Sunday, August 29, 2010

Jalan-jalan di Jalan TAR.

Penat gila jalan-jalan kat sana. Balik terus terbongkang 3 jam. Mana taknya pukul 10 pagi dah terpacak kat KL. Awal tak awal jugak, aku tengok dah ada orang buka gerai dan orang yang nak membeli macam aku. Aku jarang ke sini untuk shopping. Aku jarang ke sini tanpa tujuan. Aku jarang ke sini untuk sesuatu.

Seingat aku ini baru 2 kali aku ke jalan TAR. Tu pun dah lama sangat about 10 years ago kalau tak silap. Aku bayangkan orang berlaga buntut kalau jalan-jalan kat situ. Dengan peluhnya. Dengan rasa nak marahnya sebab lapar haus. Dengan rambang matanya. Dengan berebut untuk dapatkan barang jual sebab murah dan cantik. Dengan suara dari pekerja bangla indon panggil-panggil masuk kedai. Rimas. Rasa macam holiday kat bangladesh, jakarta. Suasana tu you guys boleh feel kalau masuk lorongan kedai/butik belakang stall-stall ni.

Baru pukul 10 pagi.

Uihh diam tak diam habis juga few RM50 notes aku. Mulanya niat just nak beli telekung sebab aku rasa nak wakafkan 2 telekung aku yang pakai sekarang. Harga dalam RM 55. Cantik pun cantik. Sedap pakai. Sejuk. Kain jenis ape entah makcik tu bagitahu. Lupa. Aku beli tak mahal cukupla sekadar nak pakai seharian. Maybe lepas ni beli yang up sikit insyaAllah.

Boleh bargain. But, make sure kau beli.

Then, jalan-jalan cari baju raya. Seronok shopping. Baju raya dah ready 2 pasang. Tambah koleksi apa lagi.

Try tudung

Thursday, August 26, 2010

Sakit Mata akibat Contact Lense.

Aku sakit sangat mata sekarang ni. Bukan nak mengeluh. Tapi, nak mengadu jugak. Sakit GILA oh!

Ada orang kata aku tak basuh bersih atau kata lain gosok surface lense tu kuat sikit untuk hilangkan bendasing lekat. Ada orang kata aku pakai lama sangat. Ada orang kata aku bawak tidur dengan lense. Ada orang kata tangan aku tak cuci betul-betul.

Aku tak pergi jumpa doktor mata lagi. Takut. Takut dengar mata aku lagi teruk. Orang keliling penat dah cakap. Degil. Kalau mengadu kat mama, confirm kena bising lagi. Hari tu pun dah kena tegur. Pakai lagi.

Aku memang tak main pakai spek. Tak nak sebab muka nampak tembam. Nampak tua. Zon lihat pun jadi sempit.

Entah apa-apa.

PS: Thanks awak, lari-lari tolong belikan eye drops kat 7E pagi tadi. Mata saya sangat pedih. :(

Sunday, August 22, 2010

Memasak Dalam Bulan Puasa.

Pagi-pagi lagi kakak aku dah sms.

"Adik nak masak apa hari ini? heheh :D" perlu ke senyum lebar tu? Tahu la saya jarang masak.

"Adik nak masak bla, bla, bla..." aku replied.

Cepat-cepat sms Mama.

"Mama, macam mana nak masak lauk bla, bla, bla..." Dan kena sabar tunggu resipi turun temurun dari Mama aku ni. Sebab Mama terlalu busy di ofis. Beliau hanya reply bila nak dekat my cooking time iaitu sharp at 6.15pm.

"Kau ambik resipi ni salin tak dalam buku?" Hah? Main buku ke sekarang ni?

"Mama, sekarang ni mana dah pakai buku. Tahu lah buku resipi Mama pernah menang Buku Skrap Resipi Paling Kemas, Cantik & Padat time sekolah dulu. Along save kat pendrive je" tergelak-gelak mama dengar ngomelan aku.

"Ye lah simpan je kat mana-mana, asalkan copy down. Next time senang" Oh ye, next time to refer after married la kot. Takkan lah kau nak bergayut dengan mama kat dapur nanti, tanya resipi?

Apa salahnya.

