Monday, October 25, 2010

Tak stress kat Ofis dah.

Bunyi macam beban kerje kalahkan PM. Stress PM lagi hebat dari kau tahu. Eh aku tak suruh compare.

Semua orang hidup kat dunia ni ada stress. Orang yang berkerja stress lain. Orang tengah study stress pelbagai. Orang tanpa kerja macam-macam stressnya. Orang sakit sure ada stress. Orang gila lagi la banyak stress. Dah kenapa masuk bab orang gila. Selagi kita bernafas dan hidup, kita hampir dengan pelbagai masalah dan dengan problem tu lah kita berkenalan dengan stress atau tekanan hidup.

Korang pandai-pandai lah nak hidup dan try elak atau kurangkan stress hidup. Agama dah ajar kita macam mana kita nak hadapi sebarang tekanan hidup dengan lebih tenang. Ingat Tuhan tu penting. Kita wajib ingat Tuhan setiap masa. Bukan lepas ada masalah je baru kita tergadah cari Tuhan. Tapi, Tuhan kita Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tak pernah membezakan layanan setiap kita. Kita semua sama disisiNya. Sujud syukur selalu kepadaNya. InsyaAllah Tuhan sentiasa bersama kita. Jangan sesekali berpaling daripadaNya sesungguhnya tiada keberkatan dalam hidup.

Bukan nak memandai mencecer macam ustazah kat sini (hurm tak layak pun). Niat hanyalah untuk share.

Selain pinta daripadaNya dikurniakan ketenangan, aku juga ada dengar lagu-lagu unsur agama dan juga lagu-lagu more ajak buat kebaikan :)

Aku ada style baru untuk releasekan tensi. Benda ni boleh diangkut ke sana ke mari ikut kesesuaian tempat. Ditenangi oleh bunyi kecil air terjun dan desiran air di celahan batu kecil. Okay tengok gambar bawah ni. Cakap banyak pun tak guna. Stress lagi nak atur ayat.




Comel gila bekas ni sekiut ownernya. Alololo :D Salesman dari company apa entah (dah buang brochure lak) datang ofis we all bawak demo set. Harga offered time tu RM25 only. Harga sebenar kat luar RM98 katanya lah. So far, tak pernah jumpa bendalah ni.




Hilang stress saya sekejap. PERCAYALAH :)




3 comments: