Tuesday, February 12, 2013

What a good reminder!


EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Assalamualaikum.

Round-round Facebook tetiba terjumpa artikel ni. Basically semua dah tahu pun akan hal ni tapi, aku paste kat sini as my reminder.

Jadikan pedoman hidup =)

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda di bawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Na’uzubillah..

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :-

1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup saje. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang entah apa-apa. Leka main Facebook/Twitter/Instagram, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Al-Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Atleast 1 muka surat sehari selepas Subuh or paling-paling pun 1 ayat Al-Quran pun tak ada masa. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Sekian. Thanks for reading peeps! =)

1 comment:

  1. Salam...nak minta izin copy paste ke blog ye entry ni..as a reminder to myself jugak :)
    Tq for sharing the article :)

    ReplyDelete