Monday, November 21, 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda.

Aku seorang diri tengok bola semalam. Hubby pergi class. Dimintanya aku update setiap masa. Apa sahaja yang menarik. Dengan tekun aku pun update lah satu per satu. Sambil update dia, aku update status Twitter. Aku gemar bercakap dalam Twitter. Rasa orang lain tak kisah sangat sebarang status yang aku update. Beratus kali update pun orang tak peduli. Dan paling best, kita tak perlu berharap sebarang komen.

Dalam setengah jam game, Hubby called kata semua student resah nak tengok bola. Lecturer bagi pelepasan keluar awal. HAHA. Sporting habis. Memang timing lari sangat, Puan.

Memang hati mulut sumpah seranah habis player termasuk referee atas padang. Baik Malaysia. Baik Indonesia yang penuh sinetron drama. Macam tak waras kan? Kutuk player sendiri. HAHA. Cuba kasi aku bola try tendang, mampus menggagau. Komen pandai. Apa aku tahu aku tak hipokrit macam yang lain. Orang lain tengok bola, suppose player tu boleh shoot terus tapi, sasar ke laut. Tetap kata TERBAIK. Huh?! Ok. Lupakan.

Malam tadi memang baik sikit aksi game yang dipamerkan. Ikutkan memang letih gila main untuk 120 minit, tapi mereka tetap bertahan untuk kekalkan misi utama menang Piala Emas di Sukan Sea. Syabas! Haiii kalau boleh jantung gugur, dah lama kena kutip balik. Permainan yang sangat debarkan semua orang. Macam tengok World Cup pun ada. Area rumah aku memang bising habis dengan rumah bujang kiri, kanan. Termasuk kitorang berdua lagi. Masing² jerit puas raikan kemenangan Malaysia! Kalau tengok kat luar, mahu terbalik meja.

Apa pun, terima kasih untuk team Ong Kim Swee. Ada ONG nampaknya! Ikutkan hati, nak saje tunggu mereka kat LCCT. Tapi, apakan daya. PM kita tak kasi cuti. HAHAHA. Blah la. Menang sikit nak cuti. Serious aku bangga jadi anak Malaysia. Terpegun team Harimau kita boleh buat burung Garuda dah jadi Angry Bird! Aku puas sebab maruah Malaysia dapat dipertahankan even penuh cacian dan makian dari negara sebarang. Macam orang tak ada tamadun. Guna otaklah kawan! Mana semangat kesukanan?

Aku tak berganjak dari depan tv sampai habis. Tengok, tengok stadium dah kosong! =)



1 comment: