Sunday, June 12, 2011

Sebulan Kahwin.

13 May 2011.

Date yang sah jadikan aku naik taraf as wife's someone. Terima kasih Allah. Kau memang bijak rencanakan apa yang Kau mahu.

Dari awal perkenalan kami yang hanya direkomenkan by collegues until aku dan dia ikat tali pertunangan dan sehingganya kami diijabkabulkan. You guys boleh baca story Cinta Sha & Saleh. Semuanya teratur eventhough ada onak-onak ranting kayu sepanjang perjalanan kitorang. Alhamdulillah =)

Bermulanya episod aku menjadi isteri kepada En Salehuddin Sabtu. Tinggal di kediaman rumah teres dua tingkat. Alhamdulillah juga kitorang diberikan rezeki yang rata-ratanya berkata our life is OK! Slowly aku dan dia lengkapkan rumah dengan perabot basic like friedge, washing machine, cabinet, bedroom set, dining table and TV. Perbelanjaan dibahagi dua. Kadang-kadang aku terpengaruh dengan suara-suara jahat yang zahirkan sepatutnya perbelanjaan rumah seperti perabot, rumah dan makan adalah daripada suami. Bukan kau. Bukan separuh dari kau pun.

But, bagi aku. Aku terima kehadiran dia dalam hidupku. Aku bukan kahwin dengan anak Dato' yang semuanya tersedia. Tinggal cuci kaki masuk rumah. Macam Nora Elena. Bukan. Aku bukan macam tu. Aku berkahwin dengan insan biasa yang perlukan bantuan aku juga untuk menjaga hal rumah tangga. SAMA-SAMA. Aku bersyukur aku punyai family dan rakan taulan yang baik bagi 'sesuatu' untuk hadiah perkahwinan kami. Terima kasih. Hanya Allah dapat balas jasa baik kalian. Aku tak menyesal. Bersama dia susah payah bina keluarga dari awal, insyaAllah kitorang akan lebih kuat untuk pertahankan semua benda jahat.

Aku pernah minta advice dari family dan rakan terdekat. Mereka sependapat dengan aku. Malah galakkan perbelanjaan dirancang-rapi agar kitorang tak terduduk. Terima kasih lagi. Sabar dan bertolak-ansur. Kau boleh, Sha. Aku perlukan dia dan dia perlukan aku. Dia seorang suami yang baik. Sangat tolerate dan selalu consider setiap kataku. I'm so grateful. Orang kata lepas kita tinggal sebumbung baru kau tahu perangai dia sebenarnya. Yes. Aku terjumpa few weakness yang ada pada dia begitu juga aku. Aku tak kata aku perfect dan aku tak minta dia sangat perfect. Cukuplah kitorang saling mengingati.

Hari ni dah sebulan kami berkahwin. Cukup indah dan bahagia. Adatlah kalau tercakar sana, sini. Ala lidah pun kau boleh tergigit. Aku tak nak banyak. Cukup dengan perhatian dan kasih sayang dari dia. Aku manja. Semua orang tahu. Tak salah kalau dia layan manja itu. Aku pun kena agak-agak laaa. Takut nanti baby aku confuse kenapa Papa manjakan Mama lebih dari dia. HAHA. Eh! belum ada baby lagi. InsyaAllah we both berusaha ke arah itu. Doakan kami =)

Happy Monthiversary, Sayang! I'll be always be there for you. And please keep your GOOD attitudes as you are before.

P/s: Tak celebrate apa-apa pun. Just remember that sebulan sudaaa aku jadi isteri orang! Best! =D



2 comments: