Monday, November 15, 2010

Marah gila dengan Celcom!

Celcom sucks.

Tak cukup?

Celcom bangang.

Lagi?

Celcom bodoh gila shit.

S.A.B.A.R.

Aku paling tak suka tutur ayat yang kurang sopan. Tapi, kalau dah melampaui kebatasan kesabaran aku memang tak boleh zip mulut. Sama je dengan you guys pun. Jangan kata tidak. Tak payah nak berlagak you guys sabar gila nak mampos. Erk. Tak pasal korang kena pulak.

Maaf.

Pendek cerita. Aku baru je beli BB which is aku memang gilakan dia at first. Nak buat as hantaran. Tapi, lepas tahu harga mahal, ringgit Malaysia seribu lebih, aku terus lowerkan view intai henpon jenis lain. Bajet on bakal tunang. Tu yang mata terpana kat ViVAs pulak. Alih-alih aku dapat buktikan kesetiaan aku untuk memiliki BB lepas dapat dia dengan harga promo. RM500 only.

Balik tu eksaited tunggu Celcom cut-off line. Sebab cina jual BB kat Digi Centre tu kata tunggu line Celcom you sampai no network than baru you switch your DIGI simcard. Punyalah tunggu tak tukar-tukar. Dah 2 hari. Last-last dapat tahu, Celcom reject request untuk switch sebab aku tak clear outstanding balance. Yang dicop as bayaran tertunggak. Aku called Celcom careline yang care sangat tu.

Pelakon on the phone
Celcom Officer (CO)
Aku

CO1: Hi Cik Syarliza, boleh saya bantu?
Aku: Oh ya hi. Saya nak check status line Celcom saya. Saya dah hantar request untuk tukar servis provider ke other tele-co guna nombor yang sama. Tapi, Celcom reject kenapa ya?
CO1: Okay, saya semak semula.
CO1: Cik ada bayaran tertunggak RM32.91 pada bulan October.
Aku: Owh saya tak abis bayar ya. Okay, saya akan settlekan. So, lepas ni boleh la Celcom approve application tukar network?
CO1: Ya, lepas dah buat pembayaran, tolong hubungi kami semula.
Aku: Okay sure. Thks.

Dalam hati aku, hai kau tak boleh cek sendiri?

Tunang aku tolong settlekan. On the way back, aku call back Celcom bercakap dengan officer kedua untuk maklum dah bayar.

CO2: Selamat malam cik Syarliza. Boleh saya bantu?
Aku: Selamat malam. Saya nak cek status pertukaran line to other network untuk line ni. Saya dah settlekan bayaran tertunggak. Semalam saya called, lepas saya settle, application saya boleh approve.
CO2: Okay saya semak dulu.
CO2: Cik Syarliza diminta settlekan unbilled amount dulu sebelum kami luluskan pertukaran line.
Aku: Hah? Unbilled amount pulak? Saya tak tahu berapa. Semalam just cakap untuk oustanding balance je. Kenapa malam ni cakap kena settle kasi habis semua?
CO2: Itu prosedur kami. Customer diminta clearkan semua payment baru boleh kita cut-off. Saya check unbilled amount setakat hari ini adalah RM228.
Aku: Pergh! Banyak gila! belum sampai sebulan dah cecah RM200 lebih? Apa korang charge? Takpelah. Saya tunggu you guys hantar bill.
CO2: Cik kena tunggu closing date bagi account cik pada 18hb ni. Jelaskan bayaran dan kami akan proceed dengan request tukar network.
Aku: Kalau you guys tak cut-off line, saya terpaksa guna Celcom line sampai bila-bila. Why not, you guys offkan dulu so that, saya boleh guna other network tu. Sebab saya dah sign contract. Handphone dah dapat tapi, still pakai network yang ada. Saya boleh kena saman.
CO2: Macm ni lah cik, saya suggest cik pakai sampai 18hb ni sahaja. Jangan pakai lepas date tu. Dapat bill then, settlekan. Baru kami cut-off.
Aku: Hah? sementara nak tunggu bill sampai, settle payment sure-sure lepas date 18hb. Then, saya nak pakai line apa? Selagi Celcom tak matikan line saya, saya tak boleh guna line yang baru ni.
CO2: Itu prosedur kami. Cik pakai sampai 18hb dulu. Settle payment.
Aku: Hurm. Thks.
CO2: Ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu?
Aku: (matikan line)

(Unbilled amount tu bayaran usage charges yang kita sedang guna)

Bodoh bangang s***. Aku menyumpah. Terus hilang mood malam tu.

