Thursday, February 9, 2012

Dah ada barang baik punya.

Semalam pergi juga centre tu. Hati mana tahan asyik kena bakar kena cucuk memanjang. Plus yang existing pulak selalu buat hal. Memang cari pasal.

Nak cari White. Tapi, tak ada stock pulak. So, terpaksa agreed with Black. Boleh match semua colors untuk baju dia.

Kalau nak ikutkan, menggigil jugak keluarkan duit semalam. Dah la in cash. Credit card tak ada. Debit card pun tak boleh swipe sebab excess limit. Kalau swipe Debit card kira aku tak nampak sangat amount yang keluar even function same like withdraw cash at ATM. Huhuhu.

Its OK. Kata ada rezeki nak beli. So, dah tertunai pun. Alhamdulillah mampu beli dengan hasil titik peluh sendiri.

The existing one Hubby nak jual. Tak tahu pun berapa dia letak. Alih-alih adik ipar called kata ada member dia nak beli. Member tu nak sangat. Err. Tak sampai hati nak jual sebab condition dia loose here and there. Kopak sana sini kot. Bak kata orang, bukanlah dalam tip top condition padahal aku satu-satunya perempuan yang guna. Bila riki price dengan Hubby, rupanya dia letak dengan harga yang TERSANGATLAH MURAHHHH~

Patutlah nak sangat. Aku just minta member tu tengok dulu condition barang tu. Kalau nak, ambil dengan harga yang aku tetapkan. Kalau tak setuju, tak pe lah then. Kira tak ada rezeki.

T___T

Sedih nak jual sebenarnyaaaa.

Barang baru pakai ni pun tak buat apa lagi. Tak pandai lagi kot guna. Kadang tu tak dengar. Kadang tu tak perasan pun. Bunyi apa semua tak setting. Adoyai. Maybe hati tak best kenangkan yang lama tu kena let go.

Sedih lagi!

Wednesday, February 8, 2012

I am almost there!

Minggu ke 38.

Alhamdulillah dah macam-macam aku lalui dalam tempoh 9 bulan mengandung. 9 bulan yang paling indah dalam hidup. Walaupun hakikatnya lebih kurang sama dialami oleh kebanyakan Ibu-Ibu lain. Tak kisahlah kan?

Started from 3 months morning sickness, twice MGTT, gaining appetite, BSP test due to diabetic case, placenta previa type II, air ketuban lebih la and baru-baru ni checked at 37w air ketuban kurang pulak. Bangun malam-malam sebab kaki kejang cramp bagai after menggeliat dah biasa. Daddy bangun urutkan. Nasib baik beliau jenis senang jaga. Dapat bayangkan kalau our baby nangis, beliau kot bangun dulu :')

Daily foot massage by Daddy. Hehe. Serba serbi dilayan bak Princess. Nak itu, nak ini i just said. Nak makan itu, nak makan ini orang keliling akan tunaikan. Termasuklah Mama, MIL, colleagues, Hubby of course and the rests. Kalau beli kuih or apa-apa nak makan, surely i get the discount or special price. Bestkan? Tapi, setakat 9 bulan je laaaaa. Lepas tu, jangan haraplah brader! :/

Kalau bab kemas rumah, aku akan biasakan diri untuk buat. Hubby tolong. Aku perlukan some exercise. Still mop, still basuh toilet, still vacuum and still basuh lipat kain apa semua. Selagi terdaya tak ada salahnya kita buat. Nak serahkan bulat-bulat to Hubby, nanti kita pulak tak puas hati. Maklumlah lelaki. Kesian jugak tengok beliau kadang tu terkial-kial sebab tak biasa. HAHAHA. No worries, Daddy! You've learnt much! Thanks for helping me, dear! :)

Sempat jugak bisik kat babyangel, "Sayang baby Mummy, nanti dah besar tolong Mummy ya! Kesian kat Mummykan?"

"Eh Daddy? Heh Daddy kena ajar baby sepak bola!"

My body? Gaining so much fat here and there. Chubby sangat. People called me as Bulat! But, I am still cute mommy! =D Mana tak nya aku rasa aku boleh telan apa saje. Boleh makan in much quantity from normal. Cuma sejak Doc traced ada Diabetic yang aku start to control my weight, eating food everything. Then timbang, boleh turun berat badan dan ada satu bulan tu tak naik langsung. Maintain sampailah sekarang.

Kalau nak diingatkan balik, macam-macam pengalaman untuk dikongsikan. Cuma aku bersyukur sangat sebab dapat peluang merasai nikmat Allah SWT yang tak terhingga ni :')

Sekarang aku tengah tunggu kelahiran baby pertama in few days. Berdoa agar kami berdua selamat hanya itu yang mampu ku lakukan.

InsyaAllah.

Saturday, February 4, 2012

False Alarm

Assalamualaikum.

Baru selesai mandi, Maghrib, Yasin. Terus grab laptop macam tak sabar nak cerita pengalaman False Alarm semalam. Kelakar malu kalau ingatkan balik. Ni lagi pulak nak cerita kat orang betapa dombonya Mummy sorang ni.

Petang semalam macam biasa aku drive ke office Hubby untuk pickup dia. Nampak saje kelibat dia aku terus beralih driver seat. Kali ni aku turun kereta dan berjalan ke passenger seat. Biasanya aku akan 'jump' tanpa turun dari kereta tak padan dengan perut boyot 9 bulan selamba langkah besar. Kadang tu bontot terkena handbreak. Sakit. Kadang tu kaki terkena gear. Dah bergegar gear tu. Kadang tu salah landing. Paha terkena tempat seat belt tu. Adoi menjerit. Panjang pulak nak cerita pasal tukar seat hewhewhew.

Kebetulan elok je aku labuhkan bontot, turun cecair atau liquid yang memang serupa air kencing (sorrylah bahasa kasar) habis basah panties and seluar office aku. Tapi, serious tak banyak pun. Memang konpius gila. "Eh b! Baby tak tahu lah keluar air apa ni. Baby tak rasa nak kencing. Tapi, keluar mcm air paip!"

Apa lagi, Hubby aku gelabah la. Tanya nak terus ke hospital atau klinik. Aku minta dia drive dulu sementara tu aku sms and call siapa je terlintas dalam otak. Rata-rata aku call semua minta aku shoot ke hospital terus sebab mostly tahu results air ketuban aku kurang lepas buat check up. Oleh sebab diorang tak nak aku tanggung risiko, aku ikut pendapat semua. Tapi, sambil call Makcik Ton, Mama, Mak, kakak ipar, aku gelak-gelak. Sebab aku betul-betul ingat macam bukan air ketuban kot. Sebab teringat Nurse kata kalau air ketuban pecah, memang lencun satu seat, satu katil or atas apa saja bontot aku landing. Yang ni memang tak lencun pun. Just basah satu envelope yang aku buat alas kebetulan ada kat seat belakang.

Hubby aku memang nak shoot ke hospital pun. Dia takde makna nak teragak-agak nak pergi or tak :')

Waktu tu aku tak rasa sakit pun. But, before that adalah rasa perut mengeras itu pun time nak balik. Tanya my colleague. Ala suami orang. Bolehlah percaya kot. "Eh Hanis, aku rasa perut aku keras lah!" Dia jawab, "takkan kau nak bersalin dah kot. Baby kau gerak pusing-pusing tu." Lega sikit. Padahal yang rasa keras tu aku. HAHA bukan dia. Aku just ignored je lah keras tu. Sumpah tak tahu nak describe dan rasa tanda nak bersalin. Adoi dombo betul.

Dari KL (office kitorang suami isteri kat sana) ke Serdang tak adalah jauh mana. Cuma kejadian tu jadi dalam peak time orang semua balik ke rumah. Pukul 6 petang! JEM LAAAA T__T. Nasib baik jugak aku tak rasa sakit.

Sikit pun aku tak teringat nak check panties. Means singgah petrol pump mana-mana ke apa ke kan. Actually Makcik Ton suruh balik rumah dulu and check is either air ketuban or apa. Agaknya bila teringat air ketuban aku kurang iaitu bacaan 10 terus minta pergi hospital pulak.

Sampai je hospital, salah masuk bangunan rupanya :/ Hubby pergi park kereta. Aku masuk kat Lobby iaitu tempat lawatan pesakit. Adoiyai pun. Aku diasak soalan nak lawat siapa ni. Terus aku bagitahu yang aku sebenarnya nak check with Doc sebab ada masalah. Dalam hati, haii mamat ni tak nampak ke perut boyot aku ni. Mamat kaunter tu cakap jauh kalau nak berjalan ke Dewan Bersalin. Nampak jugak muka kesian dia, lalu offer nak sorongkan kerusi roda. Cepat-cepatlah aku tolak. Aku rasa boleh berjalan. Malulah! Bukan sakit nak terberanak pun :'(

Lepas register, staffness suruh Hubby ambilkan kain batik sebab nak check bagai kena buka seluar semua. Nasib baik dia parking kereta tak jauh sangat. Aku terus masuk dewan bersalin buat urine test, check heartbeat baby and kat bawah tu. Sebelum doctor nak seluk dengan Cannula (apa entah nama alat tu) aku panggil sudu itik je, sempat aku jugak aku tanya sakit tak. Doctor tu kata insyaAllah tak sakit kalau Puan beri kerjasama. Terus dia serodok masuk. Dia minta aku hembus tarik nafas rilex apa semua. Heh tak ada lah ngeri mana kalau ikutkan aku baca blog-blog Ibu. Maksud aku, tak ada lah sakit mana. Tapi, still sakit sikit jugaklah after that nak buang air. Tapi, boleh tahan.

So, dia keluarkan cecair putih tak jernih pun. Sebab air ketuban bentuk jernih. Doktor kata ini bukan air ketuban. It was discharge yang biasa Ibu mengandung alami. Just aku punya memang nampak cair gila. Means keputihan yang berlebihan. Patutlah rasa keluar cair biasa bukan pekat atau lendir. Doktor check jugak kepala baby dan bukaan cm. Dia bagitahu baby belum nak keluar lagi. Plus lagi 3weeks. So, dia kata aku OK.

Sempat jugak aku minta maaf sebab aku betul-betul tak tahu any signage of deliver. Doktor gelak je sebab bagus sebenarnya aku datang terus ke hospital untuk buat checking. Atleast, kalau ada apa serious, boleh avoid. Untuk kes aku, semua OK. Bacaan air ketuban pun tak turun. Maintain 10 (doktor kata itu bacaan normal pulak pening kepala aku lain doktor lain persepsi). Kedudukan baby pun OK Cuma tunggu masa je. Bukaan cm pun tak ada lagi. Uri pun cantik untuk bersalin normal. Semua OK. So, aku boleh balik.

Alhamdulillah aku & baby tak ada apa. Cuma kelakar lah sebab free-free je kasi doctor serodok kat bawah. Aku rasa macam nak cepat-cepat lari keluar hospital! Bukan apa. Adoiyai. Ala korang tahulah kenapa! Malas nak cerita kot.

Habis semua urusan kat hospital by 10.45pm. Lama betul. Kebetulan doctor pakar yang nak check aku untuk last part, ada emergency case kat wad bersalin. Pulak dia sorang je on call malam tu. Memang nasib la aku kena tunggu lama.

Lapar tak payah ceritalah. Sampai Shah Alam lepas setengah jam cari nasi laaa :/

Pagi tadi terpaksa EL. Serious tak boleh get up from bed. Kena berpaut dengan Hubby and semua benda untuk berjalan. Sakit teramat kat celah peha sebelah kiri. Nangis habis dah ingat tak boleh berjalan. After few hours, boleh jalan sikit-sikit but still rasa painful. Until now pun. Maybe cara aku duduk atau baring salah bagi pressure lebih on that. Tak tahulah. Tak tahu nak describe macam mana. Orang cakap tak lama dah tu. HEHE memang pun tak lama. Lagi 11 days je kalau tengok sitcker baby sebelah kanan blog ni.

Padahal lagi 19 days. It is me or sticker tu sengal?

P/S: Panik betul semua orang dengan drama petang aku. Nampak sangat diorang yang tak ready. Bukan aku! Adoiyaipunn. Semua bajet next week baru baby aku keluar rupanya. Haiii laa semua orang :’)

Friday, February 3, 2012

My Aim for Breastfeeding.

baby-bf by shasyalizz
Antara-antara Kebaikan BF
Tadi masa buat check up pun, Doc ada tekankan supaya after delivered terus bagi BF to the baby. Panjang lebar dia bercerita tak payah susah-susah aku attend Antenatal Class. Mostly Doc explained aku dah pun baca dalam artikel/blog about BF. Just refresh mind. But, cara dia terangkan everything tadi memang betul-betul she mean it. Sampaikan assistant dia pesan kat kita, next time kalau dah ada baby tolong jangan tunjukkan botol susu depan Doctor Silva. Dia memang anti-FM.

In fact, Doc ingatkan lagi time nak keluar bilik, biar pun susu kita kurang dan rasa tak cukup untuk baby. But, jangan sekali add on FM. Sebab baby akan kenyang until 4hours after minum FM. Then, rugi jelah the most antidot yang dia boleh dapat only from us. While for BF milk, baby just full about 2 hours. Dari situ, kita akan sentiasa susu kita dipam-pam keluar. Lama-lama akan jadi banyak untuk baby. So, don't worry. Just stick to BF.

Mau aku berpeluh dengar pesanan tu. Aku tak tahu how susah payah that ibu menyusukan anak. Aku rasa macam susah kot sebab Doc ada kata kalau tak well-prepared from aspect mentally & physically, at the earlier stagelah mostly Mother will be give up on Breastfeeding.

P/S: Mummy takkan putus asa before struggling untuk awak!

Thursday, February 2, 2012

InsyaAllah akan datang nanti.

Semalam tak keruan kitorang tidur. Sambil discussed serious matters on bed. Sambil ligat main game yang menguji our English vocab. Ala tak ada apa sangat. Use simple vocab je game tu. Langsung hilang rasa mengantuk aku yang pada mulanya terlelap kat kusyen ruang tamu.

Discussion tu berakhir dengan aku tertidur. HEHE. Dia? Kali terakhir mata lelap aku nampak sambil ketap bibir, tepuk dahi, mengeluh sana sini dan pusing kanan kiri. Resah memikirkan hal anak beranak kami.

"B, cuba traced back semua yang b keluarkan. Calculate one by one."

"Dah. B still tak tahu mana pergi dan apa yang b buat"

"Entahlah B. Baby rasa baby tak kacau and tak minta apa-apa dari B. Semua Baby buat sendiri. Guna Baby punya sendiri"

Dia senyap. Dia akui. Dia rasa dia terlebih buat.

Takpelah. Ada nanti. Sabar. Aku berharap apa yang akan dia buat lepas ni menjadi titik tolak berubahnya kehidupan kami sekeluarga. Aku sentiasa mendoakan agar rezeki-rezeki Allah turunkan itu menjadi milik kita. Doa selalu jangan lupa!

P/S: Tak payah nak suspen baca entry kali.