Thursday, October 14, 2010

Cerita cinta Sha & Saleh :)

Nama pasangan:
Salehuddin Sabtu

Detik mula berkenalan:
We were officemates before but in different line and different subs co. We were totally unknown to each other. Aku dalam accounts department dan dia dalam customer service department. Serious tak pernah jumpa dan tak pernah tahu akan kewujudan diri masing². Until satu masa orang keliling bebankan aku dengan soalan "kenapa sha tak ada bofriend lagi?" "kenapa lama sangat single?" "kenapa tak berkawan dengan guys?" "guy macam mana yang sha cari?" "kalau ada lelaki nak kenal dan kawan dengan Sha, Sha nak tak?" Ah lebih kurang la ayat-ayat tu. Time tu aku rasa rimas gila. Apahal korang ni. Aku memang tak suka orang tanya macam tu. Pantang. Bajet bagus sangat kau. Dan nasiblah dengan orang yang mereka rekomen tu. At that time, he was very annoyed me. Yes, kami direkomen oleh orang lain untuk berkawan. Rasa pathetic sangat sebab masing² macam tak laku je.

At first, story about him. Dia memang tak percaya pada love. "ada apa dengan cinta?"Macam filem indonesia tu. Gila ego tinggi. Ada antara kawan-kawan sedepartment siap cabar dia untuk kenal dengan aku. Mereka kata they will cut themselves kalau Saleh tak terpikat dengan Sha. wth. Bagus sangatkah Sha? And for all time, mereka, mereka dan mereka asyik bercakap tentang dia. Aku memang rimas.

Oh ya, kami bukan lah sama dengan certain couple yang pandang tepat ke mata then turun ke hati. Bukan, bukan. Love at first sight pun bukan. Beronak jugak lah nak start bercinta pada mulanya. Dan Saleh adalah seorang yang bukan terima orang macam tu je. Dia akan selidik about that girl. Sesuai ke tak, anak siapa, attitude macam mana, boleh handle ke tak. Kami masing-masing dah single lama about 3-4 years. Dia kata nak pikat girls bukan main tangkap muat. "to tackle someone especially women, we need a strategy. It just like football. In football, you need strategy to win. Not just kick the ball". His trademark. Aku ingat sampai sekarang.

Teman sekerja aku pun tak habis-habis nak satukan kami. Asyik la bercerita tentang aku dan aktiviti aku pada tunang aku tu. And again he said nothing at all. Dia diam tak tunjuk response. Sebab time tu dia manalah minat aku lagi. Dia tak layan. Sampai suatu ketika aku demam, sakit, kawan-kawan ofis aku yang mintak dia belikan buah tangan ala-ala dia beli choc dan air kelapa. Konon nak tackle. Dia pulak jenis tak membantah. Ikut je sebab nak jaga hati. Bukan kehendak dia. Err. Sebab itu aku, kakak aku dan member aku yang lain assume dia sukakan aku. Sebab dalam masa yang sama, satu office perkatakan tentang kami. Dah macam zaman sekolah lak aku rasa. Padahal dia just diam tak kata apa-apa. Aku jenis outspoken. Tak suka, aku cakap. Dan keadaan itu memang rimaskan aku. Aku start annoying with people arround him. Seryes. Plus dia pulak selalu keluar masuk bilik accounts dengan alasan nak jumpa kakak-kakak dia. Eleh. Ke nak jenguk aku?

Bila semua dah jadi tak terkawal one time tu, dia panggil aku kira talk one-by-one to get all nonsense things over. Gentleman behaviour ada dalam diri dia. Dia pernah cakap "if i want you, i should tell you directly. tell you doesn't mean i directly say but it shows with determination and effort. that how the real love is all about" dia tak nak aku assume dia syok sendiri dengan aku. Jujur aku cakap aku tak pernah anggap dia macam tu. Aku rasa aku mula kenal dia sikit-sikit time tu. Dia memang bukan orang yang gelojoh nak bercinta. Dia guna akal. Orang keliling yang lebih-lebih. Bukan apa, dia nak no hp aku pun mintak sendiri dari aku. Boleh je dia curi-curi ambil dari kakak angkat dia iaitu collic aku sendiri, right? Tapi, dia tak buat macam tu.

When time goes by. Hati masing² mula terdetik. Dan aku tak tahu siapa yang start dulu. Mungkin aku? Mungkin dia? Seingat aku, aku mula terima dia as my friend lepas aku mimpi dia untuk 3 malam berturut. Aku tak pernah bercakap secara terbuka. Dalam masa yang sama, dia pun ada tulis notes pasal diri dan life dia in FB. Mintak indirectly suruh aku baca.Saya noticed. Aku jadi bebal gila time hati perasaan terdetik sukakan dia, tak tahu nak cakap kat siapa. Kakak? Dia very anti with this mamat. Ada kes mereka pernah argued pasal Yuna. Adalah cerita tu. Yuna pun jadi middlelady in our r/ship tau. haha. Aku selitkan lagu Aku Rindu Sayang Kamu dalam blog. Dengan harapan tiada yang perasan. Itu dalah luahan rasa hati. Tapi, dia baca. Dia berjinak dengan FB semata to-get-to-know-what-am-i-doing-that-time. Yang best juga dia pun buat benda yang sama. Gabungkan lirik lagu Mahakarya Cinta, Coba, Datanglah and Sampai Syurga dalam FB notes dia. Kreatif.

Aku cair..

