Tuesday, January 22, 2013

Recap of the development Syamil Rizqin.

Assalam people.

Hehe nak cerita pasal anak hewhewhew apa yang aku ingat padan muka siapa suruh tak jadikan menulis di blog as a commitment ;p

Video Rizqin kena buli. Oppppss!

7 months.

Aku ingat lagi Rizqin demam masa nak tinggalkan fasa 1 (1 bulan-6 bulan) untuk bayi HAHA suka hati aku je nak called as phase 1, phase 2. Orang tua kata dia nak belajar banyak benda lagi la tu oh okkaayyy betul agaknya. Aku biasakan dia berdiri berjalan gunakan walker but setengah young parents tak kasi ye la dah banyak parenting guideline researched out there yang membabitkan bayi tak boleh buat itu dan ini. 

For me, as long as they have reasons to explain this and that then its no doubt eventho aku ada suarakan pendapat aku tapi, its 'hard' to consider ala tak apa la anak OK saje sampai sekarang. Alhamdulillah.

Bukan tak tegas.

Aku rasa korang faham. Atau buat-buat faham saje lah.

Syamil Rizqin dah start makan solid food cuma sekali sehari saje time ni sebab bayi still perlukan susu ibu as their main nutrisi. Heee mengikut apa yang aku baca, baby 7 bulan tak perlukan makanan tambahan lagi pun tak apa.

Tapi, kau berani nak cakap macam tu kat orang tua yang jaga anak kau? :'D

Clap! Clap! 

Rizqin has recognized his name since 5 months young.

Oh masa ni Rizqin dah kenal orang meaning dia dah pandai pilih orang kalau pandai melayan dia. Anak aku suka berkawan wei. Boleh lupalah sekejap mummy & daddy dia kalau jumpa geng -__- Tapi, kalau tiba waktu dia nak kita 'melepet' saja dengan dia haaa masa ni siap la. Apa yang aku buat is aku selalu bawa bakul mainan dia letak bersama aku, biar dia main dan dalam masa yang sama kita boleh buat kerja.

Orang tua kata jangan terlalu angkat sangat kalau dia nangis sikit nanti terlebih manja. Ini daddy dia punya kes. Aku rilex biar dia nangis tapi suami la tak sanggup dengar. Sobsss.

Budakici dan pandai duduk sendiri tanpa sokongan =)

8 months.

Dia dah pandai pegang dan jatuhkan barang dengan sengaja untuk tarik perhatian kita. Lepas tu cepat dia main cekak cekup tangan dia sambil gelak-gelak suruh nyanyi lagu "Cak cekup udang gamit, minta kapuq bagi kunyit". Hehe suka sangat lagu tu awat hang. Tok-tok dia (sebelah Mama) la ajar ni. 

Comel dah ada gigi.

Yes umur dia 8 bulan baru tumbuh gigi bermua dari bawah, atas, bawah, atas hehehe semuanya ada 4 batang gigi! Alhamdulillah dia tak demam. Risau juga dulu ramai kata nanti tumbuh gigi anak akan demam teruk la siap kena beli cream apa entah. Hohoho kalau ikut cerita Twilight dah berapa kali agaknya aku jadi vampire forever dek kena bite by this cute baby! Roarrr.

Haha tak boleh tengok gambar ni der. Yo-yo-o diskas isu semasa dengan nenek ;p

 "Nak muscle? Come & join me! Jyeah! 96, 97, 98, 99, 100, 101, 102..."

 Pandai minum guna straw selama ni just minum pakai cawan. Botol tak nak langsung kalau isi air.

"Mummy ni terhegeh-hegeh pilih gambar kahwin, tak cuci lagi sampai sekarang. Meh la kita buat!"
-___-"

Dia masih belum merangkak lagi still mengesot meniarap tapi rajin berdiri heh terlebih advanced pula dia. Korang tak perlu risau. Baby ada jadual perkembangan dia sendiri. But, with skills yang dia ada insyaAllah potensi untuk further step itu ada cuma lambat atau cepat sahaja =)

9 months.

Manja. Suka kita layan dia. Kalau buat sesuatu dia akan jadi terlebih suka nak buat lagi kalau kita give him a big hand! Pandai lambai tangan, pandai salam people, pandai cium kita bila diminta hee dah faham kita cakap rupanya! "Oooo kalau mummy panggil tapi awak buat-buat tak pandang boleh pulak senyum tu maknanya awak sengajakan?! Eeee cubit kang!" Aduhai dah besar anak mummy.


"Heheh tengok gambar sendiri kew?" Mungkin aku nampak konservatif tapi itu la memori dia nanti bila dah besar kalau kertas album tu lapuk dek zaman lagi la HAHA.

Sometimes i look as a joker to him :')

Wee tertunai hajat nak bawa my babyangel jumpa kak CT! Aku pun lebih setahun tak jumpa beliau. Rindu membuak. She is still humble and very down-to-earth apa yang penting she is remembering me! Ouchhh touched :')
Credit pic: Rylnn Ahmad.

