Saturday, February 4, 2012

False Alarm

Assalamualaikum.

Baru selesai mandi, Maghrib, Yasin. Terus grab laptop macam tak sabar nak cerita pengalaman False Alarm semalam. Kelakar malu kalau ingatkan balik. Ni lagi pulak nak cerita kat orang betapa dombonya Mummy sorang ni.

Petang semalam macam biasa aku drive ke office Hubby untuk pickup dia. Nampak saje kelibat dia aku terus beralih driver seat. Kali ni aku turun kereta dan berjalan ke passenger seat. Biasanya aku akan 'jump' tanpa turun dari kereta tak padan dengan perut boyot 9 bulan selamba langkah besar. Kadang tu bontot terkena handbreak. Sakit. Kadang tu kaki terkena gear. Dah bergegar gear tu. Kadang tu salah landing. Paha terkena tempat seat belt tu. Adoi menjerit. Panjang pulak nak cerita pasal tukar seat hewhewhew.

Kebetulan elok je aku labuhkan bontot, turun cecair atau liquid yang memang serupa air kencing (sorrylah bahasa kasar) habis basah panties and seluar office aku. Tapi, serious tak banyak pun. Memang konpius gila. "Eh b! Baby tak tahu lah keluar air apa ni. Baby tak rasa nak kencing. Tapi, keluar mcm air paip!"

Apa lagi, Hubby aku gelabah la. Tanya nak terus ke hospital atau klinik. Aku minta dia drive dulu sementara tu aku sms and call siapa je terlintas dalam otak. Rata-rata aku call semua minta aku shoot ke hospital terus sebab mostly tahu results air ketuban aku kurang lepas buat check up. Oleh sebab diorang tak nak aku tanggung risiko, aku ikut pendapat semua. Tapi, sambil call Makcik Ton, Mama, Mak, kakak ipar, aku gelak-gelak. Sebab aku betul-betul ingat macam bukan air ketuban kot. Sebab teringat Nurse kata kalau air ketuban pecah, memang lencun satu seat, satu katil or atas apa saja bontot aku landing. Yang ni memang tak lencun pun. Just basah satu envelope yang aku buat alas kebetulan ada kat seat belakang.

Hubby aku memang nak shoot ke hospital pun. Dia takde makna nak teragak-agak nak pergi or tak :')

Waktu tu aku tak rasa sakit pun. But, before that adalah rasa perut mengeras itu pun time nak balik. Tanya my colleague. Ala suami orang. Bolehlah percaya kot. "Eh Hanis, aku rasa perut aku keras lah!" Dia jawab, "takkan kau nak bersalin dah kot. Baby kau gerak pusing-pusing tu." Lega sikit. Padahal yang rasa keras tu aku. HAHA bukan dia. Aku just ignored je lah keras tu. Sumpah tak tahu nak describe dan rasa tanda nak bersalin. Adoi dombo betul.

Dari KL (office kitorang suami isteri kat sana) ke Serdang tak adalah jauh mana. Cuma kejadian tu jadi dalam peak time orang semua balik ke rumah. Pukul 6 petang! JEM LAAAA T__T. Nasib baik jugak aku tak rasa sakit.

Sikit pun aku tak teringat nak check panties. Means singgah petrol pump mana-mana ke apa ke kan. Actually Makcik Ton suruh balik rumah dulu and check is either air ketuban or apa. Agaknya bila teringat air ketuban aku kurang iaitu bacaan 10 terus minta pergi hospital pulak.

