Sunday, July 3, 2011

Alahan mengandung

Kandungan aku dah masuk hampir 7 weeks. Rasa mual, muntah makanan, muntah air bagai semua ada. Ramai orang pesan, suruh aku sabar sebab semua perempuan mengandung dalam fasa trimester ni pernah lalui benda yang sama. Tapi, aku tahu bukan semua. Syukur bagi sesiapa yang tak ada masalah macam ni berpanjangan. Aku patut bersyukur juga, alami alahan ni sebelum baby dalam perut besar. Bayangkan perut dah besar, kau muntah-muntah dalam sinki? Tak bahaya? Saje aku pujuk hati :/

Sekarang aku buat apa pun tak boleh. Bangun pagi rasa mual. Kunyah roti atau apa pun tak jalan. Asam pun sama. Tak boleh nak elak dari kunyah asam. Takut nanti efek darah tinggi. Tapi, ramai kata boleh hilang rasa mual dan loya. Ah! Sama je. Setiap kali minum susu, minum air or whatever sure muntah balik. Badan memang penat sangat. Lembik. MC 2 hari. Tak daya buat apa pun. Mabuk. Kepala pusing.

Sambil aku rest kat rumah, Mama, Ibu dan Mak Mertuaku ada datang ziarah. Comel je diorang. Pantang dengar aku tak sihat. Terima kasih semua! Aku pun ada baca komen-komen rakan mengenai jaga kandungan dalam FB. Ada suruh buat dan makan itu, ini. Aku baca cuma tak terbalas dengan perkataan TERIMA KASIH. Sungguh aku appreciate sangat. Terharu ada juga yang sudi lemparkan semangat. Dalam merasa dunia baru dalam hidup aku, aku perlukan segala supports, comments and recommendations from experienced ladies.

Para suami pun boleh. Welcome je! :)

Semalam Mama paksa aku pergi klinik. Dia dengar suara lembik sangat dah. Aku baru muntah sebelum Mama call untuk tanya khabar. Hubby suruh bangun untuk bersiap pergi klinik then terus nak hantar ke rumah Mama. Rest kat sana. Aku pergi klinik yang sama untuk check pregnancy hari tu. Klinik Ajwa. Doktor tak payah cakap banyak, dia tengok tangan aku and rasa body aku panas, terus kata kena waterdrips. Atleast 2 pines of water. Ambil ubat tahan muntah. Siap kasi Obimin pills lagi. Hari tu doktor lain kasi aku Acid Folic pills. Confuse nak makan Obimin sahaja or both.





Hubby teman paling setia sekarang :)



Dia memang paling banyak SABAR dalam jaga karenah aku. Aku bersyukur sebab dia boleh lagi LAYAN aku. Aku tengah sakit, dia layan. Alu tengah emo GILA nak mampus, dia layan. Aku tak boleh nak masak, dia layan. Aku tak boleh tengok muka dia pun, dia layan. Tak tahu hanya mind set atau whatever, kalau tengok muka dia, aku rasa nak muntah. Gosh. Maafkan baby.

Sebelum pergi kerja, aku muntah lagi. Sepanjang perjalanan ke office, aku tidur. Kena pejam mata kalau tak, pening. Kang tak pasal kena pull over nak muntah. Yes aku sediakan plastik but, siapa lalu nak muntah dalam beg plastik? Tak nak lah. Nanti silap haribulan, Hubby tengah drive pun boleh muntah!

Aku drive pun tak boleh. Kena air-cond kereta tak boleh. Dengar lagu dalam kereta pun naik pening. Tengok TV cerita nyanyi-nyanyi pun tak boleh. Layan FB, Twitter lama-lama pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Kadang-kadang menangis kenangkan kenapa teruk sangat alahan. Ke semua ni mind set? Pendek kata apa aku suka buat before pregnant, dah jadi terbalik.

Aku tak manja. Tapi, benda ni aku tak boleh lawan T__T

P/S: Dengar ayat suci Al-Quran sahaja lepas ni :)

7 comments:

  1. sbr ye sha..
    yes i know ckp mmg sng dr yg mengalami nye kn
    kita pon pnh rasa
    so i know
    dulu pnh mengeluh nape kene rs sume tu but then my hubby ckp "tu sume pahala tau,cuba byg kn org lain ssh pyh berubat sana sini nk dpt baby tp kita senang je Allah nk bg.sbr sket ye..at least dosa terhapus"
    so itu la yg kita pgg ms mengandung ni.
    anggap je org yg x rs pe kita rs tu rugi
    ngeee~
    =)
    take care k

    ReplyDelete
  2. Wan Z,

    InsyaAllah awak. Thank you. Baik, kita akan pegang words tu. Allah turunkan dugaan kepada umatNYA yang Dia tahu kemampuan umat itu menerima. Sama juga dgn orang yang keluar masuk dalam hidup kita.

    ReplyDelete
  3. owh yes!!
    chaiyok!!
    stay strong k
    kita pasti boleh
    ngeee~
    senyum selalu

    ReplyDelete
  4. Pn Sha mesti tabah. Mula2 memang mcm ni bak kata org experience. InsyaAllah semuanya ok

    ReplyDelete
  5. akum...kita alami masalah yg sama. Saya dah masuk 2 bulan. Saya alami muntah,pening dan semua yg awak alami. Rasa sedih jugak sbb tak mampu nak layan suami dan uruskan rmhtangga. Sampaikan saya takut nak tunggu besok hari..sbb saya tak tahan bila sering muntah selepas makan,mual sampai mlm. Hari sabtu hari yg saya tunggu sbb saya dpt berehat sepenuhnya... :( masa tgh taip ni pun tgh tahan air liur yg rasa dah semacam..kejap lagi saya lari ke toilet sbb nak termuntah..tak tahan! bye

    ReplyDelete
  6. kita nye alahan sbijik sama la..ape pon xboleh.....huwaaaa

    ReplyDelete
  7. takpe..rezeki masing2..mcm saya mengandung alhamdulilah ok.......sampai org tak thu saya pregnant

    ReplyDelete