Thursday, March 31, 2011

Persiapan Perkahwinan. Ikutkan segan nak cerita.

Tengok kalendar semalam. Jerit dekat Husna, "mak aiih lagi sebulan lebih Sha nak kahwin!!". Terkekek la dia ketawa. "Sha nak kahwin! Sha nak kahwin! Shame, shame! Shame, shame!"

*Malu siot*

How's your preparation, dear Sha?

1. Kursus kahwin

Of course la dah pergi. Nak kena berleter dengan mama? Ambil kat JAIS Shah Alam. Memang best gila dow ustaz & ustazah bagi ceramah. Boleh gelak sampai tergolek kerusi. Kalau hari-hari join ceramah pun takpe. As terapi hilang stress. Oh price untuk ambil certs RM80 ya. Affordable kan.

2. HIV Test

Done too! Buat kat Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Sekejap je. Dalam 1 hour macam tu. RM2 je. Dan tak ramai orang sangat. Efisyen itu yang penting. Jangan pergi klinik yang dekat dengan budak-budak U. Macam Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Sure lambat sebab ramai orang sakit. Tapi, wajib buat kat Klinik Kesihatan sahaja. Private tak main.

3. Baju Nikah / Make Up Nikah / Accessories

Baju kurung moden yang saya beli siap kat PAS. Baju cukup simple. Boleh pakai berulang kali. Harga dalam RM400. Tak banyak cerewet saya ni. Bagi je apa pun janji berkenan dek mata. Memang sengaja nak cari baju simple sebab teringat baju tunang hari tu, just pakai once je. Bazir. Lace segala bagai. Endup dalam almari je la. Tudung je tak beli lagi. Berbelah bagi nak pakai jenis selendang atau tudung ada owning. Ramai prefer pakai selendang. Nampak bulat dan remaja. Eh? Hahahaha. Okay put into consideration. Make-up mama ai carikan. Tak pernah tengok contoh pun. RM200 plus accessories. Okaylah kan? Yes harap okaylah. InsyaAllah. Accessories rasa macam tak nak pakai crown. Nak yang bunga leper tu. Tapi, tengoklah kekreativitian mak andam.

4. Wedding Planner

Ambil package RienZaid Wedding Couture siap ada pelamin, decoration dewan, alas kerusi meja, catering, mak andam and dress on reception day, bantal nikah dan wedding cake. RM20k ++. Kira okay sebab buat untuk 2 majlis sekali. Berbaloikan? Senang plus simple plus beautiful plus classy. So, fitting baju, pilih menu, konsep design pelamin everything akan dibuat dalam bulan April. Tunggu kak Rien call us to meet up. Yang pasti saya pakai dress wedding off-white. Majlis akan diadakan di Dewan Banquet, Wisma MBSA. Opposite Quality Hotel, Plaza Alam Sentral, Plaza Perangsang. Itu je landmark saya boleh bagi. Sewa dewan about RM3.5k. Deposit Rm1k. Price naik actually untuk wedding 2010. Kalau tahun sebelumnya, just RM3k. Besar dan lebar jugak boleh muat dalam kapasiti 500 kerusi.

5. Barang Hantaran

Ini antara awal juga kami sediakan. After deal, we has agreed on 7-9. Dia beli barang yang dia suka so do ai. Budget at own risk =) Up to you guys nak beli mahal atau sebaliknya. Kalau biasanya lelaki beli barang perempuan dan perempuan belikan untuk lelaki, boleh la kita pau dia sebelum kahwin. But, not for me. Nak elakkan pertelingkahan kelak, better don't. For my side, saya beli camera Sony, BB (oh! ini dia belikan. hadiah katanya), watch, handbag plus purse, perfume, skin care. For his side, dia beli watch, perfume, kemeja plus slack, wallet plus belt, iphone4. Dulang lain tambah dengan manisan. Telekung, Quran semua dah bagi masa tunang dulu.

6. Batal air sembahyang

Dah beli rantai tangan. Cincin dah ada 2. Cincin merisik plus tunang. Cukup. Tak nak penuhkan jari.

7. Kad Kahwin

Chosed Dios Printing & Advertising . Berhubung melalui email je. Very professional they are. Tak payah susah-susah nak datang Puchong sana semata nak discuss about our card. Eh rasanya semua printing house pun macam ni kot. They were very patient staffs sebab sudi layan kami anak beranak yang banyak sangat songeh on printing card. Kejap tukar itu, kejap tukar ini. Thanks guys! Tak sabar nak tunggu hasil. Maybe minggu depan siap print and sedia untuk edar. Allocate for Hard cover and normal cover. Mulanya saya macam refuse to print hard cover. Sebab takut nampak macam double standard invitations. Tapi, dah tunang nak. Dia kata biar nampak okay untuk hari bahagia. Sekali seumur hidup. Hati senyum ikutkan kehendak dia.

