Sunday, October 9, 2011

Pregnancy Medical Checkup.

Salam Isnin. Pakai baju colorful on Monday bagi naik semangat okay. Jangan pakai baju gelap-gelap nanti kita senang rasa diri nak berkabung. Hewhewhew. Oh kita pakai color hijau today. Awak nampak hijaulah! Baru rasa diri bersemangat nak kerja. Itu petua orang. Cuba amalkan.

Kita nak cerita about medical checkup. Saje nak share something with you guys.

1st Checkup.
Untuk first time in my life, saya pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 untuk checking on my pregnancy. Teruja. Suami ada temankan. Sama-sama ambil cuti. Kena buat checkup on weekdays saje. Just bring along the following documents untuk buka buku PINK. Saya tahu pun after tanya member-member yang berpengalaman. Bukan apa, tak nak ada kes patah balik keluar masuk klinik. Buang masa :/

Nah! Check the list!

1) Copy of I/C (Suami & Isteri)
2) Original and copy of Nikah certs
3) Bil air/elektrik petempatan sekarang
4) Gambar baby scan

Mula-mula kita tunggu turn nama dipanggil untuk timbang berat badan sekarang. Oh ya! Dinasihatkan ibu-ibu mengandung datang ke klinik buat pemeriksaan bulanan after ngam-ngam 3 months pregnant ya. Tak perlu datang awal. Untuk sahkan kehamilan kita boleh direct pergi klinik swasta je. Kalau boleh, scan teruslah untuk tengok kedudukan uri dan baby. Jangan lupa makan asid folic untuk tumbesaran janin yang cukup sifat.

Lepas timbang berat badan, check BP semua. Kita pergi ke makmal untuk test kandungan darah dan ujian air kencing. Ibu-ibu kena make sure segala pills yang doktor bagi MESTI MAKAN. Kalau boleh, jangan skip ya. Ingat baby dalam perut perlukan khasiat vitamin! Lepas tu, tunggu turn lagi untuk berjumpa dengan doktor nak check cm line kat perut kita, dia akan pegang perut kita untuk rasa kedudukan baby, payudara kita dan berikan sikit advices dalam jaga kandungan seawal 5 bulan ke bawah.

Kalau tak ada apa lagi, boleh lah balik. Ibu dan bapa yang mana bekerja boleh minta TIME SLIP from pihak klinik untuk pelepasan few hours. Lepas tu, nak sambung kerja balik boleh. Or nak ambil cuti pun boleh. HEHE. Macam saya tinggal kat Shah Alam memang berat sikit nak ke office di KL. Dah 3 kali checked up, saya ambil cuti je. Rest at home. Kadang-kadang terasa pening dan mual-mual sebab lama menunggu.

2nd Checkup
This time saya kena buat appointment untuk minum air gula. Bukan sebab berat badan berlebihan tapi, ada history from parents. Mama ada high BP. Abah ada diabetes. So, kemungkinan saya dapat penyakit macam tu time pregnant adalah tinggi. Sebelum datang ke klinik minum air gula, kita kena puasa atleast 12 hours. Means kita start puasa pukul 10malam sebelum tu until 10pagi keesokkan harinya. Ambil darah, test darah. Mulanya dengar orang cerita pasal air gula, rasa nak muntah juga. Tapi, bila minum rasa OK pulak. Tak ada lah rasa apa sangat cuma manis meleceh je. Boleh consider :)

Setiap kali datang ke klinik, kalau vitamin Obimin or Acid Folic dah habis, kena minta tau. Biasanya after 4 months kita diberi vitamin Obimin je sebab itu pun dah cukup. Obimin diperlukan untuk pertambahan darah. Sebab masa bersalin nanti, kita akan kehilangan banyak darah. Tapi, jangan takut tau. Ikut cakap doktor dan jangan skip makan vitamin tu. Makanan lain pun kena jaga. Fast food kalau boleh elakkan takut kita gemuk nanti. Huhu. Berat badan akan bertambah atleast 13 kg bila sampai due. So, kalau makan tak menentu, itu yang kadang-kadang ibu mengandung ada penyakit. Makan buahan dan kekacang banyak tau!

Susu untuk ibu kalau boleh amalkan. Baby dalam perut akan serap banyak kalsium kita. Minta Suami belikan okay! Kita minum susu Mamil Chocolate. Sedap sangat! :)

Kali ni saya just pergi alone. Kesian Suami. Ikut pun bukan boleh buat apa. Ganggu kerja saje. InsyaAllah selagi boleh drive sendiri, saya tak kisah. Plus ramai sangat ibu-ibu kat klinik tu, tak cukup seat sometimes.

Ok nak cerita about my pregnancy. After scan while baby in 3 months at klinik swasta, kedudukan uri saya kat bawah. Maknanya ada problem. Tapi, doktor kata bagi time perhaps taking a few months untuk uri naik ke atas. Harap no problem nanti. But, once bleeding even pun setitik, kena cepat pergi hospital untuk check on baby inside. Banyaklah nasihat doktor bagi antaranya tak boleh angkat benda berat, tak boleh buat kerja berat, kurangkan berjalan, jangan turun naik tangga dan jarakkan masa bersama Suami. Ehem kena puasalah. So far, tak pernah ada bleeding lagi. Just ada brownish kat panty liner in last week. Referred to Makcik saya (doktor) kalau berterusan keluar next day, kena pergi hospital. Alhamdulillah tak ada apa. Mungkin stress kot time tu.

Dah plan after 6 months nanti, saya scan sekali lagi. Doakan terbaik for my baby! :)


3rd Checkup
Setiap bulan doktor akan tetapkan date appointment kita dalam buku PINK. Yes. Kena bawak sentiasa! Dan jangan pulak lupa date dengan doktor! Kita pregnant tau. Kena jaga lebih keadaan ibu dan baby dalam perut :)

This time kita kena injection untuk avoid kancing gigi. Cucuk kat bahu. Rasa sengal jugaklah sebelah tangan 2-3 hari. Then, nurse buat ultrasound checking. Saya tak rasa lagi baby movement even dah 20weeks. Nampaklah muka lain macam nurse tu. Pelik kot. Kita just rasa susah nak bernafas dan cepat mengah kalau buat apa pun. Itu normal sebab kita dah share segala ruang dengan baby. So, untuk kita bernafas, space laluan pernafasan tu dah jadi sempit sikit. Untuk hal ini jangan gabra ya!

Seperti biasa setiap every month, berat badan, BP, air kencing, darah semua diambil dan ditest. Cucuk sana cucuk sini dah biasa. Kalau kena nurse yang kasar dan tak pandai sikit, boleh jadi lebam tangan lepas cucuk. HEHE. Itu normal.

Ok sekarang tunggu untuk next appointment. Harap semua will be fine! Ada something nak cakap, biasanya ibu mengandung cepat rasa sensitif dan moody. So, jangan terbawa-bawa sangat emo tu nanti makan diri. Ingatlah orang keliling sangat sayang dan ambil berat about us lebih-lebih lagi our Husband. Bersabar banyak dan berdoa. Mengaji Al-Quran sentiasa. InsyaAllah semua sadness akan berlalu pergi.

Jumpa lagi! Jaga diri tau! :)

P/S: Haihh tak sabar nak scan jantina baby. Nak beli barang baby. Tapi, Mama dah pesan boleh beli barang-barang baby after 6 months onwards. Pantang kot? Ikut saje :)

6 comments:

  1. Good luck! Hehe. Anis doakan yang terbaik untuk Along n the new family.. :)

    ReplyDelete
  2. babe..sama la kita..sempotttttttttt.bila awk da rasa baby pny movement lg sempot sbb nnt tetibe dia mngeras.sj dia nk manja2 and nk bg tau yg dia ada kat dlm..heee~ ms tu la nnt nk kene pujuk lak soh dok diam2 blk..pa pe pon take care k.=)

    ReplyDelete
  3. Sweet moment.. Once baby dh kuar, awak will miss this moment so much tau... Teringin nk pregnant lg... Hehe...

    ReplyDelete
  4. nice tips.. next week cukup 3 months utk gi checkup kat spital gomen

    ReplyDelete
  5. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  6. This is very helpful! Thank you!

    Btw Sha, nak tanya, kat klinik ibu dan anak mmg boleh pegi everyday ke ada hari tertentu mengikut kawasan?

    ReplyDelete