Monday, January 2, 2012

BSP Test For Pregnancy

Bukan semua pregnant ladies faham istilah BSP Test ni. Hanya orang yang tertentu saje faham dan pernah lalui. Lagi best tak tahu tau! :'(

Siapa buat BSP Test ni?

Ibu comel mengandung yang disyak ada Diabetes saje. Just to control lebih dari segi pemakanan. Bukannya apa pun actually. Kalau kena diet, dietlah. Tak perlu takut sampai fobia dengan semua makanan. Macam kita. Tengah 32w ni boleh turun 1 kg dalam seminggu. Takut punya pasal nak makan itu tak boleh nak makan ini tak berani. Tak pasal kena tegur dengan Nurse lepas tu.

So, nak cerita macam mana BSP Test ni dibuat.

Bagi yang buat check up kat Klinik Kesihatan (KK), kita diberikan satu date untuk test dijalankan. Misalnya macam kita on 22/12/2011 yang lepas. So, kita dinasihatkan berpuasa pukul 10mlm sebelumnya dan ambil darah pukul 8pg esoknya. Catitlah paras gula. Kena catit 2 jam lepas makan. So, kalau makan pukul 9pg, buatlah test pukul 11pg. Lunch pukul 1pm then, buat test at 3pm. And so on until cukup 4 kali ambil bacaan. Senangkan? :')

Oh ya! Kalau boleh buat sendiri, mesin glukose boleh dibeli kat farmasi harga dalam RM200 lebih. Kalau tak nak beli, boleh sewa kat KK tu sendiri. Kita just bayar untuk stick darah je. RM2/stick. Tapi, ada deposit RM50 as guarantee. Manalah tahu kita terbuat 'harta' pula mesin tu. Pulang mesin tu, dapatlah balik deposit. Kalau tak pandai or takut nak buat (maklumlah takut nak cucuk jari sendiri keluarkan darah setitik tu. HEHE), ambillah cuti and jenguklah KK tu setiap 2 jam untuk ambil bacaan kat sana.

Kalau tak pun, pergi je singgah farmasi untuk buat test glucose. Bayar RM5 per test. But, make sure timing 2 hours after meal. Lagi easy!

Kita buat sendiri je test tu. Hah tapi, jangan tipu² tau! Misalnya. On BSP test day, kau makan sikit. Makan yang sihat je. Tentulah bacaan CANTIK. Just makan macam biasa atau makanan harian kau.

Results kita.

Pagi (fasting) = 4.7mmol
After breakfast = 4.0mmol (1/2 boiled egg 2 biji, roti canai separuh share Hubby & air suam)
After lunch = 4.7mmol (Nasi beriyani 1/2, sayur 3 jenis, ayam goreng 1, kambing sikit & air kotak Krisantimum)
After dinner = 6.0 (Roti sardin 1, Roti goreng sosej 1/2, begedil 1 & ais kosong)

Banyakkan makan? Tapi, level gula cantik je kan? Means kita bukanlah dalam golongan orang Diabetes. Tapi, pada hari yang kena minum air gula due to overweight 3 kgs per month tu boleh kantoi bacaan paras gula tinggi 8.6mmol sebab *makanduriantakingatdunia* punya pasal T___T

MENYESAL!

Esok harinya jumpa doctor untuk review, dia minta kita buat BSP test once 2 weeks untuk monitor. Ye lah dah SYAK pada mulanya. Tak pasal kena buat lagi berulangkali sampai kita bersalin. Padan muka. Takpelah. Take it as positive. Plus my dad ada sejarah Diabetes berkemungkinan kita pun senang dapat time pregnant ni. So, tak kisahlah. Janji baby sihat kan! :')

Seminggu lepas tu, kita refer Dietician kat KK untuk tahu serba sikit apa yang boleh dan tak boleh dimakan oleh pengidap Diabetes. Untung juga dapat masuk class tu. Rupanya kita jangan takut dengan semua makanan cuma kena main kira-kira this time. Rajin tengok nutrient facts kalau beli yang berpacking. Hadkan pengambilan carbo all that. Apa yang penting, kita dah tak jadi FOBIA lepas tu. Makan saje apa pun just control a bit. Alhamdulillah.

So, para ibu out there please jangan rasa stress sangat OK. Setiap problem sure ada solutions. Be happy and enjoy your pregnancy moment! :')

Itulah story about my BSP test. Thanks for reading!

P/S: Even tahu memang bahaya dan banyak sangat risiko kalau ada Diabetes untuk Ibu & Baby while pregnant tapi kena ada semangat yang tinggi. Ikut pantang dan kata doktor. Pasrah dan berdoa insyaAllah Tuhan dengar permintaan kita untuk lebih sihat.

9 comments:

  1. 1st of all, appreciate sgt dgn entry u nih. i baru dpt call kna BSP on next week.

    ReplyDelete
  2. uwaaa seksa tau bila terikat dgn bsp test ni

    ReplyDelete
  3. kite ni pon tgh test ni. Kol 1 japgi kene amik bacaan ke-2. Hopefully smuanya OK lah. Tp, takot 2 minggu lagi kene repeat lagi ek. alaa..leceh a plak kan...byk masa nk kene spend tu....

    --------------------------------------------------------
    Nurul 101
    http://seenicecare.blogspot.com
    http://www.facebook.com/seenicecare
    http://seeniceart.blogspot.com
    http://www.facebook.com/seeniceart

    ReplyDelete
  4. i kena bsp esok!!! gara2 kelmarin mkn nasi bertmbah n sebat orea plok sepeket. arini nk minum air gula dah kantoi. mnyesal!!

    ReplyDelete
  5. i kena bsp esok!!! gara2 kelmarin mkn nasi bertmbah n sebat orea plok sepeket. arini nk minum air gula dah kantoi. mnyesal!!

    ReplyDelete
  6. i kena bsp esok!!! gara2 kelmarin mkn nasi bertmbah n sebat orea plok sepeket. arini nk minum air gula dah kantoi. mnyesal!!

    ReplyDelete
  7. Sy pun kna gk besok,sblum ni peknen ok ja x dak mslh,kali ni kna plak.

    ReplyDelete