Showing posts with label Cinta Aku Dan Dia. Show all posts
Showing posts with label Cinta Aku Dan Dia. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah. I see the lightness in my life.

He or She only 6 weeks! :)







Terima Kasih Allah!






P/S: Tak minta Doc scan dia pun, tertanya juga whether is he/she OK in there. Minta-minta semua sempurna.





Sunday, June 12, 2011

Sebulan Kahwin.

13 May 2011.

Date yang sah jadikan aku naik taraf as wife's someone. Terima kasih Allah. Kau memang bijak rencanakan apa yang Kau mahu.

Dari awal perkenalan kami yang hanya direkomenkan by collegues until aku dan dia ikat tali pertunangan dan sehingganya kami diijabkabulkan. You guys boleh baca story Cinta Sha & Saleh. Semuanya teratur eventhough ada onak-onak ranting kayu sepanjang perjalanan kitorang. Alhamdulillah =)

Bermulanya episod aku menjadi isteri kepada En Salehuddin Sabtu. Tinggal di kediaman rumah teres dua tingkat. Alhamdulillah juga kitorang diberikan rezeki yang rata-ratanya berkata our life is OK! Slowly aku dan dia lengkapkan rumah dengan perabot basic like friedge, washing machine, cabinet, bedroom set, dining table and TV. Perbelanjaan dibahagi dua. Kadang-kadang aku terpengaruh dengan suara-suara jahat yang zahirkan sepatutnya perbelanjaan rumah seperti perabot, rumah dan makan adalah daripada suami. Bukan kau. Bukan separuh dari kau pun.

But, bagi aku. Aku terima kehadiran dia dalam hidupku. Aku bukan kahwin dengan anak Dato' yang semuanya tersedia. Tinggal cuci kaki masuk rumah. Macam Nora Elena. Bukan. Aku bukan macam tu. Aku berkahwin dengan insan biasa yang perlukan bantuan aku juga untuk menjaga hal rumah tangga. SAMA-SAMA. Aku bersyukur aku punyai family dan rakan taulan yang baik bagi 'sesuatu' untuk hadiah perkahwinan kami. Terima kasih. Hanya Allah dapat balas jasa baik kalian. Aku tak menyesal. Bersama dia susah payah bina keluarga dari awal, insyaAllah kitorang akan lebih kuat untuk pertahankan semua benda jahat.

Aku pernah minta advice dari family dan rakan terdekat. Mereka sependapat dengan aku. Malah galakkan perbelanjaan dirancang-rapi agar kitorang tak terduduk. Terima kasih lagi. Sabar dan bertolak-ansur. Kau boleh, Sha. Aku perlukan dia dan dia perlukan aku. Dia seorang suami yang baik. Sangat tolerate dan selalu consider setiap kataku. I'm so grateful. Orang kata lepas kita tinggal sebumbung baru kau tahu perangai dia sebenarnya. Yes. Aku terjumpa few weakness yang ada pada dia begitu juga aku. Aku tak kata aku perfect dan aku tak minta dia sangat perfect. Cukuplah kitorang saling mengingati.

Hari ni dah sebulan kami berkahwin. Cukup indah dan bahagia. Adatlah kalau tercakar sana, sini. Ala lidah pun kau boleh tergigit. Aku tak nak banyak. Cukup dengan perhatian dan kasih sayang dari dia. Aku manja. Semua orang tahu. Tak salah kalau dia layan manja itu. Aku pun kena agak-agak laaa. Takut nanti baby aku confuse kenapa Papa manjakan Mama lebih dari dia. HAHA. Eh! belum ada baby lagi. InsyaAllah we both berusaha ke arah itu. Doakan kami =)

Happy Monthiversary, Sayang! I'll be always be there for you. And please keep your GOOD attitudes as you are before.

P/s: Tak celebrate apa-apa pun. Just remember that sebulan sudaaa aku jadi isteri orang! Best! =D



Monday, June 6, 2011

Wedding Reception at Ipoh

Salam.

Satu-satu update about my wedding even dah lama berlalu. Hari tu update on Mama's side. Now, aku cerita about reception done by my Abah!