Banyak kali aku masak untuk kami housemates buka puasa bersama. Tak lalu pergi beli kat Bazar. Tak tahu lah kenapa. Prefer makan masakan masing-masing kalau di rumah. Kakak cakap senang nanti masak untuk Suami.

Lambat lagi.

Thursday, August 19, 2010

Setahun Bercinta.

What's up with the date of 20 August 2010?

It is the date that he and me we'll never put out of our mind. The date was giving us an opportunity to get to know each other so well. Yes, like he said from unknown to well known. Seems like it was very significant to us rite? Mestilah. The date with full of dramatic feelings inside. The date that we started to say out the THREE words.



We are having our differences,
We are having good times together,
Although there is sometimes we meet a little bit tussle,

You still stand patient,

You still giving chances,

You know without this tolerance, the love will never last,

You still believe that we suit to each other,
To live with the person like you is always i dreamt of,

Baby,

Bear in your mind,
You’re not alone,
You’re never be alone,
I’m right by your side,

I'm here for you,

And yet please do the same.


Sigh. I know up here was ain't good poem. Tunggang langgang. But it was really ikhlas came from my heart.




Dia adalah kekasihku...


Saya kekasihnya.



(


Happy 1st Anniversary, my Love!

Tuesday, August 17, 2010

Pesanan: Dari Sahabat ke Sahabat

Sampaikan sahaja. Renungkan.


Assalamualaikum,

Just want to share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru-baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar'untukmu agamamu, untukku agamaku' .Betul juga, fikir saya.

Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

P/S: Article ni saya cedok from one of my friend via FB. Thanks kak Yana for sharing this. Meaningful.

Monday, August 16, 2010

Dewan, Jurunikah & Masjid.

Slow and steady cari barang kahwin ni. Jangan panic. Siapkan list. InsyaAllah.

Semalam aku ambil cuti. Dia pun. Plan nak pergi settlekan hal tempah dewan, booking masjid, cari jurunikah. Orang kata still too early nak buat itu semua tapi, for us yang tak suka buat kerja last minit, proceed juga with the plan. Actually, aku banyak belajar dari dia. Belajar cara menghormati pengurusan masa.

So, dewan dah booked. Isi form kat MBSA. Kalau ikutkan, sebenarnya belum confirm dapat lagi pasal kena tunggu official letter. Sewa RM3500 sekali meja makan & kerusi sebanyak 500 orang. After discussed dengan parents, semua agreed. Cuma aku takut dewan tu tak cukup untuk tampung jemputan dua belah pihak. Kami buat sekali jalan. Tak ada sebelah lelaki atau perempuan. Jimat mungkin. Lagipun rumah parents masing-masing dekat. Shah Alam dan Klang. Tunang pujuk aku katanya tak mungkin orang datang serentak at one time. OK aku terima. Apapun, aku nak ada back up plan dalam penyediaan catering. Mana tahu something bad happen. Orang balik tanpa makan. Malu lah.

Bab jurunikah tak settle lagi sebab officer masjid kata pihak perempuan kena cari jurunikah di mana dia bermastautin. Macam aku kat Klang. Then, kalau nak buat juga kat masjid SAAS kena tengok atas budi bicara jurunikah tu. Kalau okay, dia proceed with next procedures which is memang his part. Benda-benda lain boleh terus deal dengan JAIS such as urusan khemah, makan-makan after akad nikah and so on. Kalau tetap nak buat kat Masjid SAAS.

Semalam pun mama called aku, cakap pasal catering. Mama suggest tengok dulu package from her staff. Actually, aku tak kisah sangat pasal siapa-siapa punya janji SEDAP. Mestilah kita nak jamu orang. Itu mama uruskan dulu. Nanti aku follow up. Lepas ni aku nak cari wedding planner incharged on Pelamin. More to simple. Kalau ada sekali package buat semua, kan senang!

Saturday, August 14, 2010

Shopping Raya.

Senyum.

Shopping. Letih gila. Serious.

Janji dengan Mama tunggu kat PKNS. Kebetulan Mama dan Adik-Adik datang ke Shah Alam untuk shopping baju. Mama ajak pergi sama sebab nak belikan sekali baju raya. Dah kerja pun, Mama still nak manjakan kami. Aku pulak sanggup tunggu even memang letih sangat tadi.

SMS
Aku: Ma, kat mana. Dah ngantuk ni.Mama: Kejap mama nak cucuk duit.Aku: Okay along tunggu.

Mula-mula Mama carikan kopiah dan baju Melayu untuk anak-anak lelaki. Dah jumpa baju diorang baru rasa best nak cari baju we all. Sebab adik lelaki cerewet kot. Siap pesan baju Melayu kena ada pattern tak nak plain. Ada fashion. Ada yang tak nak cekak musang. Nak baju yang ada butang tengah bercorak. Macam-macam.

Next turn kami. Sekejap je cari dah dapat. Tudung je belum. Aku nak cari jenis selendang. Adik perempuan yang lain sibuk pilih baju masing-masing. Tema Purple. Nice.

Jam tunjuk 6 petang. Time for buzz off. Adik bongsu, Aina, pun dah call-call suruh balik. Sibuk je Aina ni. Tunang aku pun drop by kejap jumpa Mama dan semua. Then, teman pergi Bazar Ramadan. Sekarang ni aku jarang pergi Bazar. Tak ada nafsu nak makan. Prefer masak sendiri.

Jom layan gambar.




Bagus Mama. Bawa measurement tape.



This my second sister. Ina.


This is me. Takkan tak kenal.


Wednesday, August 11, 2010

Halal Hotel.

13 hotel sahaja. Terkedu tak?

Dalam news on tv3 last night, paper online this morning and cakap-cakap mulut dari orang sekeliling semua bercerita tentang hanya beberapa hotels saje yang dapat pengesahan dari pihak JAIS & JAKIM. Mulalah own assumptions keluar dari mind masing-masing. Which is true or not, saya tak dapat nak define. Kakak aku ada cakap, certain hotel memang pakai dan masak bahan-bahan dari sumber yang halal, tapi, kita tidak tahu dari unsur mana mereka ambil dan guna dalam penyediaan makanan.

Patutlah semua orang berperangai tak semenggah sekarang T__T




Banyak hotel-hotel offer untuk Buffet Ramadan. Think wisely.

Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Aku just berkongsi apa yang ada. Harap sangat semua dapat hidayat, sejuta sinar keinsafan, keampunan dan keberkatan dalam hidup untuk Ramadan kali ini. InsyaAllah.

Ramadan Datang.

Teringat balik zaman kecil aku, antara jam 8.15-8.30mlm iaitu malam sebelum berpuasa tergedik-gedik tunggu depan tv nak dengar announcement tarikh berpuasa. Lepas dapat tahu, melompat-lompat suka. Perasaan itu aku terbawa-bawa sampai besar. Even tadi pun terjerit kecil, tepuk-tepuk tangan. Excited gila. Yang aku pasti, Atok yang sama buat pengumuman tu tadi. haha. Atok panjang umur lagi alhamdulillah.

Untuk Ramadan kali ni, aku dah berazam untuk tunaikan solat terawih semampu yang boleh. Tak kira kat mana pun. Mostly aku selesa di surau atau masjid. Dulu zaman kecil aku tak pernah pun tinggalkan satu malam solat terawih. Hari-hari rujuk buku panduan solat terawih cari apa kebaikan hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa sayang sangat nak tinggalkan setiap malam-malam tu. Masuk Tadarus. Form 3,4 and 5. Tiga tahun aku sertai tadarus Al-Quran setiap malam lepas buat 20 rakaat plus 3 rakaat witir.

Ingat lagi, setiap petang bulan puasa aku berpeluang berniaga kat Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang. Parents sediakan tapak dan kami buat bisnes Nata De Coco. Masa ramai cari dessert tu. Penat belakang kira lepas dapat duit raya yang berbaloi. HEHE. Semua ni dulu. Ketika aku di zaman remaja. Tapi, sejak aku keluar dari rumah Mama, aku tak pernah praktikkan semua ini lagi. Maksud aku Solat Terawih.

Sebab itu aku berazam untuk tunaikan balik apa yang aku dah missed sebelum ni. Bernasib baik umur panjang. Syukur kepadaNYA.

