Thursday, November 24, 2011

Sebelum & Selepas Kahwin.

Kalau dulu sebelum kahwin aku betul cemburu dengan perempuan yang sudah ada karier, suami dan anak. Aku rasa hidup mereka sangat lengkap. Aku lagi still terumbang-ambing fikirkan masa depan yang aku sendiri blur. Masih seronok dengan kawan-kawan tanpa batas. Maksud aku keluar rumah balik lewat malam. Berkawan dengan lelaki itu lelaki ini tanpa siapa nak merajuk. Buat aktiviti mencabar selagi rasa fizikal terdaya sebab nak jaga body. Perut pun tak buncit dan bontot pun tak besar sangat. *thumbs up both*

Aku bersyukur yang aku tak liar sampai jengah disko yang bagi aku tak ada faedah langsung. Buat sakit hidung bau arak, buat telinga jadi tuli dengan bunyi yang kuat, layan menari yang penuh ghairah, dengar suara sumbang yang sangat menjengkelkan dan layan segala ubat dadah yang boleh rosakkan maruah. Buat segala keseronokan tanpa guna akal. Bukan aku.

Dan kehidupan selepas kahwin pulak aku tak nafikan memang best ada orang jaga kita. Pagi-pagi celik mata ada Suami sebelah. Berkasih sayang bersama. Buat aktiviti bersama. Decide barang rumah apa nak beli bersama. Keluar duit bersama ehem. Buat anak bersama ehem. Apa sahaja berkongsi. Katil, tilam, bantal, tuala, pinggan semualah! Dalam pada tu, ada orang tak kurangnya cemburu pada aku katanya hidup aku kini bakal lengkap dengan kehadiran si Comel dalam perut aku. Alhamdulillah rezeki. Dan dengan itu pun, alignment body figure pun dah lari banyak. Hewhewhew.

Aku tahu sedikit sebanyak kita sentiasa rasa janggal dengan kehadiran dia sebagai Suami sebab sama-sama tak kenal true colors waktu berkawan dulu. Baik zahir baik batin. Aku tak tipu, kadang-kadang tu kami jenuh bergaduh untuk cuba adaptkan diri berdua. For me, thats natural way of being partner in our life. Kalau kita sayang partner kita, kita akan cuba mengenali dia biarpun sampai akhir hayat. Sebab manusia ni hati lain-lain. Jangan harap kau akan dapat pasangan yang kau aim time bujang. Siap list bagai. Tak semua perfect, kawan. Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang Dia kehendaki.

"Janganlah menetapkan suatu tempoh untuk mengenali pasanganmu, tapi belajar & kenalilah dirinya sehingga ke akhir hayat kalian berdua, kerana sepanjang tempoh itu kau akan sentiasa belajar suatu perkara baru tentang dirinya, menyesuaikan diri dengan keadaan itu, belajar menerima & terus menyayanginya sampai bila-bila.."
Namun, aku tak nafikan aku merindui zaman sebelum kahwin dulu. Tak banyak pun sikit maybe. Enjoy selagi anda boleh. But, do not judge other marriage if tak tahu hujung pangkal.

Ok bye.

No comments:

Post a Comment