Tuesday, February 19, 2013

Rashes on baby's body.

Assalam people.

Benda ni dah lepas.
Saja nak share dengan korang kalau korang facing masalah macam ni.
Cuma jangan jadi panik atau slumberland macam aku dah la.

Setiap kali aku mandikan atau salin baju tidur anak sure aku belek badan, tangan, kepala, kaki, anu dia. Bak kata Abah aku, si Along ni habis dia belek badan anak dia sampaikan uban 3 helai pun dia nampak. Yes anak aku dah ada uban oii. Tak tahu apa punca. Aku tak cabut biar saje lah. Nak snap picture pun tak nampak lah. HEHE.

Seingat aku masa anak umur 9 bulan dia aktif meniarap lagi start siku dia naik ruam. Ada rasa gatal ke entah tak tahu la sebab tak nampak pun dia tergaru-garu or maybe dia tak pandai garu lagi ke apa. Memang masa tu aduhai hati tertanya-tanya kenapa naik rashes teruk sangat sampai merah-merah berbiji kat siku. 

Aku ada tangkap gambar tapi cari balik tak jumpalah. Tak apa lah korang boleh imagine kot.

Aku sms gambar rashes tu kat makcik Ton. Makcik kata itu normal for a baby. Skin diorangkan sensitif kena habuk kotor pun boleh jadi penyakit. Makcik suruh pergi kedai Farmasi beli cream apa entah nama but make sure sesuai untuk baby tau. Aku beli dan try pakai seminggu. Tak OK pun. The rashes still there.

Emmm seminggu sekali aku bersihkan rumah lepas tu. Mop sekali.

Aku tukar cream lain. Kali ni minta pandangan Mama. Seminggu aku tunggu, apa pun tak jadi lagi. Maybe belum react lagi ke apa. OK aku tunggu lagi. Selang seli pakaikan dia minyak gamat juga, emmm still tak jadi apa. Lama-lama aku tunggu sampai sebulan. Rashes menjalar sampai depan, belakang badan babyangel. Siku dah surut sikit sebab dia dah start merangkak. Duhhh. 

Mak mertua suruh hentikan makan ayam takut itu punca dia. Rizqin only eat veges and fruits.

***
Tak boleh jadi aku kata. Takkan nak berdiam diri?
Aku post problem kat Twitter.
Heee dapat feedback banyak dari kawan-kawan yang concerned.

Ramai suruh tukarkan sabun mandi pakai based organik punya. Ada yang suruh beli lotion, cream itu ini. Ada minta try Sebamed percayakan testi diorang OK sangat on their kids. Ok fine. At last i chose to try Sebamed & Calamine Lotion on his body. Percaya tak aku sampai tak pergi ke klinik. Itu la slumberland aku. Korang jangan la ikut tau. If anything nampak peliks or your babies, just go and refer to doc/specialist.

Jangan buat lewa.

Then, after 2 weeks aku mandikan dia dengan Sebamed, sebelum berbaju pakaikan dia Calamine Lotion, it was amazing! Alhamdulillah hilang terus rashes dia. Clear habis. Terus post kat Twitter saying thank you to them! Hati senyum lebar.

Semua benda tu boleh jumpa kat farmasi. Pergi lah.

And until now, aku tak tahu apa punca rashes tu GONE. Is either the reason by stop eating chicken or the Sebamed or that lotion?

Tak apa lah asalkan pengarang jantung dah OK.
=))

Tuesday, February 12, 2013

What a good reminder!


EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Assalamualaikum.

Round-round Facebook tetiba terjumpa artikel ni. Basically semua dah tahu pun akan hal ni tapi, aku paste kat sini as my reminder.

Jadikan pedoman hidup =)

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda di bawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Na’uzubillah..

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :-

1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup saje. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang entah apa-apa. Leka main Facebook/Twitter/Instagram, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Al-Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Atleast 1 muka surat sehari selepas Subuh or paling-paling pun 1 ayat Al-Quran pun tak ada masa. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Sekian. Thanks for reading peeps! =)