Dalam his notes in FB, dia ada cakap yang dia nak achieve something before leave office. Tak pasti mulanya apa maksud dia. Lepas dia berterus-terang bahawa something itu adalah aku, aku gila terharu. Kira SnT ni as our platform untuk bertemu la. Heh. Okay then, dia start untuk cari new job, establish job, suits job with his qualification. Sebab dia ada insticnt that aku bakal jadi his last love forever. He got his own plan. Dia sedar dia mesti lebih segalanya dari aku. Bukan senang nak jaga anak dara En Md Hasnan & Pn Faridah Hanin sorang ni. Even, kakak aku dah banyak kali woke me up kata mintak Saleh cari job lain, gaji tinggi supaya boleh sara aku kelak. Kak Anje memang jaga aku betul-betul. Susah dia nak lepaskan aku utk sebarang orang yang dia rasa tak boleh. Bila dia tegar tak bagi kawan dengan Saleh atas sebab semua serba kekurangan. Aku hanya turut kata dia. Hati dalam memberontak tak payah nak cerita lah.

Emm nak cerita kenapa aku, kakak dan dia bergaduh? Sebab apa? Sebab aku tak told my sis about us. Aku kerap denied. Aku confused. Aku down gila. Aku takut nak bagitahu. Kakak aku anggap aku tipu dia. Tak cerita keadaan sebenar. Keadaan sebenar di mana aku jatuh cinta dalam diam. Dari itu, keadaan jadikan aku dan Saleh hampir tak berkawan. Kami muted for almost one week. Dalam scene ni, memang aku dalam blues. Haru biru. Tak senang duduk. Semua serba tak kena.

After a week, we met up to settle and clear off everything, aku sambut kembali keikhlasan dia untuk berkawan. Kami berbaik dan terus berkawan. Aku terus terang dengan akak dan nampak she was getting okay with my desire.

Ending.

We both happy with this r/ship until we engaged on 29/05/2010. Alhamdulillah. InsyaAllah we are getting married in next year! Please pray for us.

Detik melamar:
Dia proposed aku untuk jadi GF dia bila dia dah dapat new job in KL with an establish income. Dia memang plan untuk itu. Pada date 20/08/2009 kami luahkan perasaan masing-masing. Kat ofis juga kitorang janji untuk hidup bersama menyulam cinta. Ala says "ai luv yu, yu luv me" lah! Segalanya bermula di ofis.

Dan dia suarakan untuk bertunang dulu. Dia nak tunjukkan betapa seriusnya dia nak aku jadi life partner dia. InsyaAllah. Dan aku setuju. Ikat selama setahun. Sempat kumpul duit sikit. Kalau nak cakap pasal kumpul duit untuk kahwin ni, lama mana kau kumpul pun takkan cukup. Ingat kata-kata kawan aku, kita terus berdoa dan berhajat sambil berusaha untuk dirikan rumahtangga, insyaAllah Tuhan akan permudahkan jalan untuk kita.

5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada:
1. Dia ada sense of humor yang tinggi. Peka lain, sense lain. Dia ibarat tahu apa yang aku nak. Mungkin movement aku tak boleh cover apa yang aku tak puas hati, but, atleast dia tahu nak adaptkan diri. Tahu cara nak pujuk aku. Dia seorang yang kelakar gila nak mampos. Loyar buruk sampai kadang² aku sendiri annoying dgn cara dia. Tapi, lama-lama aku boleh sesuaikan diri.

2. Dia sangat² positive, supportive and supporting. Dia selalu advice aku supaya jangan ada buruk prasangka with people arround. Dia banyak bagi galakkan untuk aku buat sesuatu atau suarakan sesuatu. Of course for a good things. Dia beri aku kebebasan untuk berkawan asalkan tak over limit.

3. English dia power gila dowh. Power dari aku semestinya. Apalah sangat dengan english aku compare dengan dia. Teringat time nak tackle aku dulu, semua in english okay. Sampai aku pernah ngumpat dgn kakak aku "kak, mamat ni tak reti cakap melayu ke?" "kak, mamat ni tak pandai type msg in BM ke? "kak, berbuih la mulut nak cakap dgn dia kak nanti" "kak, overseas graduate ke mamat ni, kak?" heh. Banyak tau assumption saya pasal awak! Owh ya dia pernah cerita dengan ai yang dia ada cita-cita nak further studies kat UK. InsyaAllah.

4. Dia main bola sepak, futsal. Yes. Aku memang suka lelaki pandai main bola sepak. Sebab aku sendiri minat tengok bola sepak match. Aku nak anak-anak pandai main bola macam papa dia. Emm dia tahu aku minat Chelsea. Dia pun gagahkan juga diri nak minat team BPL eventhough dia seorang yang anti-BPL. Thank you! Dia kata bila minat sama, diri kita akan jadi lebih rapat. Lagi-lagi boleh berborak about same issue. Tapi, aku tak pernah minat team AS Roma. Aku tak minat Serie A :(

5. He is very serious person kalau cerita bab future, marriage, family and work. Responsible, tolerate, respectful, mankind and thinker guy. Dia suka analysis dulu before dia buat something. sebab tu nak aku dulu, dia riki habis. Aku nak bagitahu dia ni jenis matured. Dulu, masa mula-mula jumpa dia, aku ingat dia ni tua 4 atau 5 tahun dari aku. Sebab aku memang jenis suka orang matured sesuai jadikan as BF/husband. Rupanya ala tua setahun je.


P/S: b, apa yang baby cakap ni betul-betul something yang very sincere from my heart :)

3 comments:

  1. (baby... xminat AS Roma xpe... asalkan baby xlupa kan b... bg b, itulah dh memadai... push our partner to love or like what we ourself like/love is wrong ones in r/ship... it to be yours to decide)

    ReplyDelete
  2. TMI,

    and let us just being ourselves. then only you will know better about ur partner :)

    ReplyDelete