Monday, July 4, 2011

Aku patut bersyukur.

1) Aku patut bersyukur atas kurniaan Allah yang tak terhingga. Tak usah mengeluh dengan alahan mengandung. Anak aku sedang membesar dalam perutku. Bayangkan orang lain berubat sana sini nak dapatkan cahaya mata tapi, untuk aku? Allah senang² beri. Terima kasih ya Allah.

2) Aku kena bersyukur sebab sentiasa di kelilingi oleh orang yang masih menyayangi aku. Tak pernah sakiti hati aku. Tak pernah buat onar dalam life aku. Aku still ada sahabat-sahabat yang tak jemu bagi support ketika aku sakit.

3) Aku patut bersyukur sebab masih punyai family. Family besar yang tak pernah tolak jika aku datang mengadu masalah. Family yang sentiasa buka pintu untuk aku. Tak pernah putus nasihat dan dorangan ketika aku perlukan.

4) Aku patut bersyukur sebab adanya kudrat untuk aku bekerja yang boleh buat life aku dan Hubby stabil. Tak perlu meminta sedekah atau belas kasihan orang lain demi cari sesuap nasi.

5) Aku kena bersyukur sebab datangnya sesuatu penyakit mengingatkan aku kepada Dia. Dan aku masih boleh sujud syukur.

6) Aku patut bersyukur aku diberi-pinjam seorang suami yang betul ada sifat sabar GILA. Tak kisah bangun pagi tengok muka aku yang comot gila dengan air liur basi meleleh. Sanggup mengadap muka pucat lesi kalau sakit. Belikan dan buat apa yang aku nak. Bersyukur tak kahwin dengan orang yang salah.

7) Aku bersyukur sebab pernah merasai kebaikan berkawan di dunia. Kenal dengan mereka, mereka. Gelak ketawa menangis kerana mereka. Mereka yang keluar masuk dalam hidup aku. Aku hargai dan aku juga relakan mereka pergi.

8) Aku tetap bersyukur sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang serba ada semuanya. Cukup sederhana. Rasa susah sikit adatlah. Kau jangan mengeluh banyak. Setiap yang berlaku, Tuhan dah tetapkan ganjaran.

9) Aku bersyukur sebab Ramadhan bakal tiba dan semoga aku diberi peluang untuk melaksanakannya dan tiada sebab aku untuk menidakkannya dengan alasan mengandung.

10) Aku sepatutnya bersyukur mampu menaip blog even dalam keadaan serba tak kena.

No comments:

Post a Comment