Thursday, November 10, 2011

Suka-Suka Kongsi Info Tarikh Lahir.

Actually ini adalah teori Dr Azizan Osman. Ramai dah ikut his classes. ramai juga yang dah pratikkan apa yang beliau sampaikan. apa yang saya nak sampaikan kat sini serba sikit info asas dalam calculate tarikh lahir dan tahu apa agaknya main character dalam diri. kalau ikutkan, banyak lagi classes untuk kita betul-betul belajar cara mengenali diri sendiri dan orang lain. cecah ratusan dan ribuan ringgit. tak ada masalah bagi yang berkemampuan dan really interested!

sorry kalau ada antara anda yang dah ikut class beliau tiba-tiba terbaca blog saya then jumpa some mistakes, sila betulkan ya. ok kalau bercakap dari aspek percaya atau tak, itu terpulang. Ini bukan ramalan. Ini adalah research yang beliau dan team beliau buat to billions of people out there. the core reason nak buat analisis ini adalah untuk kenali potensi, kelemahan dan kekuatan diri yang kita ada. Besides that, kita boleh recognized other people behaviour and attitude. Mana lah tahu boleh kita boleh get along with them. kalau jahat, kita boleh juga manipulate them! :)

jom calculate our date! for example saya share mine.


Klik for enlarge image.

nombor chasis saya adalah 3-3-9. so number yang paling akar dalam diri saya adalah 9.

SIAPA ADA?

Nombor 1
• Boleh jadi pemimpin (natural born leader)
• Tidak suka dengar arahan orang lain
• Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa dia lagi bagus.
• Suka memerhatikan orang
• Kreatif
• Banyak idea
• Pantang dicabar
• Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik
• Berdikari
• Positive thinking
• Sentiasa nak menang
• Keras kepala
• Sangat sensitif dan suka berdendam
• Selalu dipijak
• Perfectionist
• High expectation
• Terlalu berterus-terang

Nombor 2• Susah buat keputusan
• Confuse
• Easy to manipulate
• Ada kekuatan suara
• Tidak boleh tertekan dalam membuat keputusan
• Jujur
• Suka pada kebersihan
• Tenang
• Dengar tapi tidak semestinya dia buat
• Memahami
• Mudah bersabar
• Mudah simpati
• Mudah memaafkan
• Tidak tetap dalam membuat keputusan
• Sangat-sangat emosional
• High jealousy
• Boleh dipercayai
• Pengikut yang bagus
• Tahap kesabaran yang tinggi

Nombor 3• Aktif
• Mudah popular
• Menawan semasa muda
• Senang diberi tanggungjawab
• Mudah berkawan, kepoh
• Baran
• Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna
• Kurang sabar
• Peramah
• Nafsu tinggi
• Suka mengikut fesyen terkini
• Semangat tinggi
• Kreatif
• Artistic
• Egois
• Suka kritik secara terbuka
• Suka mengawal

Nombor 4
• Suka merancang
• Suka mencari ilmu dan belajar
• Membuat kajian sebelum buat keputusan
• Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession sebab mereka mahir dalam bidang technical)
• Bijak
• Tidak mudah putus asa
• Suka simpan wang
• Rajin kerja, etc
• Keras kepala, susah ubah fikiran
• Suka bersangka buruk kepada org lain
• Sangat kedekut dengan org yang tidak dikenali
• Suka logik
• Tidak berani ambil risiko
• Setia
• Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

Nombor 5• Suka mencari peluang, arah dan direction
• Workaholic
• Suka travel
• Mudah naik pangkat
• Their motto is "Life is a learning process"
• Ada genetic degil
• Adventurous
• Bertenaga
• Cita rasa tinggi
• Bernafsu tinggi
• Bijak
• Berani ambil risiko
• Minat berniaga
• Suka shopping dan boros
• Angin turun naik
• Suka bertangguh
• Daya tarikan tinggi (charming)
• Sexy (If perempuan)

Nombor 6• Mata duitan
• Suka mengawal wang
• High taste
• Kekeluargaan
• Pendamai dua pihak bertelagah
• Jujur
• Penyayang
• Mengambil berat
• Tidak pentingkan diri sendiri
• Menegakkan keadilan
• Tamak
• Bijak