Dulu aku just bersahur dengan oat dan susu. Mama yang sediakan. Kadang-kadang maid. Waktu berbuka pula, just makan lauk pauk. Tolak nasi. Sebab nak kuruskan badan. Semua orang tahu, bulan puasa sahaja peluang untuk turun berat badan.

Sekarang, kakak aku sediakan. Sometimes aku. Nak kena tampar asyik dia je buat semua benda. Sedih sebab this year maybe last time aku bersahur dengan my Pet-Sis. Dia dah jaga aku more than 4 years. She knows me well. Very well.

Salam Mubarak buat semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Monday, August 9, 2010

Setahun Berkawan.

The clock strike to 12am.
I received a long sms from my Fiance.
Romance words. Touching words. Cherish words.

Tears dropping.

Started to know each other on 10 August 2009.

En Salehuddin,

Thks for being part of me. Your message last night was really show how sweet you are. Your kind attitude while we together is highly appreciated. I know that you really want us be happy forever. I know that you might ask me as well to change my negative attitude. I know you want us to be a great partner in our life. InsyaAllah. Lets pray for our own good, Sayang.




THANK YOU FOR EVERYTHING.

Sunday, August 8, 2010

Ruang Kedua - Marsha ft Julian Cely







Lirik Ruang Kedua – Marsha & Julian Cely
Kau ingin bebas
Kau ingin lupakan
Kerna ku tahu dirimu yang terbaik
Ku ingin dicintai
Dicintai lagi
Aku pelajari kisah dukaku ini
Mampukah kita mula
Kisah yang tidak sudah
Yang ada cuma kesal
Yang kau tinggalkan

Biarlah ini terjadi
Ku yakin mengalah
Ini salahku
Ku pinta dari mu cintai aku
Agar aku masih lagi bisa berdiri
Pertahankan kasih sayangku
Walau kini hanya tinggal sengsara
Masih ku rasai bahang cinta kita
Ku mahu ruang kedua

Aku hargai saat bahagia
Cinta antara ku dan dirimu
Namun ku biar ia berlalu
Tanpa alasan kau bunuh diriku
Kisah antara kita
Tidak mudah ku lupa
Ku harap kau kembali
Kembalilah kau di sisi

Lupakan semua
Bina semula cinta kita
Hanya kau dan aku
Sinari hidupku
Sinari hidupmu

Pengalaman Berharga Di Rumah Amal Kasih Bestari.

Petang Sabtu, bergegas balik dari office. Punch on time. Nak avoid traffic jamm kat highway. Bayangkan hari Sabtu pun still bekejar balik.

Decide tunggu kat Pak Li Sek 7. Sebab semua kawan kak Jamm tunggu situ. Oh ya. Aku dan kakak aku join diorang. Saje. Pengalaman berharga. Dalam pada tu, kami sempat naik kereta baru kak Jamm. Gempak. Toyota Camry Putih. Bangga dapat berkawan dengan orang seperti kak Jamm.

Masing-masing bawa barang terpakai, groceries, baju, barang mainan dan makanan. Baru-baru ni asrama rumah amal ni terbakar. Aku pernah update status about this before. Nyawa anak-anak kecil dan penghuni selamat kecuali harta benda. Semua musnah. Sampai sana, aku terkejut di mana keadaan yang aku bayangkan selama ni sangat beza. Rupanya rumah tumpangan mereka hanyalah deretan kedai 2 tingkat. Sempit. Tak selesa.

Sembang dengan Ustaz & Ustazah yang menjaga, semua income yang mereka perolehi adalah dari kemahiran setiap penghuni asrama tu. Boleh buat kuih, boleh memasak, boleh membasuh, menjahit, bertukang dan segala kerja yang boleh dibuat asalkan dapat duit. Mereka sememangnya diajar untuk asah skill yang ada. Senang untuk mereka berdikari sendiri kelak.

Hati terusik.

Bertuahnya rasa diri. Serba serbi ada walaupun tak sepenuhnya tapi, cukuplah. Bandingkan dengan anak-anak malang tu, hidup serba kedaifan. Ya Allah..

Trip was over by 7pm. Kami balik dengan keadaan yang sangat insaf. Allah menjadikan sesuatu dengan alasan. Ternyata mereka lagi kuat dari kita.











Wednesday, August 4, 2010

Jatuh Cinta Balik.

Emo sangat sebelum ni. Sekali jatuh cinta balik. Tak malu.

(-_-")

Hati dah berbunga? Biarlah. Kau ada?

After been through hardship of our relationship, there's a lot of things that i have learned. Belajar untuk tidak cepat melatah. Jangan melenting. Jadi dewasa secukupnya kalau ada benda tak kena. Discuss if needed. No, must discuss. Face-to-face each other. Give and take. One side tengah berapi, one side lagi mesti main dengan air. Respect to each other. Last but not least, be responsible to your relationship.

Circle of Love.

Miracle bukan?

Aku akui aku lemah. Banyak orang keliling tolong kami. May Allah SWT bless all of you. InsyaAllah.

***********************************************************************************
Semalam dating kat Padang Dataran Shah Alam. Bercerita. Meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Berjanji sehidup semati. Rasa macam baru terbit bunga-bunga matahari dalam hati. Dia kata cinta dia tak pernah berubah. Dia kata aku je emo tak tentu pasal. Dia kata makin hari makin sayang kat aku.

HAHA.

Ramai malam tadi. Ada family gathering, rakan taulan berkumpul, mat-mat rempit melepak, couple berkasih sayang dan ada juga berexercise. Happening. Trylah datang! :)

Monday, August 2, 2010

Fool Like Me.

What do you feel if you have been treat like an idiot?
Always bump with sarcastic responds from others.
Always be main subject among the gossip girls.
What do you feel?

This very annoyed me.

People start thinking of what they heard.
What they saw.
What they imagined.
Regardless with rumours.

Untrue story.


*********************************************************************************
Tak mengaku itu gambar dia. Sedangkan aku tahu selok belok badan kau. What if kau admit saje? Is it hard for you?

Yes from others side, they will mentioned, "Ala pasal gambar pun kau nak kecoh. Bukan ada apa2 pun."

HAHAHA itu i don't care at all. What i care is your UNADMITTED attitude.

You tell me, are you like to be fooled?

**********************************************************************************

Sunday, August 1, 2010

Secrets of Our Fingers.


Mengarut gambar. Abaikan. But, its just for FUN! :)



Rahsia Jari Kita



Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?


P/S: Forward email.

My Last Words.

You make me feel guilty. You also feel the same. I am pretty sure.

Lets try!

What do you feel if i did what you have done.
Try stand where i stood.
Feel the feeling-not-right here.
Feel this bad things.

I feel stuck. Do you know?
I just said the things out.
I know that you hate.
But, what choice do i have?

You says that i have RIGHT
to ask
to tell
to get to know
the unclear problem.

I accept.

But, please.

Take care of my feelings.
And i will do the same.
You always have my words.


***********************************************************************************

I HATE TO BE A JEALOUSY.

Bila reaksi orang keliling menyalahiku.

I need to accept.

All problems were created by me.
All fingers were pointed to me.
All responds by them turned to me.

He still upset.
He still sad.
He still feels bad.

He need a space. I shouldn't enter his 'prohibited' world at 1st place. I shouldn't ask him to do that, to do this, ask him to change, ask him to do whatever i am comfort with. He got his own rational attitudes. He got his own characters. He got his own way to adapt with people surround. He got his own ideas. Shit. I shouldn't ask him.

I was over-reacted?

Someone told me that he never complaint about you.

Bear in mind.

This guy is trying very hard to suit with you. Let yourself feel comfort with him. Feel safe. Feel his existence. Feel good. He is very patient dude. He is such a nice guy. He has his own limitation on every single things. Its hard to find any guy who always say sorry even he ain't wrong.

Dear,

August is our month. We get started in this month. I remembered. We are going to celebrate our 1st year anniversary of love journey. We have been coupled for a year. Here, i want to say that i am proud to be your lover and future wife. Thank you.

W managed to get through our own happiness and some miserable with matured way. I hope it will be forever. InsyaAllah.