Sunday, August 22, 2010

Memasak Dalam Bulan Puasa.

Pagi-pagi lagi kakak aku dah sms.

"Adik nak masak apa hari ini? heheh :D" perlu ke senyum lebar tu? Tahu la saya jarang masak.

"Adik nak masak bla, bla, bla..." aku replied.

Cepat-cepat sms Mama.

"Mama, macam mana nak masak lauk bla, bla, bla..." Dan kena sabar tunggu resipi turun temurun dari Mama aku ni. Sebab Mama terlalu busy di ofis. Beliau hanya reply bila nak dekat my cooking time iaitu sharp at 6.15pm.

"Kau ambik resipi ni salin tak dalam buku?" Hah? Main buku ke sekarang ni?

"Mama, sekarang ni mana dah pakai buku. Tahu lah buku resipi Mama pernah menang Buku Skrap Resipi Paling Kemas, Cantik & Padat time sekolah dulu. Along save kat pendrive je" tergelak-gelak mama dengar ngomelan aku.

"Ye lah simpan je kat mana-mana, asalkan copy down. Next time senang" Oh ye, next time to refer after married la kot. Takkan lah kau nak bergayut dengan mama kat dapur nanti, tanya resipi?

Apa salahnya.

Banyak kali aku masak untuk kami housemates buka puasa bersama. Tak lalu pergi beli kat Bazar. Tak tahu lah kenapa. Prefer makan masakan masing-masing kalau di rumah. Kakak cakap senang nanti masak untuk Suami.

Lambat lagi.

No comments:

Post a Comment