Monday, January 30, 2012

Random #1

  1. Perut dah start rasa gatal. Aku selamba garu tak ingat. Serious aku lupa rata-rata pesanan "Kalau gatal, jangan garu! Tahan. Sapu lotion/baby oil." "Jangan garu! Nanti berbekas perut dah tak cantik." "Tak ada ubat biar mahal sekali pun untuk repair kulit perut kita kalau pecah sana sini." Siapa tahan? Aku tak rajin langsung nak sapukan baby oil setiap masa. Takkan nak suka-suki selak perut sapu kat office? Eh tak ingat langsunglah! Kalau nak tidur sekali pun. Balik kerja terus letih lagi-lagi dah masuk 36w ni, lupalah nak sapu.

  2. Dalam bulan ni saje, dah 2 kali pergi berurut dengan Kak Ana (tukang urut) kat Taman Alam Megah. Just urut lembutkan balik urat tegang kaki, tangan & kepala. Alhamdulillah kita puas hati betul. Tak mahal pun dia charged. Nasib baik Ibu introducedkan dia. Kalau tak, menggagau jugak nak cari tukang urut yang lain. Kak Ana ni bagus, dia tak sentuh langsung bahagian perut sebab tak elok urut perut time pregnant. Kalau boleh jangan kacau. Thats why dulu aku ada kes uri kat bawah, dia tak berani buat apa-apa. Dia pesan ini kerja Allah. InsyaAllah uri tu akan naik balik pada tempatnya. CUma dia ada ajar sikit inisiatif lain untuk naikkan uri. Kita buat. Alhamdulillah uri dah cantik kat atas. Sekarang kepala baby pun dah elok ke bawah. Tinggal tunggu masa je. Kita pernah tanya kat Makcik Ton, possible tak kalau baby will breech anytime? She said impossible kalau baby dah elok kedudukannya macam babyangel kita sekarang. Lega :')

  3.  
  4. Kerja pun makin banyak. Bukan apa. Nak clearkan mana yang pending dan nak hand over task to my colleague. Kita tunggu hari saje ni. So, anytime boleh bersalin. Buat masa ni kita try avoid to take any leave. Tak sedaplah nanti boss tengok record. Tak best juga untuk colleagues lain yang mungkin sebab kita ambil cuti awal, kerja diorang pulak tersangkut. Mama kata kalau boleh selagi boleh kerja, kerja lah. Nanti cuti berpantang with the baby singkat pulak. Takut rindu. Betul juga. Oh ya kita akan berpantang di Kelantan nanti. Means after delivered, terus fly to there. Kak Ana (tukang urut) ada pesan, kalau nak bengkung/tungku/urut dulu segala singgah kedai dia. Dia boleh buatkan. Sebab nak naik flight, kena bengkung takut angin masuk. Ok insyaAllah i will do. And maybe kita bersalin di Hospital Serdang rasanya.

  5.  
  6. Adik kita, Ina, yang tinggal kat Johor dah disahkan pregnant for 5w. Alhamdulillah. Dia kahwin lewat 2 bulan dari kita. Sebelum ni dia ada mentioned nka pregnant after i deliver my baby. Senang untuk dia refer apa-apa nanti. Or pinjam apa-apa nanti. HEHE. Tak sangka rezeki dia datang awal. Sekarang pun kami berwhatsapp juga. Dia banyak bertanya. Dia kata baru dia tahu apa yang kita rasa pada masa awal pregnancy. Loya/pening/letih/muntah semua. Penat katanya. Tapi, kita tengok dia tak ada lah teruk mana. Boleh lagi berjalan shopping. Cuma lepas tu, dia flatlah. Compared dengan aku dulu, 12w ke bawah tak boleh ke mana. Pergi kerja je then terbaring. Takpelah janji dia OK kat sana. Her MIL dan biras-biras ada boleh tengokkan dia =)

  7.  
  8. Actually ramai jugak cousins aku pregnant this year. Masing-masing due on Jun owards. Baby Dragonlah kita. Sebaya saje semua. Kita doakan semuanya selamat insyaAllah. Tapi, hairan jugak kita tak dengar Tok (Mama's side) mimpi ikan apa-apa. Padahal ramai betul cucu-cucunya mengandung. HAHA pelik ke dengar? Tok kita biasanya akan tahu dulu ada ahli keluarganya yang mengandung. Tapi, tak tahulah siapa. Biasanya kami cucu-cucu akan call Tok terus bagitahu great story ni and terus tanya ikan apa Tok mimpi. HEHE. Yang bestnya Tok dah tahu siap jantina dan perangai baby lagi tau. Cuma siapa dapat baby apa je Tok tak tahu. Mungkin Tok kerap sakit kot nowadays, so that, tak dapat mimpi ikan dah. Ala, tak suspennya! Bukan apa. Best tau bila dapat teka-teka jantina ni. Dah la, doakan agar Tok sihat dan bakal-bakal baby sihat, lagi baguskan! :')
Me with Ina lepak kat Danga Bay. Tak ada apa pun sangat kat tempat ni. Apa yang best entah. Maybe dulu-dulu lagi best kot :/

Me with Tok. Time ni Tok tak sihat. Kena admitted ward. Sekarang pun so-so saje. Tapi, nampak kuat sikit dah hari ni :)

Wednesday, January 25, 2012

Last Scan by 36w.

Ada orang berpendapat..

"Tak perlu lagi scan. Tunggu je baby keluar. Baby dah OK dah kan."
"Tak payah lah nak bazir duit apa semua. Tak sabar-sabarlah kau ni!"
"Tak boleh scan 3D. Kau dah 34w. Rasanya ada range weeks yang boleh buat 3D scan."
"Ala, kau yakin pada Allah. Baby kau OK punya. Gelabahlah kau ni!"
"Ish mahal kot 3D scan tu!"

Ada juga bagi pendapat yang sedap sikit telinga aku dengar..

"Tak pe je kau scan. Nak puaskan hati. Pergi je"
"Mesti kau rindu baby kau kan? Huhuhu. Tak salah scan. Just nak make sure baby kau OK"
"Kau nak tengok berapa berat baby? Or nak tahu baby sex? Hehe. Scan je lah. No problem rasanya"
"Elok jugak scan. Manalah tahu.."
"Kau ada rezeki lebih, buat je"

Pelbagai reaksi aku terima dalam aku buat decision nak do 3D scan. Itu dulu. Time aku 34w. Korang mesti nak tahu apa alasan aku? HAHA. Saje je! Aku nak get experience how 3D scan looks like. Dengar cerita, boleh tengok rupa baby. Boleh tengok apa exactly dia tengah buat. Boleh tengok ada apa sekeliling dia. Aku gila teruja!

Tapi.

Lepas aku analisis pendapat ramai orang dan aku sendiri, aku decide tak pergi. Sebab? Entah. Aku rasa ianya tak perlu. Biarlah semua be my surprises soon. Apa yang penting aku tahu at first dulu, doc dah sahkan baby aku normal, dalam keadaan sihat walafiat dan sempurna. My Hubby tak galakkan dan tak juga object. Dia tak kisah. Maybe dia tahu itu semua perasaan rata-rata Ibu mengandung. Sebab Ibu paling dekat dengan babynya. Satu nyawa. Cukuplah bila dia tengok aku sihat dan dia yakin babynya pun sihat.

Langsung malam tadi aku just pergi buat 2D scan. Untuk make sure everything is alright. Yang bestnya jugak aku dapat tahu my baby gender! Ngee confirm! Sebab last scan at 32w, my baby tak nak tunjuk. Paha tutup rapat! Pujuk pun tak nak alih. Ish anak Mummy! Bajet comel la buat macam tu! :D

Results weight 3kg. 36w. Mak aih gomoknya anak Mummy :')

P/S: Doc pujuk aku. Baby is in normal weight sebab badan Mummynya besar. So, jangan risau. Tapi, biasanya kadang tu baby just naik berat sikit untuk sampai ke 40w. Positive! Positive!

Tuesday, January 24, 2012

36weeks

Tak sabar nak pegang title pregnant lady with 36w sebenarnya. Sebab... Hehehe. Sebab bila-bila masa saje my babyangel will come out! Yeehooo! Poyo betullah Mummy sorang ni. Orang lain rilex & steady je hewhewhew.

Ok.

Beg hospital for Mummy dah ready. For Babyangel pun dah ready. Siap standby dalam kereta. Ramai dah pesan. Thank you :')

Nak dijadikan cerita kita punyalah malas mulanya nak packing everything. Rata-rata pun buat slow. Ada baju baby yang tengah keringkan. Botol baby tak basuh lagi. Pampers tak buka lagi. Kita punya kain batik tak berlipat lagi apa semua. Sekali ada satu malam tu, tiba-tiba sakit bawah perut. Rasa macam period pain. Contraction ke tu? Tak sure lah. Tapi, sekejap. Main 'lalu' je kot. Then, gelabah tak tentu hala. Capai semua yang belum tick lagi. Hubby pun kelam kabut tanya apa lagi tak packing. Dah macam Charlie Chaplin. Siap tinggalkan pesanan kat Hubby buat itu, buat ini. HAHAHA tahu pun kau!