Sampai je hospital, salah masuk bangunan rupanya :/ Hubby pergi park kereta. Aku masuk kat Lobby iaitu tempat lawatan pesakit. Adoiyai pun. Aku diasak soalan nak lawat siapa ni. Terus aku bagitahu yang aku sebenarnya nak check with Doc sebab ada masalah. Dalam hati, haii mamat ni tak nampak ke perut boyot aku ni. Mamat kaunter tu cakap jauh kalau nak berjalan ke Dewan Bersalin. Nampak jugak muka kesian dia, lalu offer nak sorongkan kerusi roda. Cepat-cepatlah aku tolak. Aku rasa boleh berjalan. Malulah! Bukan sakit nak terberanak pun :'(

Lepas register, staffness suruh Hubby ambilkan kain batik sebab nak check bagai kena buka seluar semua. Nasib baik dia parking kereta tak jauh sangat. Aku terus masuk dewan bersalin buat urine test, check heartbeat baby and kat bawah tu. Sebelum doctor nak seluk dengan Cannula (apa entah nama alat tu) aku panggil sudu itik je, sempat aku jugak aku tanya sakit tak. Doctor tu kata insyaAllah tak sakit kalau Puan beri kerjasama. Terus dia serodok masuk. Dia minta aku hembus tarik nafas rilex apa semua. Heh tak ada lah ngeri mana kalau ikutkan aku baca blog-blog Ibu. Maksud aku, tak ada lah sakit mana. Tapi, still sakit sikit jugaklah after that nak buang air. Tapi, boleh tahan.

So, dia keluarkan cecair putih tak jernih pun. Sebab air ketuban bentuk jernih. Doktor kata ini bukan air ketuban. It was discharge yang biasa Ibu mengandung alami. Just aku punya memang nampak cair gila. Means keputihan yang berlebihan. Patutlah rasa keluar cair biasa bukan pekat atau lendir. Doktor check jugak kepala baby dan bukaan cm. Dia bagitahu baby belum nak keluar lagi. Plus lagi 3weeks. So, dia kata aku OK.

Sempat jugak aku minta maaf sebab aku betul-betul tak tahu any signage of deliver. Doktor gelak je sebab bagus sebenarnya aku datang terus ke hospital untuk buat checking. Atleast, kalau ada apa serious, boleh avoid. Untuk kes aku, semua OK. Bacaan air ketuban pun tak turun. Maintain 10 (doktor kata itu bacaan normal pulak pening kepala aku lain doktor lain persepsi). Kedudukan baby pun OK Cuma tunggu masa je. Bukaan cm pun tak ada lagi. Uri pun cantik untuk bersalin normal. Semua OK. So, aku boleh balik.

Alhamdulillah aku & baby tak ada apa. Cuma kelakar lah sebab free-free je kasi doctor serodok kat bawah. Aku rasa macam nak cepat-cepat lari keluar hospital! Bukan apa. Adoiyai. Ala korang tahulah kenapa! Malas nak cerita kot.

Habis semua urusan kat hospital by 10.45pm. Lama betul. Kebetulan doctor pakar yang nak check aku untuk last part, ada emergency case kat wad bersalin. Pulak dia sorang je on call malam tu. Memang nasib la aku kena tunggu lama.

Lapar tak payah ceritalah. Sampai Shah Alam lepas setengah jam cari nasi laaa :/

Pagi tadi terpaksa EL. Serious tak boleh get up from bed. Kena berpaut dengan Hubby and semua benda untuk berjalan. Sakit teramat kat celah peha sebelah kiri. Nangis habis dah ingat tak boleh berjalan. After few hours, boleh jalan sikit-sikit but still rasa painful. Until now pun. Maybe cara aku duduk atau baring salah bagi pressure lebih on that. Tak tahulah. Tak tahu nak describe macam mana. Orang cakap tak lama dah tu. HEHE memang pun tak lama. Lagi 11 days je kalau tengok sitcker baby sebelah kanan blog ni.

Padahal lagi 19 days. It is me or sticker tu sengal?

P/S: Panik betul semua orang dengan drama petang aku. Nampak sangat diorang yang tak ready. Bukan aku! Adoiyaipunn. Semua bajet next week baru baby aku keluar rupanya. Haiii laa semua orang :’)

No comments:

Post a Comment