kecil dan penghuni selamat kecuali harta benda. Semua musnah. Sampai sana, aku terkejut di mana keadaan yang aku bayangkan selama ni sangat beza. Rupanya rumah tumpangan mereka hanyalah deretan kedai 2 tingkat. Sempit. Tak selesa.

Sembang dengan Ustaz & Ustazah yang menjaga, semua income yang mereka perolehi adalah dari kemahiran setiap penghuni asrama tu. Boleh buat kuih, boleh memasak, boleh membasuh, menjahit, bertukang dan segala kerja yang boleh dibuat asalkan dapat duit. Mereka sememangnya diajar untuk asah skill yang ada. Senang untuk mereka berdikari sendiri kelak.

Hati terusik.

Bertuahnya rasa diri. Serba serbi ada walaupun tak sepenuhnya tapi, cukuplah. Bandingkan dengan anak-anak malang tu, hidup serba kedaifan. Ya Allah..

Trip was over by 7pm. Kami balik dengan keadaan yang sangat insaf. Allah menjadikan sesuatu dengan alasan. Ternyata mereka lagi kuat dari kita.