Tuesday, February 22, 2011

Don't play with people's heart. Its fragile.

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu
11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13 Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Monday, November 15, 2010

Marah gila dengan Celcom!

Celcom sucks.

Tak cukup?

Celcom bangang.

Lagi?

Celcom bodoh gila shit.

S.A.B.A.R.

Aku paling tak suka tutur ayat yang kurang sopan. Tapi, kalau dah melampaui kebatasan kesabaran aku memang tak boleh zip mulut. Sama je dengan you guys pun. Jangan kata tidak. Tak payah nak berlagak you guys sabar gila nak mampos. Erk. Tak pasal korang kena pulak.

Maaf.

Pendek cerita. Aku baru je beli BB which is aku memang gilakan dia at first. Nak buat as hantaran. Tapi, lepas tahu harga mahal, ringgit Malaysia seribu lebih, aku terus lowerkan view intai henpon jenis lain. Bajet on bakal tunang. Tu yang mata terpana kat ViVAs pulak. Alih-alih aku dapat buktikan kesetiaan aku untuk memiliki BB lepas dapat dia dengan harga promo. RM500 only.

Balik tu eksaited tunggu Celcom cut-off line. Sebab cina jual BB kat Digi Centre tu kata tunggu line Celcom you sampai no network than baru you switch your DIGI simcard. Punyalah tunggu tak tukar-tukar. Dah 2 hari. Last-last dapat tahu, Celcom reject request untuk switch sebab aku tak clear outstanding balance. Yang dicop as bayaran tertunggak. Aku called Celcom careline yang care sangat tu.

Pelakon on the phone
Celcom Officer (CO)
Aku

CO1: Hi Cik Syarliza, boleh saya bantu?
Aku: Oh ya hi. Saya nak check status line Celcom saya. Saya dah hantar request untuk tukar servis provider ke other tele-co guna nombor yang sama. Tapi, Celcom reject kenapa ya?
CO1: Okay, saya semak semula.
CO1: Cik ada bayaran tertunggak RM32.91 pada bulan October.
Aku: Owh saya tak abis bayar ya. Okay, saya akan settlekan. So, lepas ni boleh la Celcom approve application tukar network?
CO1: Ya, lepas dah buat pembayaran, tolong hubungi kami semula.
Aku: Okay sure. Thks.

Dalam hati aku, hai kau tak boleh cek sendiri?

Tunang aku tolong settlekan. On the way back, aku call back Celcom bercakap dengan officer kedua untuk maklum dah bayar.

CO2: Selamat malam cik Syarliza. Boleh saya bantu?
Aku: Selamat malam. Saya nak cek status pertukaran line to other network untuk line ni. Saya dah settlekan bayaran tertunggak. Semalam saya called, lepas saya settle, application saya boleh approve.
CO2: Okay saya semak dulu.
CO2: Cik Syarliza diminta settlekan unbilled amount dulu sebelum kami luluskan pertukaran line.
Aku: Hah? Unbilled amount pulak? Saya tak tahu berapa. Semalam just cakap untuk oustanding balance je. Kenapa malam ni cakap kena settle kasi habis semua?
CO2: Itu prosedur kami. Customer diminta clearkan semua payment baru boleh kita cut-off. Saya check unbilled amount setakat hari ini adalah RM228.
Aku: Pergh! Banyak gila! belum sampai sebulan dah cecah RM200 lebih? Apa korang charge? Takpelah. Saya tunggu you guys hantar bill.
CO2: Cik kena tunggu closing date bagi account cik pada 18hb ni. Jelaskan bayaran dan kami akan proceed dengan request tukar network.
Aku: Kalau you guys tak cut-off line, saya terpaksa guna Celcom line sampai bila-bila. Why not, you guys offkan dulu so that, saya boleh guna other network tu. Sebab saya dah sign contract. Handphone dah dapat tapi, still pakai network yang ada. Saya boleh kena saman.
CO2: Macm ni lah cik, saya suggest cik pakai sampai 18hb ni sahaja. Jangan pakai lepas date tu. Dapat bill then, settlekan. Baru kami cut-off.
Aku: Hah? sementara nak tunggu bill sampai, settle payment sure-sure lepas date 18hb. Then, saya nak pakai line apa? Selagi Celcom tak matikan line saya, saya tak boleh guna line yang baru ni.
CO2: Itu prosedur kami. Cik pakai sampai 18hb dulu. Settle payment.
Aku: Hurm. Thks.
CO2: Ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu?
Aku: (matikan line)

(Unbilled amount tu bayaran usage charges yang kita sedang guna)

Bodoh bangang s***. Aku menyumpah. Terus hilang mood malam tu.