Kelakar betul bila kenang balik at that time. Tak ada apa pun bila check panties semua. Sebab kita tak rasa ada air ketuban meleleh or bleeding or whatever. Just sakit tu datang few times je. Itu pun jarak minit jauh. Bukan every 5 mins. Buat orang panik je. Itulah, orang suruh prepared apa semua cepat. Kau buat lengah. Padan muka :/

Buat para Mommies out there, please standby earlier. By 28w tu pergilah cari barang-barang baby & keperluan diri. And standby masuk beg siap² mana yang boleh sumbat tu. Jangan jadi macam kita. Degil. Nanti ada saje missed itu, missed ini. Punggah!

Kalau nak diikutkan ada lagi barang keperluan diri yang belum beli lagi. Nursing cover, nursing blouse hari tu sempat beli sehelai je, set bersalin, pati ikan haruan etc. Keperluan berpantang pun still tak ambil lagi kat rumah Mama such as tungku, bantal panas, kain batik etc. Set bersalin maybe minta Hubby belikan nanti rasanya takut kalau beli siap rasa tak sesuai ke apa. Minta pendapat Makcik Ton (she is doctor) later on. Kain batik ada colleague baik nak kasi pinjam. Thank you! Heh done. Yang lain try dapatkan by this week. InsyaAllah.

Macam sterilizer & warmer for bottle baby pun kita tak beli lagi. Mama ada pesan tak perlu bazir duit. Basuh ikut cara lama. Rebus dalam periuk segala. Kita fikirkan babysitter for my baby nanti. Kalau boleh, tak nak susahkan dia. Sebab semuanya senang kalau ada bendalah tu. Jimat masa apa semua. Takpelah tengok keadaan dan permintaan dia nanti. Mana tahu dia request ke. She pun very excited sekarang nak tunggu my baby come out. Siap gelarkan diri dia as 'Ibu'. Her daughter age 2 years pun tak sabar. Selalu tanya "kakak, bila baby nak keluar? Iman nak jaga dia!" How adorable she is! Kita lega sangat. Dapat bayangkan my babyangel dijaga rapi oleh mereka soon. InsyaAllah!

Oh ya! Kena beli pad biasa jugak. Just standby sebab colleague (experienced) ada bagitahu, ada maternity pad yang kasar dan tak sesuai. Manalah tahu kena jahit banyak ke. Kita akan jadi tak selesa pakai maternity pad. Takut luka kalau kena surface kasar akan jadi pedih. Nak basuh pun susah. Kita tension. Baik standby yang biasa juga. Dia pakai selesa. Hampir sebulan guna. She did mentioned, lain orang lain situasinya. Dia just nak share experience. Thank you so much! Kita lagi suka orang kasi pendapat. Cherish them more. Atleast, kita akan rasa diri well prepared! =)

Kita admit, sepanjang untuk bersedia bersalin ni, kita banyak tanya orang about itu ini. Sometimes, diorang datang bagi pendapat or advices. Kita terima. Kita tak suka tolak mentah-mentah sebab setiap opinions that they're given its basically thru their experienced! And kalau ada sesiapa di luar sana, nak share anything, please do. Your notes/words are welcomed!

Ok bye. Thanks for reading! Nak continue works.. :')

Thursday, January 19, 2012

Rezeki datang tepat masanya :)

Alhamdulillah. Boss dah annouced semua staffs dapat bonus plus gaji bulan ni!

HEHEHE.

Dah banked-in pun cheque. This was my second time dapat bonus since i worked in accounting field for 6 years. Pathetic kan? Orang lain 6 tahun kerja, 6 kali dapat bonus. Itu tak termasuk increment lagi. Ada yang senang² dapat naik gaji beberapa kali dalam setahun. Tengok kerja tak ada lah teruk mana. Ada yang susah gila nak mati nak rasa increment. Even kerja macam nak terbalik dunia. Pulak kena gaduh dulu dengan orang atasan. Itupun tak tentu dapat :/

Itulah namanya tuah ayam nampak kat kaki. Rezeki Allah beri kat orang tu, kita jangan pertikaikan.

OKlah. Apapun, aku bersyukur sangat rezeki dapat kala aku memerlukan. Terima kasih kepada yang berdoa untuk kami sekeluarga. Aku juga sentiasa berharap agar Tuhan perkenankan doa² aku. InsyaAllah.

Be thankful for what you have, you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never ever have enough. - Oprah Winfrey

Monday, January 9, 2012

Jaga solat.

"Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
“Sudah. Alhamdulillah.

"Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
“Ya.”

"Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
“Tidak..”

“Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
"…”


“Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
“Tidak..”

“Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
"…”
“Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului iman?”
“Ya.”

“Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
“…”
“Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
“Tidak..”

“Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
“Tidak..”

“Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”.
Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’
(Al-Ma’un”: Ayat 4-5)

“Astaghfirullahalazim! Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”

Credit with thanks: Website PakarHowto.