Ok enough said that my behavior pose in front of camera is running in his blood. Ngeh ngeh ngeh.

Peduli apa toys siapa pun. Phew. Dia memang jenis suka berkawan.

10 months.

OK paling best masuk 10 bulan ni adalah Rizqin dah start merangkak. Mulanya aku kisah jugak la bila kala anak aku ni nak merangkak macam baby lain sebab ada kawan cerita mana-mana bayi tak boleh skip even one step in his/her development progress ada risiko bakal kita facing kalau tertinggal what more dia ada story to prove. Then tipulah kalau kau dah dengar macam tu dan kau tak risau.

But, aku slowly berlagak cool maybe faktor berat badan anak aku susahkan dia crawling dan mungkin akan skip the step.

Hee alhamdulillah he managed to crawl finally! Sekejap pun tak apa la asalkan ada. HAHA itu la sikap young parents gabra tak bertempat. ;p

Kalau korang nak tahu aduhai macam-macam Rizqin boleh buat lepas menjangkau 10 bulan ni. Antaranya dia dah expert turun katil atau sofa dengan betul cuma naik je lah belum lagi hehe
tapi tak boleh lepas tangan juga mana tahu tersilap langkah boleh tergolek kang. Dia dah boleh berjalan sambil pegang sofa dan kadang tu eksyen lepas sekejap dua belah tangan then berdiri tanpa sokongan. Amboi anak. Mummy yang seghiau..!


Imbangkan body. Nampak anak mummy dah kuyusss laaa! Heee dari tepi ;p

 Tempat mainan dia hehe terhantuk, nangis berapa kali tapi now dah pandai berhati-hati jarang dengar dia terhantuk comelnya awak :')

 Bersembang sambil gigit telinga rabby :/

Oh ya Rizqin sangatlah attractive with animals pantang turn on Animal Planet channel sure dia beralih dan hayati sampai boring. Huh lama juga sempat masak 2-3 lauk. Same goes to if dia belek buku ada lukisan binatang. Emm mummy teringat masa mengandungkan awak, banyak baby binatang datang rumah tau. Mummy pernah terserempak baby ular, baby lipan masa tengah solat, baby anjing yang taknak keluar dari rumah sampai jiran india cedok angkat dia dengan cangkul, baby kucing yang setiap pagi dok mengiau-ngiau gesel kaki mummy. Kenapa ya?

Dalam dok best-best kita tengok cerita tetiba keluar la signal entah apa-apa kekadang tu mummy & daddy terpaksa layan cerita 'skrin biru'. Awak marah kalau mummy ambil remote dari awak -__-

Heee dah pandai suap makanan sendiri. Tapi, semua benda awak kutip, Nak. Mummy pernah keluarkan serpihan kayu, bekas penutup plastik kecil, lego kecil dari mulut awak. Tolong la Sayang jangan telan!!! T__T

Mulanya Rizqin takut sangat dengan tangga HAHA sampai mummy cop awak as staircase phobia ingatkan dah lega tak perlu fikir pasal keselamatan bayi dan tangga huuu rupanya awak berani. First time mummy nampak awak baling benda kat next case then aim panjat untuk ambil bendalah tu. Pandainya :')

What are you trying to do, my dear? -_____-

Pantang daddy stop kereta kat traffic light or reach any place, Rizqin cepat lungsurkan diri dari pelukan mummy untuk grab the stereng then berlagak dengan gaya sengetnya kadang tu macam F1 driver pun ada. Penat mummy time ni ye lah asyik dok angkat pi balik budak 11 kgs! Ringan sekampit beras saje ;p

Panjangnya entri dah nama pun recap gasaklah korang baca.

Ok sambung sikit je lagi.

Bila mummy tanya "Rizqin nak susu tak?" awak respon cepat toleh kat mummy standby buka mulut macam mulut burung kalau awak lapar. HEHEHE.

Dia faham bila kita tanya "Rizqin, jam dah pukul berapa?" atau "Rizqin, what is the time now?" Mata dia melilau cari wall clock. Emmm siapa ajar entah. Daddy kot? Sebab daddy selalu make sure that you should get sleep by 10pm senang mummy & daddy nak buat apa-apa  kerja. Kahkahkah.

Rizqin dah mula react to bunyi yang menakutkan macam bunyi anjing, mercun, pintu terhempas, guruh kuat mostly big sound la, dia mudah terkejut then nak nangis hehe selalunya kena tenangkan dia dengan cakap "Mummy ada, tak ada apa lah itu just guruh, anjing bla.. bla.. tak payah takut ya"



Alhamdulillah. Lepas ni mummy nak ajar Allahuakbar letak tangan kat dada and how to perform doa. InsyaAllah :')

P/S: Seronok tengok perkembangan anak. Antara yang aku ingat aku paparkan di sini. Lepas ni nak buat entri satu per satu. Letih la selambak nak cerita -__-"

No comments:

Post a Comment