Nombor 7• Love to argue
• Senang dapat pengikut atau penyokong
• Senang berkawan
• Cerewet
• Popular
• Suka benda mistik
• Suka berfalsafah
• Pendendam
• Analytical (suka kaji dalam2)
• Ada kekuatan kerohanian
• Good instinct
• Sensitive with surrounding
• Suka menyendiri
• Suka berfikir

Nombor 8• Bertanggungjawab
• Boleh dipercayai
• Pertahankan kawan
• Keras kepala
• Suka teratur
• Suka membantu dan baik hati
• Mudah simpati hingga tertipu
• Mudah tertekan, tak reti have fun
• Instinct hebat, boleh jadi bomoh
• Setia
• Materialistik
• Suka kuasa
• Ambitious

Nombor 9
• Good in public relation
• Senang dapat kawan
• Suka bergaya kemas
• Senang menarik hati org tua
• Bijak
• Global thinking
• Penyayang
• Suka kongsi dan suka memberi
• Sensitive
• Ikhlas
• Romantis
• Berbakat
• Understanding
• Gentleman (if lelaki)
• Emosional
• Jiwang
• Love yang over

OK next, semua ada 16 numbers kan? Combine semua. For example saya ada 1, 2, 3, 3, 3, 3, 4, 5, 6, 6, 9, 9, 9, 9, 9, 9. cara ni lagi tepat analisis mengenai diri kita.

And below are the meaning if you have the combination of:

1 2 3/1 2
• Boleh bercakap laju
• Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
• Kadang2 cakap tak serupa bikin/cakap kosong
• Suka cakap lepas/suka lawan cakap org
• Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat atau syair)

4 2 6/2 4• Suka share ilmu
• Pandai ceramah dan syarahan
• Boleh jadi motivator

8 4 3• Mudah bosan
• Banyak angan2
• Sukar berjaya if not focus
• Selalu cari peluang baru/kejayaan

5 7 3
• Senang bergaul dengan orang atasan/VIP
• Orang atasan senang percaya cakap dia
• Senang disabotaj, senang sabotaj orang

9 1 1• Suka berdikari
• Susah ada partner sendiri dalam syarikat
• Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
• Suka buat keputusan sendiri
• Boleh jadi org tengah
• Mudah berjaya atas usaha sendiri
• Keras kepala
• Senang dikhianati orang

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6Suka fikir dalam-dalam, tak suka share, mudah kecewa, tekanan emosi

4 5 6• Boleh jadi akauntan dan uruskan kewangan
• Mudah terlibat dengan rasuah atau penyelewengan wang

9 9 9Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tempat dikelilingi pokok
3 3 3/8 8 8• Mudah tertekan
• Panas baran
• Berpotensi jadi org berpengaruh dan berkuasa
• Pendendam
• Degil
• Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!

4 5 9Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat

6 7Senang belanja org

1 5 6Kerja outstation rezeki lebih baik

1 8 9Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

8 3Suka aktiviti luar rumah, tak suka stay in ofis atau rumah

3 3 6
Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

7 2 9/2 7/2 5 7• Ada pelaris semula jadi
• Daya tarikan yang tinggi secara semula jadi
• Menawan
• Senang dapat penyokong/pengikut
• Mudah yakinkan orang tetapi mudah confident
• Mudah disabotaj
• Kawan tidak setia sebab jealous!
• Hati-hati dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us
• Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!

Ada lagi!

Nombor Cermin. Nombor itu adalah combination of nombor S and T. Mereka sama both left and right. Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular JIKA anda fully used dari segi potential and direction which suits you. Kira BONUS la! =)

once dah kenali potensi diri masing-masing, kita sama-sama kick-off the negativity dalam diri, perbaiki setiap kelemahan diri, improve ability diri, appreciate the positivity yang kita ada dan take advantage atas potential yang kita sememangnya ada. insyaallah kita berjaya.

"allah takkan mengubah sesuatu keadaan melainkan kita yang berusaha untuk mengubahnya"

OKlah. Selamat mencuba! Sorry sepah sebab tak pandai guna software Adobe whatsoever.

1 comment: