Showing posts with label Anger Management. Show all posts
Showing posts with label Anger Management. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Kalau Kau Kata Apa?

Aku tahu apa aku facing tak sehebat kau orang semua. Tapi, benda ni selalu main dalam benak aku. Sampai suatu ketika aku rasa nak request balik kat boss minta aku ditransfer back up there. Dulu workstation aku kat tingkat 4 sana. Disebabkan boss tengok aku selalu tak sihat sejak pregnant, dia transfer aku di tingkat 1 which is aku terpaksa berkorban untuk jadi heartless.

Ini adalah antara situasi-situasi yang memang buat aku bengang nak mati.

1. Boss tegur aku tanyakan kenapa aku charge En R mahal sangat untuk duit Refreshment Office Club Aku kata aku tak diskas dengan boss lagi berapa En R kena bayar. Bila masa aku mentioned amount? Boss terus sound En R kat situ juga katakan jangan buat cerita pasal staff dia kenakan duit kelab mahal. En R kata, memang aku tak cakap. Dia cuma guess sendiri saje. Kalau kau? Mind kau kata apa?

Aku kata apa jadahnya bangang sangat kau ni. Nak kenakan aku ke apa? Padan muka kau malu sendiri dengan boss.
2. Berkenaan En R jugak. Kes tak tutup rapat bekas bancuh air. Benda ni dah berpuluh kali colleagues lain bagi hint suruh buat. Yang jadi masalahnya semua orang tak nak sound direct. Siapa nak bercakap dengan dia? Kalau bancuh air milo, kopi, teh segala mak nenek punya air dan tak pernah tutup rapat bekas sampai masuk semut. Tiba pulak aku time tu nak bancuh milo dengan oats. Tapi, semut penuh. Kalau kau kata apa?
Aku hempas pintu dan jerit siapa punya bodoh bangang tak tutup cover kasi rapat ni? Nak kasi semua orang bodoh makan semut?

3. Pagi tu buat farewell party untuk colleague yang dapat offer tempat lain. Semua orang dah dijemput termasuk dia. Seorang saje yang jemput dia. Cukuplah. Asalkan dia dijemput. Boss call PA (Kak Ziela) dia tanyakan kenapa kami semua tak jemput En R makan? Dia nak pergi kedai Mamak Maulana tu. PA boss kata dia dah jemput. Kalau kau kata apa?

Aku kata takkan dia nak tunggu semua orang terhegeh jemput dia? Dia tu siapa? Macam budak-budak mengadu kat boss kata kita tak jemput dia makan
4. Boss tunjukkan kami semua gambar En R tengah pegang botol arak sambil tersenyum bangga. Ada lagi gambar dia cium dan berpeluk dengan GRO dalam pub. Kalau kau nak kata apa?

Aku kata Astagfirullahalazim. Rumah kata pergi, Kubur kata mari. Dia memang tak tahu malu ke boss? Kenapa tua-tua macam dia tak pernah nak insaf dan macam culture shock?
5. Setiap pagi dia masuk office, dia akan berborak dengan Abang Adi sampai terbahak-bahak macam semput. Ketawa untuk perkara yang sangat bodoh. Mengadu itu ini apa yang dia makan semalam dan pergi mana semalam. Berborak pasal keluarga dia. Bertanyakan Abang Adi apa bikin hari ni. Kerjalah bodoh! Sebab dalam ramai-ramai kat office ni hanya Abang Adi saje yang rajin layan dia. Kami semua buat bodoh. Kalau kau nak kata apa?

Aku kata apasal bising sangat ni??!! Masuk pantry hempas pintu.
6. Kadang-kadang aku sendiri pergi sampaikan message kat dia from orang lain yang nak pecahkan pintu kereta dia akibat blocked kereta orang! Bukan dia tak ada intercom. Tapi, selalu on button "Do Not Disturb". Kalau kau kata apa?

Aku kata En R, orang yang En R blocked kereta tu nak pecahkan kepala En R.

Kasar tak? Peduli apa aku.




P/S: Ya Allah aku mohon perlindungan dari Mu. Ampunkanlah aku yang hina ini.

Monday, September 26, 2011

Jangan rapat at first place.

Kau dah berkawan lama dengan seseorang. Kau dah biasa tahu apa sahaja aktiviti dia. Kau dah biasa diberitahu apa sahaja mengenai dia. Ke mana pun hanya kau dan dia.

Suddenly.

Semua stop. Kau tak nak ambil tahu langsung hal dia. Kau buat apa yang dia dah buat pada kau. Life masing-masing. Biar dia happy with friends. Biar aku happy with mine.

Actually.

Kau dan dia bohong diri masing-masing. Still nak ambil tahu hal diri keduanya. Seorang akan terasa kalau seorang lagi tak cerita apa yang telah dan bakal berlaku. Kawan mereka yang tahu segalanya mengenai mereka.

Finally.

Buntu. Apa harus kau buat? Aku pilih untuk diam. Aku pilih untuk stay away. Tapi, diri aku GAGAL.

Kalau kau?

Monday, July 4, 2011

Aku patut bersyukur.

1) Aku patut bersyukur atas kurniaan Allah yang tak terhingga. Tak usah mengeluh dengan alahan mengandung. Anak aku sedang membesar dalam perutku. Bayangkan orang lain berubat sana sini nak dapatkan cahaya mata tapi, untuk aku? Allah senang² beri. Terima kasih ya Allah.

2) Aku kena bersyukur sebab sentiasa di kelilingi oleh orang yang masih menyayangi aku. Tak pernah sakiti hati aku. Tak pernah buat onar dalam life aku. Aku still ada sahabat-sahabat yang tak jemu bagi support ketika aku sakit.

3) Aku patut bersyukur sebab masih punyai family. Family besar yang tak pernah tolak jika aku datang mengadu masalah. Family yang sentiasa buka pintu untuk aku. Tak pernah putus nasihat dan dorangan ketika aku perlukan.

4) Aku patut bersyukur sebab adanya kudrat untuk aku bekerja yang boleh buat life aku dan Hubby stabil. Tak perlu meminta sedekah atau belas kasihan orang lain demi cari sesuap nasi.

5) Aku kena bersyukur sebab datangnya sesuatu penyakit mengingatkan aku kepada Dia. Dan aku masih boleh sujud syukur.

6) Aku patut bersyukur aku diberi-pinjam seorang suami yang betul ada sifat sabar GILA. Tak kisah bangun pagi tengok muka aku yang comot gila dengan air liur basi meleleh. Sanggup mengadap muka pucat lesi kalau sakit. Belikan dan buat apa yang aku nak. Bersyukur tak kahwin dengan orang yang salah.

7) Aku bersyukur sebab pernah merasai kebaikan berkawan di dunia. Kenal dengan mereka, mereka. Gelak ketawa menangis kerana mereka. Mereka yang keluar masuk dalam hidup aku. Aku hargai dan aku juga relakan mereka pergi.

8) Aku tetap bersyukur sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang serba ada semuanya. Cukup sederhana. Rasa susah sikit adatlah. Kau jangan mengeluh banyak. Setiap yang berlaku, Tuhan dah tetapkan ganjaran.

9) Aku bersyukur sebab Ramadhan bakal tiba dan semoga aku diberi peluang untuk melaksanakannya dan tiada sebab aku untuk menidakkannya dengan alasan mengandung.

10) Aku sepatutnya bersyukur mampu menaip blog even dalam keadaan serba tak kena.

Wednesday, June 22, 2011

Prasangka.

Kau pernah prasangka buruk? Mesti TAK. Prasangka baik? Kau kata YA. Kau memang bertuah sebab tiada masalah dengan orang lain. Syabas!

Tapi.

Kalau kau ada bad thoughts to other people. Kau buang. Kelak kau susah. Percayalah.

Aku bukan baik sangat. Aku bukan orang yang suka kasi motivasi. Cuma aku nak ingatkan sikit. Sikit sahaja.

Maksud prasangka adalah membuat decision dengan sesuka hati kau tanpa kau tahu apa yang kau cakap betul atau tidak. Kau main langgar fakta relevan. Kalau benda buruk, kau akan bersikap tak masuk akal dan tak rely on how rasional that they are.

Cukup meaning? Faham? Tak faham, kau Google. Aku bukan cikgu.

Ini pendapat aku. First, kalau nak berkata about something kau mesti bersikap COOL. Kau kena free your mind from anasir jahat atau bendasing. Baru relevan words keluar dari mulut kau. And kau juga kena bersikap ADIL. Kau tak boleh judge without knowing the true things had happened between both parties. Bukan nak minta kau jadi investigator or whatsoever but atleast some kind of good things you have done. Baru boleh kasi advices.

Ini tak, kau ambush side yang satu lagi sampai terpinga kawan. Padahal kau tak tahu apa benda pun. Kau tak kenal side satu lagi? Senang. Kau jangan masuk campur kalau macam itu. Bagi kata peransang yang baik-baik lah. Jangan terus tuduh pihak sana BURUK dan BAD. Eh? Samalah meaning. Kau jangan emosi dalam melayan perasaan mereka terus.

Baik dari sekarang kau BUANG terus. Buang prasangka buruk. Orang semua tak nak layan kau nanti. Ingat, people MALAS nak layan orang gila macam kau. Bukan gila mental. Tapi, gila emosi. Sebab mereka yang terkena tempias prasangka kau akan terus berdoa kepada Allah SWT supaya kau diturunkan musibah. Supaya kau diturunkan hukuman sewajarnya. Kau nak orang doakan yang buruk buat kau?

Aku takut. Aku memang takut untuk deal dengan orang yang doanya untuk burukkan kita dimakbulkan Tuhan. Oh tidak!

So, pendek cerita atau the moral of story, kau MESTI BERSIKAP POSITIVE. Layan orang keliling kau dengan seadilnya biarpun mereka pernah cerca pernah fitnah kau. Kau doakan yang baik-baik. Kalau orang itu delete kau dari account FB and Twitter even BBM pun, kau kena doakan yang terbaik untuk dia. Ingat kebaikan dia.

InsyaAllah. Hidup kau lebih bermakna.

Just my two cents.

P/S: Bila baca balik, banyak pulak perkataan "kau" refer kat mana pun tak tahu. Ah! Kau kan pandai. Agak-agaklah untuk segregate "kau" tu.

Tuesday, May 3, 2011

Jahanam bila mood jahanam.

Keluar lewat pagi tadi. Bukan aku tak pandai bajet time or whatever. Kalau aku bersiap pergi ofis, semua benda aku tak tinggal dari lumur bedak satu badan sampai ke makan supplement. Lengkap semua baru aku keluar rumah dengan hati best. Satu step left out, memang tak keruan. Ah! Mind set.

Aku lewat pagi tadi pun aku yang tak ada mood. Sepatutnya dia. Mungkin aku tak dapat terima hakikat yang aku salah. Aku sebab lewat. Eh! Minta maaf je lah. Maaf yang diungkap lebih baik dari menaip. End story. Kenapa perlu babitkan mood?

Kau tak faham? Aku kadang-kadang pun tak faham apa aku buat.

Ego?

Dunno.

Semaklah perangai aku macam ni. Siapa tahan? Depan orang lain aku berlagak biasa untuk tutup weakness. Tapi, depan dia? Aku tak tapis langsung. Orang kata lebih manis we look stupid in front of person that you love. Lagi dia tambah sayang sebab tak pijak kepala dia. Kalau sikap menjengkelkan pulak? Dia sanggup terima?

Kasihan.

Dia. Bukan aku.

Mungkin aku dalam proses untuk bersedia nak tinggalkan apa yang aku ada sekarang.

Gosh.

Thursday, April 7, 2011

Kena marah dengan mama pasal borang kahwin.

Habis mood gone lepas kena marah dengan mama dalam train masa balik. Sampai ke malam mood tu tak berswing. Stay at upset mode. Aku pulak yang asyik nak marah orang. Bukan nak kata ikutkan hati sangat cuma entah lah bila plan yang diatur diusik orang, gitu lah gaya.

"Kaklong, kenapa tulis dalam borang ni just Masjid Besar Klang? Mana nama masjid? Salary pun tak isi. Kosong dua-dua. Kenapa bagi mama borang yang tak lengkap? Lagi satu, address rumah! Kenapa tak letak alamat sama dengan IC? Rumah Bukit Tinggi tapi dalam IC Taman Sri Andalas!
Mama nak bagi ustaz sign malam ni. Kalau tak lengkap macam mana? Salah banyak ni macam mana? Kena tak confirm dulu before hantar?"

Aku jawab.


"Mama, kaklong dalam train. Malam nanti lah cakap balik. Kalau salah kan boleh cancel tapi kena kemas. Jangan liquid. Salary tu takkan nak bagitau orang salary kita? Perlu ke? Kalau macam tu mama letak je lah berapa pun.
Kak long dah tried call mama hari tu. Banyak kali nak confirm betul-betul tapi, kebetulan mama tak ada. Busy. Borang pulak kena hantar cepat."

Hang up.

Pening kepala.

Dalam train kena tembak dek soalan-soalam macam tu. Punyalah memula aku eksaited nak call mama dari pagi sampai petang tak dapat² semata nak bagitahu malam ni nak bayar deposit rumah sewa. Teruja gila nak bagitahu seronoknya dah dapat rumah sewa. Sewa berapa sebulan. Depo berapa kena bayar. Condition of the house.

Semua hilang.

Sampai hari ni pun aku tak buka mulut.

Tak ada mood.

***********************************************************************************************************

Malam tadi mama call.

"Mama dah settlekan semua. Borang dah sign. Ustaz kata tak apa. Boleh tambah dengan handwritting. Borang lelaki pun sama. Ustaz tu marah officer yang taip semula borang lelaki sebab tak tengok betul² nama masjid. Diorang boleh betulkan actually. Pasal gaji mama dah add. Alamat rumah pun tak apa sebab dalam satu daerah."


See? Smooth je solution.

Kenapa mama perlu marah-marah at the beginning T_T

Maybe this is her first time.

Monday, November 15, 2010

Marah gila dengan Celcom!

Celcom sucks.

Tak cukup?

Celcom bangang.

Lagi?

Celcom bodoh gila shit.

S.A.B.A.R.

Aku paling tak suka tutur ayat yang kurang sopan. Tapi, kalau dah melampaui kebatasan kesabaran aku memang tak boleh zip mulut. Sama je dengan you guys pun. Jangan kata tidak. Tak payah nak berlagak you guys sabar gila nak mampos. Erk. Tak pasal korang kena pulak.

Maaf.

Pendek cerita. Aku baru je beli BB which is aku memang gilakan dia at first. Nak buat as hantaran. Tapi, lepas tahu harga mahal, ringgit Malaysia seribu lebih, aku terus lowerkan view intai henpon jenis lain. Bajet on bakal tunang. Tu yang mata terpana kat ViVAs pulak. Alih-alih aku dapat buktikan kesetiaan aku untuk memiliki BB lepas dapat dia dengan harga promo. RM500 only.

Balik tu eksaited tunggu Celcom cut-off line. Sebab cina jual BB kat Digi Centre tu kata tunggu line Celcom you sampai no network than baru you switch your DIGI simcard. Punyalah tunggu tak tukar-tukar. Dah 2 hari. Last-last dapat tahu, Celcom reject request untuk switch sebab aku tak clear outstanding balance. Yang dicop as bayaran tertunggak. Aku called Celcom careline yang care sangat tu.

Pelakon on the phone
Celcom Officer (CO)
Aku

CO1: Hi Cik Syarliza, boleh saya bantu?
Aku: Oh ya hi. Saya nak check status line Celcom saya. Saya dah hantar request untuk tukar servis provider ke other tele-co guna nombor yang sama. Tapi, Celcom reject kenapa ya?
CO1: Okay, saya semak semula.
CO1: Cik ada bayaran tertunggak RM32.91 pada bulan October.
Aku: Owh saya tak abis bayar ya. Okay, saya akan settlekan. So, lepas ni boleh la Celcom approve application tukar network?
CO1: Ya, lepas dah buat pembayaran, tolong hubungi kami semula.
Aku: Okay sure. Thks.

Dalam hati aku, hai kau tak boleh cek sendiri?

Tunang aku tolong settlekan. On the way back, aku call back Celcom bercakap dengan officer kedua untuk maklum dah bayar.