Monday, January 2, 2012

BSP Test For Pregnancy

Bukan semua pregnant ladies faham istilah BSP Test ni. Hanya orang yang tertentu saje faham dan pernah lalui. Lagi best tak tahu tau! :'(

Siapa buat BSP Test ni?

Ibu comel mengandung yang disyak ada Diabetes saje. Just to control lebih dari segi pemakanan. Bukannya apa pun actually. Kalau kena diet, dietlah. Tak perlu takut sampai fobia dengan semua makanan. Macam kita. Tengah 32w ni boleh turun 1 kg dalam seminggu. Takut punya pasal nak makan itu tak boleh nak makan ini tak berani. Tak pasal kena tegur dengan Nurse lepas tu.

So, nak cerita macam mana BSP Test ni dibuat.

Bagi yang buat check up kat Klinik Kesihatan (KK), kita diberikan satu date untuk test dijalankan. Misalnya macam kita on 22/12/2011 yang lepas. So, kita dinasihatkan berpuasa pukul 10mlm sebelumnya dan ambil darah pukul 8pg esoknya. Catitlah paras gula. Kena catit 2 jam lepas makan. So, kalau makan pukul 9pg, buatlah test pukul 11pg. Lunch pukul 1pm then, buat test at 3pm. And so on until cukup 4 kali ambil bacaan. Senangkan? :')

Oh ya! Kalau boleh buat sendiri, mesin glukose boleh dibeli kat farmasi harga dalam RM200 lebih. Kalau tak nak beli, boleh sewa kat KK tu sendiri. Kita just bayar untuk stick darah je. RM2/stick. Tapi, ada deposit RM50 as guarantee. Manalah tahu kita terbuat 'harta' pula mesin tu. Pulang mesin tu, dapatlah balik deposit. Kalau tak pandai or takut nak buat (maklumlah takut nak cucuk jari sendiri keluarkan darah setitik tu. HEHE), ambillah cuti and jenguklah KK tu setiap 2 jam untuk ambil bacaan kat sana.

Kalau tak pun, pergi je singgah farmasi untuk buat test glucose. Bayar RM5 per test. But, make sure timing 2 hours after meal. Lagi easy!

Kita buat sendiri je test tu. Hah tapi, jangan tipu² tau! Misalnya. On BSP test day, kau makan sikit. Makan yang sihat je. Tentulah bacaan CANTIK. Just makan macam biasa atau makanan harian kau.

Results kita.

Pagi (fasting) = 4.7mmol
After breakfast = 4.0mmol (1/2 boiled egg 2 biji, roti canai separuh share Hubby & air suam)
After lunch = 4.7mmol (Nasi beriyani 1/2, sayur 3 jenis, ayam goreng 1, kambing sikit & air kotak Krisantimum)
After dinner = 6.0 (Roti sardin 1, Roti goreng sosej 1/2, begedil 1 & ais kosong)

Banyakkan makan? Tapi, level gula cantik je kan? Means kita bukanlah dalam golongan orang Diabetes. Tapi, pada hari yang kena minum air gula due to overweight 3 kgs per month tu boleh kantoi bacaan paras gula tinggi 8.6mmol sebab *makanduriantakingatdunia* punya pasal T___T

MENYESAL!

Esok harinya jumpa doctor untuk review, dia minta kita buat BSP test once 2 weeks untuk monitor. Ye lah dah SYAK pada mulanya. Tak pasal kena buat lagi berulangkali sampai kita bersalin. Padan muka. Takpelah. Take it as positive. Plus my dad ada sejarah Diabetes berkemungkinan kita pun senang dapat time pregnant ni. So, tak kisahlah. Janji baby sihat kan! :')

Seminggu lepas tu, kita refer Dietician kat KK untuk tahu serba sikit apa yang boleh dan tak boleh dimakan oleh pengidap Diabetes. Untung juga dapat masuk class tu. Rupanya kita jangan takut dengan semua makanan cuma kena main kira-kira this time. Rajin tengok nutrient facts kalau beli yang berpacking. Hadkan pengambilan carbo all that. Apa yang penting, kita dah tak jadi FOBIA lepas tu. Makan saje apa pun just control a bit. Alhamdulillah.

So, para ibu out there please jangan rasa stress sangat OK. Setiap problem sure ada solutions. Be happy and enjoy your pregnancy moment! :')

Itulah story about my BSP test. Thanks for reading!

P/S: Even tahu memang bahaya dan banyak sangat risiko kalau ada Diabetes untuk Ibu & Baby while pregnant tapi kena ada semangat yang tinggi. Ikut pantang dan kata doktor. Pasrah dan berdoa insyaAllah Tuhan dengar permintaan kita untuk lebih sihat.