Baru kejap tadi aku called orang cina BB tu, cerita semua. Dia kata tak perlu settle unbilled amount kalau tak exceed limit asalkan no oustanding payment. Aku betul-betul piss-off!

Tak tahu mana satu betul? Kalau fikir logik, memang kena settle payment baru orang kasi kau keluar. Tapi, selagi kau tak cut-off facilities kau, selagi itu orang akan guna dan kena bear cost.

Tu tak masuk ada hidden cost lagi. Dah terkena.

Thursday, November 4, 2010

Hati tak pandai menipu untuk tunjuk anda happy.

Sedang bermain emosi. Still sampai malam ni.

Hati dah tawar.

Benar kata orang, hati kalau tengah sedih, wajah jelas nampak. Hati kalau sedang kecewa, wajah nampak duka.

Sesungguhnya hati tak pandai menipu. Shit.

Dialog antara mereka itu memang akan diingati sampai bila-bila. Emo sangat? Mungkin.

"Kau start, aku sambung"

Bila hati akan pulih? Biar masa tentukan.

Buat masa ni..

"Kau dengan cara kau. Aku dengan cara aku."

Maaf.

Wednesday, November 3, 2010

Setan Pandai Main Emosi.

Jantan: "Tu lah dulu, i nak u, u jual mahal (opss gurau)"

Betina: "Mana ada... i malu (gurau jugak. mampos i kena sembur kalau tunang u tahu) "

Jantan: "Eleh malu konon, jual mahal "

Shit gila dengar benda ni. Padahal si jantan tu dah nak kahwin pun. Sekadar bergurau. Owh boleh bergurau perkara macam tu. Kalau tahu boleh dibawak bergurau, tentu-tentu bakal isteri kepada si jantan ni layan perbualan lelaki lain benda yang sama.

Soal jaga hati tak pernah timbul.

Great. Amalkan bergurau macam ni memang membawa kebahagiaan.

Monday, October 25, 2010

Tak stress kat Ofis dah.

Bunyi macam beban kerje kalahkan PM. Stress PM lagi hebat dari kau tahu. Eh aku tak suruh compare.

Semua orang hidup kat dunia ni ada stress. Orang yang berkerja stress lain. Orang tengah study stress pelbagai. Orang tanpa kerja macam-macam stressnya. Orang sakit sure ada stress. Orang gila lagi la banyak stress. Dah kenapa masuk bab orang gila. Selagi kita bernafas dan hidup, kita hampir dengan pelbagai masalah dan dengan problem tu lah kita berkenalan dengan stress atau tekanan hidup.

Korang pandai-pandai lah nak hidup dan try elak atau kurangkan stress hidup. Agama dah ajar kita macam mana kita nak hadapi sebarang tekanan hidup dengan lebih tenang. Ingat Tuhan tu penting. Kita wajib ingat Tuhan setiap masa. Bukan lepas ada masalah je baru kita tergadah cari Tuhan. Tapi, Tuhan kita Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tak pernah membezakan layanan setiap kita. Kita semua sama disisiNya. Sujud syukur selalu kepadaNya. InsyaAllah Tuhan sentiasa bersama kita. Jangan sesekali berpaling daripadaNya sesungguhnya tiada keberkatan dalam hidup.

Bukan nak memandai mencecer macam ustazah kat sini (hurm tak layak pun). Niat hanyalah untuk share.

