Wednesday, January 25, 2012

Last Scan by 36w.

Ada orang berpendapat..

"Tak perlu lagi scan. Tunggu je baby keluar. Baby dah OK dah kan."
"Tak payah lah nak bazir duit apa semua. Tak sabar-sabarlah kau ni!"
"Tak boleh scan 3D. Kau dah 34w. Rasanya ada range weeks yang boleh buat 3D scan."
"Ala, kau yakin pada Allah. Baby kau OK punya. Gelabahlah kau ni!"
"Ish mahal kot 3D scan tu!"

Ada juga bagi pendapat yang sedap sikit telinga aku dengar..

"Tak pe je kau scan. Nak puaskan hati. Pergi je"
"Mesti kau rindu baby kau kan? Huhuhu. Tak salah scan. Just nak make sure baby kau OK"
"Kau nak tengok berapa berat baby? Or nak tahu baby sex? Hehe. Scan je lah. No problem rasanya"
"Elok jugak scan. Manalah tahu.."
"Kau ada rezeki lebih, buat je"

Pelbagai reaksi aku terima dalam aku buat decision nak do 3D scan. Itu dulu. Time aku 34w. Korang mesti nak tahu apa alasan aku? HAHA. Saje je! Aku nak get experience how 3D scan looks like. Dengar cerita, boleh tengok rupa baby. Boleh tengok apa exactly dia tengah buat. Boleh tengok ada apa sekeliling dia. Aku gila teruja!

Tapi.

Lepas aku analisis pendapat ramai orang dan aku sendiri, aku decide tak pergi. Sebab? Entah. Aku rasa ianya tak perlu. Biarlah semua be my surprises soon. Apa yang penting aku tahu at first dulu, doc dah sahkan baby aku normal, dalam keadaan sihat walafiat dan sempurna. My Hubby tak galakkan dan tak juga object. Dia tak kisah. Maybe dia tahu itu semua perasaan rata-rata Ibu mengandung. Sebab Ibu paling dekat dengan babynya. Satu nyawa. Cukuplah bila dia tengok aku sihat dan dia yakin babynya pun sihat.

Langsung malam tadi aku just pergi buat 2D scan. Untuk make sure everything is alright. Yang bestnya jugak aku dapat tahu my baby gender! Ngee confirm! Sebab last scan at 32w, my baby tak nak tunjuk. Paha tutup rapat! Pujuk pun tak nak alih. Ish anak Mummy! Bajet comel la buat macam tu! :D

Results weight 3kg. 36w. Mak aih gomoknya anak Mummy :')

P/S: Doc pujuk aku. Baby is in normal weight sebab badan Mummynya besar. So, jangan risau. Tapi, biasanya kadang tu baby just naik berat sikit untuk sampai ke 40w. Positive! Positive!

3 comments:

  1. fulamak, tak sabar tunggu baby kak sha lahir :)

    ReplyDelete
  2. Melle Amir,
    HEHEHE. InsyaAllah doakan yang terbaik dear! =)

    ReplyDelete
  3. babe..jgn risau bout ur baby's weight k.my doc said baby akan naik or turun 2 kilo drpd brt last scan.pe yg penting ur breathing techniques ms deliver nnt.kalo btol teknik nye baby bsr pon bleh kuar ngan mudah.hehehe~ pray for u..=)

    ReplyDelete