Monday, June 6, 2011

Wedding Reception at Ipoh

Salam.

Satu-satu update about my wedding even dah lama berlalu. Hari tu update on Mama's side. Now, aku cerita about reception done by my Abah!

Date: 29 May 2011
Location: Taman Bercham Jaya, Ipoh (Rumah Abah)


Actually after had reception at Wisma MBSA tu, we straight away went for honeymoon at Cameron Highland! Best wooo! Pergi berdua with orang yang kita sayang. Manja-manja kat sana. Tak ada siapa kacau or busybody. Bagai dunia ini aku yang punya! Haaa tersentap tak? Kahwin la cepat! HAHA.

After we came back from honeymoon, kami sama-sama bertungkus lumus dan bergelumang dengan air. BASUH RUMAH. Pfft. Penat sangat kot. Atas bawah both of us yang cuci. Air sabun sebeban tak masuk air tanah untuk samak lagi. Berus, sapu, mop. One thing la, lucky Hubby tak kisah nak tolong aku cuci toilet. Selama 28 tahun aku hidup, aku tak pernah cuci toilet. Serius. Bukan aku geli or whatever cuma entah aku tak dibiasakan mungkin. Semua maid buat T__T. Before ada maid, Mama lah tolong basuhkan. Sebelum ni tinggal dengan Akak, dia laa yang cucikan. Bilik air share. Nasib baik!

Selesai cuci rumah, on the next day terus bertolak ke Ipoh. Naik Savvy berempat. Aku, Hubby, Akak and Ina (my sister). Diri terasa penat. Lucky tak demam. Sebelum ni aku mudah jatuh sakit. Orang lain demam, aku terkena jangkitan. Aku penat, terus dapat demam. Sekarang macam dah OK pulak. Amalkan Vitamin C insyaAllah. Sekarang ni nak pekena supplement Spirulina and Vitamin C. Kalau ada lebih duit poket, nak amalkan EPO sesuai untuk hormon. Sejak berkahwin ni, pelbagai hormon aku rasa. Belum pregnant lagi ni. Adoi.


Pasal Abah buat reception tu, aku mulanya minta sesimple-simplenya. Ibarat cukup dgn kenduri doa selamat. Hanya untuk bagitahu family Abah, jiran dan kawan-kawan Abah yang beliau sudah dapat menantu. Tapi, someone told me that biarlah Abah buat ikut kepuasan diri dan kemampuannya. Untuk anak sulung. Apa salahnya untuk beliau merasakan scene sambut menantu yang istimewa. Aku biarkan Abah dengan keputusannya. Sikit-sikit aku bertanya apa progress. Kesal sebab aku BUSY uruskan hal resepsi kat Shah Alam dan Abah pula di Ipoh. Jarak seminggu untuk kedua-dua majlis. Dah la Abah seorang diri kat sana. Ibu (my Stepmom) pulak kerja kat Shah Alam. Takkan nak ambil cuti lama pula.

Kesian Abah sampai demam uruskan semuanya. Tapi, aku bangga dengan Abah sebab beliau amat particular on what he is doing. Hasilnya majlis aku yang nampak simple itu sangat tersusun dan goes well! Pendek kata semua is FINE! Tak sangka sangat. Oh ya! Abah aku memang seorang pengemas, pembersih and organized person. Beliau boleh hidup seorang diri di Ipoh tanpa Ibu. Beliau seorang weken husband. Sebenarnya banyak lagi aku perlu belajar dari Mama, Abah dan Ibu tentang how to manage our marriage in smooth way. Adatlah sayang, setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kita belajar selagi boleh belajar dengan sesiapa pun asalkan mereka are knowledgeable! InsyaAllah =)

Banyak kenalan Abah yang aku jumpa. In fact, yang kenal aku since i was kids pun ada. Tak sangka dah kahwin! Cantiknya anak you, Nan. Samalah muka you dengan anak you! Sweetnya your dotter! Rata-rata aku dengar pujian. Bukan nak cerita bangga diri. Bukan. Aku sendiri terkejut ramai sangat kenalan Abah yang tak tahu Abah punyai anak gadis yang dah kahwin. FYI, we all 5 beradik perempuan. My second sister will turn up to be someone wife soon!


Abah forever =)

Talking about my reception, malam tu Abah buat majlis tahlil panggil orang surau untuk bacakan doa agar majlis esok harinya berjalan lancar. Great, right?





Orang baca Yasiin, kitorang masuk contest siapa paling ayu dalam gambar :)

Esok paginya aku bersiap untuk majlis Khatam Al-Quran. Ibu called her Marhaban members to fill the slot. Abah suggest kami bertiga iaitu me, Nellie (my forth sister) and Waina (youngest sister) together to recite Al-Quran. I saw Abah's tears dropped. He was touching perhaps. Thanks Abah for given us chances.


No pelamin. Simple reception. Food very good in taste! Cukup and tak berlebih. Ngam-ngam. Bonda Catering memang well-known kat area Bercham ni. Memang tip top and very care about their serviced. Thanks!

DJ also best. Cuma ralat sebab we both just wear normal wedding suits means just pakai baju kurung moden. So, with simple costume, DJ tak recognized pun mana satu pengantin. HAHA. Dia bebel a bit on mic cari-cari pengantin. Tau, tau je tengah makan. Tau, tau je tengah bergambar. Tau, tau je tak ada kat khemah. Sebab we all tak inform dia apa-apa pun. Siapa pengantin, siapa yang datang, aktiviti apa pun la. Kata Ibu, kita nak dengar lagu-lagu je. Tak nak dengar DJ bebel. Keh keh keh. Ibu cover silap kami. Then, cepat-cepat minta maaf kat orang PA system tu. Kesian diorang.

Doorgifts pula ada extra. Tapi, takla berlebih gila. Lega. Semua Abah yang uruskan. Ibu dan Adik-adik seminggu sekali ada balik Ipoh hulurkan bantuan. Thanks Ibu and Adik-adik. Tak lupa kepada family Ibu's side. Rehan, Makcik Shikin, Mak Yang and others. Thanks! =)





Siap ada Guestbook ;)

Thanks to all attendees! You guys so cool. Datang dari jauh semata nak lihatku eye-to-eye. Cherish you! =)



My sister, Ina, was make over me. Pandai dia buat teknik shading :)


Ibu with Ina & her fiance, Hafiz.


Rombongan lelaki makan beradap.


Cut cake event.



THANK YOU ABAH! MMUAAAHH! =)

1 comment: