Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Datang.

Teringat balik zaman kecil aku, antara jam 8.15-8.30mlm iaitu malam sebelum berpuasa tergedik-gedik tunggu depan tv nak dengar announcement tarikh berpuasa. Lepas dapat tahu, melompat-lompat suka. Perasaan itu aku terbawa-bawa sampai besar. Even tadi pun terjerit kecil, tepuk-tepuk tangan. Excited gila. Yang aku pasti, Atok yang sama buat pengumuman tu tadi. haha. Atok panjang umur lagi alhamdulillah.

Untuk Ramadan kali ni, aku dah berazam untuk tunaikan solat terawih semampu yang boleh. Tak kira kat mana pun. Mostly aku selesa di surau atau masjid. Dulu zaman kecil aku tak pernah pun tinggalkan satu malam solat terawih. Hari-hari rujuk buku panduan solat terawih cari apa kebaikan hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa sayang sangat nak tinggalkan setiap malam-malam tu. Masuk Tadarus. Form 3,4 and 5. Tiga tahun aku sertai tadarus Al-Quran setiap malam lepas buat 20 rakaat plus 3 rakaat witir.

Ingat lagi, setiap petang bulan puasa aku berpeluang berniaga kat Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang. Parents sediakan tapak dan kami buat bisnes Nata De Coco. Masa ramai cari dessert tu. Penat belakang kira lepas dapat duit raya yang berbaloi. HEHE. Semua ni dulu. Ketika aku di zaman remaja. Tapi, sejak aku keluar dari rumah Mama, aku tak pernah praktikkan semua ini lagi. Maksud aku Solat Terawih.

Sebab itu aku berazam untuk tunaikan balik apa yang aku dah missed sebelum ni. Bernasib baik umur panjang. Syukur kepadaNYA.

Dulu aku just bersahur dengan oat dan susu. Mama yang sediakan. Kadang-kadang maid. Waktu berbuka pula, just makan lauk pauk. Tolak nasi. Sebab nak kuruskan badan. Semua orang tahu, bulan puasa sahaja peluang untuk turun berat badan.

Sekarang, kakak aku sediakan. Sometimes aku. Nak kena tampar asyik dia je buat semua benda. Sedih sebab this year maybe last time aku bersahur dengan my Pet-Sis. Dia dah jaga aku more than 4 years. She knows me well. Very well.

Salam Mubarak buat semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

3 comments:

  1. isk2 tunggu bulan pose baru diet erk,,sy ni xkira bulan ape pun,,tetap maintain gak..then dah ada kwan2 lama kate sy ni ambil drug sbb lebih kurus dr remaja dulu,,tp wat xpaham je..jnji pengambilan makanan kna betul dan tubuh bdn kita sesuai dgn diri & xtiviti yg slalu kita lakukan...

    ReplyDelete
  2. suka entri ni :)
    baiknya Sha masa budak2 dulu.
    kita dulu tak serajin tu pun.
    huhu.

    ReplyDelete
  3. Adiel,

    semua orang mcm tu kot. dalam Islam pun cakap puasa adalah diet paling mujarab. yes. makan kena betul. try la kot control. adeh.

    Husna Hadzarami,

    thanks bro. masa budak je kot baek. skrg mcm terok je. just pray to Allah agar tetapkan iman. insyaAllah :)

    ReplyDelete