Thursday, January 3, 2013

Mummy, i need no a salt..!


Hahahaha kalau baby boleh bercakap seawal baby :')

Okay be serious as you can see how 'ketat' my face when i am talking about baby below than 1 year tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya. Read out. *facepalm*

Kenapa?

1) Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.

2) 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam-garam tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula. 

3) Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

4) Kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 3 tahun cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari) 

Fakta baru diperolehi:-
Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu. 

Jadi harus makanan bayi kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?
Bayi mana tahu rasa - tapi my chikibam tahu. Kalau tak sedap, dia sembur. Then how? Aku gantikan garam dengan perisa ikan bilis baru nampak dia berselera kah kah kah =D

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. Pastikan setiap makanan yang ditinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

So ibu-ibu sekalian, percayalah kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Seringkali dengar pepatah dari orang-orang lama, "Kau apa tau, kami dah MAKAN GARAM dulu sebelum kau dilahirkan.."

Ambil peduli untuk menjaga hati tapi jangan peduli ketika menyediakan makanan baby awak ya.

Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Kehebatan seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Akhir kata jadilah ibu bapa yg prihatin =)

Peace yo!

Credit: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

1 comment:

  1. "Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Kehebatan seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian."

    Best ayat ni :')

    ReplyDelete