CO2: Selamat malam cik Syarliza. Boleh saya bantu?
Aku: Selamat malam. Saya nak cek status pertukaran line to other network untuk line ni. Saya dah settlekan bayaran tertunggak. Semalam saya called, lepas saya settle, application saya boleh approve.
CO2: Okay saya semak dulu.
CO2: Cik Syarliza diminta settlekan unbilled amount dulu sebelum kami luluskan pertukaran line.
Aku: Hah? Unbilled amount pulak? Saya tak tahu berapa. Semalam just cakap untuk oustanding balance je. Kenapa malam ni cakap kena settle kasi habis semua?
CO2: Itu prosedur kami. Customer diminta clearkan semua payment baru boleh kita cut-off. Saya check unbilled amount setakat hari ini adalah RM228.
Aku: Pergh! Banyak gila! belum sampai sebulan dah cecah RM200 lebih? Apa korang charge? Takpelah. Saya tunggu you guys hantar bill.
CO2: Cik kena tunggu closing date bagi account cik pada 18hb ni. Jelaskan bayaran dan kami akan proceed dengan request tukar network.
Aku: Kalau you guys tak cut-off line, saya terpaksa guna Celcom line sampai bila-bila. Why not, you guys offkan dulu so that, saya boleh guna other network tu. Sebab saya dah sign contract. Handphone dah dapat tapi, still pakai network yang ada. Saya boleh kena saman.
CO2: Macm ni lah cik, saya suggest cik pakai sampai 18hb ni sahaja. Jangan pakai lepas date tu. Dapat bill then, settlekan. Baru kami cut-off.
Aku: Hah? sementara nak tunggu bill sampai, settle payment sure-sure lepas date 18hb. Then, saya nak pakai line apa? Selagi Celcom tak matikan line saya, saya tak boleh guna line yang baru ni.
CO2: Itu prosedur kami. Cik pakai sampai 18hb dulu. Settle payment.
Aku: Hurm. Thks.
CO2: Ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu?
Aku: (matikan line)

(Unbilled amount tu bayaran usage charges yang kita sedang guna)

Bodoh bangang s***. Aku menyumpah. Terus hilang mood malam tu.

Baru kejap tadi aku called orang cina BB tu, cerita semua. Dia kata tak perlu settle unbilled amount kalau tak exceed limit asalkan no oustanding payment. Aku betul-betul piss-off!

Tak tahu mana satu betul? Kalau fikir logik, memang kena settle payment baru orang kasi kau keluar. Tapi, selagi kau tak cut-off facilities kau, selagi itu orang akan guna dan kena bear cost.

Tu tak masuk ada hidden cost lagi. Dah terkena.

Thursday, November 4, 2010

Hati tak pandai menipu untuk tunjuk anda happy.

Sedang bermain emosi. Still sampai malam ni.

Hati dah tawar.

Benar kata orang, hati kalau tengah sedih, wajah jelas nampak. Hati kalau sedang kecewa, wajah nampak duka.

Sesungguhnya hati tak pandai menipu. Shit.

Dialog antara mereka itu memang akan diingati sampai bila-bila. Emo sangat? Mungkin.

"Kau start, aku sambung"

Bila hati akan pulih? Biar masa tentukan.

Buat masa ni..

"Kau dengan cara kau. Aku dengan cara aku."

Maaf.

Wednesday, November 3, 2010

Setan Pandai Main Emosi.

Jantan: "Tu lah dulu, i nak u, u jual mahal (opss gurau)"

Betina: "Mana ada... i malu (gurau jugak. mampos i kena sembur kalau tunang u tahu) "

Jantan: "Eleh malu konon, jual mahal "

Shit gila dengar benda ni. Padahal si jantan tu dah nak kahwin pun. Sekadar bergurau. Owh boleh bergurau perkara macam tu. Kalau tahu boleh dibawak bergurau, tentu-tentu bakal isteri kepada si jantan ni layan perbualan lelaki lain benda yang sama.

Soal jaga hati tak pernah timbul.

Great. Amalkan bergurau macam ni memang membawa kebahagiaan.

Wednesday, October 6, 2010

Takkan rasa keberkatan.

Seharian aku scroll down, scroll up, click here and there. Banyak gila bloggers dengan cerita mereka. Rajin pulak aku mencari. Ada yang terlalu berselindung. Ada pulak yang terlalu terbuka. Bukan buka pekung di dada. Macam lebih kurang. Pedoman dan tauladan. Ah! kau dah besar untuk menilai.

Eh.

Apakah maknanya aku di office? Shit.



PS: Mana tunang aku? Dia tak rindu kat aku? Aish lempang aku 40 kali lah.

Saturday, October 2, 2010

Benci bila diri ini diperkotak-katik.

Rasa nak benci, tak sampai hati. Rasa marah, memang meluap-luap. Aku tak suka kalau tulis entry yang emo memanjang. Tapi, tak tahu nak luahkan macam mana. Kejadian pagi tadi memang tak pernah aku termimpi atau terfikir dek kepala otak yang bengong ni.