Date: 29 May 2011
Location: Taman Bercham Jaya, Ipoh (Rumah Abah)


Actually after had reception at Wisma MBSA tu, we straight away went for honeymoon at Cameron Highland! Best wooo! Pergi berdua with orang yang kita sayang. Manja-manja kat sana. Tak ada siapa kacau or busybody. Bagai dunia ini aku yang punya! Haaa tersentap tak? Kahwin la cepat! HAHA.

After we came back from honeymoon, kami sama-sama bertungkus lumus dan bergelumang dengan air. BASUH RUMAH. Pfft. Penat sangat kot. Atas bawah both of us yang cuci. Air sabun sebeban tak masuk air tanah untuk samak lagi. Berus, sapu, mop. One thing la, lucky Hubby tak kisah nak tolong aku cuci toilet. Selama 28 tahun aku hidup, aku tak pernah cuci toilet. Serius. Bukan aku geli or whatever cuma entah aku tak dibiasakan mungkin. Semua maid buat T__T. Before ada maid, Mama lah tolong basuhkan. Sebelum ni tinggal dengan Akak, dia laa yang cucikan. Bilik air share. Nasib baik!

Selesai cuci rumah, on the next day terus bertolak ke Ipoh. Naik Savvy berempat. Aku, Hubby, Akak and Ina (my sister). Diri terasa penat. Lucky tak demam. Sebelum ni aku mudah jatuh sakit. Orang lain demam, aku terkena jangkitan. Aku penat, terus dapat demam. Sekarang macam dah OK pulak. Amalkan Vitamin C insyaAllah. Sekarang ni nak pekena supplement Spirulina and Vitamin C. Kalau ada lebih duit poket, nak amalkan EPO sesuai untuk hormon. Sejak berkahwin ni, pelbagai hormon aku rasa. Belum pregnant lagi ni. Adoi.


Pasal Abah buat reception tu, aku mulanya minta sesimple-simplenya. Ibarat cukup dgn kenduri doa selamat. Hanya untuk bagitahu family Abah, jiran dan kawan-kawan Abah yang beliau sudah dapat menantu. Tapi, someone told me that biarlah Abah buat ikut kepuasan diri dan kemampuannya. Untuk anak sulung. Apa salahnya untuk beliau merasakan scene sambut menantu yang istimewa. Aku biarkan Abah dengan keputusannya. Sikit-sikit aku bertanya apa progress. Kesal sebab aku BUSY uruskan hal resepsi kat Shah Alam dan Abah pula di Ipoh. Jarak seminggu untuk kedua-dua majlis. Dah la Abah seorang diri kat sana. Ibu (my Stepmom) pulak kerja kat Shah Alam. Takkan nak ambil cuti lama pula.

Kesian Abah sampai demam uruskan semuanya. Tapi, aku bangga dengan Abah sebab beliau amat particular on what he is doing. Hasilnya majlis aku yang nampak simple itu sangat tersusun dan goes well! Pendek kata semua is FINE! Tak sangka sangat. Oh ya! Abah aku memang seorang pengemas, pembersih and organized person. Beliau boleh hidup seorang diri di Ipoh tanpa Ibu. Beliau seorang weken husband. Sebenarnya banyak lagi aku perlu belajar dari Mama, Abah dan Ibu tentang how to manage our marriage in smooth way. Adatlah sayang, setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kita belajar selagi boleh belajar dengan sesiapa pun asalkan mereka are knowledgeable! InsyaAllah =)

Banyak kenalan Abah yang aku jumpa. In fact, yang kenal aku since i was kids pun ada. Tak sangka dah kahwin! Cantiknya anak you, Nan. Samalah muka you dengan anak you! Sweetnya your dotter! Rata-rata aku dengar pujian. Bukan nak cerita bangga diri. Bukan. Aku sendiri terkejut ramai sangat kenalan Abah yang tak tahu Abah punyai anak gadis yang dah kahwin. FYI, we all 5 beradik perempuan. My second sister will turn up to be someone wife soon!


Abah forever =)

Talking about my reception, malam tu Abah buat majlis tahlil panggil orang surau untuk bacakan doa agar majlis esok harinya berjalan lancar. Great, right?





Orang baca Yasiin, kitorang masuk contest siapa paling ayu dalam gambar :)

Esok paginya aku bersiap untuk majlis Khatam Al-Quran. Ibu called her Marhaban members to fill the slot. Abah suggest kami bertiga iaitu me, Nellie (my forth sister) and Waina (youngest sister) together to recite Al-Quran. I saw Abah's tears dropped. He was touching perhaps. Thanks Abah for given us chances.


No pelamin. Simple reception. Food very good in taste! Cukup and tak berlebih. Ngam-ngam. Bonda Catering memang well-known kat area Bercham ni. Memang tip top and very care about their serviced. Thanks!

DJ also best. Cuma ralat sebab we both just wear normal wedding suits means just pakai baju kurung moden. So, with simple costume, DJ tak recognized pun mana satu pengantin. HAHA. Dia bebel a bit on mic cari-cari pengantin. Tau, tau je tengah makan. Tau, tau je tengah bergambar. Tau, tau je tak ada kat khemah. Sebab we all tak inform dia apa-apa pun. Siapa pengantin, siapa yang datang, aktiviti apa pun la. Kata Ibu, kita nak dengar lagu-lagu je. Tak nak dengar DJ bebel. Keh keh keh. Ibu cover silap kami. Then, cepat-cepat minta maaf kat orang PA system tu. Kesian diorang.

Doorgifts pula ada extra. Tapi, takla berlebih gila. Lega. Semua Abah yang uruskan. Ibu dan Adik-adik seminggu sekali ada balik Ipoh hulurkan bantuan. Thanks Ibu and Adik-adik. Tak lupa kepada family Ibu's side. Rehan, Makcik Shikin, Mak Yang and others. Thanks! =)





Siap ada Guestbook ;)

Thanks to all attendees! You guys so cool. Datang dari jauh semata nak lihatku eye-to-eye. Cherish you! =)



My sister, Ina, was make over me. Pandai dia buat teknik shading :)


Ibu with Ina & her fiance, Hafiz.


Rombongan lelaki makan beradap.


Cut cake event.



THANK YOU ABAH! MMUAAAHH! =)

Thursday, June 2, 2011

Wedding Reception at Wisma MBSA.

Hi readers! Salam.

Not much to talk about as i am really super BUSY nowadays. Maklum baru masuk kerja after a week go for HOLIDAY =)

Holiday for WEDDING RECEPTION and HONEYMOON!

Date: 22 May 2011
Location: Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam

Tepat jam 9am pagi Ahad tu, aku bangun dan bersiap mandi. Make up, dress up bagai buat dalam dewan. Call Hubby that time, he pun just got up. Pagi tu tidur lambat cacakkan signage board. Alahai sayang! Tak ada orang boleh minta tolong? Kesian pengantin. Dah la malam tu, we all semua yang terlibat ada rehersal reception. Termasuk pengapit Akmal & Rehan. Thanks guys! We had practise on how to walk away go to pelamin. Sambil lambai people all around. OK CHOP! Itu Royal Wedding. Mana ada we did that. =)


First time and Full rehersal



Practise naik tangga takut on the day jatuh terjelepok.

** Credit pictures to Akmal. Our pengapit. Blurr la gambar.



Mak Ndak aku holding duty as MC untuk majlis. Mama memang orang KUAT majlis even kecil je orangnya. Mak Cik, Mak Njang, Mak Murni, Mak Long, adik-adik dan semua mainkan peranan masing-masing. All hopes for WELL DONE reception. Thanks all! Love you all, you all know! About 1am, kitorang semua balik rumah. Letih. Mana nak cari kualiti time untuk tidur? Dah esoknya majlis. But, make sure you guys betul-betul TIDUR. Tak kisah even 1-2 hours.

On my reception day, semua lancar. Ramai datang alhamdulillah. Dengar makanan kena topup. Sorry sangat tak tahu apa cerita. Ada yang bercakap salah catering sebab tak sediakan cukup, servis tak ok dan ada pihak yang salahkan tuan rumah sebab over invitationees. OK SUDAH. Rasa tak elok ungkit apa buruknya berlaku after majlis. Rumah siap pahat berbunyi. Itu memang lumrah. Bagi aku, benda macam ni memang diexpect akan jadi. Cuma kalau ianya tak ada bunyi, alhamdulillah doa kalian dimakbulkan Tuhan. Nasihat aku after experienced all this, you guys HARUS berjumpa sendiri dengan orang catering. Bincang betul². Kami silap tak jumpa langsung caterer sebab percaya 100% to our wedding planner sebab caterer itu abang kandung dia sendiri. Takpe, jadikan semua ini as pengalaman. Belajar.

Maafkan kami atas kesulitan anda semua.

Talking about my pelamin. For me, its really beautiful. Like my dream! Thanks so much kak Rien! Fresh flowers mix articial flowers put here and there. Ranting kayu terletak cantik. Lighting nice. Pilihan black & grey superb match. Semua gorgeous! Banyak pujian on that. Excellent. Ada orang kata biar pelamin tak seberapa asalkan catering OK. Sebab ianya akan jadi buah mulut orang. But, for me. Let it be. Benda dah lepas. Again we learn.

Ramai puji photographer aku. Mesra alam dan sabar melayan karenah mereka yang GILA camera. Syabas Chong! Can't wait for your results! Must be wonderful. Untuk outdoor, dia buat at small garden in dewan area dan dalam bilik Quality Hotel. Aku request for that. Sebab bila buat kat dewan, orang tak nampak bilik pengantin. So, Mama sediakan bilik untuk kami siap decorated by herself and aunts! Thanks a lot! =)

PA system pun ramai puji sebab DJ putarkan lagu-lagu best. FYI, aku ada buat pilihan untuk special songs and the rests dipilih by Akak. Thanks Akak! Good job! =) Oh ya ada selitkan pakej silat by teenages. Sorry tak check you all punya background. Thanks by the way!

Doorgifts banyak lebih sebab ada sikit confusion. Orang beratur ambil makanan hampir dengan main entrance door. A bit crowded there. Banyak jemputan keluar balik ikut pintu lain. Sedangkan dah diaturkan jemputan kena makan dulu then balik baru jumpa tuan rumah atau penanggah untuk dapatkan doorgifts. Its OK, yang mana extra tu, kitorang dah agih-agih to member rapat.

For all yang involved secara direct or indirect. Please accept my pleasure because you were be there on OUR GREAT MOMENT DAY! =)

Here few pictures for you readers!



Make Over :)




Standby nak berarak ke pelamin :)



Me & hubby with pengapit Akmal & Rehan and lil' cute sister Aina and cousin Hajar :)



Sedang menuju puncak. Time ni kena relax gila OK :)



Acara potong cake :)



Makan beradab :)



Memory with Hubby's side. Turquoise! :)



Memory with my side. Pinkish! :)


THANK YOU MAMA! MMUAAAHH =)

Wednesday, May 18, 2011

Sha dinikahkan secara rela.

Salam blog readers.

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dipermudahkan segalanya.

Pada tanggal 13 May 2011 jam 10.25am aku sah bergelar isteri kepada Suamiku. Air mata jatuh ketika lihat Abah aku menangis kelegaan. Tanggungjawab dia menjaga aku dah dipindahkan kepada Suamiku. Mama pun aku lihat menangis terharu dan berat untuk lepaskan aku. Ku pandang muka kakak angkatku yang terpancar tanda syukur aku dah jadi milik orang.


TERIMA KASIH ATAS SEMUANYA.
Saat aku pandang mata Suami, aku nampak keikhlasan untuk ambil alih tugas menjaga aku. Ramai kata aku bertuah memiliki dia. Namun, bagiku dia begitu sempurna. Aku percaya dan terima dia adalah jodohku.



Saat untuk diijabkabulkan



Batal Air Sembahyang



Mama menangis happy.



Abah pun. Happy nampak. Eh, tadi nangis? -__-"



Hantaran 7 berbalas 9



Kucupan dahi Suamiku hanyalah untukku seorang :)


OKAY.


Please do come at MY RECEPTION DAY on 22 MAY 2011!




P/S: Ikutkan hati nak jemput semua tapi, apakan daya majlis tak berapa nak besar.

Saturday, March 19, 2011

Sah Dia Bujang!


Click to enlarge

Okay confirm saya bakal berkahwin dengan orang bujang!






P/S: Dah mula rasa sedih tinggalkan zaman bujangku.