Baru kejap tadi aku called orang cina BB tu, cerita semua. Dia kata tak perlu settle unbilled amount kalau tak exceed limit asalkan no oustanding payment. Aku betul-betul piss-off!

Tak tahu mana satu betul? Kalau fikir logik, memang kena settle payment baru orang kasi kau keluar. Tapi, selagi kau tak cut-off facilities kau, selagi itu orang akan guna dan kena bear cost.

Tu tak masuk ada hidden cost lagi. Dah terkena.

Thursday, November 4, 2010

Hati tak pandai menipu untuk tunjuk anda happy.

Sedang bermain emosi. Still sampai malam ni.

Hati dah tawar.

Benar kata orang, hati kalau tengah sedih, wajah jelas nampak. Hati kalau sedang kecewa, wajah nampak duka.

Sesungguhnya hati tak pandai menipu. Shit.

Dialog antara mereka itu memang akan diingati sampai bila-bila. Emo sangat? Mungkin.

"Kau start, aku sambung"

Bila hati akan pulih? Biar masa tentukan.

Buat masa ni..

"Kau dengan cara kau. Aku dengan cara aku."

Maaf.

Wednesday, November 3, 2010

Setan Pandai Main Emosi.

Jantan: "Tu lah dulu, i nak u, u jual mahal (opss gurau)"

Betina: "Mana ada... i malu (gurau jugak. mampos i kena sembur kalau tunang u tahu) "

Jantan: "Eleh malu konon, jual mahal "

Shit gila dengar benda ni. Padahal si jantan tu dah nak kahwin pun. Sekadar bergurau. Owh boleh bergurau perkara macam tu. Kalau tahu boleh dibawak bergurau, tentu-tentu bakal isteri kepada si jantan ni layan perbualan lelaki lain benda yang sama.

Soal jaga hati tak pernah timbul.

Great. Amalkan bergurau macam ni memang membawa kebahagiaan.

Monday, October 25, 2010

Tak stress kat Ofis dah.

Bunyi macam beban kerje kalahkan PM. Stress PM lagi hebat dari kau tahu. Eh aku tak suruh compare.

Semua orang hidup kat dunia ni ada stress. Orang yang berkerja stress lain. Orang tengah study stress pelbagai. Orang tanpa kerja macam-macam stressnya. Orang sakit sure ada stress. Orang gila lagi la banyak stress. Dah kenapa masuk bab orang gila. Selagi kita bernafas dan hidup, kita hampir dengan pelbagai masalah dan dengan problem tu lah kita berkenalan dengan stress atau tekanan hidup.

Korang pandai-pandai lah nak hidup dan try elak atau kurangkan stress hidup. Agama dah ajar kita macam mana kita nak hadapi sebarang tekanan hidup dengan lebih tenang. Ingat Tuhan tu penting. Kita wajib ingat Tuhan setiap masa. Bukan lepas ada masalah je baru kita tergadah cari Tuhan. Tapi, Tuhan kita Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tak pernah membezakan layanan setiap kita. Kita semua sama disisiNya. Sujud syukur selalu kepadaNya. InsyaAllah Tuhan sentiasa bersama kita. Jangan sesekali berpaling daripadaNya sesungguhnya tiada keberkatan dalam hidup.

Bukan nak memandai mencecer macam ustazah kat sini (hurm tak layak pun). Niat hanyalah untuk share.

Selain pinta daripadaNya dikurniakan ketenangan, aku juga ada dengar lagu-lagu unsur agama dan juga lagu-lagu more ajak buat kebaikan :)

Aku ada style baru untuk releasekan tensi. Benda ni boleh diangkut ke sana ke mari ikut kesesuaian tempat. Ditenangi oleh bunyi kecil air terjun dan desiran air di celahan batu kecil. Okay tengok gambar bawah ni. Cakap banyak pun tak guna. Stress lagi nak atur ayat.




Comel gila bekas ni sekiut ownernya. Alololo :D Salesman dari company apa entah (dah buang brochure lak) datang ofis we all bawak demo set. Harga offered time tu RM25 only. Harga sebenar kat luar RM98 katanya lah. So far, tak pernah jumpa bendalah ni.




Hilang stress saya sekejap. PERCAYALAH :)