8. Pengapit

Dah ada! Lelaki Akmal and perempuan Yayan. They are suit together =)

9. Doorgifts

Mama uruskan. Saya dah tengok sikit souvenir yang mama sediakan. Cukup cantik dan sesuai. Sesuai untuk semua golongan. For normal guests, mama kasi bahulu and cupcakes. Tapi, cupcakes ni terhad untuk tetamu perempuan sahaja sebab cost tinggi. Dan first come, first serve =) Oh ya! Mama sediakan sama doorgifts untuk semua jemputan. Sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Tak de lah nanti jemputan bisik-bisik belakang kata belah sana cantik, belah sini tak berapa. Mama tak suka. Come on! siapa suka? Better be the same =)

10. Photographer

Kami sama-sama pilih Just Married Gallery. Jumpa kat Pameran Pengantin KLCC. Mostly semua yang saya pilih di atas hasil dari jalan-jalan di pameran pengantin. Bagus to whom yang tak banyak cerita. I mean tak cerewet. Sebab punyalah banyak gila booths kat situ, kita just pick one yang mana kita rasa suka. Saya banyak ikut kata hati. Fiance jenis tak kisah. Semua leave to me. How lucky i am =) JM cover solemnization and reception event serta outdoor. Ada lagi package kami ambil iaitu post-wedding pictures. Kami tak pilih pre-wedding sebab tak nak lah gambar pegang-pegang sebelum kahwin. Tak manis orang kata dan tak baik. Untuk post tu nanti, diorang sediakan 5 costumes free 1 contumes. Baju apa? Tak decide lagi. Package about RM3k.

11. MC Majlis / PA System / Video projector / Marhaban

Mama dah minta bantuan Mak Ndak untuk kendalikan pengacaraan majlis. Beliau setuju. Terima kasih Mak Ndak! Mmuaaahh! Fiance tolong sediakan PA system. Katanya dia dah ada somebody. Okay proceed ya. Video projector. Kalau boleh nak letak slide about us. insyaAllah kalau tak ada aral =) Untuk marhaban, mama dah jemput Mak Lang Senah dan kumpulan dari Taman Sri Andalas. Terima kasih Mak Lang! Untuk paluan kompang just pakai CD.

12. Nikah Event

Awal seminggu. Buat kat Masjid Al-Rahimiah, Klang. Ini hanya untuk sedara mara terdekat =)

13. Bilik Pengantin

Mama baik hati hadiahkan kamar hotel untuk kami berdua. Segala bagai hiasan akan diincharge by my mom and Mak Murni. "Kaklong nak picture bilik hotel ye ma!" Untuk jimatkan masa photographer kami (sebab mereka ada set timer untuk some event, lebih ada extra charge), mama pilih Hotel Quality untuk kami abadikan kenangan. Kira opposite dewan je. Mungkin ada special rate untuk wedding suite. Thank you so much mama! I love you!

Tinggal saya sekarang tengah on diet session, pergi gym hari-hari after work. Tapi, bila timbang lepas 2 minggu gym, badan tak turun pun. Kini, ku hanya mampu berserah. Rawatan badan belum buat lagi. Ingat nak survey pakej rawatan naik seri pengantin kat spa. Mana murah. Berdoa agar dikurniakan kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah. Haih tangan sejuk lepas taip about wedding. Aisey! Tinggal sebulan lagi.

7 comments:

  1. Haha. Yang P/S tu paling tak tahan. Mesti berdebar kan? Ehem, pasal honeymoon tak tulis pun?

    ReplyDelete
  2. Husna, itu entry lain. haha. tak dapat bayangkan kot. nak kentut pun tak boleh :(

    ReplyDelete
  3. Eeee. Comelnye along ni!
    Haha. Padan muka. Berdebor-debor dah kau sekarang~
    :P
    Anyway, bole tolong sum up semua perbelanjaan tak?
    (malas nak kira sendiri.. :P)

    ReplyDelete
  4. nanti masa akak kawin saya nak karok leh x kat majlis akak?

    ReplyDelete
  5. anis,
    bulb! perbelanjaan hantaran ke? semua? belum kira T_T

    melle,
    terima kasih dik. doakan yang terbaik :)

    afiq,
    tak sure la tu. tapi, macam ada :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum semua..

    DEWAN PENGANTIN- ASTANA ERA MEWAH, PINGGIRAN SG BULOH.

    Pilihan 1 : Harga Sewa Dewan TANPA Katering = RM2500
    (Sewa dewan termasuk kerusi, meja, aircond, basic pelamin, makan meja beradab& gerbang perkahwinan TANPA katering. Kemudahan Surau dan Parking Kereta.)

    Pilihan 2: Harga Sewa Dewan DAN Katering = RM15/pax.
    (Harga Sekepala termasuk hidangan makanan tetamu dan pengantin, sewa dewan, kerusi, meja, aircond, basic pelamin, makan meja beradab & gerbang perkahwinan. Kemudahan Surau dan Parking Kereta.)

    CALL/WHATSAPP : IZZATI 012-2347384
    website : www.nurecoresort.com
    facebook : astana era mewah - dewan pengantin

    ReplyDelete