Thursday, October 14, 2010

Cerita cinta Sha & Saleh :)

Nama pasangan:
Salehuddin Sabtu

Detik mula berkenalan:
We were officemates before but in different line and different subs co. We were totally unknown to each other. Aku dalam accounts department dan dia dalam customer service department. Serious tak pernah jumpa dan tak pernah tahu akan kewujudan diri masing². Until satu masa orang keliling bebankan aku dengan soalan "kenapa sha tak ada bofriend lagi?" "kenapa lama sangat single?" "kenapa tak berkawan dengan guys?" "guy macam mana yang sha cari?" "kalau ada lelaki nak kenal dan kawan dengan Sha, Sha nak tak?" Ah lebih kurang la ayat-ayat tu. Time tu aku rasa rimas gila. Apahal korang ni. Aku memang tak suka orang tanya macam tu. Pantang. Bajet bagus sangat kau. Dan nasiblah dengan orang yang mereka rekomen tu. At that time, he was very annoyed me. Yes, kami direkomen oleh orang lain untuk berkawan. Rasa pathetic sangat sebab masing² macam tak laku je.

At first, story about him. Dia memang tak percaya pada love. "ada apa dengan cinta?"Macam filem indonesia tu. Gila ego tinggi. Ada antara kawan-kawan sedepartment siap cabar dia untuk kenal dengan aku. Mereka kata they will cut themselves kalau Saleh tak terpikat dengan Sha. wth. Bagus sangatkah Sha? And for all time, mereka, mereka dan mereka asyik bercakap tentang dia. Aku memang rimas.

Oh ya, kami bukan lah sama dengan certain couple yang pandang tepat ke mata then turun ke hati. Bukan, bukan. Love at first sight pun bukan. Beronak jugak lah nak start bercinta pada mulanya. Dan Saleh adalah seorang yang bukan terima orang macam tu je. Dia akan selidik about that girl. Sesuai ke tak, anak siapa, attitude macam mana, boleh handle ke tak. Kami masing-masing dah single lama about 3-4 years. Dia kata nak pikat girls bukan main tangkap muat. "to tackle someone especially women, we need a strategy. It just like football. In football, you need strategy to win. Not just kick the ball". His trademark. Aku ingat sampai sekarang.

Teman sekerja aku pun tak habis-habis nak satukan kami. Asyik la bercerita tentang aku dan aktiviti aku pada tunang aku tu. And again he said nothing at all. Dia diam tak tunjuk response. Sebab time tu dia manalah minat aku lagi. Dia tak layan. Sampai suatu ketika aku demam, sakit, kawan-kawan ofis aku yang mintak dia belikan buah tangan ala-ala dia beli choc dan air kelapa. Konon nak tackle. Dia pulak jenis tak membantah. Ikut je sebab nak jaga hati. Bukan kehendak dia. Err. Sebab itu aku, kakak aku dan member aku yang lain assume dia sukakan aku. Sebab dalam masa yang sama, satu office perkatakan tentang kami. Dah macam zaman sekolah lak aku rasa. Padahal dia just diam tak kata apa-apa. Aku jenis outspoken. Tak suka, aku cakap. Dan keadaan itu memang rimaskan aku. Aku start annoying with people arround him. Seryes. Plus dia pulak selalu keluar masuk bilik accounts dengan alasan nak jumpa kakak-kakak dia. Eleh. Ke nak jenguk aku?

Bila semua dah jadi tak terkawal one time tu, dia panggil aku kira talk one-by-one to get all nonsense things over. Gentleman behaviour ada dalam diri dia. Dia pernah cakap "if i want you, i should tell you directly. tell you doesn't mean i directly say but it shows with determination and effort. that how the real love is all about" dia tak nak aku assume dia syok sendiri dengan aku. Jujur aku cakap aku tak pernah anggap dia macam tu. Aku rasa aku mula kenal dia sikit-sikit time tu. Dia memang bukan orang yang gelojoh nak bercinta. Dia guna akal. Orang keliling yang lebih-lebih. Bukan apa, dia nak no hp aku pun mintak sendiri dari aku. Boleh je dia curi-curi ambil dari kakak angkat dia iaitu collic aku sendiri, right? Tapi, dia tak buat macam tu.

