Wednesday, February 8, 2012

I am almost there!

Minggu ke 38.

Alhamdulillah dah macam-macam aku lalui dalam tempoh 9 bulan mengandung. 9 bulan yang paling indah dalam hidup. Walaupun hakikatnya lebih kurang sama dialami oleh kebanyakan Ibu-Ibu lain. Tak kisahlah kan?

Started from 3 months morning sickness, twice MGTT, gaining appetite, BSP test due to diabetic case, placenta previa type II, air ketuban lebih la and baru-baru ni checked at 37w air ketuban kurang pulak. Bangun malam-malam sebab kaki kejang cramp bagai after menggeliat dah biasa. Daddy bangun urutkan. Nasib baik beliau jenis senang jaga. Dapat bayangkan kalau our baby nangis, beliau kot bangun dulu :')

Daily foot massage by Daddy. Hehe. Serba serbi dilayan bak Princess. Nak itu, nak ini i just said. Nak makan itu, nak makan ini orang keliling akan tunaikan. Termasuklah Mama, MIL, colleagues, Hubby of course and the rests. Kalau beli kuih or apa-apa nak makan, surely i get the discount or special price. Bestkan? Tapi, setakat 9 bulan je laaaaa. Lepas tu, jangan haraplah brader! :/

Kalau bab kemas rumah, aku akan biasakan diri untuk buat. Hubby tolong. Aku perlukan some exercise. Still mop, still basuh toilet, still vacuum and still basuh lipat kain apa semua. Selagi terdaya tak ada salahnya kita buat. Nak serahkan bulat-bulat to Hubby, nanti kita pulak tak puas hati. Maklumlah lelaki. Kesian jugak tengok beliau kadang tu terkial-kial sebab tak biasa. HAHAHA. No worries, Daddy! You've learnt much! Thanks for helping me, dear! :)

Sempat jugak bisik kat babyangel, "Sayang baby Mummy, nanti dah besar tolong Mummy ya! Kesian kat Mummykan?"

"Eh Daddy? Heh Daddy kena ajar baby sepak bola!"

My body? Gaining so much fat here and there. Chubby sangat. People called me as Bulat! But, I am still cute mommy! =D Mana tak nya aku rasa aku boleh telan apa saje. Boleh makan in much quantity from normal. Cuma sejak Doc traced ada Diabetic yang aku start to control my weight, eating food everything. Then timbang, boleh turun berat badan dan ada satu bulan tu tak naik langsung. Maintain sampailah sekarang.

Kalau nak diingatkan balik, macam-macam pengalaman untuk dikongsikan. Cuma aku bersyukur sangat sebab dapat peluang merasai nikmat Allah SWT yang tak terhingga ni :')

Sekarang aku tengah tunggu kelahiran baby pertama in few days. Berdoa agar kami berdua selamat hanya itu yang mampu ku lakukan.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment