Thursday, January 17, 2013

Teringat interview dahulu kala.

Gempak betul tajuk entry kali ni. Guess what? Mesti korang nak cakap aku nak berhenti kerja baru lepas interview at new company kan? HAHA salah! Aku still working in present company. Tak ada niat langsung pun nak quit ke apa even dah banyak kali cakap to do so. Mungkin belum masa lagi kot? Rilex dulu ah. Plus tak dengar pun ura-ura management kata tak perlukan aku. Kah kah kah. Ok shut up takut jadi betul. Err.

Teringat lagi masa aku datang kerja kat company Wazlina ni. Time tu aku bekerja di Shah Alam which was near to my stay. Berniat nak cari kerja kat KL asalnya konon nak ikut boyfriend aku sekarang dah jadi Suami tercinta HEHE. Suddenly one day dapat panggilan interview dari Mr Foong (HR Manager) untuk position Account Executive apalagi bagai pucuk dicita ulam mendatang aku terus said YES. Tanpa application tau! Kelakarnya aku pun tak tahu company Wazlina ni buat apa. Tapi aku sempat tanya Mr Foong, mana dia jumpa resume aku. Dia kata dia google search via Jobstreet. Oh yes i was updated mine =D

Susah juga sebenarnya nak cari pejabat Waz Lian Group of Companies seperti diberitahu oleh Mr Foong. Called up receptionist hee kak Farah Julie yang answered. Walawei garang seh tukang angkat phone ni yup that was my first impression on her. Minta direction je pun tapi balasnya macam aku minta nak beli bangunan :/ But, itu dulu. HAHA sekarang kami jadi colleague yang baik ecewah jek sikit. =))

Aku diinterviewed oleh Mr Foong (HR Manager), Boss Safian (Director KL office) dan Boss Latif (Director Sabah office) kebetulan he was here. Besar sungguh pangkat-pangkat yang interviewed aku berpeluh juga nak menjawab time tu but they were nice at that time. Kira dalam hati aku terdetik la, "Best juga kalau dapat kerja kat sini! Bosses baik!" Ngeee mentang baru dapat bonus ;p Ok dalam masa 3 days they had promised to call if aku terpilih. Alhamdulillah Ms Eve called me and minta aku datang on 2 Jan 2010. So, pada 4 Jan 2010 aku lapor diri di Wazlina Sdn Bhd dan bekerja dengan penuh keikhlasan sampai hari ini dah masuk 3 tahun. I'm blessed. Pecah rekod aku kerja paling lama HAHA sebelum ni setakat 2 tahun aku cabut. Hah bukan sesuka hati tapi ada la masalah yang tak dapat dielakkan eventhough lepas sebulan aku di Wazlina, my ex-boss still calling to counter offer. Ask me to come back. Sorry Ms Carlis :/

Ok nak dijadikan cerita aku rupanya adalah orang pertama menjawat jawatan as Account Exec di Wazlina. Selama ni boss minta tolong HQ staffs (Waz Lian Enterprise) buat segala financial report iaitu Ms Lum (HQ Account Executive). She is one of my best colleague here. Dia banyak guide aku to do this and that until i managed to do on my own. Plus aku tak pernah join mana-mana construction company before so memang zero knowledge. Setiap company berbeza cara captured expenses and income ikut industry and ada juga 100% by boss's decision. Terpulang. Cuma ada la aku tak berapa puas hati regards the way how they practice the things but what can i do? Just follow the flow as long as i can feed my family with HALAL sources. InsyaAllah.

Itu cerita aku.

Hari ni rakan sekerja aku, abang Zack dan abang Faisal sibuk dok interview people untuk post Admin Assistant. Dengar schedule full house today sambung lagi esok kot. Bukan main seronok lagi dok ambil gambar curi then hantar kat WhatsApp group untuk jadikan topik. Tak baik tau tapi aku pun sama dok bahan HAHA. Kriteria yang diorang tetapkan candidates mesti bawah 20 tahun, cantik, sexy, pakai skirt dan paling penting SINGLE. Alasan sedap mata memandang dan ada motivation hari-hari datang kerja include Sabtu Ahad pun. ;p Paling teruk alasan mereka kat company Wazlina, ladies dah TAK HOT mana dan boleh mengaku tersilap ambil kami yang awal-awal lagi pun tak cun.

"Dulu kami pun ada pilih juga calon untuk orang account semua kami pilih yang pakai skirt tapi, Sha yang datang emmm TERPAKSALAH kami terima."

Tak guna. -__- 

Tak sedar diri agaknya ingat calon-calon tu nak kerja ke tengok yang interview diorang orang-orang tua kalau senyum pun nampak muka gatal memasing. Grrrr!!!



LOL! *Gelakgulingguling*



No comments:

Post a Comment