When time goes by. Hati masing² mula terdetik. Dan aku tak tahu siapa yang start dulu. Mungkin aku? Mungkin dia? Seingat aku, aku mula terima dia as my friend lepas aku mimpi dia untuk 3 malam berturut. Aku tak pernah bercakap secara terbuka. Dalam masa yang sama, dia pun ada tulis notes pasal diri dan life dia in FB. Mintak indirectly suruh aku baca.Saya noticed. Aku jadi bebal gila time hati perasaan terdetik sukakan dia, tak tahu nak cakap kat siapa. Kakak? Dia very anti with this mamat. Ada kes mereka pernah argued pasal Yuna. Adalah cerita tu. Yuna pun jadi middlelady in our r/ship tau. haha. Aku selitkan lagu Aku Rindu Sayang Kamu dalam blog. Dengan harapan tiada yang perasan. Itu dalah luahan rasa hati. Tapi, dia baca. Dia berjinak dengan FB semata to-get-to-know-what-am-i-doing-that-time. Yang best juga dia pun buat benda yang sama. Gabungkan lirik lagu Mahakarya Cinta, Coba, Datanglah and Sampai Syurga dalam FB notes dia. Kreatif.

Aku cair..

Dalam his notes in FB, dia ada cakap yang dia nak achieve something before leave office. Tak pasti mulanya apa maksud dia. Lepas dia berterus-terang bahawa something itu adalah aku, aku gila terharu. Kira SnT ni as our platform untuk bertemu la. Heh. Okay then, dia start untuk cari new job, establish job, suits job with his qualification. Sebab dia ada insticnt that aku bakal jadi his last love forever. He got his own plan. Dia sedar dia mesti lebih segalanya dari aku. Bukan senang nak jaga anak dara En Md Hasnan & Pn Faridah Hanin sorang ni. Even, kakak aku dah banyak kali woke me up kata mintak Saleh cari job lain, gaji tinggi supaya boleh sara aku kelak. Kak Anje memang jaga aku betul-betul. Susah dia nak lepaskan aku utk sebarang orang yang dia rasa tak boleh. Bila dia tegar tak bagi kawan dengan Saleh atas sebab semua serba kekurangan. Aku hanya turut kata dia. Hati dalam memberontak tak payah nak cerita lah.

Emm nak cerita kenapa aku, kakak dan dia bergaduh? Sebab apa? Sebab aku tak told my sis about us. Aku kerap denied. Aku confused. Aku down gila. Aku takut nak bagitahu. Kakak aku anggap aku tipu dia. Tak cerita keadaan sebenar. Keadaan sebenar di mana aku jatuh cinta dalam diam. Dari itu, keadaan jadikan aku dan Saleh hampir tak berkawan. Kami muted for almost one week. Dalam scene ni, memang aku dalam blues. Haru biru. Tak senang duduk. Semua serba tak kena.

After a week, we met up to settle and clear off everything, aku sambut kembali keikhlasan dia untuk berkawan. Kami berbaik dan terus berkawan. Aku terus terang dengan akak dan nampak she was getting okay with my desire.

Ending.

We both happy with this r/ship until we engaged on 29/05/2010. Alhamdulillah. InsyaAllah we are getting married in next year! Please pray for us.

Detik melamar:
Dia proposed aku untuk jadi GF dia bila dia dah dapat new job in KL with an establish income. Dia memang plan untuk itu. Pada date 20/08/2009 kami luahkan perasaan masing-masing. Kat ofis juga kitorang janji untuk hidup bersama menyulam cinta. Ala says "ai luv yu, yu luv me" lah! Segalanya bermula di ofis.

Dan dia suarakan untuk bertunang dulu. Dia nak tunjukkan betapa seriusnya dia nak aku jadi life partner dia. InsyaAllah. Dan aku setuju. Ikat selama setahun. Sempat kumpul duit sikit. Kalau nak cakap pasal kumpul duit untuk kahwin ni, lama mana kau kumpul pun takkan cukup. Ingat kata-kata kawan aku, kita terus berdoa dan berhajat sambil berusaha untuk dirikan rumahtangga, insyaAllah Tuhan akan permudahkan jalan untuk kita.

5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada:
1. Dia ada sense of humor yang tinggi. Peka lain, sense lain. Dia ibarat tahu apa yang aku nak. Mungkin movement aku tak boleh cover apa yang aku tak puas hati, but, atleast dia tahu nak adaptkan diri. Tahu cara nak pujuk aku. Dia seorang yang kelakar gila nak mampos. Loyar buruk sampai kadang² aku sendiri annoying dgn cara dia. Tapi, lama-lama aku boleh sesuaikan diri.

2. Dia sangat² positive, supportive and supporting. Dia selalu advice aku supaya jangan ada buruk prasangka with people arround. Dia banyak bagi galakkan untuk aku buat sesuatu atau suarakan sesuatu. Of course for a good things. Dia beri aku kebebasan untuk berkawan asalkan tak over limit.

3. English dia power gila dowh. Power dari aku semestinya. Apalah sangat dengan english aku compare dengan dia. Teringat time nak tackle aku dulu, semua in english okay. Sampai aku pernah ngumpat dgn kakak aku "kak, mamat ni tak reti cakap melayu ke?" "kak, mamat ni tak pandai type msg in BM ke? "kak, berbuih la mulut nak cakap dgn dia kak nanti" "kak, overseas graduate ke mamat ni, kak?" heh. Banyak tau assumption saya pasal awak! Owh ya dia pernah cerita dengan ai yang dia ada cita-cita nak further studies kat UK. InsyaAllah.

4. Dia main bola sepak, futsal. Yes. Aku memang suka lelaki pandai main bola sepak. Sebab aku sendiri minat tengok bola sepak match. Aku nak anak-anak pandai main bola macam papa dia. Emm dia tahu aku minat Chelsea. Dia pun gagahkan juga diri nak minat team BPL eventhough dia seorang yang anti-BPL. Thank you! Dia kata bila minat sama, diri kita akan jadi lebih rapat. Lagi-lagi boleh berborak about same issue. Tapi, aku tak pernah minat team AS Roma. Aku tak minat Serie A :(

5. He is very serious person kalau cerita bab future, marriage, family and work. Responsible, tolerate, respectful, mankind and thinker guy. Dia suka analysis dulu before dia buat something. sebab tu nak aku dulu, dia riki habis. Aku nak bagitahu dia ni jenis matured. Dulu, masa mula-mula jumpa dia, aku ingat dia ni tua 4 atau 5 tahun dari aku. Sebab aku memang jenis suka orang matured sesuai jadikan as BF/husband. Rupanya ala tua setahun je.


P/S: b, apa yang baby cakap ni betul-betul something yang very sincere from my heart :)

Wednesday, September 1, 2010

Ada apa dengan September?

Pagi tadi dalam kereta on the way ke ofis, aku ditembak dengan soalan "baby, ada apa dalam bulan September?" "hah?? ada apa eh...?" "lupa la tu!" dia merajuk. "okay bila kite keluar dating? i mean our first date?" "hah?? 10/9?" "salah! lupa lah tu!"


"okay-okay, bila?" "7/9 kita keluar ramai-ramai buka puasa, 9/9 kita punya first date". jawab dia tenang. Tapi, lepas tu, muncung gila. Pinjam muncung aku nampak. "kalau kita punya, lupa je". "kalau kita lupa dia kejap, muncung, merajuk". Padahal aku sendiri yang pilih date tu as our first date last year. "ohh! baru baca diari eh semalam?" Aku tanya dia. "Eh, mana ade".


Dalam hati tersenyum. Dia penuhi kriteria bakal suami yang saya idamkan :)

****************************************************************************************************** Cerita pasal malam tadi...

Semalam aku & dia buka puasa kat Intekma Resort, Shah Alam. 1/9/2010. Went to celebrate our first anniversary after 1 year we coupled. Okay jugak juadah berbuka kat sini. Hasil tangan student-student Uitm Shah Alam. Dapat seat tepi bibir kolam. Romantik kot. Tapi, tepi stall Kambing Panggang aka Lamb Chop.


Thank you sayang. Biarlah suasana macam ni kita kekal selamanya. Setiap anniversary kita date outside.


P/S: InsyaAllah lepas ni saya tak lupa date-date kita okay. Jauh sekali lupakan birthday awak. :p

Thursday, August 19, 2010

Setahun Bercinta.

What's up with the date of 20 August 2010?

It is the date that he and me we'll never put out of our mind. The date was giving us an opportunity to get to know each other so well. Yes, like he said from unknown to well known. Seems like it was very significant to us rite? Mestilah. The date with full of dramatic feelings inside. The date that we started to say out the THREE words.