Selain pinta daripadaNya dikurniakan ketenangan, aku juga ada dengar lagu-lagu unsur agama dan juga lagu-lagu more ajak buat kebaikan :)

Aku ada style baru untuk releasekan tensi. Benda ni boleh diangkut ke sana ke mari ikut kesesuaian tempat. Ditenangi oleh bunyi kecil air terjun dan desiran air di celahan batu kecil. Okay tengok gambar bawah ni. Cakap banyak pun tak guna. Stress lagi nak atur ayat.




Comel gila bekas ni sekiut ownernya. Alololo :D Salesman dari company apa entah (dah buang brochure lak) datang ofis we all bawak demo set. Harga offered time tu RM25 only. Harga sebenar kat luar RM98 katanya lah. So far, tak pernah jumpa bendalah ni.




Hilang stress saya sekejap. PERCAYALAH :)




Wednesday, October 20, 2010

Ada juga sepupu aku kahwin 20102010

Happy jumpa families malam tadi di De Palma Inn Sek 19, Shah Alam. Boleh kira wedding of the year among us. Nice job. Oh ya for pengantin baru all the best diucapkan. Selamat melayari bahtera merdeka eh rumahtangga :)

Penuh protokol boleh aku klasifikasi. VVIP ada, VIP ada dan orang tak berapa nak important pun ada. Yang penting family ada even bukan semua dapat hadir. Kena cherish mereka okay. Jauh datang. Kedah, Kelantan dan Perak.

"Pengantin busy gila sampai penat dan lupa terus abadikan kenangan bersama family di hari bersejarah mereka. Pengantin hargai tapi tak tunjuk kot. Maybe kenangan with family boleh dicapture on next time. Mereka terlupa untuk list family fotografi dalam wishlist. Again lupa. Mungkin.."

Dah aku tak ada idea nak senaraikan possibilities yang ada. Nanti lagi jadi unreasonable. Tahu la aku.

Aku nak jadikan ini sebagai benchmark on my wedding day kelak. InsyaAllah. Takut juga aku pun sama dua kali lima. Sebab tengah dalam majlis besar, tension datang bertubi. Mana tahu kan? Pandai cover diri sendiri. Thats why somebody kena ingatkan aku kalau macam tu. Nak appoint siapa hah?

Semalam 20.10.2010 memang cipta sejarah untuk kami semua berkumpul :) Satu memoir yang tak dapat dilupakan. Kenapa? Glemer habis mereka ini with cara dan colour pakaian yang ditetapkan. All in black. No baju kurung, no baju melayu. Weird? Hah this is real. Semua followed pulak tu. Sporting :)

Aturcara wedding malam tadi.

Bermula pukul 8.10pm ketibaan para tamu. Bride & groom tiba tepat 8.45pm. Bagus! Tepati masa. Sanding sekejap dengan renjisan bunga rampai oleh parents and VVIP. Then, after 20mins, pengantin diarak ke meja makan diikuti acara silat oleh De Palma staffs. Dalam 9.30pm baru para guests boleh jamah meals. Punya la lapar masing². Dengar jelas ketak-ketuk bunyik sudu, garfu against pinggan kaca. Aku tergelak bahak. Semua orang noticed bunyi tu. :D

Lepas makan, kitorang ramai² naik atas stage untuk bergambar dengan pengantin eh mereka tiada! pelamin pun jadilah. Banyak aksi dirakam. Oh semua gambar dalam camera kazens & pakcik. Tak boleh sedut! (kata lain bagi bluetooth) Aku just bawak talifon tangan je. Hasil tak cantik sure punya kalau snap pun. Hai.. hantaran nak beli camera ke handphone? Ke 2,2? Ermmm.

Okay kira-kira 11.15pm, aku and my cousins chow. Family lain lama dah balik.


Nice pelamin, cake :)


mama, aunties, kazens & siblings :)


Cousins.




Relatives.







Sayang sekali semua gambar di atas without bride & groom yang mana merupakan family aku sendiri. Mereka busy sangat.