Thursday, October 27, 2011

Air Wudhu' Air Serikan Muka.

Salam! Baru baca artikel mengenai cara serikan wajah! Credit to that blog! So, kita tak perlulah beli pencuci muka jenama yang mahal-mahal ya.

* Bangun awal pagi untuk solat Subuh. Air wudhu' yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat Zohor di tengah hari. Air wudhu' yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhu' yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah untuk solat Maghrib. Air wudhu' yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isyak di waktu malam. Air wudhu' yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.


Banyakkan rahsia dan kebaikan kalau kita selalu ikut semua perintah Allah SWT. Tapi sayang, ramai yang belum sedari. Kalau tahu pun, buta hati. Wallahualam.

Monday, October 10, 2011

Pesanan Buat Isteri

1. Jangan memperkecilkan suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer.. ok tak?"
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah sampai tidak dijumpa mana-mana section yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ... "
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak .. boleh singgah tak mana mana.. please "7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros... "
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber... . ie. " pot petpot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
17. Suka melengah-lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan MU tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ... then today.. then tadi..u tau tak... semalam u nak tau... .bla bla bla bla."
20. Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih... "
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. "..eee u tau tak hubby i tu... "
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. "...you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali..."
P/S: Artikel ini diambil dari blog orang juga. Credit with many thanks.

Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


23. Jangan buat bodoh kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

P/S: Artikel ni diambil from blog orang. Credit with thanks.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Sunday, October 9, 2011

Pregnancy Medical Checkup.

Salam Isnin. Pakai baju colorful on Monday bagi naik semangat okay. Jangan pakai baju gelap-gelap nanti kita senang rasa diri nak berkabung. Hewhewhew. Oh kita pakai color hijau today. Awak nampak hijaulah! Baru rasa diri bersemangat nak kerja. Itu petua orang. Cuba amalkan.

Kita nak cerita about medical checkup. Saje nak share something with you guys.

1st Checkup.
Untuk first time in my life, saya pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 untuk checking on my pregnancy. Teruja. Suami ada temankan. Sama-sama ambil cuti. Kena buat checkup on weekdays saje. Just bring along the following documents untuk buka buku PINK. Saya tahu pun after tanya member-member yang berpengalaman. Bukan apa, tak nak ada kes patah balik keluar masuk klinik. Buang masa :/

Nah! Check the list!

1) Copy of I/C (Suami & Isteri)
2) Original and copy of Nikah certs
3) Bil air/elektrik petempatan sekarang
4) Gambar baby scan

Mula-mula kita tunggu turn nama dipanggil untuk timbang berat badan sekarang. Oh ya! Dinasihatkan ibu-ibu mengandung datang ke klinik buat pemeriksaan bulanan after ngam-ngam 3 months pregnant ya. Tak perlu datang awal. Untuk sahkan kehamilan kita boleh direct pergi klinik swasta je. Kalau boleh, scan teruslah untuk tengok kedudukan uri dan baby. Jangan lupa makan asid folic untuk tumbesaran janin yang cukup sifat.

Lepas timbang berat badan, check BP semua. Kita pergi ke makmal untuk test kandungan darah dan ujian air kencing. Ibu-ibu kena make sure segala pills yang doktor bagi MESTI MAKAN. Kalau boleh, jangan skip ya. Ingat baby dalam perut perlukan khasiat vitamin! Lepas tu, tunggu turn lagi untuk berjumpa dengan doktor nak check cm line kat perut kita, dia akan pegang perut kita untuk rasa kedudukan baby, payudara kita dan berikan sikit advices dalam jaga kandungan seawal 5 bulan ke bawah.

Kalau tak ada apa lagi, boleh lah balik. Ibu dan bapa yang mana bekerja boleh minta TIME SLIP from pihak klinik untuk pelepasan few hours. Lepas tu, nak sambung kerja balik boleh. Or nak ambil cuti pun boleh. HEHE. Macam saya tinggal kat Shah Alam memang berat sikit nak ke office di KL. Dah 3 kali checked up, saya ambil cuti je. Rest at home. Kadang-kadang terasa pening dan mual-mual sebab lama menunggu.

2nd Checkup
This time saya kena buat appointment untuk minum air gula. Bukan sebab berat badan berlebihan tapi, ada history from parents. Mama ada high BP. Abah ada diabetes. So, kemungkinan saya dapat penyakit macam tu time pregnant adalah tinggi. Sebelum datang ke klinik minum air gula, kita kena puasa atleast 12 hours. Means kita start puasa pukul 10malam sebelum tu until 10pagi keesokkan harinya. Ambil darah, test darah. Mulanya dengar orang cerita pasal air gula, rasa nak muntah juga. Tapi, bila minum rasa OK pulak. Tak ada lah rasa apa sangat cuma manis meleceh je. Boleh consider :)

Setiap kali datang ke klinik, kalau vitamin Obimin or Acid Folic dah habis, kena minta tau. Biasanya after 4 months kita diberi vitamin Obimin je sebab itu pun dah cukup. Obimin diperlukan untuk pertambahan darah. Sebab masa bersalin nanti, kita akan kehilangan banyak darah. Tapi, jangan takut tau. Ikut cakap doktor dan jangan skip makan vitamin tu. Makanan lain pun kena jaga. Fast food kalau boleh elakkan takut kita gemuk nanti. Huhu. Berat badan akan bertambah atleast 13 kg bila sampai due. So, kalau makan tak menentu, itu yang kadang-kadang ibu mengandung ada penyakit. Makan buahan dan kekacang banyak tau!

Susu untuk ibu kalau boleh amalkan. Baby dalam perut akan serap banyak kalsium kita. Minta Suami belikan okay! Kita minum susu Mamil Chocolate. Sedap sangat! :)

Kali ni saya just pergi alone. Kesian Suami. Ikut pun bukan boleh buat apa. Ganggu kerja saje. InsyaAllah selagi boleh drive sendiri, saya tak kisah. Plus ramai sangat ibu-ibu kat klinik tu, tak cukup seat sometimes.

Ok nak cerita about my pregnancy. After scan while baby in 3 months at klinik swasta, kedudukan uri saya kat bawah. Maknanya ada problem. Tapi, doktor kata bagi time perhaps taking a few months untuk uri naik ke atas. Harap no problem nanti. But, once bleeding even pun setitik, kena cepat pergi hospital untuk check on baby inside. Banyaklah nasihat doktor bagi antaranya tak boleh angkat benda berat, tak boleh buat kerja berat, kurangkan berjalan, jangan turun naik tangga dan jarakkan masa bersama Suami. Ehem kena puasalah. So far, tak pernah ada bleeding lagi. Just ada brownish kat panty liner in last week. Referred to Makcik saya (doktor) kalau berterusan keluar next day, kena pergi hospital. Alhamdulillah tak ada apa. Mungkin stress kot time tu.

Dah plan after 6 months nanti, saya scan sekali lagi. Doakan terbaik for my baby! :)


3rd Checkup
Setiap bulan doktor akan tetapkan date appointment kita dalam buku PINK. Yes. Kena bawak sentiasa! Dan jangan pulak lupa date dengan doktor! Kita pregnant tau. Kena jaga lebih keadaan ibu dan baby dalam perut :)

This time kita kena injection untuk avoid kancing gigi. Cucuk kat bahu. Rasa sengal jugaklah sebelah tangan 2-3 hari. Then, nurse buat ultrasound checking. Saya tak rasa lagi baby movement even dah 20weeks. Nampaklah muka lain macam nurse tu. Pelik kot. Kita just rasa susah nak bernafas dan cepat mengah kalau buat apa pun. Itu normal sebab kita dah share segala ruang dengan baby. So, untuk kita bernafas, space laluan pernafasan tu dah jadi sempit sikit. Untuk hal ini jangan gabra ya!

Seperti biasa setiap every month, berat badan, BP, air kencing, darah semua diambil dan ditest. Cucuk sana cucuk sini dah biasa. Kalau kena nurse yang kasar dan tak pandai sikit, boleh jadi lebam tangan lepas cucuk. HEHE. Itu normal.

Ok sekarang tunggu untuk next appointment. Harap semua will be fine! Ada something nak cakap, biasanya ibu mengandung cepat rasa sensitif dan moody. So, jangan terbawa-bawa sangat emo tu nanti makan diri. Ingatlah orang keliling sangat sayang dan ambil berat about us lebih-lebih lagi our Husband. Bersabar banyak dan berdoa. Mengaji Al-Quran sentiasa. InsyaAllah semua sadness akan berlalu pergi.

Jumpa lagi! Jaga diri tau! :)

P/S: Haihh tak sabar nak scan jantina baby. Nak beli barang baby. Tapi, Mama dah pesan boleh beli barang-barang baby after 6 months onwards. Pantang kot? Ikut saje :)