We are having our differences,
We are having good times together,
Although there is sometimes we meet a little bit tussle,

You still stand patient,

You still giving chances,

You know without this tolerance, the love will never last,

You still believe that we suit to each other,
To live with the person like you is always i dreamt of,

Baby,

Bear in your mind,
You’re not alone,
You’re never be alone,
I’m right by your side,

I'm here for you,

And yet please do the same.


Sigh. I know up here was ain't good poem. Tunggang langgang. But it was really ikhlas came from my heart.




Dia adalah kekasihku...


Saya kekasihnya.



(


Happy 1st Anniversary, my Love!

Monday, August 9, 2010

Setahun Berkawan.

The clock strike to 12am.
I received a long sms from my Fiance.
Romance words. Touching words. Cherish words.

Tears dropping.

Started to know each other on 10 August 2009.

En Salehuddin,

Thks for being part of me. Your message last night was really show how sweet you are. Your kind attitude while we together is highly appreciated. I know that you really want us be happy forever. I know that you might ask me as well to change my negative attitude. I know you want us to be a great partner in our life. InsyaAllah. Lets pray for our own good, Sayang.




THANK YOU FOR EVERYTHING.

Wednesday, August 4, 2010

Jatuh Cinta Balik.

Emo sangat sebelum ni. Sekali jatuh cinta balik. Tak malu.

(-_-")

Hati dah berbunga? Biarlah. Kau ada?

After been through hardship of our relationship, there's a lot of things that i have learned. Belajar untuk tidak cepat melatah. Jangan melenting. Jadi dewasa secukupnya kalau ada benda tak kena. Discuss if needed. No, must discuss. Face-to-face each other. Give and take. One side tengah berapi, one side lagi mesti main dengan air. Respect to each other. Last but not least, be responsible to your relationship.

Circle of Love.

Miracle bukan?

Aku akui aku lemah. Banyak orang keliling tolong kami. May Allah SWT bless all of you. InsyaAllah.

***********************************************************************************
Semalam dating kat Padang Dataran Shah Alam. Bercerita. Meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Berjanji sehidup semati. Rasa macam baru terbit bunga-bunga matahari dalam hati. Dia kata cinta dia tak pernah berubah. Dia kata aku je emo tak tentu pasal. Dia kata makin hari makin sayang kat aku.

HAHA.

Ramai malam tadi. Ada family gathering, rakan taulan berkumpul, mat-mat rempit melepak, couple berkasih sayang dan ada juga berexercise. Happening. Trylah datang! :)

Friday, July 30, 2010

Bukti sayang dia.


He always hold






"Our love will remain unchanged. I never stopped loving you"My dear, you need to know






"YOUR LOVE IS MORE EXPENSIVE THAN EVERYTHING"

Monday, July 26, 2010

He is Mr Value Added?

Ada orang cakap to me. He seems like Mr Value Added.

Ya. Sejak semalam, dia asyik remind saya pasal dewan, catering, pelamin, fotografer dan etc. Dia yang kelam kabut remind sana-sini. Saya boleh rileks lagi. Bukan apa, cuma rasakan apa yang nak buat perlukan masa sesuai sahaja. Takut decide awal, nanti menyesal pulak. His 1st choice for dewan is Dewan Bankuet, Wisma MBSA. Rent RM3k. Muat hanya 1000 orang sahaja plus kerusi meja.

And my Mama's choice is Dewan Seksyen 11. Alasan? Dekat dengan rumah Mak Ndak (her sister). After riki, we need to dump in about RM30-40k. Everything will be in order by them. All in package. Mama macam suka. Tak perlu fikir banyak sangat. Muat 2000 orang.

Saya just gather all choices dulu before make any decision. Kita bahagi 2 cost kahwin yang melibatkan Dewan, Pelamin dan Katering. Mama 50% dan tunang saya 50%. Lain-lain seperti baju pengantin, cameraman, make up, wedding card our own costs. So, ringan sikit untuk part saya :)

Dalam pilih-pilih package, banyak rakan sudi bantu saya. Ada yang bagi List. Ada yang bagi Website Link. Ada yang bagi Contact. Lega sangat. Boleh kecilkan scope cari mencari. Jimat masa sikit :)

Benda yang tak buat lagi pun ada a few. Attend kursus kahwin, kuruskan badan, HIV test, cari masjid untuk nikah bagai. Bukan senang nak kahwin -__-





P/S: Berdoa agar Allah SWT permudahkan segala urusan.