Hati aku sakit, jiwa aku sakit tak apa lagi. Ni peha aku sakit. Jalan tempang. Tapi, tak tunjuk masa open house rumah mama aku tadi. Nanti banyak soalan. Aku tak reti nak jawab sebab tak pandai menipu. Apatah lagi putar belit untuk elak fakta dicium.

Betul kata pepatah lama, sebab mulut memang badan binasa. Tapi aku terbalik. Mulut dia, badan aku binasa. Suka hati nak buat macam tu. Mama aku pun tak pernah jentik aku apa lagi pukul. T_T.

Maaf? Senang lah untuk mintak.

Aku memang cepat jenis maafkan orang. Tak kira kesalahan besar mana pun. Aku memang soft-hearted person. Ala-ala Asmara dalam citer Asmara. Heh. Sempat lagi. Aku dah maafkan dia. Tapi, untuk bercakap dan memulakan bualan semestinya bukan aku. Kenangkan apa dia dah buat, bagi aku, tiada dia pun tak pe.

Sakit lagi.

Dah la rasa sakit makin tebal, malang lagi aku terseliuh ankle sebab jatuh tangga pulak kat rumah bujang ni. Khayal fikir apa entah. Kaki yang sama. Great. Terus sms tunang kata tak boleh jogs esok pagi. Sorry saya tak mampu nak jalan buat masa ni apa lagi berlari :(

Aku benci gila.

Yes, benci!

PS: Asyik tidur dalam tangisan, mana tak kena tegur bawah mata ada dark circle. Aish.

Friday, October 1, 2010

Owh my jiwa!

Saya nak...





Jiwa saya tenang.



Jiwa saya okay.



Jiwa saya tak serabut.



Jiwa saya waras.



Jiwa saya happy :)








Itu sahaja yang saya mintak for now.

Monday, August 2, 2010

Fool Like Me.

What do you feel if you have been treat like an idiot?
Always bump with sarcastic responds from others.
Always be main subject among the gossip girls.
What do you feel?

This very annoyed me.

People start thinking of what they heard.
What they saw.
What they imagined.
Regardless with rumours.

Untrue story.


*********************************************************************************
Tak mengaku itu gambar dia. Sedangkan aku tahu selok belok badan kau. What if kau admit saje? Is it hard for you?

Yes from others side, they will mentioned, "Ala pasal gambar pun kau nak kecoh. Bukan ada apa2 pun."

HAHAHA itu i don't care at all. What i care is your UNADMITTED attitude.

You tell me, are you like to be fooled?

**********************************************************************************

Sunday, August 1, 2010

My Last Words.

You make me feel guilty. You also feel the same. I am pretty sure.

Lets try!

What do you feel if i did what you have done.
Try stand where i stood.
Feel the feeling-not-right here.
Feel this bad things.

I feel stuck. Do you know?
I just said the things out.
I know that you hate.
But, what choice do i have?

You says that i have RIGHT
to ask
to tell
to get to know
the unclear problem.

I accept.

But, please.

Take care of my feelings.
And i will do the same.
You always have my words.


***********************************************************************************

I HATE TO BE A JEALOUSY.

Bila reaksi orang keliling menyalahiku.

I need to accept.

All problems were created by me.
All fingers were pointed to me.
All responds by them turned to me.

He still upset.
He still sad.
He still feels bad.

He need a space. I shouldn't enter his 'prohibited' world at 1st place. I shouldn't ask him to do that, to do this, ask him to change, ask him to do whatever i am comfort with. He got his own rational attitudes. He got his own characters. He got his own way to adapt with people surround. He got his own ideas. Shit. I shouldn't ask him.

I was over-reacted?

Someone told me that he never complaint about you.

Bear in mind.

This guy is trying very hard to suit with you. Let yourself feel comfort with him. Feel safe. Feel his existence. Feel good. He is very patient dude. He is such a nice guy. He has his own limitation on every single things. Its hard to find any guy who always say sorry even he ain't wrong.

Dear,

August is our month. We get started in this month. I remembered. We are going to celebrate our 1st year anniversary of love journey. We have been coupled for a year. Here, i want to say that i am proud to be your lover and future wife. Thank you.

W managed to get through our own happiness and some miserable with matured way. I hope it will be forever. InsyaAllah.