Sekarang aku buat apa pun tak boleh. Bangun pagi rasa mual. Kunyah roti atau apa pun tak jalan. Asam pun sama. Tak boleh nak elak dari kunyah asam. Takut nanti efek darah tinggi. Tapi, ramai kata boleh hilang rasa mual dan loya. Ah! Sama je. Setiap kali minum susu, minum air or whatever sure muntah balik. Badan memang penat sangat. Lembik. MC 2 hari. Tak daya buat apa pun. Mabuk. Kepala pusing.
Sambil aku rest kat rumah, Mama, Ibu dan Mak Mertuaku ada datang ziarah. Comel je diorang. Pantang dengar aku tak sihat. Terima kasih semua! Aku pun ada baca komen-komen rakan mengenai jaga kandungan dalam FB. Ada suruh buat dan makan itu, ini. Aku baca cuma tak terbalas dengan perkataan TERIMA KASIH. Sungguh aku appreciate sangat. Terharu ada juga yang sudi lemparkan semangat. Dalam merasa dunia baru dalam hidup aku, aku perlukan segala supports, comments and recommendations from experienced ladies.
Para suami pun boleh. Welcome je! :)
Semalam Mama paksa aku pergi klinik. Dia dengar suara lembik sangat dah. Aku baru muntah sebelum Mama call untuk tanya khabar. Hubby suruh bangun untuk bersiap pergi klinik then terus nak hantar ke rumah Mama. Rest kat sana. Aku pergi klinik yang sama untuk check pregnancy hari tu. Klinik Ajwa. Doktor tak payah cakap banyak, dia tengok tangan aku and rasa body aku panas, terus kata kena waterdrips. Atleast 2 pines of water. Ambil ubat tahan muntah. Siap kasi Obimin pills lagi. Hari tu doktor lain kasi aku Acid Folic pills. Confuse nak makan Obimin sahaja or both.
Hubby teman paling setia sekarang :)
Dia memang paling banyak SABAR dalam jaga karenah aku. Aku bersyukur sebab dia boleh lagi LAYAN aku. Aku tengah sakit, dia layan. Alu tengah emo GILA nak mampus, dia layan. Aku tak boleh nak masak, dia layan. Aku tak boleh tengok muka dia pun, dia layan. Tak tahu hanya mind set atau whatever, kalau tengok muka dia, aku rasa nak muntah. Gosh. Maafkan baby.
Sebelum pergi kerja, aku muntah lagi. Sepanjang perjalanan ke office, aku tidur. Kena pejam mata kalau tak, pening. Kang tak pasal kena pull over nak muntah. Yes aku sediakan plastik but, siapa lalu nak muntah dalam beg plastik? Tak nak lah. Nanti silap haribulan, Hubby tengah drive pun boleh muntah!
Aku drive pun tak boleh. Kena air-cond kereta tak boleh. Dengar lagu dalam kereta pun naik pening. Tengok TV cerita nyanyi-nyanyi pun tak boleh. Layan FB, Twitter lama-lama pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Kadang-kadang menangis kenangkan kenapa teruk sangat alahan. Ke semua ni mind set? Pendek kata apa aku suka buat before pregnant, dah jadi terbalik.
Aku tak manja. Tapi, benda ni aku tak boleh lawan T__T



